Blackend Is The End

Ahad, 7 Oktober 2012

USTAZ SHAMSURI HJ AHMAD BARUA RESTORAN NASI KANDAR PELITA


Isu Nasi Kandar Pelita adalah restoran bukan Islam bukanlah perkara baru tetapi sudah lebih 10 tahun. Ketika itu restoran ini sudah hampir bankrup apabila orang islam tahu bahawa restoran ini bukan restoran Islam..

Di saat saat genting inilah ustaz Shamsuri yang ketika itu merupakan penceramah paling popular telah di beli oleh syarikat ini untuk menjadi penasihat agar orang islam masuk semula ke restoran ini.

Kesudian ustaz Shamsuri untuk menjadi barua dan pengkhianat kepada orang Islam telah menyelamatkan restoran ini dari di tutup malah restoran ini telah berjaya memperluaskan empayarnya di seluruh negara.

Ustaz Shamsuri sebelum bersekongkol dengan restoran ini merupakan seorang yang tegas dalam halal dan haram terutamanya rokok. Beliau amat benci dengan rokok tetapi bila merelakan dirinya menjadi barua kepada kapitalis makanan ini beliau telah menghalalkan rokok yang di haramkannya dulu.

Malah restoran ini di bawah nasihatnya ugamanya juga telah beroperasi dan menjual makanan kepada orang islam di bulan ramadhan dan tidak menutup kedainya di ketika waktu solat jumaat.

Jika sebelum ini di bulan ramadhan restoran dan kedai makan tidak berani membuka kedai secara terbuka tetapi setelah seorang ustaz menjadi penasihat kepada restoran kapitalis ini makanan di jual secara terang terang kepada orang islam di bulan ramadhan.

Sebelum ni antara ketegasan dan celupar belaiu apabila dia mai mkn char koayteaw dia tanya koayteaw ambik kat cina ka melayu...member bgtau ambik kat cina tahan lama sedikit.....dia jwb balik takpa nanti hg pun kena tahan lama nanti diakhirat.....dlm tape ceramah dia ada ulas.....last dia jd penasihat dan seterusnya menjadi Pengerusi Nasi Kandar Pelita salah satu nasi kandar yg buka time jumaat dan bolan posa serta jual rokok......

Maka benarlah apa yang di katakan Karl Marx "Ugama itu candu masyarakat" Orang ugama di gunakan untuk menghalalkan segala kejahatan golongan kapitalis. Yang haram boleh di halalkan jika poket di sumbat dengan ringgit malaysia dan yang halal boleh di haramkan jika poket tidak di sumbat dengan ringgit malaysia.

Orang ugama di upah untuk membaca Ayat ayat al quran dan hadis nabi di gunakan untuk menipu orang ramai.

sama ada beliau masih bersama dengan restoran ini atau tidak yang pastinya beliau adalah penyimbang besar kepada kemajuan restoran ini yang hampir bankrup 10 tahun dulu... ustaz Shamsuri adalah pengkhianat orang islam yang di bayar.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve