Blackend Is The End

Jumaat, 30 November 2012


Koleksi Allahyarham Abu Samah 


Di separuh perlajanan ke Kg Chulaborn

Tugu Peringatan di puncak bukit bekas tapak kem sebelum pendamaian


Diskusi selepas makan malam

Menyusur sungai untuk ke tapak kem yang telah di musnakhan

Bersama Pak Hatta salah seorang bekas perajurit 

pengerusi Parti Komunis Malaya bapa Abdullah CD

Jenazah allahyarham Pak Busu di usung keluar setelah solat jenazah

Di Perkuburan pahlwan

Makan tengahhari masakan kampung yang ori


Di hadapan pintu masuk terowong kunu yang telah di tinggalkan 
Majlis pertemuan dengan beberapa orang bekas perajurit

Asal Bukan Umno di mana mana

Diskusi

Makan pagi

Diskusi

Bersama bekas tentera gurgha nasir D zokar

Peserta rombongan bersama Abdullah CD

Pak shukur bercerita pengalaman setahun empat bulan perjalanan dari Termelon ke Sempadan







HIMPUNAN WARGA FACEBOOK DAN BLOGGER SELURUH PULAU PINANG

HIMPUNAN SELURUH WARGA FACEBOOK DAN BLOGGER PULAU PINANG AKAN DI ADAKAN PADA 7 DESEMBER (JUMAAT) BERTEMPAT DI YAYASAN AMAN PENANTI BUKIT MERTAJAM.

KEPADA SEMUA WARGA FACEBOOK DAN BLOGGER DI SEKITAR PULAU PINANG TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG PARTI, BANGSA DAN AGAMA ADALAH DENGAN SEGALA HORMATNYA DI PERSILAKAN UNTUK BERSAMA SAMA.

MAKLUMAN TERIKINI PROGRAM AKAN DI MAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA

Khamis, 15 November 2012

PEMUDA PAS PULAU PINANG BERNIAT JAHAT BURUKKAN NAMA KERAJAAN NEGERI DI BAWAH LIM GUAN ENG


Berikut adalah kenyataan media Pemuda Pas Pulau Pinang yang di tanda tangani oleh tokey rokok Israel Ostad Afnan Hamimiaww tentang kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pesta arak di batu Feringgi.
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG



Sebenarnya apa yang Abu Nawas cuba bawakan ialah maksud yang tersirat di sebalik kenyataan akbar ini. Secara umumnya orang Pulau Pinang tahu pemuda Pas Pulau Pinang masih lagi mengikut telunjuk bekas ketua pemudanya Hafiz Nordin yang cukup antikankan DAP dan PKR terumatanya orang cina dan bukan Islam.
Kenyataan akhbar ini seolah olah hendak tunjuk bahawa Pemuda Pas Pulau Pinang perihatin terhadap sensiviti umat Islam di Pulau Pinang tetapi hakikatnya mereka sebenarnya mahu mengheret kerajaan negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng ke kancah kebencian orang Islam terhadapnya. Sedangkan kelulusan program tersebut telah di buat oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang melibatkan wakil dari Pas sendiri iaitu Iszuree bin Ibrahim.
Iszuri yang juga timbalan yang di pertua Pas kawasan Bandar Baru dan juga penolong setiausaha negeri serta pengerusi lajnah tanah Pas Negeri Pulau Pinang adalah Ahli Majlis yang terlibat di dalam jawatankuasa perlesenan kerajaan tempatan. 
Mengapa perkara ini tidak di sekat dari peringkat awal lagi iaitu semasa permohonan daripada pengajur yang semestinya di bawa ke mesyuarat ahli majlis MPPP. Ini adalah kerana Iszuri adalah jawatankuasa tetap kesiahatan awam di mana dia bertanggungjawab dalam meluluskan lesen penjaja, trade biliboard serta banner dan juga semua yang bersangkutan dengan perlesenan.

Perkara ini telah di sahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam MPPP Ong Ah Teng dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian.



Jadi bagimana pula tiba tiba pemuda Pas Pulau Pinang terloncat loncat dalam isu ini. Adakah sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar mereka tidak membuat sebarang rujukan kepada pihak yang berwajib atau sememangnya ini adalah satu rancangan jahat Pakatan Hafiz Nordin bersama Pemuda Pas Pulau Pinang untuk memburukkan nama Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pakatan Rakyat.

Pemuda Pas kalau iklas dalam menentang program ini sepatutnya terlebih dahulu membantah perkara ini di peringkat awal. Mereka bukan parti pembangkang yang tidak tahu menahu segala perancangan dan progran yang akan di jalankan di Pulau Pinang.

Lim Guam Eng telah meletakkan 2 orang wakil Pas dalam MPPP selain beberapa orang lagi wakil melayu dari PKR, DAP dan NGO. Atau perkara ini sebenarnya menyerlahkan lagi ketidakupayaan pemuda pas Pulau Pinang dalam perkongsian kuasa di negeri Pulau Pinang.

Bak kata salah seorang pemimpin Dap. katanya. di Selangor DAP dan Pas bersaing sesama sendiri, kadang kala DAP ke depan dan kadangkala Pas ke depan tetapi di Pulau Pinang katanya DAP berjalan pun Pas Pulau Pinang masih belum mampu untuk mengejar.

Inilah isu sebenar yang berlaku di Pulau Pinang, Pas bukan saja tidak berupaya untuk menjadi pesaing kepada DAP malah dengan PKR pun mereka telah ketinggalan jauh. Di tambah pula dengan usaha usaha kumpulan Hassan Ali yang di ketuai oleh Bekas Ketua Pemuda Negeri Hafis Nordin.

Hafiz Nordin pula di sokong oleh pemuda pas negeri di mana setiap keputusan yang pemuda buat Hafiz Nordinlah yang menjadi rujukan dan pembuat keputusan utama.

Ternyatalah tindakan Pemuda Pas Pulau Pinang ini adalah kerana dia sebab iaitu sama ada mereka sengaja mahu menburuk burukan kerajaan negeri ataupun mereka sememangnya tidak tahu apa apa tentang perjalanan kerajaan negeri walaupun Pas mempunyai wakil di dalam Majlis Tempatan.

Ataupun ahli Majlis Pas sendiri tidak berperanan di dalam melaksanakan dasar dasar Islam di dalam kerajaan Pakatan di Pulau Pinang. Di Kabarkan juga Izuri kini sibuk rombongan ke sana sini. sehingga ke luar negeri tanpa mendapat peruntukan perbelanjaan dari MPPP. 

Adakah di sponsor atau mengunakan duit sendiri semasa ke sulawesi mengikuti team dragon boat dan kini bersama team paintball MPPP di langkawi yang juga tidak mendapat perutunkan perbelanjaan ahli majlis dari MPPP.

Oleh itu sebelum pemuda Pas negeri cuba menyalahkan kerajaan negeri dalam isu ini adalah lebih baik bertanyakan ahli majlis dari Pas sama ada dia tahu atau dia buat buat tak tahu kerana mungkin sudah di bela oleh tokey tokey....

Di bawah ini pula updates jam 12 tengahhari 14/11, komen dari Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Zainul Faqar Yaakop.

USUL: Orang Islam yang diharamkan maan babi tak boleh sampai menafikan hak orang bukan Islam makan babi. Mereka bukan mukallaf.

FURU': Orang Islam dilarang minum arak bolehkah sampai melarang orang bukan Islam di Pulau Pinang daripada minum arak?

Fiqh al-Tanzili: Pulau Pinang perlu ada kawasan khusus supaya hak bukan Islam tidak dinafikan demi memulihara imej Islam sebagai agama adil.

Kalau pemuda PAS Pulau Pinang dinamik, dia akan cadangkan kawasan hiburan bukan Islam supaya di sana mudah untuk kenal pasti orang Islam yang mendekati perkara haram.

Di negara-negara Barat, telah lama isu arak ditangani secara kontraktif. Ada negara, arak dilarang jual di stesen minyak atas alasan keselamatan memandu. Ada negara lain, boleh minum arak dalam bar sahaja, untuk elak ganguan sosial di luar bar. Ada negara yang lain, minum arak sampai jam 3 petang sahaja, untuk menjadi keharmonian berkeluarga di luar waktu bekerja. Dan ada negara mekhususnya tempat khusus sahaja minum arak dan kedai arak diselia oleh kerajaan sebab nak didik masyarakat.

Pulau Pinang memerlukan fiqh yang lebih konstruktif, bukan fiqh taliban macam Pemuda Pas Pulau Pinang

Selalu bila nak tekan orang lain atau paksa orang lain hormat Islam, dibangkitkan isu arak ganggu sensitiviti orang Islam.

Cara kita bercakap ini tak ganggu ka sensitiviti orang bukan Islam?

Kenapa soal sensitiviti ini ditajamkan oleh pemuda PAS Pulau Pinang? 

Bagi saya, mereka tiada fiqh al-tanzili (fekah adabtasi) yang dinamik, tiada idea dan tidak pernah ada polisi berwajib sungguhpun syok sendiri dilaporkan berkata mereka saja lebih layak perintah negeri ini.

Bila tak ada idea, isu sensitiviti ini lah ditajamkan untuk membodohkan orang Islam dan bukan Islam.

Sebenarnya diri sendiri yang bodoh polisi pentadbiran. Saya kata demikian kerana sensitiviti mana boleh jadi sumber hukum syarak kalau ikut disiplin fiqh.

Sumber hukum syarak ada 4 sahaja, al-Quran, al-Hadith, Ijmak dan al-Qiyas. 

Sensitiviti sumber hukum syarak ke lima ka? LOL



Isnin, 12 November 2012

UMNO, HAFIZ NORDEN DAN PEMUDA PAS PULAU PINANG


Hafiz Nordin walaupun tidak lagi mempunyai sebarang jawatan di dalam Pas tetapi dia sebenarnya adalah pembuat keputusan dalam semua urusan pemuda pas pulau pinang malah dia juga turut bersama sama dalam usrah exco pemuda pas pulau pinang.

Oleh kerana mendapat sokongan kuat daripada pemuda Pas Pulau Pinang terutamanya dari ketua pemuda Yusni Mat Nikah maka sehingga kini beliau masih belum di ambil sebarang tindakan sama ada oleh Pas Pulau pinang mahupun oleh Pas Pusat walaupun telah terbukti beliau telah bersama sama umno untuk menghentam pakatan rakyat.

Malah tindakanya yang sekian kali melanggar ketetapan yang telah di putuskan oleh pas pusat tidak pernah di ambil sebarang tindakan seolah olah ianya seperti mendapat restu di belakang tabir dari Pas atau pemuda pusat.

Cerita Hafis Nordin bukan cerita baru. Ketika beliau menjadi ketua pemuda Pas Pulau Pinang dia juga telah memboikot pilihanraya kecil Permatang Pauh yang di tandingi Anwar. Belia adalah seorang yang sangat bencikan Anwar dan PKR malah beliau juga mempunyai perasaan buruk sangka yang amat kuat terhadap bangsa cina dan India.
Teraju utama kerajaan perpaduan  Pas dan Umno di Pulau Pinang

Perasaan bencinya kepada Anwar dan Pkr semakin meluat luap bila PKR menang banyak kerusi di Pulau Pinang dan berjaya membentuk kerajaan bersama Dap dan pas. Malang seribu kali malang bila usianya tidak mengizinkan untuk terus dia memimpin Pemuda Pulau pinang. Lebih malang lagi dia juga tidak di lantik malah tak di cadang lansung untuk berada di dalam perhubungan Pas negeri.

Tapi hakikatnya beliau masih menguasai Pemuda Pas Pulau Pinang, kira kira dia macam mursyidul am pemuda pas pulau pinang la. Sebab tu segala tindakannya yang bertentangan dengan parti tidak di ambil tindakan walaupun secara terang terang dia berdiri untuk menentang Pakatan atas nama Pas.

Yusni Mat Nikah bukan saja di pergunakan oleh Hafiz Nordin  malah dia juga telah di perbodohkan oleh setiausahanya sendiri sehinggakan beliau tersingkir dari exco pemuda Pas Pusat dan dan di ambil alih oleh Afnan Al Pindani
Yang pastinya dia dan robotnya Yusni Mat Nikah pakat pakat menikah lagi sorang satu. Burit tetap di utamakan....

Selasa, 6 November 2012

BEBASKAN AHMAD ABDUL JALIL

Bila berbicara yang bersangkut paut dengan sultan dan raja tak ada sesiapa yang berani untuk berkata benar. Walaupun dia tahu ada raja dan sultan berbuat perkara perkara yang melanggar hukum agama seperti minum arak, berjudi, main perempuan dan berbagai lagi namun tak ada siapa pun berani menegur kesilapan sultan dan raja melayu ini..

Tak usahlah bertanya di mana keberanian rakyat biasa untuk berbuat demikian kerana ulama sendiri tak berani untuk menegur sedangkan menurut Islam yang takutkan Allah itu adalah ulama.

Hal ini disentuh berdasarkan firman Allah Taala :

“Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ULAMA“ [ Surah Al Fatir:28 ]

Saidina Anas R.A menambah,”Sesiapa yang tidak takutkan Allah bukanlah orang ‘alim”.

Oleh kerana itu, kriteria utamanya mestilah takutkan Allah. Kalau berani lawan hukum-hukum Allah, bersekongkol dengan golongan sekular, mendiamkan kemungkaran kerana takut dibayangi hukuman kerajaan, ilmuwan seperti ini walau ada Ph.D bertimbun pun tidak diiktiraf sebagai ulama.

Maka dengan itu jika ulama pun tak berani menegur sultan dan raja, masih ada lagikah orang yang tidak ulama berani untuk berbuat demikian?

Jika tak ada siapa yang berani untuk menegur maka sultan dan raja raja ini sudah pasti merasakan dirinya boleh berbuat apa saja tanpa mengira had dan batas ugama. Apabila sudah berani melangkau batas batas agama dan bertindak ikut suka hati dan ulama pula membisu maka rakyat yang sedar akan bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Rakyat yang sedar bangkit menentang  bila sultan bersekongkol dengan Umno untuk menjatuhkan kerajaan Perak yang mereka pilih secara demokratik. Rakyat miskin yang sedar bangkit bersuara bila mereka mereta tahu sultan makan minum tempat tinggal dan kemewahan sultan.adalah di ambil dari hasil ttik peluh mereka.

Rakyat tidak pertikai kalau raja dan sultan membeli nombor plat kereta dengan harga 30 juta sekalipun jika duit yang di gunakan untuk membeli plat kereta itu adalah hasil daripada titik peluh sultan itu sendiri.

Mujurlah ada juga pemimpin yang berani seperti Nizar Jamaludin untuk menegur. Kalau nak harapkan Nik Abduh dia pun lebih kurang perangai macam sultan jugak suka hidup bermewah mewah berkereta mewah serta bernombor plat yang mahal mahal.

Kalau ulama sudah tidak boleh di harapkan lagi, pemimpin negara pula menjadikan raja dan sultan sebagai benteng untuk menipu rakyat dan pemimpin pembangkang pula takut untuk bersuara kerana bimbang hilang undi orang melayu maka rakyat yang sedar mereka di tindas perlu bangkit untuk bersuara.

Rakyat yang bangkit bersuara tidak sama dengan suara ulama dan pemimpin kerana suara rakyat tidak di dengar dan kalau di dengar ianya tidak akan di bincangkan. Rakyat hanya mampu bersuara di facebook, twitter dan blog kerana melalui medium ini suara rakyat akan di dengar dan di bincangkan.

Hasil dari suara itu maka 3 hari lalu seorang anak muda telah di tangkap kerana du tuduh menghina Sultan Johor. Ahmad Abdul Jalil di tuduh menulis kritikan itu di dalam FBnya dan kini telah di reman di Johor.

Ketika Abu Nawas menulis artikal ini Abu Nawas baru menerima sms dari adiknya memberitahu Ahmad telah di bebaskan dan remannya di batalkan kerana remannya tisdak munasabah dan rakaman percakapan tidak di buat walaupun beliau memberi kerjasama sepanjang penahanan.

Namun hanya selepas 10 minit pembesannya isterinya telah twit yang mengatakan Agmad telah hilang dan di culik dan yang terkini ketika artikal ini di tulis beliau telah di tahan semula dan akan di dakwa atas kesalahan multimedia.

Ahmad baru saja melansungkan perkahwinannya 2 bulan yang lalu.
Inilah nasib seorang rakyat biasa yang berani bersuara. Ahmad adalah seorang daripada jutaan anak muda yang sudah meluat dengan hipokrasi pemimpin politik. Pemimpin politik sudah tidak boleh di harapkan lagi untuk menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat bawahan. mahu tidak mahu rakyat sendiri wajib menyuarakan dan mahu tidak mahu sudah pasti akan berhadapan dengan tindakan undang undang.

Parti politik lebih lebih lagilah akan cuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam isu ini kerana takut nanti di lebelkan derhaka kepada raja. Walaupun bapa kepada Ahmad iaitu Abdul Jalil adalah seorang anggota pas namun sehingga kini tak ada seorang pun pempimpin Pas yang datang bertanyakan khabar.

Raja dan Sultan sudah menjadi Tuhan kerana mereka tidak lagi boleh di kritik dan sesiapa yang berani mengkritik akan di tangkap dan di hukum. Rakyat akan terus di takut takutkan dengan undang undang kerana raja dan sultan mula sedar mitos yang sekian lama ada di dalam minda orang melayu bahawa raja dan sultan mempunyai daulat dan kuasa untuk membinasakan orang.

Hanya orang bodoh saja percaya Raja dan Sultan mempunyai kuasa luar biasa atau daulat.

Abu Nawas...

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve