PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

Khamis, 15 November 2012

PEMUDA PAS PULAU PINANG BERNIAT JAHAT BURUKKAN NAMA KERAJAAN NEGERI DI BAWAH LIM GUAN ENG


Berikut adalah kenyataan media Pemuda Pas Pulau Pinang yang di tanda tangani oleh tokey rokok Israel Ostad Afnan Hamimiaww tentang kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pesta arak di batu Feringgi.
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG



Sebenarnya apa yang Abu Nawas cuba bawakan ialah maksud yang tersirat di sebalik kenyataan akbar ini. Secara umumnya orang Pulau Pinang tahu pemuda Pas Pulau Pinang masih lagi mengikut telunjuk bekas ketua pemudanya Hafiz Nordin yang cukup antikankan DAP dan PKR terumatanya orang cina dan bukan Islam.
Kenyataan akhbar ini seolah olah hendak tunjuk bahawa Pemuda Pas Pulau Pinang perihatin terhadap sensiviti umat Islam di Pulau Pinang tetapi hakikatnya mereka sebenarnya mahu mengheret kerajaan negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng ke kancah kebencian orang Islam terhadapnya. Sedangkan kelulusan program tersebut telah di buat oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang melibatkan wakil dari Pas sendiri iaitu Iszuree bin Ibrahim.
Iszuri yang juga timbalan yang di pertua Pas kawasan Bandar Baru dan juga penolong setiausaha negeri serta pengerusi lajnah tanah Pas Negeri Pulau Pinang adalah Ahli Majlis yang terlibat di dalam jawatankuasa perlesenan kerajaan tempatan. 
Mengapa perkara ini tidak di sekat dari peringkat awal lagi iaitu semasa permohonan daripada pengajur yang semestinya di bawa ke mesyuarat ahli majlis MPPP. Ini adalah kerana Iszuri adalah jawatankuasa tetap kesiahatan awam di mana dia bertanggungjawab dalam meluluskan lesen penjaja, trade biliboard serta banner dan juga semua yang bersangkutan dengan perlesenan.

Perkara ini telah di sahkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam MPPP Ong Ah Teng dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian.



Jadi bagimana pula tiba tiba pemuda Pas Pulau Pinang terloncat loncat dalam isu ini. Adakah sebelum mengeluarkan kenyataan akhbar mereka tidak membuat sebarang rujukan kepada pihak yang berwajib atau sememangnya ini adalah satu rancangan jahat Pakatan Hafiz Nordin bersama Pemuda Pas Pulau Pinang untuk memburukkan nama Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pakatan Rakyat.

Pemuda Pas kalau iklas dalam menentang program ini sepatutnya terlebih dahulu membantah perkara ini di peringkat awal. Mereka bukan parti pembangkang yang tidak tahu menahu segala perancangan dan progran yang akan di jalankan di Pulau Pinang.

Lim Guam Eng telah meletakkan 2 orang wakil Pas dalam MPPP selain beberapa orang lagi wakil melayu dari PKR, DAP dan NGO. Atau perkara ini sebenarnya menyerlahkan lagi ketidakupayaan pemuda pas Pulau Pinang dalam perkongsian kuasa di negeri Pulau Pinang.

Bak kata salah seorang pemimpin Dap. katanya. di Selangor DAP dan Pas bersaing sesama sendiri, kadang kala DAP ke depan dan kadangkala Pas ke depan tetapi di Pulau Pinang katanya DAP berjalan pun Pas Pulau Pinang masih belum mampu untuk mengejar.

Inilah isu sebenar yang berlaku di Pulau Pinang, Pas bukan saja tidak berupaya untuk menjadi pesaing kepada DAP malah dengan PKR pun mereka telah ketinggalan jauh. Di tambah pula dengan usaha usaha kumpulan Hassan Ali yang di ketuai oleh Bekas Ketua Pemuda Negeri Hafis Nordin.

Hafiz Nordin pula di sokong oleh pemuda pas negeri di mana setiap keputusan yang pemuda buat Hafiz Nordinlah yang menjadi rujukan dan pembuat keputusan utama.

Ternyatalah tindakan Pemuda Pas Pulau Pinang ini adalah kerana dia sebab iaitu sama ada mereka sengaja mahu menburuk burukan kerajaan negeri ataupun mereka sememangnya tidak tahu apa apa tentang perjalanan kerajaan negeri walaupun Pas mempunyai wakil di dalam Majlis Tempatan.

Ataupun ahli Majlis Pas sendiri tidak berperanan di dalam melaksanakan dasar dasar Islam di dalam kerajaan Pakatan di Pulau Pinang. Di Kabarkan juga Izuri kini sibuk rombongan ke sana sini. sehingga ke luar negeri tanpa mendapat peruntukan perbelanjaan dari MPPP. 

Adakah di sponsor atau mengunakan duit sendiri semasa ke sulawesi mengikuti team dragon boat dan kini bersama team paintball MPPP di langkawi yang juga tidak mendapat perutunkan perbelanjaan ahli majlis dari MPPP.

Oleh itu sebelum pemuda Pas negeri cuba menyalahkan kerajaan negeri dalam isu ini adalah lebih baik bertanyakan ahli majlis dari Pas sama ada dia tahu atau dia buat buat tak tahu kerana mungkin sudah di bela oleh tokey tokey....

Di bawah ini pula updates jam 12 tengahhari 14/11, komen dari Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang Zainul Faqar Yaakop.

USUL: Orang Islam yang diharamkan maan babi tak boleh sampai menafikan hak orang bukan Islam makan babi. Mereka bukan mukallaf.

FURU': Orang Islam dilarang minum arak bolehkah sampai melarang orang bukan Islam di Pulau Pinang daripada minum arak?

Fiqh al-Tanzili: Pulau Pinang perlu ada kawasan khusus supaya hak bukan Islam tidak dinafikan demi memulihara imej Islam sebagai agama adil.

Kalau pemuda PAS Pulau Pinang dinamik, dia akan cadangkan kawasan hiburan bukan Islam supaya di sana mudah untuk kenal pasti orang Islam yang mendekati perkara haram.

Di negara-negara Barat, telah lama isu arak ditangani secara kontraktif. Ada negara, arak dilarang jual di stesen minyak atas alasan keselamatan memandu. Ada negara lain, boleh minum arak dalam bar sahaja, untuk elak ganguan sosial di luar bar. Ada negara yang lain, minum arak sampai jam 3 petang sahaja, untuk menjadi keharmonian berkeluarga di luar waktu bekerja. Dan ada negara mekhususnya tempat khusus sahaja minum arak dan kedai arak diselia oleh kerajaan sebab nak didik masyarakat.

Pulau Pinang memerlukan fiqh yang lebih konstruktif, bukan fiqh taliban macam Pemuda Pas Pulau Pinang

Selalu bila nak tekan orang lain atau paksa orang lain hormat Islam, dibangkitkan isu arak ganggu sensitiviti orang Islam.

Cara kita bercakap ini tak ganggu ka sensitiviti orang bukan Islam?

Kenapa soal sensitiviti ini ditajamkan oleh pemuda PAS Pulau Pinang? 

Bagi saya, mereka tiada fiqh al-tanzili (fekah adabtasi) yang dinamik, tiada idea dan tidak pernah ada polisi berwajib sungguhpun syok sendiri dilaporkan berkata mereka saja lebih layak perintah negeri ini.

Bila tak ada idea, isu sensitiviti ini lah ditajamkan untuk membodohkan orang Islam dan bukan Islam.

Sebenarnya diri sendiri yang bodoh polisi pentadbiran. Saya kata demikian kerana sensitiviti mana boleh jadi sumber hukum syarak kalau ikut disiplin fiqh.

Sumber hukum syarak ada 4 sahaja, al-Quran, al-Hadith, Ijmak dan al-Qiyas. 

Sensitiviti sumber hukum syarak ke lima ka? LOL