PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

Isnin, 3 Disember 2012

MENANTU DR MAHATHIR



Siapakah wanita yang berkemban ini... Menantu siapa? Isteri siapa? Atau siapa? Yang penting bukan siapa dia tapi siapakah di sebalah dia...




MOKHZANI "BUGATTI" MAHATHIR

Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan).

Ini bermakna Mokhzani mengumpulkan sebanyak RM 54 juta bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta setahun.

NOTA : FB ABU NAWAS TELAH BERTUKAR MENJADI FAN PAGE,
SILA LIKE DI SINI ATAU ADD FB ABU NAWAS II DI SINI

Bersambung :

Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!


Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa ianya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya.

Di bawah pula ialah cerita Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh yang rumahnya di masuki pencuri.

Cuba lihat harta yang ada di dalam peti besi dalam rumahnya sahaja, usah tanya hartanya yang ada di dalam atau luar negeri...

Wang Tunai RM70,000.00

Tiga jongkong emas - 250gram kali ngan rm158 kali 3 = RM118,500.00

Barang kemas

Geran tanah

Tiga komputer riba




Di bawah pulak surat pembaca untuk Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang :


Kepimpinan Pemuda perlu lebih bertaring untuk membawa pembaharuan dalam parti. Pemuda yang masih panas darahnya sewajarnya banyak membuahkan idea-idea baru dalam parti selain melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis yang berwibawa.

Jika diletakkan penunjuk aras untuk mengukur kejayaan gerakerja pemuda dalam memajukan parti, sebagai contoh dalam aspek penyertaan rakyat (yang bukan ahli PAS tegar) dalam program-program pemuda serta pertambahan ahli baru, berapa peratuskah kejayaan DPPK yang telah dicapai?

Maaf seandainya kenyataan ini keterlaluan, tetapi secara umum saya berani menyatakan Dewan Pemuda PAS masih lagi "syok sendiri" dalam semua gerakerjanya. Siapa setuju dengan kenyataan ini?

-Muhammad Fathur Rasyid.

Di bawah pula komen dari komentar ini di Facebook 


 Di Pulau Pinang, Pemuda Pas lebih suka bincang masalah parti apabila mengadakan mesyuarat (macam tiada agenda mesyuarat). 

Kalau Pas Pulau Pinang kata mereka cakna agama di negeri berkenaan, tiada satu pun polisi tarbiah dikemukakan lalu dilaksanakan melalui agensi-agensi di bawah Kerajaan Negeri sejak lebih empat tahun lepas (baca: Tsunami Politik 8 Mac 2008).

Bila ditanya dalam liqa' pemuda, kepemimpinan utama Pas negeri berdalih, "Pas hanya ada satu kerusi saja (DUN Permatang Pasir)...kita (Pas) tiada kuasa di Pulau Pinang."

Semasa itu, Afnan Hamimi Taib Azamudeen (AJK Pemuda Pas Malaysia merangkap Setiausaha Pemuda Pas Pulau Pinang) saban masa menyerang Kerajaan Pulau Pinang, terutama kepemimpinan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Agama merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP).

Contoh, Kerajaan Negeri khususnya Abdul Malik dituduh tidak menjaga kesucian agama Islam di Pulau Pinang semasa kontroversi jenazah seorang muallaf dituntut oleh waris Buddha sedang meledah.

Apabila beliau belajar fiqh yang aneh serta tiada polisi yang konstruktif, maka beliau dilihat senada dengan kenyataan ekstrem Hafiz Nordin (bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang) Datuk Dr Hasan Mohd Ali (bekas Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Pengerusi JATi) yang nyata anti Pakatan Rakyat.

Paling tidak, bacalah pendapat Dr Yusoff Al-Qardhawi kalau kita tiada idea atau polisi masa depan.

Baca http://faqar.blogspot.com/2012/07/al-qardhawi-menanam-jenazah-muslim-di.html

Patut PAS sekarang sudah mempunyai idea serta polisi kerana Datuk Mohd Salleh Man (Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang merangkap Adun Permatang Pasir) sudah menjadi Yang Dipertua MAiNPP yang baru.

Afnan sendiri dilantik oleh Salleh menjadi Ahli Majlis MAINPP dengan diberi peranan khusus untuk tarbiah belia.

Dalam pertemuan dengan petugas dakwah pemuda Pas baru-baru ini, beliau ditanya mengenai halatuju tarbiah belia di masjid-masjid dekat Pulau Pinang melalui MAINPP.

Beliau dilaporkan beralih, "pegang ahli majlis pun, kita (Pas) tiada kuasa nak buat semua itu."

Oh...dulu tak boleh kemukakan polisi sebab "Pas hanya ada satu kerusi saja (DUN Permatang Pasir)...kita (Pas) tiada kuasa di Pulau Pinang."

Dah pegang jawatan pun, nak beri alasan yang samakah?

Padan lah lazim bincang masalah saja, sebab, tiada idea atau polisi dinamik yang baru pun untuk menggamit Rakyat menyokong idea Negara Berkebajikan Pas.

Tak payah tengok, kebendulan pemuda Pas Pulau Pinang, di peringkat pemuda Pas Pusat hatta ulamak sendiri, apa polisi baru yang mereka tawar kepada Pas.

Berbanding dengan DAP Pulau Pinang, Grup Zairil Khir Johari pula berbincang mengenai idea dan polisi masa depan negara serta kerajaan negeri yang sebenarnya menyentuh sensitiviti rakyat. 

Antara polisi yang dibincangkan di Pulau Pinang adalah: Bajet Responsif Gender, polisi gaji minimum RM1500, sifar miskin dengan pendapatan isi rumah keluarga minimum RM770 sebulan dll. 

Apa yang nak disebut di sini, Pas bincang mengenai masalah dirinya, manakala, DAP bincang mengenai polisi rakyat.

Saya setuju dengan contengan di dinding utama di atas. Mohon bersetuju untuk berbeza pendapat.

Zainulfaqar Yaacob
0194241583