PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

IKLAN 3

IKLAN 3
Kembara Seniman Jalanan Jelajah Bumi Siam Bersama Pyanhabib

Isnin, 17 Disember 2012

KISAH ANAK TAIB AZAMUDIN BEREBUT NAK JADI PENGACARA MAJLIS HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT PULAU PINANG

Ceramah Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang semalam telah berjaya mengumpulkan ribuan penyokong walaupun pada sebelah petangnya hujan lebat dan padang menjadi becak di sebelah malamnya...

Keaadaan ini tidak mematahkan semnagat penyokong Pakatan Rakyat untuk hadir bersama sama walaupun terpaksa berdiri dari awal sehingga tamat ceramah. Pemimpin utama pakatan seperti Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng, Kit Siang serta di hiburkan oleh otai Blues Ito telah hadir bersama sama walaupun cuma berpeluang berucap tidak sampai setengah jam seorang.

Namun begitu di sebalik itu ramai yang tidak tahu penganjur program ini menghadapi masalah di belakang pentas apabila berlaku perebutan untuk menjadi pengacara majlis (MC) bagi mengendalikan ceramah pada malam itu..

Kisahnya begini...

Semlm aku didatangi oleh pemimpin PKR peringkat negeri menceritakan Afnan yang juga setiausaha pemuda pas Pulau Pinang bersungguh nak MC Himpunan Kebnagkitan Rakyat Pulau Pinang, Afnan yang juga penjual rokok halalan toyiban telah ditemani oleh S/U Perhubungan PAS Pulau Pinang Iaitu Sdr Md Noor Harun, dimana Sdr Md Noor Harun ini pun adalah Kroni kuat kpd  Afnan dan jg Hafiz Nordin (Anti tahluf siyasi)..

Pemimpin PKR negeri ini pun meluahkan bhw sebelah ptg tadi Afnan menjadi MC utk program anak muda. Tetapi program yg grand disebelah mlm pun beliau teringin sgt-sgt hendak menjadi MC.

Padaahal Afnan selalu sgt menjadi MC di program PR yg grand spt Konvesyen PR ke-3 di suka menjadi,alor star Ostad afnan jg menjadi MC.

Program Eksperasi anak Muda HIMPUNAN HIJAU peringkat Kebangsaan di stadium alor star pun beliau jg menjadi MC.

Program sambutan 60 thn disebelah mlm nya ada forum perdana,  Afnan jg menjadi MC..
Wahal MC utk program kemuncak ini ialah dikalangan Pemimpin Muda PKR Negeri, ianya diutuskan sendiri oleh Seketerait PR Negeri Pulau Pinang pd mesy yg lepas.

Tetapi tiba2 disebelah mlmnya jg si  Afnan bersama S/U Perhubungan Negeri Pulau Pinang (sdr Md Noor Harun sekutu kuat Ostad Hafiz Nordin) cuba sedaya upaya utk mengerat pemimpin Muda PKR negeri Pulau Pinang utk menjadi MC dgn memujuk pemimpin muda PKR negeri supaya menyerahkan tugasan nya sbg MC kpd Ostad Afnan.

Ini Menyebabkan seketerait PR Pusat terpaksa masuk campur tangan dan sebulat suara mengutuskan bhw Pemimpin Muda PKR Negeri Pulau Pinang akan menjadi MC utk program Himpunan Kebangkitan Rakyat pulau pinang.

Persolan disini ialah :

1) Afnan hamimi taib azzamudden ialah S/U pemuda pas negeri pulau pinang mernagkap EXCO Pemuda PAS Malaysia yg diamanahkan sbg Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPM (menggantikan Ostad Yusni M.Piah) dianggap tdk cerdik dan masih bodoh utk memahami konsep tahaluf siyasi,,,adakah  Afnan ini memang 100% pro Unity Govt (kerajaan perpaduan) UG. Sehingga tdk menghormati majlis mesy seketeriat PR Pulau Pinang danjg pusat.

2) Tindakan Afnan ini jg menggambarkan keseluruhan pemuda pas negeri pulau pinang mahupun pusat,sbb beliau memegang jawatan2 yg penting dlm Parti mahupun Majlis agama islam pulau pinang.

3) Tindakan Afnan ini membabitkan pengaruh dan jawtan Sdr md Noor Harun selaku S/U perhubungan Pas Pulau Pinang.

4) Adakah cara dan kaedah Afnan Hamimi dipersetuji oleh keseluruhan pimpinan pemuda pas ngeri pulau pinang mahupun pemuda pusat. Krn ianya menggambarkan imej Pemuda pas Pulau Pinang dan jg pemuda pas pusat.

Tindakan  Afnan hamimi dan jg Sdr Md Noor, memang sgt tdk blh diterima krn seolah-olah meraka tdk menghormati Syura PR Pulau Pinang dan seolah-olah ada muslihat tersendiri.

Nasihat kan kpd  Afnan, kalau nak popular pun biar jgn dgn memijak kepala org lain ataupun cantas org lain, Kalau nak popular atau glomuar,guna bakat sendiri yg dikurnikan oleh Allah S.W.T, bukannya dgn mengalmalkan budaya politik mencatas ataupun mengerat org lain.

Insaf la kamu wahai Ostad Afnan. Jgn amalkan Budaya politik UMNO didlm PR mahupun PAS.

Di dalam satu kejadian yang lain pula NGO HAPUS iaitu sebuah NGO yang memperjuangkan penghapusan kutipan tol di jambatan Pulau Pinang pula telah cuba di sekat dari melancarkan kempen ini yang telah pun di beri slot dalam ceramah pada malam itu...

Menurut jawatankuasa NGO tersebut yang juga pegawai di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang saudara Zainulfaqar Afnan cuba untuk menghalang NGO ini naik di atas pentas walaupun ianya adalah sebahagaian slot yang telah di persetujui oleh jawatankuasa Perhimpunan ini.

Di bawah adalah kenyataan Zainulfaqar :


Pas dalam jawatan kuasa pemandu Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) khabarnya diwakili oleh Setiausaha Perhubungan Negeri, Tuan Mohd Noor Harun.

Sehingga malam tadi, Pas tuntut Setiausaha Pemuda Pas Pulau Pinang Afnan Hamimi Taib Azamudden jadi pengerusi majlis di pentas utama HKR.

Fraksi Afnan itu cuba untuk sabotaj dan hijack Syed Mekail Syed Aidid (Setiausaha Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat) dari menjadi pengerusi pentas HKR sungguhpun itu keputusan mesyuarat PR Negeri.

Akhirnya, beberapa ahli jawatankuasa pemandu PR menghubungi semula pemimpin-pemimpin utama PR untuk mendapatkan konsesus yang baru.

Sekretariat PR Pusat bersetuju dengan ketetapan asal Sekretariat PR Pulau Pinang, iaitu Syed Mikael kekal sebagai pengerusi pentas HKR malam tadi.

"Aku respek Ketua Pemuda Pas Negeri, Ustaz Yusni Mat Piah sebab berjiwa besar, tak suka konflik kepentingan seperti ini ganggu HKR.

"Malam tadi, beliau duduk di depan sebaris dengan Amir Ghazali (Ketua AMK Pulau Pinang), (Datuk Mohd) Salleh Man, Datuk Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang), Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan 'Abang Mat' (Mohamad Sabu, Timbalan Presiden Pas)..

"(Yusni) macam itu baru ada wibawa pemimpin. Bukan seperti Afnan (dan) Mohd Noor, duduk dalam gelap dekat khemah, adu domba sana-sini dengan memberi gambaran kurang tepat mengenai status MC (pengerusi majlis itu," kata seorang pemimpin Pemuda Pas Kawasan Nibong Tebal.

HAPUS MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT
SEHINGGA MEMBUAT AFNAN IRI HATI DAN CUBA MENGHALANG NGO INI
DARIPADA BERUCAP DI DALAM HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
Rosli Bakar yang lebih dikenali sebagai Abang Abu Nawas dalam reaksi spontan, "Afnan buat kelaku macam itu sebab dia bukan nak jadi calon (Ahli Parlimen) Kepala Batas atau calon Ketua Pemuda Pas (Pulau Pinang), dia (Afnan) nak jadi MC saja."

Kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat boleh hormat Pas kah jika macam ini kelaku dua pemimpin jemaah kita?

Perbuatan Afnan dan Mohd Noor ini langsung tidak mengukuhkan usaha Mohd Salleh dan Yusni mengukuhkan wibawa Pas dalam PR Negeri.

Kalau kita ada polisi atau ada idea atau ada wawasan, secara automatik kira akan diberi laluan untuk berkongsi impian dalam PR secara wibawa.

Itu, tidak termasuk hasad Mohd Noor Harun dan Afnan yang didakwa cuba menghalang partisipasi badan bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (Hapus) duduk sepantas dengan PR pada malam HKR di Padang Awam Jawi makan tadi.

Hapus cuba dalang malam tadi khabarnya atas dalih badan bertindak itu dipengerusikan oleh Zolkifly Md Lazim (Ketua Pas Cawangan Bayan Lepas) serta disokong oleh Ustaz Mohd Rizal Akhir (aktivis Persatuan Muafakat Kesejahteraan Pulau Pinang, Permuafakat), Mohd Firdaus Mohamad Ali (bekas Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Pemuda Pas Pulau Pinang) dan Zainulfaqar Yaacob (wartawan PenangInsight.com).

Kalau tak sependapat dengan mereka, takkan nak halang kemaraan Hapus memperjuangkan isu yang menguntungkan rakyat terbanyak?

Selamat bermuhasabah...

Zainulfaqar Yaacob
0194241583

Lihat pula kenyataan dari exco Pemuda Pas Pusat yang menyokong NGO ini, persoalannya kena Afnan cuba hendak mengagalkan kempen ini. Tidak lain tidak buka Afnan adalah proksi Umno di dalam kumpulan kerajaan perpaduan Pas dan Umno..


Rakyat mahu hapus, kerajaan lanjut tol jambatan P Pinang

Muhammad Faizal,
16 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar menyokong desakan yang dibuat oleh NGO, Hapus Tol Jambatan Pulau Pinang (HAPUS) yang meminta agar kerajaan memansuhkan segera tol yang telah membeban hidup rakyat Pulau Pinang setiap hari.

Beliau yang dihubungi memberitahu tindakan melanjutkan perjanjian asal dari 33 tahun sebelum ini dengan melanjutkan lagi 20 tahun adalah satu tindakan yang tidak sewajarnya dan jelas hanya untuk keuntungan kroni sahaja.

"Kita tahu Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan merupakan keempat di Asia Tenggara dan kita hargai.

"Namun dalam pada masa yang sama rakyat terus terbeban dengan kadar tol yang dikenakan apatah lagi tempoh konsesi yang telah dilanjutkan kepada 20 tahun lagi, yang mana perjanjian asal hanya 33 tahun sahaja," kata beliau kepada Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, kadar tol sebanyak RM7 bagi perjalanan dua hala satu beban besar kepada mereka yang merupakan penduduk Pulau Pinang yang sentiasa berulang alik menggunakan jambatan tersebut.

Dalam pada itu, beliau memberitahu kerajaan sepatutnya memberikan kadar diskaun kepada mereka yang sentiasa menggunakan jambatan tersebut terutamanya mereka yang menetap di bahagian pulau bukannya melanjutkan konsesi hanya untuk kepentingan kroni sahaja.

Sementara itu, HAPUS melalui kenyataannya memberitahu penghapusan tol Jambatan Pulau Pinang adalah amat perlu kerana rakyat Pulau Pinang tidak pernak mendapat manfaat dari keuntungan kutipan dari tol tersebut.

Malah menurut HAPUS lagi, kerajaan Pulau Pinang tidak pernah mendapat hak atau komisen daripada kutipan tol walaupun dalam perjanjian mengatakan mereka mempunyai pegangan sahan sebanyak 15 peratus atau 375,000 saham pada 1994.

Konsesi tol sepatutnya tamat pada tahun 2018 tetapi telah dilanjutkan sehingga tahun 2038.