PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

Sabtu, 1 Disember 2012

KISAH PENGANTIN MATI PUCUK



Petang tadi saya sempat ziarah orang lama PAS Pulau Pinang di Sungai Dua. Banyak tukar2 pandangan dan kongsi2 cerita. Dipendekkan cerita, saya cukup tertarik dengan kenyataan beliau,”Kepimpinan PAS Pulau Pinang sebenarnya MATI PUCUK!!!

Mana anak Muda Penang yang sepatutnya memimpin gerakan pemuda dalam parti. Kena Import player luaq jadi pemimpin. Orang no 1 skrg sejak modify enjin pasang 2 kaburetor asyik tenggelam timbul. pelapis yang ditonjolkan pun org kedah.Asalkan naik poster gambar budak ni je yg keluar…anak bapak!” termenung seketika memikirkan siapakan org ni…sape ye manusia ini?

Muhammad Fathur Rasyid
TULISAN INI DI TULIS OLEH Muhammad Fathur Rasyid atau nama sebenarnya Ahmad Azmir Bin Ahmad Aseki merupakan anak jati Kampung Pulau Betong, Balik Pulau.

BERSAMBUNG" :

Bila dah lama “berehat” dari ikut serta program parti terasa otak saya ni kekurangan RAM walaupun storage besar lagi. Saya anak jati Pulau Pinang sedikit sebanyak terasa juga. Saya sekadar pernah memegang jawatan peringkat pemuda kawasan bukan tinggi manapun. Tapi bila imbas balik Poster2 yang bersepah di tepi jalan tu dapatlah gambaran siapa orang yang dimaksudkan itu. Setahu saya masa di Kedah dia cuma Ketua Lujnah ICT Pemuda Kawasan yang bapak dia jadi antara pemimpin tertinggi peringkat kawasan. Lari ke Penang sebab berniaga terus dilantik menjadi panglima perang. Hebat orang ni, klau tak hebat tak kan kekandanya nak lantik dia jadi panglima perang!

Saya pun terfikir juga bila tengok kepimpinan PAS negeri – hambar, tiada energy. Klau peringkat pemuda negeri dah kena ambik player import, 5-10 tahun lagi seluruh kepimpinan PAS negeri kita kena swastakan kepada org lain. Kawan2 pemuda yang dikasihi, istiqamahlah dalam perjuangan. Tapi perjuangan perlu ada strategi. Jangan mengkhinzir buta dalam mengikut pemimpin yang hebat berhujah menggunakan ayat Quran. Kita perlu menganjak paradigma dalam kepimpinan. Zaman telah berubah jadi pendekatan perlu berubah. Tak salah kekalkan imej kain pelekat dan serban asalkan tindakan memang berkesan untuk menjatuhkan lawan. Tak ada guna pertahankan cara lama klau musuh depan mata pun kita takut nak menghunus senjata!

Blocg Muhammad Fathul Rasul boleh di ikuti di http://ahmadazmir.wordpress.com/