#kayuh2.0: SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN
RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN 2.0 :-
SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN
DATELINE : 7/12/2012
SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN
DATELINE : 7/12/2012

Pagi ini Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0 dilancarkan dengan sungguh bersemangat di Pasar Besar Seremban dengan 20 pengayuh majoriti anak muda yang kebanyakkanya dari Negeri Sembilan & Selangor bersama ahli-ahli JERIT . Pelancaran ini disempurnakan oleh Dr.Nasir , Pengerusi Parti Sosialis Malaysia & ADUN Kota Damansara, YB Guna ( Wakil DAP & ADUN), YB Ravi ( Wakil PKR & ADUN) , Saudara Hassan ( PAS) dan juga wakil Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM).
Pengayuh akan menjelajah selama 4 hari ke seluruh Negeri Sembilan dengan membawa 7 tuntutan rakyat dan juga dalam perjalanan itu mengutarakan isu-isu kawasan setempat.

Pada hari ini 2 isu utama telah diutarakan oleh 2 komuniti yang menghadapi masalah. Isu pertama ialah di Taman Mambau. Isu penduduk Taman Mambau adalah isu sejak taman itu dibina 25 tahun dahulu. Di taman ini , tiada tangki air menyebabkan kalau ada pemotongan air, penduduk disini kadang-kadang tiada air sampai 5 hari. Selain daripada itu jalan di taman ini
tidak diturap sejak 25 tahun. Walaupun masalah ini akan nampak remeh tetapi ini adalah situasi yang sungguh menyedihkan dimana dalam negara yang mempunyai pembangunan begitu banyak, ada juga kawasan taman yang jalannya tidak diturap. Dimanakah kekayaan negara ini digunakan , kalau bukan untuk rakyat ?

Isu kedua yang diutarakan hari ini adalah isu Pantai Teluk Kemang. Para pengayuh telah berjumpa dengan Sekretariat Selamatkan Pantai Teluk Kemang. Isu disini adalah , pantai hendak diswastakan dan orang ramai akan dikenakan bayaran untuk menggunakan pantai. Selain daripada itu longkang dibina untuk mengalirkan air kotor dari kedai-kedai dan syarikat
berdekatan ke laut yang mencemarkan laut. Penjaja pula dimangsakan dengan memberi kawasan kedai kepada yang kurang kemudahan dan dibina oleh kontraktor swasta. Projek- projek pembangunan disekitar Teluk Kemang tidak dikawal dimana sisa-sisa pembinaan dibuang di laut dan keselamatan pengunjung pantai terancam. Ini adalah antara isu-isu yang
diperjuangkan oleh penjaja-penjaja dikawasan ini yang ingin menyelamatkan pantai ini untuk generasi masa depan.
Kedua-dua isu ini jelas menunjukkan, kerajaan sekarang ini mengutamakan wang dan keuntungan daripada kebajikan rakyat dan menyelamatkan sumber alam negara.

Selain daripada itu isu Ladang Kirby dimana penduduk ladang ini tengah berjuang untuk perumahan alternatif dan perjuangan ini telah berterusan untuk 10 tahun dan masih tiada penyelesaian daripada majikan mahupun kerajaan negeri.
Kempen hari ini berjalan dengan lancar dengan ramai ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Negeri Sembilan memberi sokongan moral dan material untuk menjayakan kempen ini.

Pihak polis walaupun tidak menghalang kempen ini akan tetapi ramai Special Branch yang mengekori pasukan pengayuh ini.
Semangat anak muda yang menyertai kempen ini sungguh tinggi. Kepercayaan rakyat yang memberikan memorandum kepada pasukan anak muda ini , memberi rasa tanggungjawab kepada para pengayuh untuk memperjuangkan isu rakyat.
Esok , para pengayuh akan meneruskan jelajah mereka dari Rantau sehingga ke Johol. Lebih banyak isu rakyat akan diutarakan sementara 7 tuntutan utama iaitu
i. Pilihanraya yang BERSIH dan Adil; ii.Hentikan pemusnahan alam sekitar; iii. Perumahan selesa untuk rakyat; iv. Hentikan penswastaan perkhidmatan asas ;v. Lindungi Hak dan kebajikan pekerja; vi. Lindungi hak demokrasi rakyat ;vii. Mansuhkan undang-undang zalim akan dipopularkan untuk mendapat sokongan rakyat dan juga memberi kesedaran kepada rakyat.
RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN
Untuk maklumat mengenai program terkini , hubungi M.Nalini -0123902544
RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN
Untuk maklumat mengenai program terkini , hubungi M.Nalini -0123902544
#kayuh2.0: Tahukah anda pantai boleh diswastakan?
7 Disember 2012- Penjelajahan ke Teluk Kemang hari ini telah memberi satu informasi baru kepada semua pengayuh muda. Kerakusan kaum kapitalis. Ketamakan golongan kaya untuk mengaut profit dengan mensawastakan pantai Teluk Kemang di Negeri Sembilan.

Pantai diswastakan? Apa akan berlaku? Bagi pekedai yang ingin membuka kedai harus membayar kepada pemaju swasta ini. Dia menjadi pemilik tanah pantai. Bukankah tanah pantai milik awam?
Inilah realiti di negara kita. Rakyat menuntut hak tanah pantai dikembalikan kepada RAKYAT!
Bermulanya Kempen Basikal Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0
LOKASI: Negeri Sembilan
7 Disember 2012 - Hari pertama Kempen basikal 2.0 jelajah Negeri Sembilan bermula sekitar 9 pagi di Pasar Besar Seremban.

Basikal- basikal pengayuh sudah bersiap sedia lebih awal untuk menanti kedatangan pengayuh!

Para pengayuh diberi penjelasan mengenai keselamatan semasa pengayuhan.

Masyarakat tempatan di Lenggeng menerima kedatangan para pengayuh kempen basikal Jerit. Tandatangan sokongan juga diterima daripada wakil tempatan terhadap tuntutan- tuntutan Jerit.

Para pengayuh bersama wakil masyarakat tempatan.

Tuntutan rakyat dibawa bersama oleh pengayuh. Bukankah ini wajib ditunaikan oleh kerajaan pemerintah untuk rakyat.

Pengayuh bersemangat meneruskan perjalanan walaupun panas terik di Taman Semarak, Nilai.

Pengayuh melawat Ladang Kirby di Labu yang sedang menghadapi masalah perumahan.

Lebih kurang jam 1 tengahari, makanan disediakan oleh penduduk Ladang Kirby untuk para pengayuh.

Perbincangan dengan penduduk tempatan dalam mengenai isu perumahan Ladang Kirby

Berehat sebentar sebelum meneruskan pengayuhan ke Rasah.

Perjalanan pengayuhan ke Taman Mambau sekitar 3 pm.

Para pengayuh menerima memo daripada penduduk Taman Mambau. Memorandum ini akan dibawa oleh pengayuh ke Pejabat Menteri Besar pada 10 Disember- Isnin ini.

Wakil DAP bersama penduduk tempatan menerima kedatangan pengayuh di Lukut.

Para pengayuh disambut oleh wakil PKR di Port Diskson.

Jelajah seterusnya ke Teluk Kemang berjumpa dengan Sekretariat Selamatkan Teluk Kemang lebih kurang jam 6.45 pm.

Pantai Teluk Kemang sedang diswastakan. Memorandum diberikan kepada para pengayuh.

Dari Teluk Kemang, penjelajahan diteruskan ke Rantau. Para pengayuh sampai di Rantau pada pukul 7.30 malam. Rantau adalah tapak bermalam untuk penjelajahan hari pertaman Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0.

RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN BERMULA 7/12/2012
Kempen Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0 akan bermula pada 7/12/2012 di Pasar Besar Seremban, membawa tuntutan rakyat yang inginkan satu kerajaan dan dasar-dasar yang pro rakyat.
Kempen ini akan dimulakan di Negeri Sembilan, dan setiap bulan satu negeri akan dijelajahi untuk mengutarakan isu rakyat disana.
Jangan lupa bersama kami pada 7/12/2012, 9.30 pagi di Pasar Seremban
FLASH BACK hari terakhir Rakyat Pengayuh Perubahan , 2008
Kempen ini akan dimulakan di Negeri Sembilan, dan setiap bulan satu negeri akan dijelajahi untuk mengutarakan isu rakyat disana.
Jangan lupa bersama kami pada 7/12/2012, 9.30 pagi di Pasar Seremban
FLASH BACK hari terakhir Rakyat Pengayuh Perubahan , 2008
18 DECEMBER 2008 –CYCLIST TO PARLIAMENT !POLICE DEFEATED !
It was the final day. It would finally determine if the organizers and cyclist end up in Parliament or end up in some police lock-up. We have arranged lunch at Selangor Chinese Assemble Hall but again we were just unsure and we decided that maybe we should just organize lunch boxes.
By 8am, our buses started to come to the capital Kuala Lumpur. Here we were initially misguided by the police. The Police had started its maneuver. One bus was stopped and told that they will be taken to Brickfield police station, another bus was stopped and told to wait, yet another bus was diverted and later told that it will be escorted out of Kuala Lumpur. At this time, we had decided that if the buses are stopped, then the participants will just walk out and walk towards Parliament. The police were equally confused. They did not get clear instruction and this resulted in all our buses carrying cyclist managed to reach Lake Garden- the destination pre-determined by us.
Now we had 2 strategies. We slowly got our cyclist as well as supporters to slowly walk up to the Parliament gates. The police did not stop them because their instruction is to ensure the cycles do not reach Parliament. Once our cyclist and supporters reached Parliament gates and as the Parliament guards were making arrangements for 120 cyclist to move into the multi-purpose hall in Parliament, we embarked on plan B. Under plan B, we had 30 cyclists to cycle one by one to Parliament. The first cyclist was Simon. He managed to start cycling but was stopped by the police. He then started to push his cycle, this was also stopped by the police. At this time there was a stand-off with police. Police could not give any legal argument why the cyclist was stopped except that he has orders. The police wanted to declare the cycling as illegal procession but we did not have any cyclist following the first one. This was our tactical move which baffled the police. Amer Hamzar the lawyer team was also there. The poor police held on to the bicycle as if it was the most dangerous weapon heading towards Parliament.
Soon police manning the Parliament were getting restless. We then argued with the ground command Tuan Hamid. He was trying to be reasonable but again he said he cannot allow any cycling as this was his orders. Once again, he has got nothing legally to stop the cyclist. By this time, Dr. Jeyakumar led a number of Opposition MPs to come down to negotiate with police. Sivarasa, Gobind, Tian Chua, Dr. Hatta, Manogar, Manikam and a few others came by.
The police now started to panic. They argued on how can the police stop those invited to parliament? Now the police chief said that we will allow one cyclist. He then agreed to allow five. The lorry carrying the cycles then appeared in front of the road leading to Parliament. Bicycles were unloaded. Then the police got worried and tried stopping the bicycles. Then some of the MPs started to ride the bicycles inside. The police was dumb-founded. 12 bicycles managed to go in. At this time, the police created a big havoc and arrested one supporter and tried to arrest a few more. A fight broke out. By now, we know that we have won as 12 cycles did manage to go into Parliament. The orders of the Deputy IGP had been defeated. Three police District manned by the CPO of Kuala Lumpur failed to stop bicycles from entering Parliament. It was a victory and we stopped here as we did not want more arrest to take place.
The cyclist which managed to enter Parliament got tremendous support as they rode by. The police look defeated at all counts. The program inside Parliament went on without any incident. Speeches, lunch and Press conference were held. Outside the remaining crowd dispersed to Chinese Assemble hall awaiting a victory celebration.
A victory celebration then commenced at 3pm when the cyclist returned. They were given certificate and medals. Speeches and victory slogan thundered the hall. It was a well fought 2 weeks and it ended in the Parliament. Many cyclists were in tears. The organizers proud that they have accomplished a historical victory. One MP observed, with just one Socialist MP, so much in-roads had been met referring to the 130 people allowed to enter Parliament
The police tried everything – arrest, intimidation, media and sabotage. It failed to dampen the spirit. Each day, a battle erupted but on the final count, it was a resounding victory for JERIT
JERIT anjur 'Kayuh Untuk Perubahan 2.0'

NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) akan mengunjungi 23 lokasi di kawasan pedalaman dan ladang di Negeri Sembilan bagi mempromosi tujuh tuntutan mereka melalui acara "Kayuh untuk Perubahan 2.0" yang bermula Jumaat ini.
Kayuhan selama empat hari itu akan melalui tujuh daerah utama di negeri itu iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu.

Penyelaras JERIT Negeri Sembilan S Thinagaran berkata peserta dalam acara berbasikal itu juga akan menyerahkan tuntutan berkenaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Pembangkang Anthony Loke.
Tujuh tuntutan itu termasuk pilihan raya bersih dan adil, gesaan supaya menghentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat dan tuntutan supaya kerajaan menghentikan penswastaan perkhidmatan awam.
Selain itu, NGO berkenaan juga menuntut supaya kerajaan melindungi hak dan kebajikan pekerja, hak untuk berhimpun secara aman, hak bersuara dan juga memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim.
Tujuh tuntutan itu termasuk pilihan raya bersih dan adil, gesaan supaya menghentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat dan tuntutan supaya kerajaan menghentikan penswastaan perkhidmatan awam.
Selain itu, NGO berkenaan juga menuntut supaya kerajaan melindungi hak dan kebajikan pekerja, hak untuk berhimpun secara aman, hak bersuara dan juga memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim.
"Kita mendapat sambutan yang bagus dan mendapat sokongan daripada Pakatan Rakyat di sana. Stesyen kita sebanyak 23 lokasi untuk memberi kesedaran (mengenai tuntutan itu) khususnya di kawasan luar bandar," kata Thinagaran.
Kayuhan tersebut bermula di Pasar Besar Seremban bermula jam 9 pagi dan berakhir Isnin depan di Wisma Negeri untuk majlis penyerahan memorandum, katanya lagi.
Kayuhan tersebut bermula di Pasar Besar Seremban bermula jam 9 pagi dan berakhir Isnin depan di Wisma Negeri untuk majlis penyerahan memorandum, katanya lagi.
JERIT pertama kali mengadakan kempen berbasikal ini empat tahun lalu bermula dari Alor Setar dan Johor Baharu dan berakhir di bangunan parlimen untuk menyerahkan satu memorandum yang mengandungi enam tuntutan kepada kerajaan dan pembangkang.
Dilaporkan dalam ekspedisi selama 16 hari itu, peserta kempen berdepan pelbagai cabaran dan rintangan termasuklah ditahan polis dan bahkan ada juga basikal mereka dibakar.
Turut hadir dalam sidang media antaranya, Penyelaras Jerit pusat M Sivaranjani, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan Koordinator Suaram Ahmad Syukri Ab Razab.
Dilaporkan dalam ekspedisi selama 16 hari itu, peserta kempen berdepan pelbagai cabaran dan rintangan termasuklah ditahan polis dan bahkan ada juga basikal mereka dibakar.Turut hadir dalam sidang media antaranya, Penyelaras Jerit pusat M Sivaranjani, ahli jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan Koordinator Suaram Ahmad Syukri Ab Razab.
Ditanya mengapa pihaknya memilih Negeri Sembilan sebagai lokasi pertama dalam siri jelajah kali ini, Sivaranjani berkata:
"Nampaknya penganjur lebih bersedia di Negeri Sembilan. Di negeri-negeri lain, (mereka) tidak sempat untuk membuat persediaan dalam jangka masa terdekat ini."
"Tidak ada alasan spesifik. Penganjur Negeri Sembilan lebih bersedia," katanya sambil ketawa kecil.
Sivaranjani berkata siri jelajah kali ini akan diperluaskan di seluruh negara, dan negeri seterusnya akan diumumkan selepas tamat jelajah mereka di Wisma Negeri Isnin depan.
Katanya, seramai 20 peserta tetap bakal menjelajah ke semua daerah dan terdapat juga peserta yang mendaftar untuk menyertai mereka di lokasi yang tertentu.
"Kita bersedia dengan keselamatan. Kita sudah ada pengalaman (yang yang lalu) jadi kita telah membuat persediaan dengan apa sahaja isu yang timbul," katanya.
"Bagaimana polis mengawal pada perhimpunan hijau baru-baru ini, begitulah juga hendaknya (tindakan) polis dalam program ini. Saya berharap tidak ada gangguan," celah Maria.
"Nampaknya penganjur lebih bersedia di Negeri Sembilan. Di negeri-negeri lain, (mereka) tidak sempat untuk membuat persediaan dalam jangka masa terdekat ini."
"Tidak ada alasan spesifik. Penganjur Negeri Sembilan lebih bersedia," katanya sambil ketawa kecil.
Sivaranjani berkata siri jelajah kali ini akan diperluaskan di seluruh negara, dan negeri seterusnya akan diumumkan selepas tamat jelajah mereka di Wisma Negeri Isnin depan.Katanya, seramai 20 peserta tetap bakal menjelajah ke semua daerah dan terdapat juga peserta yang mendaftar untuk menyertai mereka di lokasi yang tertentu.
"Kita bersedia dengan keselamatan. Kita sudah ada pengalaman (yang yang lalu) jadi kita telah membuat persediaan dengan apa sahaja isu yang timbul," katanya.
"Bagaimana polis mengawal pada perhimpunan hijau baru-baru ini, begitulah juga hendaknya (tindakan) polis dalam program ini. Saya berharap tidak ada gangguan," celah Maria.
Pelancaran Kempen Basikal 2.0 di Pasar Besar Seremban- 7 Disember
20 pengayuh akan bermula jelajah mereka pada 7 Disember jam 9 pagi. Tuntutan rakyat akan disebarkan ke seluruh Negeri Sembilan.

23 sasaran kayuhan Jerit
Jamilah Kamarudin | December 4, 2012
Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 23 lokasi di sekitar Negeri Sembilan menjadi sasaran Jariingan Rakyat Tertindas (Jerit) sempena kempen berbasikal ‘Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0′ Jumaat nanti.
Kayuhan selama empat hari itu bermula pada 7 Disember ini jam 9.00 pagi, dari Pasar Besar Seremban dan bergerak ke Mantin, Pajam, dan Labu. Manakala hari kedua akan bermula di Pedas-Linggi dan akan berakhir di Pejabat Menteri Besar, Wisma Negeri di Seremban pada Isnin 10 Disember ini.
Penyelaras Jerit Negeri Sembilan S Tinagaran berkata, sepanjang perjalanan di setiap hentian kumpulan berbasikal itu nanti akan bertemu dengan masyarakat yang mahu mengemukakan sebarang tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.
“Kami mensasarkan kawasan kampung dan estet yang menghadapi pelbagai masalah dan mengutip suara mereka melalui memorandum.
“Pada masa yang sama kempen kesedaran turut disebarkan kepada mereka yang kurang pendedahan terhadap media baru supaya mereka tahu situasi yang sebenar.
“Acara kemuncak segala tuntutan rakyat itu nanti akan diserahkan kepada Menteri Besar dan juga Ketua Pembangkang Negeri Sembilan Anthony Loke,” katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di sini hari ini.
Tuntutan tersebut meliputi tujuh tuntutan utama iaitu menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, menghentikan pemusnahan alam sekitar, serta menamatkan penswastaan perkhidmatan awam seperti air, elektrik, kesihatan dan pendidikan.
Selain itu, tuntutan supaya hak dan kebajikan pekerja dilindungi, hak untuk himpunan aman dan kebebasan bersuara serta memansuhkan undang-undang zalim akan turut dikemukakan.
Sementara itu, penyelaras kempen M Sivaranjani berkata pihaknya mengalu-alukan sokongan orang ramai terutamanya anak muda yang berminat menyertai kempen berbasikal ini.
“Orang ramai yang berminat untuk menyertainya boleh menghubungi pejabat Jerit di talian 0387370766,” katanya yang menjamin kempen tersebut akan berjalan dengan aman tanpa mahu menimbulkan sebarang masalah atau provokasi.
Kempen ini turut mendapat sokongan kumpulan Bersih, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG), serta beberapa NGO lain termasuk Pakatan Rakyat.
Kempen Basikal 2.0 DILANCARKAN!
4 Disember 2012- Pagi ini sidang akhbar Kempen Basikal 2.0 telah dijalankan. Seramai 20 pengayuh akan mulakan perjalanan menjelajah Negeri Sembilan pada 7 Disember, Jumaa ini.
Pelancaran 'Flag OFF' akan dilakukan di Pasar Besar Seremban pada pukul 9 pagi.





