Blackend Is The End

Selasa, 6 Mac 2012

Ustaz Samsul Dedahkan Hasan Ali Beristeri 2 Secara Rahsia..


Berita ini abu nawas dapat dari Facebook WFauzudin NS... kalau nak tau lebih lanjut pukul talipon sama dia.. ha ha...

Baguslah kalau dah ada 2 bini..bukan apa Hasan Ali pun la ni sebok pi sana sini dok maki hamun cina dan hindu..nanti kalau peliaq dah keras tak kan nak pak cu ceng kot.... kah kah kah

Jangan jadi macam sekoaq lebai sudah la..dia sms kat sorang pompuan ...katanya "tiap2 malam abang urut zakat dengan minyak lintah..bila teruja abang terus onani kah kah kah... nak tau ka sapa yang sms tu...

Tunggula sebab abu Nawas dengaq anjing anjing ni dah nak saman Abu Nawas... wah ini yang Abu Nawas dok tunggu2 ni... dah di pihak benaq nak kecut teloq pasai apa..patut dari dulu kena saman abu Nawas ni kah kah kah....

Tak lama lagi akan keluaq la kisah2 sms sekoq melaun dengan pompuan yang bernama Salmi. kah kah kah...

Kisah Bob Kuman (ku2) Di Hadapan Kaabah Yang Membuat Dirinya Berubah. (Video)

Berikut adalah pengakuan kisah hidup Bob Kuman (KU2). 2 perkara yang Abu Nawas tertarik ialah pertamanya beliau bosan dengan suasana kehidupan sekelilingnya sewaktu remaja.

Semuanya haram..itu haram dan ini haram.



Yang tak haram ialah kalau sms lucah kat ustazah PASTI ni.
Sebab yang sms lucah tu kroni ostad ni :Tapi apa kata kita pakat pakat sms lucah kat bini ostad ni apa dia nak kata...?

Macam tulah apa yang terjadi pada Bob Kuman yang bosan dalam suasana sekelilingnya. Semuanya haram sedangkan kehidupan mereka penuh dengan haram jadah.

Yang keduanya Bok berkata yang isterinya meminta cerai darinya kerana isterinya mahukan Bob yang lama bukan Bob yang baru. Abu Nawas pun dah pening Bob yang lama macam mana yang bini dia mau.

Bob tetap macam Bob yang dulu, yang bezanya hanyalah perubahan pada jiwanya saja. Bob steady dengan meneruskan kerjanya sebgai penghibur. Yang penting Bob tidak hipokrit macam sesetengah anjing anjing yang kononnya nak berubah jadi baik lalu pakai serban macam melaon ni :-Tapi perangai lama yang tak senonoh suka berlucah tak buang buang juga. Habis anak bini orang dia main sms lucah sampai ustazah Pasti pun jadi mangsa dia.

Kalau setakat pakaian saja berubah kononnya dah jadi baik pun tak guna jugak kalau hati busuk nak mampuih. Orang macam ni kononnya nak menipu orang ramai dengan pakaiannya tapi sebenaqnya dia sedang menipu diri sendiri.

Maka Abu Nawas nak ucapkan selamat berhijrah kepada Bob...teruskan pakai topi hip hop tu..tak payah dok pakai lebai..yang penting kita tidak hipokrit....

Sejarah Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)


Pada masa yang sama, saya juga cuba mengkaji sejarah penubuhan PKM di Negeri Sembilan. Mengikut catatan sejarah, PKM ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan..

Oleh itu saya menganggap Negeri Sembilan sebagai negeri yang bersejarah dan penting bagi gerakan kemerdekaan nasional dan gerakan patriotik-demokratik.

Apabila saya tiba di Negeri Sembilan pada tahun 1946, saya berusaha menyingkap kembali sejarah penting yang berlaku 16 tahun sebelum itu.

Zahid yang saya lantik sebagai pembantu dan sebagai salah seorang pimpinan pada peringkat negeri telah membantu saya menghubungi mereka yang pernah terlibat dalam gerakan sebelumnya. Saya selalu pergi ke rumah Zahid dan kadang-kadang bermalam di sana.

Isterinya keturunan Tionghua yang memeluk agama Islam, adalah aktivis gerakan anti-Jepun, peramah dan kasih mesra. Dia dengan penuh semangat menyokong gerakan kemerdekaan dan memberikan kemudahan-kemudahan kepada Zahid dan saya dalam menjalankan tugas perjuangan. Oleh itu, rumahnya menjadi tumpuan untuk kerja-kerja Jabatan Kerja Melayu dan PKMM.

Zahid agak luas pergaulannya dengan orang ramai daripada pelbagai kaum. Beliau rapat dengan Pak Sutan Djenain sejak masa Jepun lagi. Dia memperkenalkan dua orang tokoh veteran kesatuan buruh dan membantu saya bertemu dengan mereka. Dua orang ahli kesatuan buruh itu menerangkan bahawa mereka berasal dari Jawa, tetapi menetap di Sumatera dan ikut serta dalam revolusi Indonesia tahun 1926 di bawah pimpinan Parti Komunis Indonesia.

Apabila revolusi itu gagal, mereka terpaksa merantau ke Malaya dan menetap di Kuala Pilah, bekerja sebagai penoreh getah. Mereka memberitahu bahawa mereka adalah anggota Kesatuan Buruh Merah iaitu MGLU. Ketika saya menemuinya, mereka masih menjadi anggota kesatuan itu dan membayar yuran tiap-tiap bulan. Mereka menjelaskan bahawa Kesatuan Buruh Merah itu mempunyai hubungan antarabangsa yang luas termasuk dengan Soviet Union.

Saya bertanya tentang peranan mereka dalam kesatuan tersebut. Mereka menjelaskan bahawa mereka hanya anggota biasa saja. Mereka dipimpin oleh seorang kader kesatuan buruh orang Tionghua keturunan Hailam. Kader itu bekerja sebagai orang gaji di rumah seorang pegawai kerajaan di Kuala Pilah dan tinggal di sebuah bilik di belakang rumah pegawai itu. Mengikut orang Jawa itu, mereka berhubung dengan kader itu secara sulit.

Bercakap berkenaan pengalamannya yang lepas, orang Jawa itu menceritakan bahawa menjelang hari buruh antarabangsa pada penghujung April 1930, kader orang Hailam itu menjemput orang ramai dari kesatuan buruh menghadiri satu perhimpunan di dalam sebuah kebun getah di kawasan antara Kuala Pilah dan Batu Kikir. Ramai buruh yang hadir, kebanyakannya adalah buruh penoreh getah Tionghua dan sejumlah buruh penoreh getah Melayu. Kedua-dua orang Jawa itu ikut serta dalam perhimpunan itu.

Mereka menceritakan bahawa di tempat perhimpunan pada hujung bulan April 1930 itu dipasang bendera merah. Pada hari tersebut para pemimpin kesatuan buruh dari berbagai-bagai tempat hadir untuk mesyuarat penting. Tetapi sebelah petangnya, regu berkawal yang memerhatikan keadaan sekeliling tempat perhimpunan itu memberitahu bahawa ada dua orang yang dicurigai melakukan penyiasatan tentang perhimpunan itu. Disebabkan keadaan itu, perhimpunan ditutup secara darurat, dan para pemimpin kesatuan buruh bergegas berpindah ke Johor.

Orang Jawa itu menjelaskan, selepas itu barulah mereka mengetahui bahawa perhimpunan itu adalah kongres untuk menubuhkan PKM. Saya mengemukakan pertanyaan untuk mengetahui di manakah pemimpin-pemimpin itu melangsungkan kongres itu. Mereka menjawab bahawa mereka hanya mengetahui di Johor. Tetapi ada berita yang mengatakan kongres itu dilangsungkan di Buluh Kasap, Johor. Ho Chi Minh selaku wakil gerakan komunis antarabangsa (Comintern) membuat ucapan dan merasmikan penubuhan PKM. Beberapa organisasi bersifat internasional yang menjadi tulang belakang penubuhan itu antaranya ialah Nanyang Provisional Committee, Nanyang General Labour Union dan Nanyang General Seamen’s Union (NGSU). Dalam NGSU terdapat beberapa kader Melayu dari Indonesia. Mereka sering datang ke Malaya menyusun kesatuan buruh dan tani di sini.

Pak Sutan Djenain pernah menceritakan kepada saya bahawa setahun sebelum penubuhan PKM iaitu pada tahun 1929, kaum tani di Tampin, Negeri Sembilan pernah mendirikan Soviet Tani yang bersifat pelbagai kaum. Mengikut Sutan Djenain organisasi itu disusun oleh NGSU melalui orang Tionghua Hailam dan merupakan barisan bersatu buruh tani yang pertama wujud di Malaya bawah pimpinan proletariat.

Saya bertanya kepada orang Jawa itu apakah maksud bendera merah masa itu, apakah bermaksud parti komunis. Dia menjelaskan bahawa bagi kesatuan itu, bendera merah bererti buruh dan tani Soviet.

---

Dipetik dari Memoir Abdullah C.D. bahagian pertama ZAMAN PERGERAKAN SEHINGGA 1948

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve