Blackend Is The End

Rabu, 21 Mac 2012

Gambar gambar skandal Leman Raja Lawak dengan artis wanita



Berikut adalah gambar gambar skandal Leman raja Lawak dengan artis2 wanita yang seksi. Gambar2 ini di ambil secara curi daripada FB Leman. Namun bukan pasal gambar ni yang Abu Nawas nak cerita tapi pasai gambar di bawah Ini:-

Hari ini blog Abu Nawas tak ada cerita lucah dan tak ada jugak berita sensasi tapi tak sensasi. Hari ini Abu Nawas nak bawa pembaca sekalian ke Kuala Nerang Kedah untuk bersama sama Leman raja Lawak mengunjungi rumah rumah orang miskin yang tidak mendapat perhatian orang politik di sana

Sebelum itu kita lihat dulu serba ringkas tentang Kuala Nerang

Kuala Nerang termasuk dalam kawasan parlimen Padang Terap , negeri Kedah Darul Aman , di utara Malaysia.

-Sejarah Kuala Nerang dapat dijelaskan berdasarkan dua cerita iaitu maksud Kuala dan Nerang itu sendiri. Kuala ialah Pertembungan dua sungai iaitu Sungai Pedu dan Sungai Ahning manakala Nerang pula bermaksud Kawasan yang merimbun & teduh (kawasan sekitar yang dipenuhi pokok-pokok dan hutan.

-Nerang juga diambil sempena nama anak YTM Tuanku Abdul Rahman Putera Al Haj iaitu bapa kemerdekaan yang pernah bertugas sebagai pegawai daerah di sini dan beliau menamakan sebagai Kuala Nerang bersempena nama puteranya iaitu Tunku Ahmad Nerang.

-Kawasan Dewan Undangan Negeri N7 Kuala Nerang (16,766)

-Bilangan pengundi Melayu : 96.30% Cina : 2.12% India: 0.50% Lain: 1.06%

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.

Longkang yg tersumbat di rumah pak dali,kg keda..pasir puting..kuala nerang ,kedah..


Rumah pak dali bin dolah,keda tualak..kerja menebas..warga emas yg daif

Rumah wakil rakyat Padang Terap dan Kuala Nerang?????



Ini bukan reban ayam tapi inilah rumah tempat berteduh warga miskin Kuala nerang

Secawan beras untuk anak yang tidak kenal erti kemiskinan. Apa wakil rakyat di sini buat?

Peace No War... Bukan nak lawan umno bukan juga nak lawan Pas tapi warga miskin wajib di bela tanpa sebarang prejudis

Umno dan Pas khianat orang miskin..masa untuk berubah

Bukan wakil rakyat tapi hati rakyat
Anak kelahiran Kuala Nerang untuk orang Kuala Nerang

Keletihan setelah seminggu bersama warga kampung


Bukan kerana pilihanraya tapi rasa simpati merentasi fahaman politik kepartian yang menghancurkan rakyat.
Bumbung rumah di perbuat daripada carikan kain terpan buangan. Apa pernah MB Kedah atau Pengerusi Umno Kedah mahu tinggal di sini jika di beri pilihan
No 32,kg keda..pasir putih..kuala nerang..dali bin dolah..kerja hanya menebas..
Beginilah keadaan dapur warga miskin Kuala Nerang setelah 54 tahun merdeka.

Di atas adalah sebahagian daripada gambar gambar lawatan leman Raja lawak ke kampung kelahirannya Kuala Nerang. Betapa setelah 54 tahun merdeka tetapi masih lagi ada anak negeri yang hidup dalam serba kedaifan.

Blog Abu Nawas menyokong 100% usaha yang di buat oleh Leman dalam membongkar kedaifan hidup orang2 kampung yang menjadi mangsa kepada orang orang politik di negeri Kedah.

Secara jujurnya Abu Nawas akan terus mempromosikan usaha i=usaha yang di buat oleh Leman ini selagi mana beliau bergerak atas tiket peribadi dan secara berterus terangnya Abu Nawas nak beritahu Leman sekiranya ianya hanyalah sebagai alat untuk Umno maka abu Nawas akan menarik diri.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Syed Sobri menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti 805.
Kuala Nerang terletak dalam parlimen Padang Terap yang di wakili oleh wakil Pas Mat Nasir

Sudah pasti kalau dari segi keuntungan politiknya akan berpihak kepada rakyat kerana mereka akan mendapat khidmat dari 2 orang wakil rakyat yang berbeza parti di sini. Pas menguasi negeri dan Umno pula menguasi Pusat.

Malangnya ianya tidak berlaku di sini. Mengapa? Apakah kerana orang2 politi Pas Dan umno mengharapkan orang miskin terus menjadi miskin agar mudah untuk mereka menipu pada setiap kali kempen pilihanraya?
Umno dan Pas adalah parti yang menyokong sistem kapitalisme, orang miskin hanyalah alat untuk mereka mengekalkan kuasa

Orang politik Pas Kedah bergaduh siang malam sesama mereka hanya kerana ego dan tidak mahu mengalah. Orang politik Umno pulak sedang berangan angan siapakah di antara mereka yang akan menjadi MB bila Pas kalah nanti.

Apalah nak di kisah sangat dengan orang miskin. Nanti tiba masa berilah mereka beras sekampit dan gula sekilo.

Maka hari ini dan semeng telah lama sebenarnya Leman telah turun ke rumah2 orang miskin ini untuk cuba membantu sedaya upayanya. Leman tak mampu untuk berikan wang kepada mereka kerana Leman juga warga miskin.

Kerana pernah merasakan keperitan hiduplah leman cuba untuk membawa perkara ini keatas. Tetapi mahukah yang di atas sama ada Pas atau Umno mahu mendengarnya.

Maka di bahagian pertama kisah warga miskin Kuala Nerang ini abu Nawas merasakan sudah tiba masanya warga Kuala nerang berfikir dan membuat keputusan siapakah yang patut mereka beri amanah agar kebajikan mereka terus di perjuangkan.

Yang Pastinya Adun di sini yang dari umno telah mengkhianati amanah yang rakyat Kuala Nerang beri. Begitu juga dengan Ahli Parlimen dari Pas..

maka sudah tiba masanya Rakyat Kuala Nerang menolak calon Pas dan Umno dalam pilihanraya ini. Anda sebenarnya memerlukan seorang wakil rakyat yang datang dari rakyat dan brjuang untuk rakyat.

Bersambung...
Leman di Gerai Shah di uptown Bandar Perda bersama gangster lawan pengajur Hazmi Master di sebelah kanan berbaju putih.

Dalam kesibukan membantu rakyat miskin Kuala Nerang Leman juga tidak lupa singgah di tempat asal usulnya UpTown Bandar Perda Bukit Mertajam bertanyakan khabar berita dari kawan2 seperjuangan...

Jom bantu anak anak mahasiswa kita mecari dana. Bukan mahal pun. Hanya RM30.00. Tidak ada meja VIP..semuanya samarata tak kira pemimpin besar atau orang biasa... macam biasa hubungi ketua penganas si Khalid Ismath untuk tempahan tiket
013-373 4003

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve