To Live Is to Die

free counters

Rabu, 28 Mac 2012

Awas : Abu Nawas Penulis Upahan Hasan Ali

Dah sebulan Abu Nawas berlepak di kawasan Tuan Guru Haji Hosang Mat Ali tapi belum pernah Abu Nawas berjumpak dengannya. Abu Nawas faham dengan kesibukannya yang setiap hari kesana sini untuk mencari rezeki setelah 2 bulan duit elaun exco di hentikan..

Bukan sikit duit si Hosang ni lari. Kalau nak harapkan elaun Adun tu berapalah sangat. Dulu sebelum si Hosang ni masuk Pas dia hidup mewah dengan menipu anak2 orang kaya dengan kem motivasinya.

Orang2 kaya hantaq anak depa sebab nak bagi jadi baik tapi depa tak tau yang si Hosang ni bikin duit dengan ayaq liuq saja.

Bila Hosang masuk Pas kem dia semakin laku sebab orang Pas ni pantang dengaq orang pandai cakap comfirm nak lantik jadi ketua depa. Belum sempat nak susah ketika masuk Pas si Hosang ni menang pulak pilihanraya sampai 2 kerusi sekali gus.

Campoq pi campoq mai setiap bulan si Hosang ni mau cengkam puluh ribu. Itu tidak termasuk macam2 kemudahan dan elaun ahli parlimen dan adun lagi.

Bila PR menang di Selangor si Hosang ni tak puas hati sebab dia tak boleh jadi MB. Walau di lantik sebagai exco kana dengan elaun berbelas ribu sebulan si Hosang ni masih mengidam elaun yang berpuluh puluh ribu.

Maka untuk mencari jalan singkat menjadi MB si Hosang awal2 lagi berkautim dengan umno dalam senyap agar hasratnya tercapai. Tapi si Hosang ni sayang bini. Kalau dia masuk umno maka bininya akan tercerai dengan talak 3.

Hosang tak sangup untuk bercina buta untuk mendapatkan kembali isterinya, Tak sangup Hosang melihat isterinya di tiduri oleh jantan lain kalau dia hendak berkawin semula dengan bekas isterinya.

Maka Hosang pun bikin onar dalam Pas supaya Pas bersatu dengan umno untuk mencapai cita2nya menjadi MB.

Malangnya dalam Pas ada orang seperti Tok Guru Nik Aziz, Mat Sabu dan Khalid Samad (bukan Khali Ismath). Depa ni adalah penghalang besaq usaha2 Hosang untuk menyatukan Pas dan Umno merampas negeri selangor.

Jadi setelah di pecat dari pas maka terpecat jugalah dia dari exco kerajaan negri selangor dan habislah elaunya yang berbelas ribi sebagai seorang exco.

Hari ini si Hosang terpaksa bekerja keras untuk dapatkan duit. Siang malam kerjanya memaki hamun Pas untuk dapatkan duit lebih.

Sebab itulah walaupun dah sebulan abu Nawas tinggal di tempatnya tapi sampai sekarang pun Abu Nawas tak pernah tegok muka dia.

Semalam abu Nawas pergi mencopet di Pasar malam Greenwood. Abu Nawas terjumpak 2 orang mamat sedang mengedarkan handbill ceramah Hosang. Lalu Abu Nawas pun menghampiri mamat 2 orang ni :Abu Nawas kesian pada mamat2 tu sangup jadi barua pada Hosang. Dia kesana kesini kerana duit tapi depa kerja dengan iklas hati. Sedangkan orang Gombak sudah meluat dengan si Hosang ni.

Bukan saja suka temberang malah kawasan pun tak turun. Jadi untuk posting kali ini abu Nawas nak menghasut oran2 di Gomak agar teruskan membenci Hosang Ali.....

Haram Menghina Umno - Ustaz Kazim elias

Sudah 5 hri Abu Nawas tak sempat nak update blog, Sibuk macam gila babi dengan kerja. Bukan kata nak update blog malah nak bukak berita pun tak sempat..

walaupun begitu Abu Nawas masih juga meneruskan kerja kerja menghasut di FB, Siang malam pagi petang Abu Nawas terus menghasut supaya orang benci umno. Jumpak orang saja mesti kena menghasut,

Tapi di KL ni nak menghasut pun susah jugak sebab sebelum kita hasut orang depa terlebih dulu menghasut kita supaya membenci umno. baguslah nampaknya kerja kerja menghasut ni terus berjalan dengan baik tak kira di mana saja.

Untuk musim baru selepas tak berblog selama hampir seminggu ni ABu Nawas akan tumpukan usaha usaha menghasut dengan lebih giat lagi. Jadi untuk musm ini Abu nawas nak stop dulu memaki hamun anjing anjing dalam Pas dan PKR.

Ini adalah kerana walaupun dalam Pas dan PKR banyak anjing anjing tapi kerja menjatuhkan umno perlulah di utamakan terlebih dahulu sehingggalah Umno mampus. Maka selepas dari itu barulah kerja kerja memaki hamun anjing anjing dalam PKR dan Pas di mulakan kembali.

Untuk hari ini Abu Nawas nak menghasut semua pembaca agar jangan sekali kali membiarkan telingga kita di masukki temberang dari sekoq ostad. Ostad yang Abu Nawas maksudkan itu ialah kawan baik malah kekasih hati blogger Manjung Mari iaitu Ostad Kozim Elias.

Pastikan ahli keluarga kita tidak memiliki sebarang keset atau CD Ostad kaki temberang ni. Setiap orang yang kita jumpa kita wajib untuk menghasut agar membenci ostad umno ni.

Pagi tadi abu Nawas terjumpak satu pautan video ostad ni di FB. Ceritanya berbunyi:-Ostad ni tak kasi kita hina pemerintah yang telah merompak hak milik kita. Ostad ni tak kasi kita menghina pemerintah yang menipu kita.

Maksudnya kalau pemerintah nak tutuh juboq kita pun kita tak boleh lawan. Kalau pemrintah nak sumbat kita masuk penjara sebab lawan umno pun kita tak boleh lawan.

Ini Ostad jahat. Ini Ostad celaka. ostad ini menjual agama untuk mencari kesenangan hidup. Ostad ini pergi ke tempat pas dia mengaku dia Pas tapi kalau pi tempat Umno dia maki hamun Pas.

Oleh itu ayoh kita menghasut kawan2 anak beranak, saudara mara kita agar jangan sesekali mendengar temberang Ostad ni.

Di Cungkil Mata Semasa Soal Siasat Dalam Tahanan

Pada bulan November 1948, di tengah-tengah berita kemenangan pasukan asas Rejimen Ke-10 menyerang pos-pos kaum reaksioner di Tekai Estet dan Gong Estet kawasan Kuala Krau, di Temerloh pula seorang gerilawan dengan tak semena-mena telah tertangkap oleh musuh sewaktu menjalankan tugas.

Musuh telah menyiksanya tetapi tidak mendapatkan apa-apa hasil daripadanya. Musuh lalu silih berganti menggunakan macam-macam siksaan dan bujukan untuk menggoyangkan pendiriannya, namun semuanya tak berhasil.

Akhirnya musuh dengan kejam mencungkil sebiji matanya dengan ugutan untuk dibunuh mati. Tapi itupun tak mampu menundukkannya. Semangat kepahlawanannya yang tak mengenal tunduk di hadapan musuh itu telah sangat menggempar kaum penjajah dan mengkagumkan orang ramai.

Beliau ialah kawan Ibrahim bin Busu, lebih dikenali dengan nama Kawan Tanggok, seorang pemuda revolusioner yang berjiwa besar. Beliau dilahirkan pada tahun 1929 di Kampung Buntut Pulau, Mukim Perak, Daerah Temerloh, Pahang.

Kawan Tanggok menceburkan diri ke dalam pergerakan revolusioner melawan imperialis British selepas Perang Dunia Kedua. Ketika imperialis British menghasut-hasut pergaduhan bangsa-bangsa di Pahang, organisasi PKM bawah tanah telah membentuk satu pasukan propaganda khusus menerangkan kebenaran revolusi dan menyatu padukan rakyat berbagai kaum di kawasan Temerloh di bawah pimpinan Kamarulzaman Teh.

Kawan Tanggok adalah salah seorang anggota pasukan propaganda ini. Salah seorang rakan seperjuangan beliau ialah Ahmad Taha (Allahyarham). Mereka telah memberikan sumbangan yang besar menyatu padukan rakyat berbagai kaum di sana. Beliau aktif dalam gerakan API/PETA yang marak berkobar di Temerloh. Ini juga merupakan pendahuluan kepada berbagai pergerakan revolusioner di sana yang akhirnya membuahkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British di sekitar lembah Sungai Pahang.

Pada ketika awan gelap kontra revolusi peristiwa 20 Jun menyelubungi angkasa raya, Kawan Tanggok mengundurkan diri bergerila sekitar kawasan berhampiran bandar Temerloh. Gerup mereka diberi tugas berpropaganda mengembangkan revolusi bersenjata, mengutip derma dan menghantar bekalan kepada pasukan bersenjata.

Mereka terus menerus bekerja dan berjuang dengan tak kenal susah payah. Kerana musuh selalu melakukan penyerbuan-penyerbuan, mereka terpaksa bergerak-gerak dan berpindah randah. Pada masa itu mereka belum ada pengalaman, maka itu banyak menemui kesulitan-kesulitan. Namun semua itu telah dikalahkan dengan semangat juang tinggi yang menyala-nyala. Akan tetapi pada suatu hari malang menimpa Kawan Tanggok, dia terjatuh ke dalam perangkap musuh.

di dalam kem tahanan musuh pendiriannya teguh teruskan perjuangan.

Mula-mula Kawan Tanggok disumbatkan ke dalam kem tahanan Tanjung Beruas Melaka. Pada tahun 1951 beliau dipindahkan ke kem tahanan di Ipoh, Perak. Di dalam kem-kem tahanan juga ada organisasi-orgniasasi rahsia parti menjalankan aktiviti revolusioner di kalangan para tahanan. Kawan Tangguk segera menggabungkan diri dengan gerakan rahsia parti di sana. Di bawah anjuran parti, mereka telah menjalankan bermacam-macam aktiviti revolusioner seperti melakukan propaganda revolusioner, menampalkan poster-poster anti-imperialis, membuat ucapan-ucapan, mementaskan sandiwara-sandiwara, mendirikan gerup-gerup belajar, mengadakan gerakan bantahan dengan melakukan mogok lapar, bahkan pernah melakukan perarakan membantah kekejaman kontra revolusi kaum penjajah dan boneka-bonekanya. Kira-kira pada tahun 1949 organisasi rahsia parti di kem tahanan Tanjung Beruas Melaka dengan jayanya menganjurkan perarakan politik yang besar membantah hukum gantung yang dikenakan imperialis British ke atas Kawan Ganapathy, Presiden Gabungan Syarikat Buruh Malaya. Di dalam kem tahanan Ipoh, mereka telah mendirikan gerup sandiwara mempropagandakan revolusi. Kawan Tanggok menjadi salah seorang anggota gerup sandiwara itu. Pada hari-hari yang cerah, mereka sentiasa mengadakan perayaan-perayaan seperti merayakan Hari May Day, Oktober Merah dan lain-lain. Pada tahun 1951, benggolan nombor satu kolonial British, Henry Gurney telah dibunuh mati oleh pasukan gerila di dalam satu serangan hendap di Pahang. Sebaik tersebar berita yang menggembirakan itu, para tahanan di semua tempat secara spontan merayakan dengan besar-besaran.

Kem-kem tahanan didirikan musuh dengan tujuan hendak menyiksa ahli-ahli perjuangan itu tidak berhasil menggoyangkan semangat revolusioner mereka, sebaliknya telah berubah menjadi kem latihan menguji semangat revolusioner patriot sejati. Di dalam kem-kem tahanan, musuh juga banyak menggunakan macam-macam tipu helah yang lain, tapi mamcam-macam tipu helah telah dibongkar oleh organisasi rahsia, membangkitkan massa tahanan menghancur leburkannya. Akhirnya musuh menggunakan tipu helah yang berbelit-belit, satu segi membebaskan dengan memaksa syarat-syarat mengikat kebebasan mereka, segi yang lain memperkuat pengawasan ke atas mereka. Pada tahun 1952, Kawan Tanggok telah dibebaskan.

menggabungkan diri dalam pasukan

Sebaik dibebaskan, beliau segera mencari hubungan dengan pasukan gerila. Beliau telah melaporkan segala-gala yang dialaminya selama 4 tahun di dalam kem tahanan musuh dan mengemukakan permohonannya untuk menyertai perjuangan bersenjata membalas dendam terhadap penjajah. Akan tetapi organisasi parti memberi tugas tugas menjalankan kerja rahsia parti di kawasan bandaran, khasnya menyampaikan maklumat-maklumat pergerakan musuh kepada pasukan gerila. Beliau telah menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.

Kawan Tanggok sentiasa berulang alik secara sulit-sulit ke perkhemahan pasukan gerila yang berdekatan dengan bandar Temerloh menyampaikan maklumat-maklumat rahsia pergerakan musuh. Pada suatu malam, ketika beliau pergi ke perkhemahan pasukan gerila menyampaikan maklumat dan bermesyuarat, tiba-tiba musuh melakukan penyerbuan secara besar-besaran menggelidah rumah-rumah di kampungnya, mencari dia hendak ditangkap. Esok pagi-pagi lagi ketika dia balik ke kawasan kampung, dilihatnya banyak askar musuh berpusu-pusu di sana. Ini segera menarik perhatiannya. Dalam ada itu, orang ramai yang melihat kepulangannya segera memberitahu: “cepat pergi, musuh hendak menangkap kamu”.

Sejak hari itu diapun menceburkan diri dalam pasukan gerila menjadi seorang perajurit Tentera Pembebasan Nasional Malaya. Setelah berjaya menggabungkan diri ke dalam pasukan gerila Tentera Pembebasan Nasional, beliau berusaha keras menempa diri, bekerja siang dan malam berkecimpung di tengah-tengah perjuangan yang menggelora dengan membawa dendaman kelas dan dendaman nasional yang meluap-luap di rongga dada. Beliau berazam dengan sepenuh hati dan jiwa raganya berjuang terus hingga ke titisan darah yang terakhir demi usaha pembebasan massa rakyat dan kemerdekaan tanah air.

Pada awal tahun 1953, Kawan Tanggok bersama 4 rakan seperjuangan lagi telah terkorban dalam suatu pertempuran terkena serangan hendap musuh di kawasan Tongkiat, Pahang Timur. Mereka gugur di dalam usaha mulia memperjuangkan pembebasan massa rakyat dan kemerdekaan ibu pertiwi yang tercinta. Kawan Tanggok telah mengotakan keazamannya dengan tindakan yang nyata.

Abadilah para kesatrua di dalam catatan sejarah perjuangan kemerdekaan pertiwi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kesatria yang telah gugur.

13 May Dari Pandangan Parti Komunis Malaya


JUNJUNG TINGGI-TINGGI PANJI PERPADUAN NASIONAL, HANCURKAN POLISI PENINDASAN BANGSA

(Memperingati Ulangtahun Ke-13 Peristiwa 13 Mei)

-Ulasan Suara Demokrasi Malaya 13 – 16 Mei 1982-


Peristiwa penyembelihan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang terjadi pada 13 Mei tahun 1969 hingga kini sudah genap 13 tahun, namun masih segar dalam ingatan orang ramai.


13 tahun yang lalu, di Kuala Lumpur serta kawasan-kawasan sekitarnya telah terjadi peristiwa penyembelihan bangsa-bangsa secara besar-besaran yang amat mengerikan. Askar reaksioner yang diperintahkan sama dengan penjahat bersenjata mengganas dengan sewenang-wenangnya. Akibatnya massa rakyat ditimpa kerugian jiwa dan harta benda yang sangat besar. Menurut perangkaan yang belum lengkap setelah kejadian itu, dari 13 Mei hingga pertengahan bulan Jun tahun itu, massa tak berdosa yang terbunuh berjumlah 3,000 orang lebih (kebanyakannya bangsa Tionghua, selain dari bangsa Melayu dan India), yang cedera lebih ramai lagi, puluhan ribu kehilangan tempat tinggal, dan lebih 7,000 orang ditangkap. Ini merupakan tragedi penyembelihan bangsa-bangsa yang terbesar yang dilakukan oleh kaum reaksioner negeri kita setelah Perang Dunia Kedua.


Terjadinya menyembelihan kali ini mempunyai latar belakang sejarah yang tertentu. Dalam masa 12 tahun sejak pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1969, ejen imperialis British yang dibenggoli oleh golongan atasan UMNO yang bertindak mengikut arahan tuan mereka, di satu segi dengan degil meneruskan perang anti-komunis dan anti-rakyat; di segi yang lain dengan sewenang-wenangnya mengapi-apikan chauvinism bangsa-bangsa, menjalankan polisi reaksioner yang mendiskriminasi bangsa-bangsa Tionghua dan India di samping menindas rakyat bangsa-bangsa Melayu, Tionghua dan India agar dapat dengan sewenang-wenangnya merampas kekayaan. Setelah diselenggarakannya Kongres Ekomomi Bumiputera yang pertama pada tahun 1965, banyak lembaga raksasa kapital birokrat yang bersifat merompak ditubuhkan. Hal ini menandakan kelas kapitalis birokrat – komprador yang baru tumbuh di negeri kita sedaya upaya hendak mengembangkan dirinya. Bila Kongres Ekonomi Bumiputera Yang Kedua diadakan pada tahun 1968, golongan atasan UMNO telah mencanangkan secara terbuka mahu mengkaji semua dasar perusahaan bebas, dan berteriak-teriak bahawa bumiputera (sebenarnya kapitalis birokrat Melayu) harus menguasai nisbah yang terpenting dalam ekuiti perindustrian dan perdagangan. Ini merupakan bukti bahawa kapitalis besar Melayu yang diwakili golongan atasan UMNO secara terang-terangan mahu merompak sejumlah besar tanah dan sumber alam negara, menelan perusahaan yang sedang dan kecil (terutama yang dimiliki bangsa-bangsa Tionghua dan India) serta memeras rakyat pekerja semua bangsa. Ia juga merupakan pengakuan kelas kapitalis birokrat komprador mahu mengembung secara pesat. Peristiwa 13 Mei justeru merupakan akibat yang wajar dari pelaksanaan polisi penindasan bangsa (sebenarnya polisi penindasan kelas) oleh kaum reaksioner dalam mengembangkan lebih lanjut kapital birokrat.


Kelas kapitalis birokrat komprador yang baru tumbuh ini amat tamak haloba. Klik berkuasanya sanggup memainkan siasat apa saja dalam bergantung pada kumpulan modal asing, memeras rakyat semua bangsa serta menjual sumber alam negara. Bermacam-macam pertentangan yang meruncing dalam masyarakat negeri kita pada masa itu, telah memperhebatkan persengketaan dan sikut menyikut akibat ketidak seimbangan pembahagian harta karun di kalangan klik berkuasa. Puak yang dibenggoli oleh Razak, menarik dan bersekongkol dengan konco-konconya seperti Mahathir, Musa Hitam, Harun, Ghazali Shafie dan lain-lain, berusaha keras menghendaki apa yang disebut order baru di dalam UMNO dan seluruh negara, iaitu kediktatoran reaksioner kelas kapitalis birokrat komprador dan tuan tanah besar yang dibenggoli golongan atasan UMNO. Mereka dengan sewenang-wenangnya mengapi-apikan chauvinism bangsa di kalangan ahli UMNO, sengaja menimbulkan permusuhan terhadap bangsa-bangsa Tionghua dan India. Apabila keadaan sudah berkembang ke puncaknya, maka mereka pun mengerahkan sejumlah besar penjahat bersenjata yang dilindungi oleh askar reaksioner melancarkan pembunuhan ke atas penduduk-penduduk bangsa Tionghua dan India di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, menimbulkan tragedi berdarah yang ngeri. Inilah sebab langsung terjadinya peristiwa 13 Mei. Nyata sekali klik berkuasa Razak membuka jalan untuk kekuasaannya sendiri dengan menggunakan pisau bantai. Pada 1 Jun tahun itu, sebelum kering darah mangsa tragedi 13 Mei, klik berkuasa Razak telah mengeluarkan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan mengembangkan lebih lanjut kapital birokrat, dan perompakan-perompakan kelas kapitalis birokrat komprador pun dilakukan semakin terang-terangan. Dari sini kita mengetahui, peristiwa pembunuhan bangsa-bangsa 13 Mei yang besar-besaran itu dijalankan dengan berkomplot dan berancangan terlebih dahulu.


Hal yang terjadi selalu berkebalikan dengan yang dihajatkan klik berkuasa. Walaupun klik berkuasa boleh menggunakan siasat membangkikan permusuhan bahkan pembunuhan bangsa-bangsa untuk menghalangi perkembangan revolusi rakyat, akan tetapi, rintangan itu hanya untuk satu waktu yang singkat saja, kerana ia hanya akan membangkitkan perlawanan rakyat secara merata terhadap polisi permusuhan dan pembunuhan bangsa-bangsa. Klik berkuasa Kuala Lumpur bermaksud hendak menggunakan pembakaran dan pembunuhan ganas untuk menakuti rakyat bangsa Tionghua dan India supaya mereka bertekuk kepadanya. Tapi kebenaran ini telah mendesak rakyat bangsa Tionghua dan India bangkit berlawan demi membela hak kelangsungan hidup bangsa mereka. Pada mulanya klik berkuasa bermaksud hendak mendapatkan sokongan massa Melayu dengan menjalankan polisi penindasan ke atas bangsa-bangsa Tionghua dan India. Akan tetapi kenyataan justeru berkebalikan. Penindasan dan perompakan klik berkuasa khasnya polarisasi di mana yang kaya menjadi lebih kaya dan yang miskin menjadi lebih miskin akibat dari Dasar Ekonomi Baru itu pasti menyedarkan secara mendalam massa bangsa Melayu yang luas bahawa klik berkuasalah yang membawa malapetaka hebat ke atas mereka. Tunjuk perasaan anti-kelaparan kaum tani di Baling pada tahun 1974 dan kesedaran baru kekuatan demokratik dan patriotik bangsa Melayu tahun-tahun kebelakangan ini untuk kesekian kali menerangkan, klik berkuasa semakin susah hendak menipu dan memperhamba orang Melayu. Kenyataan yang tak terbilang telah menunjukkan, setelah peristiwa 13 Mei, rakyat semua bangsa negeri kita memahami lebih lanjut betapa mendesaknya mengeratkan perpaduan bangsa-bangsa, dan menggagalkan polisi pemecah belahan dan pembunuhan bangsa-bangsa klik berkuasa.


Pengalaman selama belasan tahun ini menunjukkan bahawa sekali lagi kelas kapitalis birokrat komprador dan tuan tanah besar yang diwakili golongan atasan UMNO memegang teraju kekuasaan, mereka tidak akan menghentikan perang kontra revolusioner dan hasutan chauvinism bangsa. Dewasa ini benggolan-benggolan klik berkuasa tersebut sudah melompat ke puncak sektor-sektor ekonomi khasnya menjadi oligaki kewangan. Melalui pembelian dan pelaburan modal dalam perusahaan besar asing, mereka sudah lama menganggotai kelab syarikat transnasional. Kerana timbulnya kemerosotan ekonomi antarabangsa dan krisis ekonomi di dalam negeri, klik berkuasa tersebut tentu akan secara gila-gilaan melipatgandakan pemerasan ke atas rakyat dan penjualan sumber alam negara di masa akan datang. Golongan atasan UMNO akan dengan seribu satu daya memperkuatkan kapital birokrat agar mereka selama-lamanya berada dalam kedudukan berkuasa dalam perompakan bersama dengan kapitalis komprador besar Tionghua dan India. Harus ditunjukkan, kaum ekstrimis yang diwakili Mahathir dan Musa Hitam ketika peristiwa 13 Mei dulu, sekarang telah mengendalikan UMNO, dan selanjutnya memegang teraju rejim Kuala Lumpur. Untuk memperkukuh dan memperluas kepentingan yang sedia ada, mereka perlu mengubah suai lagu basi chauvinism bangsa yang diheboh-hebohkannya dalam masa 13 Mei. Orang ramai memperhatikan klik berkuasa Mahathir yang baru naik takhta di samping memperhebat perompakan kekayaan juga sedang giat menjalankan kediktatoran reaksioner di bidang struktur super, langsung tidak mempedulikan kenyataan negeri kita yang berbilang bangsa, meluahkan kata-kata karut chauvinism bangsa.

Klik berkuasa tersebut dengan sewenang-wenangnya menyebarkan dakyah konon tanpa pengujudan satu bahasa dan satu budaya, takkan ada dasar perpaduan negara. Pada mereka jikalau tidak dipercepat langkah penghapusan sekolah bahasa Tionghua dan Tamil, takkan dapat mencari jalan bagi mewujudkan perpaduan bangsa-bangsa dan lain sebagainya. Selain itu, ia giat melakukan siasat chauvinism bangsa dalam percubaan kurikulum 3M di sekolah rendah pada tahun ini, mencuba hendak memerosotkan sekolah rendah aliran Tionghua dan Tamil dan menjahanamkan asas kebudayaan bangsa-bangsa Tionghua dan India. Bermacam-macam gejala menunjukkan bahawa klik berkuasa sama sekali tidak melepaskan hasutan chauvinism bangsa.


Klik berkuasa takut pada kebenaran dan juga massa. Selagi massa semua bangsa yang luas dapat menguasai kebenaran, maka hasutan-hasutan chauvinism kik berkuasa sudah tentu tidak berhasil. Dalam memperingati peristiwa 13 Mei, rakyat semua bangsa harus menarik pengajaran yang berdarah ini dan harus secara tepat memahami bahawa dalam negara yang berbilang bangsa ini, hanya menjalankan persamaan bangsa-bangsa baru dapat memperkuatkan perpaduan.

Harus difahami bahawa hanya bila semua bangsa saling menghormati baru dapat dihapuskan syak wasangka lebih-lebih lagi harus dibongkar segala ucapan dan tindakan klik berkuasa yang mendiskriminasi bangsa-bangsa dan menimbulkan pertentangan bangsa-bangsa untuk menutupi penindasan dan pemerasan kelas. Dengan demikian baru dapat memperkukuh perpaduan.

Bangkitlah rakyat semua bangsa dengan tegas bela hak dan kepentingan serta perpaduan semua bangsa. Kalau klik berkuasa hendak sekali lagi bermain api melancarkan pembunuhan bangsa-bangsa, maka ia pasti akan menerima padah buruknya.

Perpaduan Kaum Dalam Parti Komunis Malaya

Kerja Massa Di Sungai Siput

Berdasarkan keputusan sementara yang dibuat bersama dengan Markas Besar Rejimen Ke-10 dengan penanggungjawab Setiausaha Jawatankuasa Parti Rejimen Ke-5 Negeri Perak, saya bagi pihak Markas Besar Rejimen Ke-10 memilih seplatun perajurit dari Pasukan Hang Jebat untuk menjalankan tugas menyusun massa di kawasan Sungai Siput. Regu ini dipimpin oleh Abu Samah. (gambar kiri: Abu Samah Mohd. Kassim).

Regu ini bergabung dengan 1 kompeni pasukan Tionghua dan 1 platun kawan-kawan India dari Rejimen Ke-5. Mereka melakukan kerja menyusun massa di kawasan Kuang, Tikus, Chemor, Jalung, Lintang, Lasah, Lembah Plus, Lembah Terosor dan lain-lain. Mereka saling berkoordinasi baik dalam kerja massa mahupun dalam pertempuran.

Pasukan gabungan ini mendapat sambutan hangat massa rakyat berbagai kaum di Sungai Siput khasnya petani Melayu, pekebun sayur Tionghua dan penoreh getah India. Dengan itu pengaruh mereka dan semangat rakyat untuk kemerdekaan lebih berkobar-kobar.

Ketibaan kawan-kawan Rejimen Ke-10 merupakan perkara yang baru bagi massa rakyat Melayu di situ. Semangat mereka untuk kemerdekaan tanah air semakin bertambah tinggi dan memberikan sokongan yang kuat kepada pasukan sehingga pengaruhnya tersebar luas. (gambar kanan: Perajurit dari Platun India)

Dalam suatu peristiwa, Mat Din (nama sebenarnya Sheikh Sagof) gugur terkena serangan hendap musuh pada pertengahan Jun 1954 di Lasah. Massa Melayu di Pulau Kemiri, Kuala Kangsar menuntut kerajaan untuk mengebumikan jenazahnya secara Islam. Beratus-ratus orang massa menyertai upacara mengebumikan jenazah, membaca doa dan sebagainya.

Pada 30 Jun 1954, satu seksyen perajurit dari pasukan gabungan ini yang terdiri dari kawan-kawan Melayu dipimpin Latif bersama-sama kawan-kawan Tionghua keluar menjalankan tugas menghubungi orang ramai di Tikus, Chemor. Dalam perjalanan pulang, mereka telah diserang hendap oleh musuh. Dalam pertempuran ini Mat Gantuk dan Ayub bersama 2 kawan Tionghua terkorban. Sulaiman Songsang tercedera lalu tertawan. Kerana peristiwa inilah Abu Samah memutuskan membawa pasukan Melayu pulang ke Markas Rejimen Ke-10 di Ulu Kinta. Regu Abu Samah tiba di pasukan Rejimen Ke-10 pada petang 6 Julai untuk membuat laporan.

bersambung

AHMAD BOESTAMAM : DARAH DAN AIR MATA




S. Ganapathy Di Hukum Gantung


Pada penghujung kurun ke 19, wujud pelbagai organisasi untuk memperjuangkan hak pekerja. Walaupun tidak menggunakan nama kesatuan (Union) tetapi corak perjuangannya seiras-iras sama dengan perjuangan kesatuan pekerja. Kebanyakannya tidak beroperasi secara terbuka kerana pada ketika itu polisi penjajah British di Malaya dan Singapore ialah 'menghapuskan gerakan kesatuan sejak di peringkat permulaan". Memahami polisi ini, kesatuan pekerja terpaksa beroperasi secara rahsia dan dilabelkan sebagai kongsi gelap oleh majikan dan penjajah British. Walaupun begitu, penjajah membenarkan pendaftaran beberapa organisasi di bawah peruntukan ordinan persatuan sejak 1889 di Singapura dan 1895 di Malaya. Pada peringkat ini hanya kesatuan-kesatuan untuk pekerja mahir Cina yang berkerja sebagai mekanik didaftarkan.

Penglibatan pekerja India dalam kesatuan pekerja tidak berlaku pada masa ini kerana kebanyakan pekerja yang dibawa masuk dari India melalui Sistem Kontrak masih lagi berkemelut dengan masalah sosial dalaman seperti pembahagian kasta, dilayan seperti hamba sehingga tidak dibenarkan keluar dari estet dan pelbagai lagi. Masalah yang dihadapi adalah berbentuk "survival", jadi tidak ada ruang yang kondusif untuk memperjuangkan hak mereka yang ditindas oleh golongan majikan.

Antara pemberontakan awal yang prominan yang dipentaskan oleh pekerja estet pelbagai kaum adalah mogok pada 1912 sekitar Kuala Lumpur. Mogok untuk kenaikan gaji..dan ia tidak mampu mengugat kedudukan kukuh majikan barat kerana ia sungguh rapuh. Rapuh kerana tidak ada solidariti dan kesenambungan dalam tindak tanduknya. Walau bagaimanapun ia serba sedikit sudah mula menggertak majikan barat.
H.D Griffiths, yang merupakan ahli Federal Legislative Council pada ketika itu menuduh mogok ini didalangi oleh kumpulan kongsi gelap. Menurutnya sekiranya majikan barat mengalah kepada tuntutan kuli, kekacauan ini akan menular kepada masalah yang lebih serius lagi. Pandangan majikan barat terlalu serong kepada kesatuan pekerja sehingga menyembunyikan kesalahan dan kelemahan mereka dan sebalik menuduh kesatuan pekerja sebagai kumpulan kongsi gelap.

Kesedaran untuk Berkesatuan

Pada tahun 1920an, pelbagai faktor seperti pendidikan dan pergolakan politik di China yang memperlihatkan kebangkitan nasioanalisme di bawah pimpinan Dr. Sun Yat Sen dan penglibatan dan kedatangan pendukung fahaman komunis di Singapura serta pembentukan Nanyang General Labour Unions (NGLU) dalam tahun 1925 mula menampilkan organisasi pekerja yang lebih tersusun dan pertambahan aktiviti mogok di Singapura.

Menjelang 1927, 42 kesatuan pekerja dengan sebanyak 5000 ahli sudah bergabung di bawah naungan NGLU. Antara tahun 1926 dab 1927, beberapa siri mogok telah disusun oleh pekerja Singapore Traction Company. Kerani estet dan sektor kerajaan British mula berorganisasi untuk membentuk kesatuan pekerja masing-masing. Pada tahun 1929, seramai 11 589 pekerja kurang mahir dalam sektor perlombongan bijih timah telah membentuk kesatuan mereka di Kinta, Perak.

Kerajaan British mula gelisah dengan perkembangan ini terutama dengan penglibatan mereka yang berfahaman kiri dan Nanyang GLU. Polis telah diarah untuk memantau kesatuan ini termasuk melabelkan kesatuan ini sebagai kumpulan kogsi gelap.

Ekoran ini, menjelang tahun 1928 hingga 1931 pergerakan Nanyang GLU hampir-hampir dihapuskan oleh polis walaupun ia tidak begitu aktif dalam pergerakannya. Antara yang menjadi pemangkin kepada kelembapan NGLU berpunca apabila British Trade Union Congress (BTUC) "menarik diri" pada hari yang ke 10 setelah melancarkan mogok am British pada tahun 1926. Kesatuan-kesatuan lain di bawah pimpinan Nanyang GLU juga menerima nasib yang sama.

Kebangkitan Pekerja India di Malaya

Seperti kata pepatah Tamil yang berbunyi " Kutte kutte kuniyaravan madaiyan, kuniya kuniya kutteravan madaiyan" - maksudnya: Orang yang mengalah kepada penindasan adalah bodoh dan orang yang menindas secara berterusan adalah bodoh juga". Frasa kedua amat cocok untuk majikan British di Malaya. British tidak langsung sekali menduga pekerja Indian yang dibawa ke Malaya sebagai hamba abdi akan bangun untuk menentang penindasan majikan di estet. Tetapi suasana ini tidak berlaku sehingga kedatangan para profesional seperti guru, doktor, penulis, peniaga, peguam dan ramai lagi bersama-sama dengan kumpulan nasionalis India ke Malaya.
Ada catatan yang menunjukkan ramai pegawai British di Malaya menentang cadangan agar tahanan politik yang dibuang negeri dari India dihantar ke negeri-negeri Selat untuk kerja-kerja kuli berat seperti pembinaan jalan raya kerana "masalah" yang ditimbulkan oleh para nasionalis ini - semangat menentang penjajah British.
Ramai di antara tahanan politik radikal dari India mati dalam tahanan di sini. Seperkara menarik yang dicacatkan adalah tentang panggilan cacian "Keling" yang digunakan terhadap orang India secara umumnya di negara ini. Apabila tahanan politik ini dibawa turun dari kapal, tangan dan kaki mereka digari. Justeru itu, orang India yang dibawa ke Malaya dengan cara ini dikenali sebagai "Keling" - perkataan yang mungkin berasal daripada bunyi rantai yang digari pada tangan dan kaki. Oleh itu, ia sensitif sekali bagi orang India kerana ini seolah-olah mencaci mereka sebagai penjenayah (sama seperti cacian sesetengah rasis terhadap orang Australia yang rata-ratanya terdiri daripada penjenayah yang dibawa dari Britain).

Perjuangan orang india untuk menentang penindasan bermula pada tahun 1930an dan melalui pelbagai liku-liku dan perit maung yang getir. Keadaan pekerja yang menyedihkan kerana kekurangan makanan, tempat tinggal yang tidak terurus dengan ketiadaan "privacy" di mana pekerja-pekerja ditempatkan di rumah-rumah panjang yang tidak ada hadangan yang sesuai sehinggakan menyukarkan kehidupan anak perempuan dan kaum wanita, sukar untuk suami isteri tinggal bersama, tekanan jiwa kerana terpisah daripada sanak saudara di India dan pelbagai masalah sosial menyebabkan pekerja estet mula sedar untuk bangun dan berhadapan dengan penindasan sebegini (lebih banyak maklumat dapat diperoleh sekiranya membaca novel "Rampar Mara Thopinnile (tamil) - terjemahan tajuk: "Di Ladang Getah" oleh penulis Tamil - Agilan)

Antara yang menjadi titik tolak kepada perjuangan pekerja India adalah penghantaran pulang seramai 180 000 pekerja ke India dari tahun 1930 sehingga 1933. Ramai dihantar pulang dalam keadaan "tulang tengkorak" kerana pengangguran di Malaya yang berpunca daripada kemelesetan ekonomi dunia - The Great Depression. Ini terang-terang menunjukkan kelemahan British dalam menangani imigran dari India dan salah satu kelemahannya berpunca daripada sistem Kontrak. Justeru itu, sistem ini dimansuhkan setelah mendapat tentangan daripada Parti Kongres India, Ekoran ini, pada tahun 1938, dengan resolusi daripada Parti Kongres India, Kerajaan British India untuk memansuhkan pengambilan pekerja kurang mahir ke Malaya. Ini memberikan ruang untuk kesatuan pekerja di Malaya untuk memperjuangkan kenaikan gaji mereka dengan laungan slogan No Worker- No Employer- No Empire!!

Blackend Is The End

Dyers Eve