Blackend Is The End

Jumaat, 30 Mac 2012

TERKINI : TUKAR TIUB DI TAHAN POLIS

Polis telah menahan Tukar Tiub awal pagi tadi di hadapan rumahnya. Sepasukan polis kelihatan telah berhenti di hadapan rumah Tukar Tiub ketika sedang membuat rondaan. Salah seorang dari anggota polis tersebut telah menahan Tukar Tiub yang ketika itu baru pulang dari pasar..

Keaadaan menjadi kelam kabut apabila motor polis tersebut telah terbalik. Ini adalah kerana tayar motornya yang telah pecah ketika membuat rondaan telah menjadi terlalu kempis.

Tukar Tiub akhirnya telah masuk kedalam rumahnya untuk mengambil perkakas membaiki tayar untuk menukar tayar motor polis tersebut. Setelah selesai menukar tayar motor polis tersebut Tukar Tiub kelihatan menerima beberapa keping wang kertas daripada polis tersebut yang di percayai sebagai upahnya yang telah menukar tayar motor polis itu.

Sebelum polis tersebut beredar Tukar Tiub telah memberi kad bisnes Tukar Tiubnya agar jika polis tersebut tayar motonya pecah lagi bolehlah terus berhubung dengannya..

Kita ke berita Tukar Umno pula...

Telah heboh di serata wall facebook bakal berlaku sekali lagi gegaran yang di namakan Bersih 3 iaitu satu himpunan untuk melenyapkan umno terus di muka bumi ini...

Berbagai tarikh telah di omongkan tetapi masih belum ada kepasatiannya,. Walau bila sekali pun tarikhnya kita perlu bersiap sedia dari sekarang untuk gegarkan Kuala Lumpur habis habisan.

Namun apa yang Abu Nawas mahu berbicara di sini ialah apa gunannya kita turun ke medan Bersih sekiranya kita tidak menjadi seorang pengundi.

Abu Nawas berkata begini adalah kerana Abu Nawas banyak mendengar rungutan dari rakan rakan yang sudah bosan dengan sikap hipokrit pemipin Pakatan Rakyat sedangkan mereka bersungguh sunguh menentang umno, sanggup berbasah dan berasap di tembak pancutan serta gas pemedih mata namun dalam satu hal lagi para peminpin PR seperti tidak pernah menghargainya.

Maksudnya pemimpin PR di lihat semacam dengan pemimpin umno dengan politik hipokritnya sehinggakan ada yang tidak mahu mengundi kerana merasakan sama saja antara Umno dan PR.

Bagi Abu Nawas walaupun memang ada pemimpin2 PR yang lebih teeruk dari umno namun mahu atau tidak mahu umno mesti di jatuhkan dulu. Kita sedang berhadapan dengan 1 kuasa yang menyekat kebangkitan kuasa rakyat oleh itu untuk mengujudkan satu kuasa yang di namakan kuasa rakyat mahu atau tak mahu suka atau tidak umno perlu kita jatuhkan.

Dengan masih wujudnya demokrasi walaupun tempang kita perlu mengunakannya terlebih dahulu. Sekiranya PR menang dan masih juga meneruskan kejahatan UMNO maka pada ketika itu PR akan berhadapan dengan satu gelombang yang lebih besar dari gelombang rakyat menolak umno hari ini.

Memang tidak di nafikan walaupun Umno tumbang PR akan masih terus meneruskan sistem kapitalis di negara ini kerana tidak ada 1 parti pun di dalam PR yang pro kepada rakyat miskin namun setidak tidaknya PR perlu mengambil masa 8 tahun iaitu 2 kali pilihanraya untuk belajar macam mana mahu mencuri duit rakyat.

Maka ayuh kawan2 kita tumbangkan umno dulu. Turunlah mengundi walaupun di hati kita masih merasakan was was dengan PR tetapi hanya inilah caranya untuk menjatuhkan umno kini.

Kita perlu teruskan usaha menghasut semua rakyat agar menolak umno dalam pilihan raya ini. Kita hanya perlu tumpukan kepada umno sahaja...fokuskan kepada umno... pergi mampus dengan MCA dan parti2 lain kerana parti2 dalam BN tidak ada masalah untuk menjadi pembelot kepada BN sekira umno sudah tidak ada kuasa.

Jom Tukar Umno......

Cubaan Menculik Kanak2 di Carefore Johor Bahru


Berikut adalah status dari seseorag di facebook tentang kegiatan penculikan yang berlaku di pasarraya Carefore Johor Baru....

Ucapan tahniah kepada pihak pengurusan Carefore kerana cepat bertindak:
------------------------------------------------


Please share this. Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.

Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m......embelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah.

Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve