Blackend Is The End

Khamis, 9 Ogos 2012

PENYOKONG UMNO TIDAK MASUK SYURGA - MURSYIDUL AM TUAN GURU HAJI ABU NAWAS AL HAMUNI

Gambar di bawah adalah satu perjumpaan rahsia ejen zionis di Pulau Pinang...

Siapa UMNO?

Di dalam kamus Politik UMNO adalah sebuah parti perkauman melayu yang kononnya membawa idealisme kebangsaan. Kebangsaan dalam istilah idiologi pula membawa kepada perkataan Nasionalisme. Maka Umno adalah bermaksud parti nasionalis melayu yang di tubuhkan atas dasar kebangsaan melayu untuk membawa idialisme perkauman melayu yang anti kepada lain lain bangsa.

Istilah Umno juga boleh membawa maksud kepada sesuatu yang amat buruk dan keji iaitu setiap yang buruk dan setiap yang jahat itu adalah Umno. Umno juga boleh di samakan dengan Zionisme. Kita harus sedar yang dikatakan Zionisme itu buka bererti kaum Yahudi. Perkataan zionis adalah bermaksud kekejaman, kezaliman, perkauman dan kehancuran. Zionisme adalah satu idialisme yang terdapat kepada manusia-manusia yang mempunyai sifat-sifat tersebut. Di sebab kan manusia yang terkenal mempunyai sifat-sifat tersebut adalah di kalangan kaum yahudi maka orang yahudi selalu di sinonimkan dengan perkataan Zionis.

Ideology zionis sebenarnya telah di anuti oleh ramai umat manusia di dunia ini tanpa mengira kaum atau agama. Namun begitu perkataan zionis hanyalah di gunakan kepada penganutnya di Negara haram Israel tetapi bagi Negara-negara di luar Israil perkataan zionis akan di tukar mengikut kesesuaian dan keserasian kaum di Negara tersebut. Jika di Malaysia istilah zionis membawa maksud Umno, MCA, MIC dan 11 parti politik lagi yang membentuk Barisan Nasional. Parti-parti politik ini adalah zionis di Malaysia kerana mereka membawa idialisme rejim zionis di Israel. Mari kita lihat sifat persamaan UBN dengan rejim Zionis

1. Kezaliman
2. Perkauman
3. Anti bangsa selain dari bangsa mereka.
4. Menghalalkan sesuatu perkara kepada mereka dan mengharamkan kepada orang lain.
5. Hanya mereka yang lebih baik daripada orang lain.
6. Suka membunuh.
7. Suka memfitnah
8. Sombong dan angkuh
9. Munafik ( berpura-pura)
10. Berbohong
11. Sukakan kepada kehancuran

Itu adalah sebahagian daripada sifat-sifat persamaan Umno dan Zionis. Maka dengan itu Umno adalah membawa maksud zionis. Sifat-sifat itu adalah yang membawa kepada dosa. Dosa bererti tiada pahala. Tiada pahala bererti tiada rahmat dari Allah. Tiada rahmat dari Allah bermakna tiada tempat di syurga dan tiada tempat di syurga adalah bermakna akan di humbankan ke neraka.

Siapa penyokong UMNO (sebut Zionisme)?

Seorang yahudi tidak semestinya penyokong idialisme Zionis dan seorang Zionis tidak semestinya pula seorang yahudi. Begitu juga dengan UMNO, tidak semestinya yang menyokong idialisme Umno itu adalah hanya dari kalangan ahli Umno sahaja. Penyokong Umno adalah terdiri daripada sesiapa saja rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama yang seramai 27juta orang itu. Selain daripada ahli Umno, penyokong Idealisme Umno juga terdapat dari kalangan ahli lain-lain parti.

Oleh itu bila di katakan penyokong Umno tidak masuk syurga sebenarnya tidak di tujukan kepada ahli Umno sahaja. Ucapan itu sepatutnya di pandang secara umum oleh semua umat Islam di Malaysia. Ia Sebenarnya bermaksudkan kepada mereka yang berperangai seperti UMNo itu tidak akan masuk syurga. Dengan itu orang pas yang berperangai seperti Umno juga tidak akan masuk syurga.

Orang pas tak usah mendabik dada mengatakan hanya mereka yang di pilih Allah untuk menjadi pejuang Islam di muka bumi Malaysia ini. Sifat ini sama dengan sifat zionis yang mengatakan bahawa hanya umat Yahudi sahaja yang di pilih oleh Allah sebagai makluk yang mulia di muka bumi ini. Oleh itu orang pas yang mengatakan hanya mereka yang berada di jalan lurus dan menafikan perjuangan orang lain juga tidak akan masuk syurga kerana mempunyai mereka ini mempunyai sifat yang sama dengan Umno yang membawa idiologi zionisme.

Orang Pas yang suka memfitnah adalah berfahaman zionis. Orang Pas yang pengecut dan pembohong juga berfahaman zionisme. Orang Pas yang yang suka berSMS lucah dengan tunang atau isteri orang adalah berfahaman zionis. Orang Pas yang suka berbohong adalah Zionis. Orang Pas yang hidup berpura-pura dengan islam adalah berperangai Zionis. Oleh itu apa yang di maksudkan dengan penyokong Umno tidak masuk syurga sebenarnya di tujukan kepada mereka-mereka yang berperangai seperti Umno tetapi berada di luar umno.

Sekarang jelaslah bahawa penyokong Umno sememangnya tidak masuk syurga kerana mereka yang menyokong idialisme umno bererti bermazahadkan kepada zionisme. Maka dengan itu tidak timbul lagi hanya ahli ahli Umno tidak masuk syurga tetapi yang turut sama tidak merasa nikmat syurga adalah mereka yang berada di luar Umno yang di gelar sebagai penyokong Umno.

Kini timbul pula masalah bagaimana hendak terangkan kepada rakyat apa yang di maksudkan penyokong umno tidak masuk syurga. Seperti Islam Hadhari yang di perkenalkan oleh matan PM, yang menjadi masalah ialah bagaimana pemimpin atau ahli di bawah hendak terangkan kepada rakyat tentang Islam yang tidak pernah mereka dengar itu. Maka ustaz-ustaz Umno terpaksa bertungkus lumus untuk mencari jawapan kepada persoalan Islam hadhari.

Berapa peratuskah dari umat islam di Malaysia yang berada di masjid untuk menadah telingga untuk mendegar penjelasan dari ulama atau ustaz? Yang paling penting berapa ramaikah orang Pas yang boleh menjawab persoalan itu kepada diri mereka sendiri? Sedangkan di dalam kehidupan mereka, mereka tidak pernah lepas dari melakukan perkara perkara yang boleh disamakan dengan sifat Umno.

Kesimpulannya, janganlah merasa megah dengan mengatakan bahawa hanya diri kita saja yang betul dan orang lain semuanya salah. Maki hamun Umno siang dan malam sedangkan diri kita berlapis dengan dendam kesumat dan perasaan hasad dengki. Kita sama-sama manusia yang di jadikan Allah dengan penuh kelemahan dan sentiasa melakukan kesilapan. Politik dan agama tidak boleh di pisahkan tetapi mengunakan pakaian agama untuk mengaburi mata orang adalah perangai Zionis dan Umno. Perangai Zionis dan Umno ini tidak akan masuk Syurga.

Abu Nawas..


To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve