To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 1 September 2012

GAMBAR GAMBAR SUSPEK KEKACAUAN JANJI DEMOKRASI DI DATARAN MERDEKA

Apa yang boleh di katakan dalam sambutan di ambang merdeka yang ke 55 adalah Selamat Tinggal Umno. Setelah dengan bervagai ugutan yang bermula dengan Tokey restoran yang nyawa nyawa ikan untuk bankrup mahu memukul rakyat yang hadir ke Dataran Merdeka malam ini sehinggalah pada saat terakhir pihak polis mengeluarkan amaran malah satu perintah bahawa tiada siapa di benarkan untuk masuk ke dataran malam itu namun rakyat di atas nama rakyat sedikit tidak gentar dengan segala ugutan tersebut.

Lebih dan amat memalukan lagi bila Tokey ikan bakar yang kononnya mempunyai ahli seramai 98 ribu orang lari menyorok di sebalik tembok bukan saja kerana takut tetapi dia teramat malu bila kenyataanya untuk bertindak dengan caranya sendiri kononnya hanyalah menjadi bahan ketawa orang ramai.

Sebenarnya rakyat dari awal sudah tahu temberangnya itu konon2nya mahu di jadikan alasan kepada pihak berkuasa menghalang program rakyat ini kerana tidak mahu kejadian pergaduhan berlaku pada malam ini. Maklumlah bukan sedikit ahli tokey ikan ini. bayangkanlah kalau 98 ribu ahlinya turun untuk memukul peserta Janji Demokrasi mahu jadi bangkai semuanya. 

Malangnya pihak berkuasa pun sudah malu mengunakan tektik zaman 50an yang di kemukakan oleh Tokey ikan bakar ini. Akhirnya tokey ikan bakar yang hampir hampir bangrup ini terpaksa menyorok demi kerana malu yang teramat sangat jika di lihat orang ramai.

Inilah kuasa rakyat. Janji Demokrasi tidak ada kena mengena dengan pemimpin politik. Ianya di gerakan oleh rakyat tanpa ada di pengaruhi oleh mana mana pemimpin.  Kehadiran mereka ke dataran kerana rakyat dan untuk rakyat. Bukan untuk pemimpin politik yang sentiasa mencari ruang untuk keuntungan peribadi.

Tahniah rakyat, tahniah anak muda, kita telah mulakan dengan nama rakyat, kita telah mula keluar dari kepompong politik kepartian. Kita telah lakukan dan kita akan teruskan....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 bagi negara dan Selamat Menyambut Kemerdekaan yang pertama untuk pembebasan minda rakyat dari jajahan pewaris penajajah.

Hidup Rakyat Hidup Perjuangan Hidup Keberanian

** Abu Nawas terharu dan memohon banyak2 maaf kepada mereka2 yang datang menegur Abu Nawas dari Masjid Jamek hinggalah ke dataran Merdeka kerana Abu Nawas tak kenal kerana Abu Nawas mmg jarang untuk membelek FB orang melainkan FB awek cun...

Terima kasih kerana sokongan semua dan pada yang dah bergambar dengan Abu Nawas tu harap dapat taqkan gambar2 tu di FB Abu Nawas.....

Gambar gambar di bawah telah di taq kepada FB Abu nawas.. Rasanya ramai lagi yang tidak taq gambar bersama Abu Nawas ke FB Abu nawas.  Harap jangan di buat jampi kecuali awek2 adalah di benarkan untuk menyimpan dan buat jampi gambar2 bersama Abu Nawas..



GAMBAR DI AMBIL DARI MEDIA PRO BN KL POST
PRA ATAU KONTRA IA ADALAH PERMULAAN KEPADA ANAK MUDA
MENCARI APA ITU SANG SAKA MERAH


























Blackend Is The End

Dyers Eve