To Live Is to Die

free counters

Selasa, 18 September 2012

KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG MENIKAH DUA


Politik hari ini bukan lagi untuk membela dan memperjuangkan kepentingan rakyat. Politik hari ini adalah balas dendam dan menunjukan siapa kuat. Inilah politik Sang Kuriang pahlawan rimba.

Politik hari ini mengunakan agama bangsa dan Negara untuk menghalalkan setiap perbuatan mereka. Nak berzina pun ok jika demi agama bangsa dan Negara. Nak minum arak pun ok jika demi agama bangsa dan Negara. Nak lompat parti pun ok jika demi bangsa agama dan Negara.

Zul Nordin berselindung di sebalik alasan bangsa dan agama untuk berlindung perbuatan jahatnya bersekongkol dengan Mamak Azis Kadirrrrr demi untuk terus mendapat alaun dan kemudahan seorang wakil rakyat setiap bulan.

Zaharin berkata tindakannya keluar PKR demi bangsanya yang tertindas oleh DAP sebagai alasan menutup malu projek anaknya yang di tolak kerajaan P.Pinang.

Adun Changkat Jering dan Behrang pun guna alasan bangsa bila terjun ke lubang taik bini rosmah untuk menghalalkan perbuatan rasuah mereka. Berahim Ali jangan cerita lagilah.

Bila Pas terima Berahim Ali jadi calonya di Pasir Mas pun juga berselindung di sebalik alasan agama. Kononnya Berahim ali tak perlu masuk Pas untuk jadi calon parti itu tetapi cukup sekadar menumpang di tangga depan pintu rumah. Dulu pas keluar fatwa nasionalis itu sesat dan kafir tetapi bila parti itu mengambil Berahim Ali sebagai calon yang kafir pun bertukar menjadi beriman.

Begitu juga dengan DEWAN PEMUDA PAS PULAU PINANG. Mereka bercakap soal halal dan haram. Yang itu tak boleh yang ini tak boleh. Tapi untuk menghalalkan perbuatan terkutuk AJK PASTI PULAU PINANG yang berSMS LUCAH dengan isteri orang maka DPPPP pun bersidang untuk keluarkan fatwa bahawa adalah di bolehkan untuk menganggu anak isteri orang sekiranya anda memakai jubah dan lebai dan di tambahkan lagi dengan sedikit janggut.

Blackend Is The End

Dyers Eve