To Live Is to Die

free counters

Selasa, 23 Oktober 2012

EXCO PEMUDA PAS MALAYSIA TOKEY ROKOK HALALAN TOYIBBAN


Hari ni Abu Nawas nak cerita pasai rokok. Ada kata rokok haram ada kata rokok tak haram, itu depa punya pasallah nak haram ka nak halal ka Abu Nawas tak mau ambik tau tapi janganlah pulak nak jadi manusia hipokri macam cerita kat bawah ni..

Abu Nawas tak mau la nak cerita pasai kuliah dia yang tak ilmiah lansung tu, ntah apa yang di merepeknya pun Abu Nawas tak tau tapi yang pastinya ustad ni gelabah nak semacam saja bila Zainulfakaq duduk betul betul bertentangan dengan dia. Kesian jugak kat dia Abu Nawas tengok malam tu.

Exco Pemuda Pas Pusat Ostad Afnan Al Pondani ni masa mai kuliah kat surau abu Nawas 2 minggu lepas kata hisap rokok tu haram dan sapa yang beli rokok maknannya dia sumbang duit pada Yahudi. Orang Islam yang boh rokok dalam poket umpama simpan yahudi dalam poket.

Baguslah, dah haram kena kata haram la kalau nak hisap jugak nak buat macam mana. Tapi yang Abu Nawas peliknya haram dan yahudi tu jatuh kat orang hisap rokok saja ka. Orang jual rokok tak jatuh haram ka?

Abu Nawas kata macam tu pasai Abu Nawas pi sendiri kat kedai Al Ostad ni dan aku tengok sendiri dia jual rokok dalam kedai stesen minyak dia. Ehh tak pulak dia kata yang dia simpan yahudi dalam kedai.

Jadi haram tu jatuh pada penghisap saja ka si penjual tak jatuh haram ka? Kalau si penghisap cuma simpan sekotak rokok dalam poket sudah dikatakan menyumbang duit pada yahudi tapi dia jual beratus beratus kotak rokok tak pulak dia kata sumbang duit kat yahudi.

Atau ostad ni punya dalil dari nas al quran atau hadis mengatakan rokok itu haram dan yahudi kiranya di hisap tapi sunat kalau menualnya?

ishh Abu Nawas ni mmg jahil murakap betui pasai ugama ni. Tak tahu pulak rokok ni hanya haram dan boleh jadi yahudi kalau hisap tapi kalau jual hukumnya boleh berubah.

Yang bestnya dia kata dia terpaksa jual rokok sebab Petronas bagi syarat kalau nak bukak stesen minyak kena jual rokok kah kah kah kah... Ostad apa takut pada makluk ni...

Atau yang betulnya masuk poket ana hukumnya halalllllll ... masuk poket enta hukumnya harammmmmmmmm....

Kesian kat ustad ni dah la al pondani pembohong pulak tu.... kah kah kah

+++ Update  7.30 pm: Abu Nawas dan Khalid Ismath baru saja pi ambil gambaq kaunter rokok di stesen minyak Al Ostad ni petang tadi..esok Abu Nawas akan upload sebagai bukti.

Blackend Is The End

Dyers Eve