To Live Is to Die

free counters

Selasa, 6 November 2012

BEBASKAN AHMAD ABDUL JALIL

Bila berbicara yang bersangkut paut dengan sultan dan raja tak ada sesiapa yang berani untuk berkata benar. Walaupun dia tahu ada raja dan sultan berbuat perkara perkara yang melanggar hukum agama seperti minum arak, berjudi, main perempuan dan berbagai lagi namun tak ada siapa pun berani menegur kesilapan sultan dan raja melayu ini..

Tak usahlah bertanya di mana keberanian rakyat biasa untuk berbuat demikian kerana ulama sendiri tak berani untuk menegur sedangkan menurut Islam yang takutkan Allah itu adalah ulama.

Hal ini disentuh berdasarkan firman Allah Taala :

“Hanya yang takutkan Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ULAMA“ [ Surah Al Fatir:28 ]

Saidina Anas R.A menambah,”Sesiapa yang tidak takutkan Allah bukanlah orang ‘alim”.

Oleh kerana itu, kriteria utamanya mestilah takutkan Allah. Kalau berani lawan hukum-hukum Allah, bersekongkol dengan golongan sekular, mendiamkan kemungkaran kerana takut dibayangi hukuman kerajaan, ilmuwan seperti ini walau ada Ph.D bertimbun pun tidak diiktiraf sebagai ulama.

Maka dengan itu jika ulama pun tak berani menegur sultan dan raja, masih ada lagikah orang yang tidak ulama berani untuk berbuat demikian?

Jika tak ada siapa yang berani untuk menegur maka sultan dan raja raja ini sudah pasti merasakan dirinya boleh berbuat apa saja tanpa mengira had dan batas ugama. Apabila sudah berani melangkau batas batas agama dan bertindak ikut suka hati dan ulama pula membisu maka rakyat yang sedar akan bangkit menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Rakyat yang sedar bangkit menentang  bila sultan bersekongkol dengan Umno untuk menjatuhkan kerajaan Perak yang mereka pilih secara demokratik. Rakyat miskin yang sedar bangkit bersuara bila mereka mereta tahu sultan makan minum tempat tinggal dan kemewahan sultan.adalah di ambil dari hasil ttik peluh mereka.

Rakyat tidak pertikai kalau raja dan sultan membeli nombor plat kereta dengan harga 30 juta sekalipun jika duit yang di gunakan untuk membeli plat kereta itu adalah hasil daripada titik peluh sultan itu sendiri.

Mujurlah ada juga pemimpin yang berani seperti Nizar Jamaludin untuk menegur. Kalau nak harapkan Nik Abduh dia pun lebih kurang perangai macam sultan jugak suka hidup bermewah mewah berkereta mewah serta bernombor plat yang mahal mahal.

Kalau ulama sudah tidak boleh di harapkan lagi, pemimpin negara pula menjadikan raja dan sultan sebagai benteng untuk menipu rakyat dan pemimpin pembangkang pula takut untuk bersuara kerana bimbang hilang undi orang melayu maka rakyat yang sedar mereka di tindas perlu bangkit untuk bersuara.

Rakyat yang bangkit bersuara tidak sama dengan suara ulama dan pemimpin kerana suara rakyat tidak di dengar dan kalau di dengar ianya tidak akan di bincangkan. Rakyat hanya mampu bersuara di facebook, twitter dan blog kerana melalui medium ini suara rakyat akan di dengar dan di bincangkan.

Hasil dari suara itu maka 3 hari lalu seorang anak muda telah di tangkap kerana du tuduh menghina Sultan Johor. Ahmad Abdul Jalil di tuduh menulis kritikan itu di dalam FBnya dan kini telah di reman di Johor.

Ketika Abu Nawas menulis artikal ini Abu Nawas baru menerima sms dari adiknya memberitahu Ahmad telah di bebaskan dan remannya di batalkan kerana remannya tisdak munasabah dan rakaman percakapan tidak di buat walaupun beliau memberi kerjasama sepanjang penahanan.

Namun hanya selepas 10 minit pembesannya isterinya telah twit yang mengatakan Agmad telah hilang dan di culik dan yang terkini ketika artikal ini di tulis beliau telah di tahan semula dan akan di dakwa atas kesalahan multimedia.

Ahmad baru saja melansungkan perkahwinannya 2 bulan yang lalu.
Inilah nasib seorang rakyat biasa yang berani bersuara. Ahmad adalah seorang daripada jutaan anak muda yang sudah meluat dengan hipokrasi pemimpin politik. Pemimpin politik sudah tidak boleh di harapkan lagi untuk menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat bawahan. mahu tidak mahu rakyat sendiri wajib menyuarakan dan mahu tidak mahu sudah pasti akan berhadapan dengan tindakan undang undang.

Parti politik lebih lebih lagilah akan cuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam isu ini kerana takut nanti di lebelkan derhaka kepada raja. Walaupun bapa kepada Ahmad iaitu Abdul Jalil adalah seorang anggota pas namun sehingga kini tak ada seorang pun pempimpin Pas yang datang bertanyakan khabar.

Raja dan Sultan sudah menjadi Tuhan kerana mereka tidak lagi boleh di kritik dan sesiapa yang berani mengkritik akan di tangkap dan di hukum. Rakyat akan terus di takut takutkan dengan undang undang kerana raja dan sultan mula sedar mitos yang sekian lama ada di dalam minda orang melayu bahawa raja dan sultan mempunyai daulat dan kuasa untuk membinasakan orang.

Hanya orang bodoh saja percaya Raja dan Sultan mempunyai kuasa luar biasa atau daulat.

Abu Nawas...

Blackend Is The End

Dyers Eve