Blackend Is The End

Khamis, 6 Disember 2012

KISAH CINA PECAH DARA SEBELUM BERKAHWIN

Apa sudah jadi, ini sudah kes pecah lubang. Umno kata DAP anti Islam tapi MCA kata DAP nak buat Pulau Pinang ikut Islam. Yang mana satu yang betul.

Ini cina sudah kasi umno banyak pening, hari hari cerita dalam surat habaq dan TV kata orang Islam di Pulau Pinang kena tindas, orang Islam di Pulau Pulau dah kena halau, Orang Islam Pulau pinang dah tak boleh nak buat masjid, orang Islam Pulau Pinang itu ini begitu begini.

Tiba tiba cina ni kata orang Islam Pulau Pinang lagi dapat banyak peruntukan dari kerajaan DAP berbanding dengan ugama lain. Umno serang MCA tahan..

Baguslah Kerja yang sepatutnya Pas Pulau Pinang buat untuk mempertahankan isu isu orang Islam di Pulau pinang MCA sudah ambil alih. Pas Pulau Pinang pun hidupnya segan mati tidak mahu. Sedang tengok yang mana kuat baru nak ikut.

Teruk la kalau macam ni umno nak pusing semula nanti orang melayu tanya yang mana satu yang betul DAP anti Islam atau DAP pro Islam.


ASAL USUL LAGU ANAK KECIL MAIN API



Gambar hiasan contoh wajah warga India yang datang ke Tanah Melayu


Di bawah adalah tafsiran di sebalik lagu tersebut :-

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang.

lagu ini sebenarnya berkisarkan kisah hidup golongan kasta rendah di negara India lebih kurang seratus tahun dahulu. Seorang anak kecil di lihat bermain main api di tepi rumahnya kerana kesepian di tinggalkan ibunya yang bekerja sebagai seorang tukang kebun di makmal sains yang sedang menjalan kajian air mata di campurkan dengan keringat.

Namun begitu lagu ini sebenarnya mula di nyayikan oleh seorang mamak atau India Muslim ketika sampai ke malaysia, sebab itulah rangkap terakhir lagu ini berkata "Bumi di pijak milik orang" ini adalah sebagai kesedaran penyanyi lagu ini bahawa bumi dia hanyalah pendatang dari benua India di bumi melayu ini.

Di dalam rangkap kedua pula berbunyi :

"Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman"

Ini membawa maksud sewaktu di India keluarga mamak muslim ini adalah kaya raya namun akibat hendak datang mencari rezeki di Tanah Melayu anak cucu nenek ini terpaksa mengadai seluruh harta benda bagi menampung kos perbelanjaan tambang kapal arang yang datang ke Tanah Melayu pada ketika itu.

Di dalam pada itu juga telah berlaku perbalahan sesama sendiri sehinggakan menyebabkan sengketa kerana ada juga dari kalangan ahli keluarga neneknya tidak setuju untuk datang ke Tanah Melayu mengunakan kapal arang.

Persengketaan ini telah menyebabkan perceraian di anatara nenek dan moyangnya lalu di abadikan di dalam barisan terakhir rangkap ini iaitu "Cinta lenyap di arus zaman"

Itulah serba sedikit sejarah susur jalur tentang lagu ini. Kesimpulannya lagu ini di nyanyikan oleh seorang mamak atau India muslim yang terkenangkan zaman nenek moyangnya datang mencari rezeki di bumi milik orang sehingga tergadai seluruh harta benda.

Sekian

Abu Nawas II.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve