PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

IKLAN 3

IKLAN 3
Kembara Seniman Jalanan Jelajah Bumi Siam Bersama Pyanhabib

Jumaat, 18 Januari 2013

PENDEDAHAN SALAH LAKU KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Salam kepada semua, sudah sekian lama Abu Nawas tak update blog, maklumlah Yahudi Soros tak bank duit macam mana kerja nak jalan tapi hari ni Abu Nawas ada terima sekepin CD yang di poskan ke alamat rumah Abu Nawas.....

Tidaklah pulak Abu Nawas tahu dari siapa atau dari mana CD ini. Cumanya hanya ada tulis tolong boh dalam blog saudara. Eh.. bila masa pulak Abu Nawas ada saudara yang main pos pos ni..

Bila baca punya baca rupa2nya cerita pasal Mat Botak ni.... Tak mau panjang cerita dan dia pun kata sanggup sediakan loyar untuk Abu Nawas jadi hangpa baca la sendiri apa yang dia tulis....

ADUAN SALAH LAKU
DATO’ MOHID BIN MOHAMED

KSU KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

PUTRAJAYA

__________________________________________________________________________


DATO’ MOHID BIN MOHEMED

KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

LATAR BELAKANG:

BERKHIDMAT DI KBS SEMENJAK TAHUN 2004 DAN TELAH NAIK PANGKAT BEBERAPA KALI DENGAN CEMERLANG!!! SETERUSNYA DILANTIK SEBAGAI KSU KBS SEMENJAK TAHUN 2010.

1. SALAHGUNA KUASA DALAM SOAL KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI-PEGAWAI DI KBS

Mohid telah menggunakan kuasa beliau untuk menaikkan pegawai-pegawai yang menjadi kroni dan Pak Sanggup @ ‘yes man’ kepada sesiapa sahaja yang disukai dan boleh mengikuti arahannya walaupun dalam soal mengsonglapkan duit kerajaan!!.

Ada dikalangan pegawai yang dinaikkan pangkat oleh beliau hanya berkhidmat pada jawatan yang disandang tidak kurang dari 5 tahun dan tidak mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang tetapi disebabkan pegawai itu suka membodek beliau dan sanggup melakukan apa sahaja yang diarahkan walaupun untuk kepentingan peribadi KSU semata-mata, maka pegawai itu akan dinaikkan pangkat dengan cara yang lebih mudah tanpa melihat langsung ‘seniority’ pegawai-pegawai lain yang sedia ada d KBS.

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang menjadi kroni beliau seperti WAN. RAMLI BIN WAN DAUD SUB (M 54) BAHAGIAN Sumber Manusia yang menjadi kroni besar beliau dan BARUA PALING HAJAT!!! dalam menukarkan mana-mana pegawai yang tidak serasi dengan beliau adalah PTD yang banyak masalah dan telah beberapa kali bertukar ke kementerian lain tetapi disebabkan beliau adalah ANJING KSU YG TERBAIK maka dikekalkan di KBS sudah lebih 8 tahun!!!...

PTD –PTD yang lain seperti OTHMAN ARSHAD SUB KEWANGAN (M54) YANG telah lebih 10 tahun di KBS pasti dikekalkan untuk meneruskan legasi menghalalkan cara untuk merompak duit kerajaan!!!.. PTD RUSLI IBRAHIM KPSU KEWANGAN (M52) yang mempunyai masalah salahlaku dan kes SPRM telah beberapa kali ditukarkan ke kementerian lain tetapi disebabkan kroni yang terbaik dalam menguruska soal-soal tender dan juga Projek yang melibatkan jumlah kewangan yang besar di KBS dan bertanggungjawab menjaga komisyen KSU ini maka PTD ini ditarik kembali ke KBS!! Dan diberikan kenaikan pangkat daripada M48 terus di lantik ke M52 sekarang!!! (baru pegang M48 tidak sampai 3 tahun)

Ada pegawai yang baru sahaja dilantik jawatan S32, S44, S48, S52 ataupun JUSA SEKALIPUN.. tidak sampai 3 tahun.. belum cukup eddah pun akan tetap dinaikkan pangkat ke lebih tinggi, asal sahaja orang itu adalah kroni dan menjadi BUDAK SURUHAN YANG TERBAIK BELIAU.. PASTI AKAN mendapat habuan dari KSU KEPARAT ini !!!.

Nama-nama besar seperti Engku Azmi Engku Basri, yang dikenali umum sebagai ‘orang kuat’ beliau telah dinaikkan pangkat ke S54 walaupun baru memegang jawatan S52 tidak sampai 2 tahun!!!!.. sedangkan masih ada pegawai-pegawai lain yang lebih senior yang masih berada di takut S52 lebih daripada 9 tahun !!!! belum dinaikkan pangkat..disebabkan pegawai tersebut bukanlah.. KRONI BELIAU!!!!...

Isteri Engku Azmi juga yang baru dilantik ke S44 yang hanya sempat menikmati pangkat Gred S44 tidak sampai 4 tahun telah dinaikkan pangkat ke S48 tanpa banyak bicara kerana beliau adalah pegawai yang terbaik dalam memberikan komisyen projek-projek besar PERBADANAN STADIUM MALAYSIA (PSM) kepada KSU sebagai habuan tetap daripada kontraktor setiap bulan!!!!

Ada pegawai yang telah pun disahkan jawatan JUSA C MADZRIB IBRAHIM dan seharusnya layak dilantik ke JUSA B sebagai KETUA PENGARAH, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA (JBSN) KERANA hanya beliau seorang sahaja yang berstatus JUSA C bagi perkhidmatan Belia dan Sukan 1Malaysia –Najib ni TELAH ditukar ke bahagian lain yang tidak penting dan dibekukan kenaikan pangkat beliau sebab beliau dikatakan tidak sealiran dalam melakukan KERJA-KERJA JAHAT DAN TIDAK BERMORAL KSU INI!!

Dan sebagai gantinya KSU KEPARAT INI telah melantik orangnya sendiri..seorang pegawai KAUM HAWA yang baru dilantik ke S54 dan terus di naikkan ke JUSA B ( entah formula apa yg JPA bagi pd KSU KBS ini untuk menghalalkan cara kotor ini) dan diberikan jawatan KP JBSN dengan melangkau 1 tapak perjawatan !!!! (dari S54 tanpa perlu dilantik ke JUSA C terus ke JUSA B). … satu formula bengong KSU yang dihalalkan.!

2. SALAHGUNA KUASA SOAL PENEMPATAN PEGAWAI YANG TIDAK SEALIRAN DENGAN KSU.

KSU ini mengarahkan baruanya SUB Sumber untuk menukarkan mana-mana pegawai yang tidak disukai ataupun mempunyai permasalahan peribadi dengan beliau kemana-mana sahaja yang disukainya.. walaupun pada alas an yang remeh temeh seperti tidak hadir mesyuarat, tidak datang berjumpa dengan beliau, tidak memberikan ole-ole kalau balik dari luar Negara dan bermacam-macam lagi…ke tempat lain dan tempat yang ditukarkan itu tidak mempunyai perjawatan yang hakiki bagi pegawai tersebut.

Tetapi atas nama ‘PERTUKARAN SECARA PENTADBIRAN’ mana-mana pegawai yang telah mendapat arahan tukar akan dari KSU TERPAKSA MENGIKUT slogan ‘SAYA YANG MENURUT PERINTAH’ (SYMP) dan terus bertukar secara paksa tanpa diberikan elaun pemangkuan ataupun Elaun tanggung kerja!!!!

Contohnya di Bahagian Rakan Muda…Ada antara pegawai yang diletakkan di post S54 tetapi berjawatan S48 kerana post tersebut telah dipindahkan ke tempat lain dan jawatan tersebut telah diberikan kepada kroni beliau dengan membawa post tadi ke bahagian lain….dan pegawai yang berjawatan S48 tadi hanya membuat kerja-kerja S54 …BERKHDIMAT UNTUK NEGARA’ …tanpa mendapat apa-apa imbuhan yang sepatutnya beliau layak mendapatnya!!!!.. dan keadaan ini berlaku bukan sebulan dua… tetapi sudah bertahun-tahun… namun telah disenyapkan daripada pengetahuan pihak JPA sendiri!!!....cuba tuan/ puan bayangkan apakah moralnya situasi ini kalau ianya berlaku kepada organisasi kerajaan seperti ini????

Banyak lagi jawatan lain yang telah diletakkan dan ditukar secara PENTADBIRAN..semata-mata untuk menghalalkan kroninya mendapat kenaikan pangkat secara lebih senang tanpa perlu bekerja di tempat yang sepatutnya. Dan orang lain yang sepatutnya mendapat jawatan itu telah bekerja dengan ‘RELA HATI’ demi mengharapkan ehsan supaya TIDAK DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB sekiranya melanggar arahan BODOH KSU ini.

Ada lebih daripada 10 perjawatan yang telah ditukar dan ditokok secara HARAM oleh KSU ini dengan menidakkan struktur perjawatan rasmi yang telah di sahkan oleh JPA….. dan semua ini telah menyebabkan pegawai-pegawai KBS mengalami keruntuhan semangat moral kerja yang serius!!!! Untuk meneruskan khidmat mereka di KBS.!!!!!!

3. MENUBUHKAN CAWANGAN HARAM TANPA KELULUSAN JPA DEMI KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI UMNO

Walaupun sebagai penjawat awam yang dilantik oleh SPB Yang Di Pertuan Agong, seseorang penjawat awam TIDAK BOLEH MENYOKONG mana-mana parti politik dan hendaklah bersikap berkecuali dalam fahaman politik tetapi KSU KBS ini telah bertindak menubuhkan Cawangan haram iaitu Cawangan Sosial dan Strategik , di bawah Bahagian Pembangunan Belia KBS, adalah merupakan cawangan haram yang ditubuhkan atas arahan Menteri KBS untuk menghalalkan segala program politik di bawah label KBS.

Pengarah yang dilantik Engku Azmi Engku Basri yang dinaikkan dengan pangkat S54 adalah bertindak sebagai ‘Master Mind’ dalam mengurus merancang dan melaksanakan pelbagai program politik UMNO untuk membantu UMNO melaksanakan sebarang aktiviti politik yang melibatkan kepentingan politik UMNO dengan menggunakan dana KBS.

KSU mengarahkan semua bahagian dan cawangan di KBS menghulurkan ‘DERMA’ sebanyak 30% daripada peruntukkan yang diterima kepada cawangan ini sebagai dana tetap untuk cawangan ini melaksanakan program politik tanpa kekangan kewangan!!!

Dianggarkan sebanyak RM100 juta peruntukkan telah dileburkan oleh cawangan ini pada tahun 2012 bagi melaksanakan pelbagai projek politik bagi menghadapi beberapa PRK pada tahun 2012 termasuk membelanjakan hampir RM42 juta untuk PRN Sarawak yang lalu yang mana laporan Audit perbelanjaan tidak dapat dibentangkan sehingga sekarang!!!!!!

4. PUNCA KEPADA TERCETUSNYA ANARKI DALAM SISTEM PERJAWATAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DI KBS

Senario yang diwujudkan oleh KSU KBS ini telah menjadikan sistem perjawatan pegawai dan kakitangan KBS kini dalam kucar kacir dan hancur bilau!!!... dengan kuasa beliau beberapa bahagian dan cawangan di KBS telah diketuai oleh pegawai-pegawai yang jauh lebih junior dan tidak ada pengalaman kerja yang cemerlang!!!

Mana-mana pegawai yang dirasakan layak dilantik ke jawatan lebih tinggi TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN SAMA SEKALI… SEKIRANYA BUKAN KRONI BELIAU…Pegawai-pegawai junior yang dilantik bukan atas dasar merit tetapi lebih berpaksikan kepada kronisme dan juga kepentingan peribadi… KSU telah menjadikan bahagian @ jabatan tersebut menjadi bualan dan sindiran di kalangan pegawai-pegawai di KBS.

Tidak ada asas yang jelas kenapa dan mengapa orang-orang ini dilantik ke jawatan tersebut dengan diberikan pangkat dan kuasa yang lebih besar selain dikatakan sebagai BARUA KSU ATAUPUN KRONI BELIAU….yang tidak ada sesiapa pun berani bersuara untuk menegur salah laku beliau!!!!

Sebagai contoh Pengarah JBS Negeri / Bahagian di KBS sepatutnya diketuai oleh seorang pegawai S54 senior telah diletakkan post pegawai JUSA C yang seharusnya layak dinaikkan ke jawatan JUSA B…dan menerima gaji imbuhan JUSA C tetapi menjalankan kerja sebagai pegawai S54 sahaja… !!!!!

Kesan kepada apa yang berlaku… akibat tindakan KSU ini menyebabkan timbulnya perasaan iri hati, dengki berpuak-puak sesama pegawai dan ini menyebabkan prestasi kerja KBS bukan lagi menjadi keutamaan tetapi yang lebih penting sistem membodek! Menjilat bontot KSU .. lebih jadi keutamaan kpd mereka.!!! Untuk naik pangkat lebih cepat!!!

5. MEMASUKKAN RM5 JUTA KE AKAUN KE DUA (TIDAK RASMI) BAGI DIGUNAKAN SEBAGAI DANA KEWANGAN PERIBADI BELIAU.

KSU telah berpakat dengan pemimpin MBM untuk membuka akaun ke dua secara rahsia di MBM dan memaksukkan RM5 juta peruntukkan KBS secara ‘one off’ bergantung kepada keperluan bagi digunakan sebagai dana tetap beliau untuk membelanjakan apa sahaja yang di ingini oleh beliau!!

KSU mengarahkan agar duit ini dikeluarkan kepada kroni beliau dan diberikan kepada beliau secara TUNAI !!! bagi memudahkan beliau beberlanja tanpa apa-apa sekatan terutanya untuk membiayai percutian –percutian mewah beliau,

bermain Golf di Luar Negara ataupun untuk membiayai program-program politik menteri secara lebih senang!!!

Dan dijanjikan peruntukkan ini akan ditambah dari masa ke semasa dengan diambil daripada cawangan strategik tadi TERUS kepada MBM bagi memudahkan beliau membelanjakan secara peribadi demi kepentingan peribadi beliau!!!!!!!

OLEH YANG DEMIKIAN……

Sebagai seorang warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab saya berharap pihak-pihak yang bertangungjawab dapat MENJALANKAN SIASATAN DENGAN LEBIH TERPERINCI DAN DETAIL… KEPADA KSU INI.. KERANA TINDAK TANDUK BELIAU SEKARANG INI AGAK KETERLALUAN DAN TELAH LEBIH 9 TAHUN BELIAU BERADA DI KBS DENGAN TIDAK ADA APA-APA PERTUKARAN !!!.

SEKIRANYA PERKARA INI DIBIARKAN BERLANJUTAN DENGAN TIDAK ADA APA-APA TINDAKAN DIAMBIL UNTUK MENGELUARKAN KSU INI DARI KBS DAN TIDAK MEMPERBETULKAN KESILAPAN YANG TELAH DILAKUKAN KE LANDASAN YANG BETUL DAN BENAR….

SAYA PERCAYA RAMAI SAUDARA-SAUDARA DI KBS DAN JUGA PARA BELIA SERAMAI 13.7 JUTA DI LUAR SINI YANG MERUPAKAN PENGUNDI TERBESAR PRU 13 INI … AKAN DIDEDAHKAN MAKLUMAT INI UNTUK BERTINDAK MEMPROTES… 1 UNDI 1 PROTES UNTUK MENUKAR KERAJAAN UMNO SEKARANG KEPADA KERAJAAN PR PADA PRU 13 NANTI….DAH TAK LAMA TU……..

SAMA-SAMA KITA TUNGGU…..

SEKIAN… T KASIH

WARGA PRIHATIN…..