To Live Is to Die

free counters

Selasa, 30 April 2013

CALON PSM TARIK DIRI BERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA CALON PRO UMNO DIN AYAM DI KOTA DAMANSARA

Arul Calon Semenyih, Dr Nasir Calon Kota damansara, saras Calon Jelapang dan Dr Kumar calon Sungai Siput
Perjuangan golongan kiri adalah bukan perkara baru bagi pentas politik Malaysia Perlu di ingatkan bahawa parti politik pertama yang di tubuhkan di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu sebelum wujudnya parti2 politik yang pro rakyat dan yang pro penjajah seperti UMNO dan MCA. Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diketuai oleh Ibrahim Hj Yaakop telah ditubuhkan 1937 kemudiannya melahirkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah parti kebangsaan berhaluan kiri yang wujud 9 tahun sebelum kelahiran parti pro penjajah UMNO.

Ini menunjukan bahawa golongan kiri adalah pencetus kepada gerakan rakyat dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Perasaan iri hati dan tidak senang dengan gerakan golongan kiri ini membuat anak didik British UMNO, menjalankan propaganda halusnya kepada orang2 melayu bahawa parti2 berhaluan kiri ini adalah anti Islam dan anti Melayu. PKM yang awal2 lagi telah di haramkan oleh pihak British telah meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan mengangkat senjata di hutan.

Walaupun ramai di kalangan pemimpin parti kiri di tahan dan parti2 seperti PKMM telah di haramkan oleh pihak British atas nasihat daripada UMNO namun pada tahun 1955 Ahmad Boestaman telah berjaya meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat dengan menubuhkan Parti Rakyat yang kemudiannya bergabung dengan Parti Buruh dan membentuk Malayan People Socialist Front pada tahun 1957.

CLICK DI SINI UNTUK BLOG CALON PENANTI

Socialis Front merupakan parti pembangkang yang utama sebelum Parti Islam Semalaysia(PAS) dan Parti Tindakan Demokratik(DAP) sehinggalah tahun 1967. Pada 1972 di bawah kepimpinan Kassim Ahmad Parti Rakyat telah menukar nama partinya kepada idiologi yang makin jelas iaitu Parti Sosialis Rakyat Malaysia(PSRM).

Walaupun begitu kebangkitan parti2 seperti PAS dan DAP telah menyepikan PSRM yang mewakili golongan marhaen di persada politik tanahair yang kemudiannya pada tahun 1990 di bawah kepimpinan Dr Syed Husin Ali PSRM telah mengugurkan perkataan “sosialis: daripada parti itu dengan menjadikan Parti Rakyat Malaysia(PRM). Ini telah menyebabkan beberapa orang seperti YB. Dr. Nasir iaitu pengerusi PSM sekarang telah menarik diri dari PRM dan membawa haluan sendiri.

Sosialis bersama Marhaenisme

Penarikan diri YB. Dr. Nasir daripada PRM bukan bererti berakhirnya perjuangan beliau di dalam membela golongan tertindas dan menentang kerakusan golongan pemodal di Malaysia ini. Beliau bersama beberapa rakan telah menubuhkan SWP sebagai sebuah tapak untuk menubuhkan satu parti politik sosialis pada masa hadapan. SWP telah bersama golongan setingan dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Istilah sentingan akhirnya telah di tukar kepada peneroka Bandar sehingga pada hari ini.

Pada masa yang sama sebuah NGO yang telah lama bergerak yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Universiti Malaya(UM) telah menubuhkan sebuah kumpulan yang di beri nama Alaigal. Antara yang terlibat di dalam Alaigal ini ialah YB Dr. Jayakumar iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput sekarang ini. Mereka bergerak dengan memberi kesedaran kepada golongan tertindas terutamanya masyarakat ladang.

Sebuah lagi kumpulan yang terdiri dari pelajar-pelajar UKM telah menubuhkan Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) telah menjadi sebuah kumpulan yang perihatin terhadap isu-isu marhaen. Antara yang terlibat dengan CDC ialah saudara Arul iaitu setiausaha Agung PSM sekarang ini.

Ketiga-tiga kumpulan ini akhirnya telah bersatu dan bertekad untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berhaluan kiri di atas nama sosialisme. Ini adalah kerana penyelesaian masalah rakyat hanyaklah boleh di buat melalui kaedah politik.

Kegagalan parti-parti politik pembangkang seperti DAP dan PAS dalam penyelesaian isu rakyat juga adalah sebab sebuah parti politik yang benar-benar bersama didalam kesusahan rakyat perlu di wujudkan. Maka secara ringkasnya ilham untuk menubuhkan sebuah parti sosialis telah di realisasikan pada sehari sebelum hari buruh tahun 1998 dengan nama Parti Sosialis Malaysia ringkasnya PSM.

Satu dekad menunggu kelulusan pendaftaran PSM

Tidak seperti UMNO yang pernah di haramkan pada satu ketika iaitu semasa pergolakan antara Team Mahathir dan team Tengku Razaligh. Pejabat pendaftaran ROS hanya mengambil masa beberapa jam untuk meluluskan penubuhan sebuah parti yang beridiologikan pekauman. Proses memberi kelulusan untuk PSM bergerak secara sah mengambil masa selama 10 tahun. Dari tahun 1998 sehinggalah tahun 2008. Ini bukan saja memakan masa selama sedekad malah ianya juga melangkau kepada pertukaran kurun. Daftar kurun ke 20 lulus pula kurun ke 21.

Kegagalan PSM mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP) tidak pernah mengajar erti putus asa kepada aktivis parti ini. Telah tercipta sejarah apabila PSM telah membawa Menteri Dalam Negeri ke makamah kerana keenganan beliau untuk membenarkan kelulusan PSM.

Setelah bebagai usaha di lakukan dengan mendapat sokongan dari beberapa NGO dalam membuat tuntutan agar PSM di beri kelulusan untuk bergerak sebagai parti politik yang sah maka pada 4 jun 2008 Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Abdul Hamid bin Albar telah memberi lampu hijau dalam satu emailnya kepada PSM.

Pihak KDN telah meminta beberapa pindaan di dalam pelembagaan PSM dan akhirnya pada 19-8-08 sahlah PSM sebagai sebuah parti politik beridiologikan sosialisme tertegak di bumi Malaysia ini. Susur jalur perjuangan rakyat marhaen yang bermula di Tanah Melayu bermula dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah di sambung perjuangannya pada era milinium ini oleh PSM dengan idiologi sosialisnya yang jelas.

Suara sosialis bergema di Parlimen dan DUN.

Setelah gagal di dalam pilihanraya ke 10 dan ke 11 di atas nama parti DAP, PSM telah memasuki pilihan raya ke 12 di atas tiket parti keADILan rakyat(PKR) di sebabkan pada ketika pilihan raya berlangsung PSM masih belum mendapat kelulusan untuk parti ini bertanding di atas lambang gengaman tangan kiri. Tsunami perubahan rakyat pada pilihanraya ke 12 telah membawa kemenangan kepada calon PSM di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pada pilihnraya ke 12 lalu PSM telah meletakan 4 calon di parlimen da Dun iaitu Dr. Jeyakumar di parlimen Sungai Siput, Saudara Arul di Dun Semenyih, Dr Nasir Hasyim di Kota Damansara Saras di Dun Jelapang. Kesemuanya bertanding di atas tiket PKR kecuali Saras yang bertanding di atas tiket bebas.

Kesepakatan parti-parti pembangkang utama (PAS,PKR,DAP) untuk menentang Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk memberi 3 kerusi kepada PSM. Kegagalan di dalam rundingan untuk mendapatkan kerusi Jelapang telah membuat pertandingan 3 penjuru di situ yang akhirnya dimenangi oleh parti DAP. Walaupun begitu PSM tidak pernah menjadikan partinya sebagai sebuah parti pilihanraya tetapi tetap meneruskan aktiviti membela rakyat di kawasan itu.

Antara nama-nama besar yang telah di hukum rakyat di dalam pilihan raya umum ke 12 ialah Dato Seri Samy Velu yang tumpas kepada calon PSM iaitu YB Dr M. Jeyakumar di Parlimen Sg Siput. Akal tidak mungkin menerima bahawa Presiden Malaysian India Congres (MIC) ini akan di malukan begeitu rupa oleh penduduk di Sg Siput iaiti kawasan yang sinonim dengan beliau.

Mungkin kekuatan sebenar PSM tidak boleh di jadikan kayu pengukur dengan kemenangan PSM di sini. Ini adalah kerana Tsunami politik pada pilihanraya ke 12 tidak mengenal siapa calon tetapi yang mereka undi ialah parti yang menentang BN. Namun begitu kemenangan PSM di kerusi parlimen ini setidak-tidaknya akan memberi satu publisiti kepada PSM dalam arena politik tanahair.

Satu lagi kerusi yang di menangi oleh PSM ialah di DUN Kota Damansara Selangor oleh pengerusinya YB Dr Nasir Hashim. Ini menjadikan suara sosialis bukan sahaja bergema di Dewan Rakyat malah di Dewan Negeri juga. Rakyat Selangor bukan sahaja bertuah kerana berjaya menumbangkan BN malah mereka sepatutnya merasa amat bertuah kerana suara orang yang benar-benar bersama rakyat kini bergema di Dewan Undangan Selangor. Kini suara sosialis membela rakyat marhaen kedengaran lagi setelah sepinya perjuangan kiri di persada politik Malaysia sejak tahun 1964.

PSM dan Pakatan Rakyat.

PSM telah membuat keputusan untuk tidak turut serta di dalam gabungan parti-parti Pakatan Rakyat namun begitu PSM akan memberi kerjasama di dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan kepentingan rakyat tetapi akan menentang apa jua dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menindas rakyat. PSM juga sebenarnya tidak pernah di jemput oleh Pakatan Rakyat untuk bersama-sama mereka. Mungkin bagi Pakatan Rakyat PSM tidak begitu penting di dalam Pakatan Rakyat.

Sewaktu peristiwa rampasan kuasa kerajaan negeri Perak yang lalu ramai di kalangan pemimpin PSM yang hadir ke rumah MB tetapi tidak ada seorang pun yang di jemput untuk memberi ucapan pada malam itu, sedangkan di negeri Perak PSM mempunyai satu kerusi Parlimen di Sungai Siput.

PSM bukan parti pilihanraya.

Timbalan Pengerusi PSM saudari M Saraswati adalah calon Bebas bagi kerusi Jelapang iaitu kerusi bekas timbalan speker DUN Perak yang menjadi punca kelam kabut politik di Negeri Perak sekarang ini. Oleh kerana keenganan DAP untuk berunding di dalam percaturan satu lawan satu di kerusi tersebut maka PSM telah mengambil keputusan untuk meletakan calonnnya di kerusi tersebut. Oleh kerana PSM masih belum di beri pengesahan untuk bertanding di atas nama parti maka Saudari Saras telah bertanding mengunakan symbol kunci.

Keputusan untuk bertanding di kerusi jelapang walaupun terpaksa menghadapi 2 parti lain di lakukan kerana PSM telah banyak melakukan kerja-kerja membela hak rakyat di situ. Penduduk di situ terutama di Meru Tin lebih memahami siapakah yang sebenarnya membela hak-hak mereka tetapi oleh kerana PSM yang bertanding di atas tiket bebas dan lawannya ialah parti yang sudah sekian lama di kenali symbol roketnya maka PSM gagal untuk merampas kerusi itu walaupun rakyat di Jelapang yang majoritinya kaum cina lebih 70% menolak BN.

Namun begitu undi yang di perolehi oleh M.Sarasvati sebanyak 1,500 menunjukan undi yang di beri itu bukanlah undi protes kepada BN seperti yang di terima oleh parti-parti lain tetapi pemberi undi itu sememangnya mengenali dan mengetahui calon PSM di situ adalah seorang yang bekerja untuk rakyat tanpa mengira musim pilihanraya.

Pejabat PSM di Jelapang sentiasa di buka untuk rakyat bertemu dan mengadu hal-hal yang melibatkan kesusahan mereka walaupun calon PSM gagal untuk menjadi wakil rakyat di situ. PSM terus memberi sumbangan kepada rakyat tanpa mengira apa jua situasi yang di hadapi oleh kerajaan negeri Perak.

Jika pilihanraya kecil di adakan di kerusi Jelapang kerana melompatnya wakil rakyat dari DAP di kerusi itu,DAP seharusnya memberi peluang untuk PSM bertanding di kerusi tersebut. DAP jangan terlalu tamak dengan kerusi yang mereka sudah sekian ada. Namun, jika terpaksa bertanding 3 penjuru sekali pun aku yakin PSM akan di beri kepercayaan oleh rakyat Jelapang untuk mewakili mereka dan PSM tidak akan mengkhianati mereka seperti di lakukan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Perjuangan PSM yang berprinsip sepatutnya menjadi factor kepada pengundi untuk mereka memberi undi kepada calon PSM.

Masa depan PSM

Perjuangan parti kiri yang musnah dengan pergabungan PRM dengan keADILan dan menghasilkan Parti keADILan rakyat (PKR) telah di ambil alih oleh PSM. Sehingga kini seperti PAS yang satu-satunya parti politik yang meletakan Islam sebagai dasar perjuangannya PSM juga merupakan satu-satunya parti yang meletakkan Sosialime sebagai dasar perjuangan parti.

10 tahun yang telah berlalu adalah perjuangan penuh ranjau pejuang-pejuang sosialisme di Malaysia dan mereka di anugerahkan dengan 2 kerusi hasil perjuangan itu. PSM memerlukan 10 tahun lagi untuk berada di puncak persada politik tanahair.

Sekiranya PSM masih terus dengan prinsip perjuangan yang mereka pegang hari ini dan tidak terikut dengan hipokrasi parti-parti politik lain temasuk di dalam pakatan rakyat yang banyak berpolitik untuk mendapatkan undi tetapi setelah di beri undi sebahagian daripada mereka mulai merapatkan diri dengan taukeh-taukeh.

Pada PRU kali ini PSM masih meneruskan bertanding di kerusi tradisinya tapi amat malang sekali PKR dan PAS telah mengkhianati perjanjian dengan turut sama meletakan calon di kerusi Kota Damansara dan Semenyih walaupun PSM bertanding atas logo PKR.

walaupun di Kota Damansara Pas Pusat telah mengarahkan calonnya menarik diri mereka masih terus engkar dan sanggup bersekongkol dengan umno untuk mengalahkan calon Pakatn Rakyat Dr Nasir.

Ini Kalilah Kasi UBAH

ABU NAWAS....


CLICK SINI  UNTUK CERITA LANJUT

Surat Rahsia antara DAP dan Singapura Terbongkar,


Ini Kalilah Kasi UBAH..

Calon Anda Untuk DUN N03 Pinang Tunggal


"... Dalam peristiwa Isra' Mi'raj, Allah beri buroq kepada Rasulullah sebagai kenderaan untuk naik ke langit. Tapi dalam peristiwa Hijrah, Allah tidak berikan buroq sebagai kenderaan untuk Rasulullah bergerak ke Yathrib. Kenapa? Isra' Mi'raj adalah suatu perkara atau arahan yang khusus untuk Rasulullah s.a.w, yang mana ianya bukan untuk kita lakukan. Sebab itu, Allah berikan buroq sebagai kenderaan untuk Rasulullah dalam peristiwa tersebut. Tetapi, "Hijrah" adalah suatu perkara atau arahan yang kita juga perlu buat. Ianya berupakan sebuah perlambangan bahawa, untuk lebih maju ke hadapan, kita perlu berhijrah atau berubah dari satu keadaan atau tempat, ke satu keadaan atau tempat yang lebih baik. Sebab itu perjalanan hijrah Rasulullah mesti mengikut format kehidupan manusia. Ya'ni,Rasulullah dan Abu Bakr perlu merancang dan berjalan sendiri ke Yathrib..."

Petikan ucapan Ir. Ahmad Zakiyuddin ketika merasmikan program sambutan Maulidur Rasul peringkat KADUN Pinang Tunggal pada 24 Januari 2013. 


Siapakah Calon Anda? 

Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin merupakan seorang Jurutera yang berpengalaman luas dalam bidang pembinaan. Sungguhpun begitu, beliau masih tetap aktif dalam komuniti masyarakat sekeliling, dengan bergiat akti dalam pelbagai lapangan sosial masyarakat. Di bawah adalah sedikit sebanyak maklumat diri beliau yang wajar kita kongsi bersama, yang dinukilkan secara yang seringkas mungkin.



Pendidikan

Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah tinggi, beliau telah menyambung pelajarannya di Hastings College of Further Education, United Kingdom (1978-1979), sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda (dalam Kejuruteraan Awam) di University of Salford, United Kingdon (1979-1982). Kemudian,  beliau telah mengambil inisiatif dengan menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana Pengurusan Perniagaan secara sambilan di Universiti Utara Malaysia (1999).

Resume

1982 – 1992: Jurutera Awam dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia
- Rekabentuk jalan dan jambatan di Ibu Pejabat JKR Kedah
- Jurutera Bangunan di JKR Kuala Muda, Sik and Sungai Petani
- Jurutera projek pembinaan hospital di Jitra, Kedah

1993 – 1995: Pengurus Projek untuk Bertam Properties Sdn Bhd, Kepala Batas, Pulau Pinang - Berpengalaman menguruskan perancangan dan pembinaan dalam projek pemajuan perumahan, pusat bandar dan padang golf di Pembangunan Bandar Bertam, Kepala Batas.

1996 – 1997: Pengarah untuk HLA Associates Sdn Bhd, Setiawangsa, Kuala Lumpur
- Mengetahui pasukan rekabentuk kejuruteraan awam dan struktur di dalam perkhidmatan perundingan untuk pembinaan projek-projek pembangunan termasuk Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

1998 – sekarang: Pengarah Urusan untuk Ilham Jurutera Sdn Bhd
- mengetuai sebuah organisasi kejuruteraan di dalam memberi perkhidmatan perundingan kejuruteraan awam dan struktur.
- Terlibat dengan berbagai-bagai projek pembangunan seperti pembangunan perumahan, pembinaan jalan dan jambatan, bangunan-bangunan institusi, bekalan air, kejuruteraan sungai dan laut, pembentungan & rawatan sisa dan banyak lagi.

Keahlian Ikhtisas

Selain daripada pengalaman kerja di atas, beliau juga merupakan ahli kepada beberapa pertubuhan seperti Institut Jurutera Malaysia (MIEM), International Proessional Engineer (Int PE), APEC Engineer dan Jurutera Proesional (PE) Lembaga Jurutera Malaysia.


Pengalaman dalam persatuan

1. Pengerusi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang (2006 – sekarang)
2. Ahli Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (2010-2013)
3. Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2011 – sekarang)
4. Pengerusi Institut Jurutera Malaysia cawangan Kedah & Perlis (2006 – 2008)
5. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Politeknik Sultan Abdul Halim (2007 – 2008)
6. AJK Penyelidikan Institut Perubatan dan Pergigian termaju (IPPT) USM (2009 – sekarang)
7. Ahli Panel Penasihat Industri Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Perlis (2011 – 2012)
8. Ahli panel Industri Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Seberang Perai (2011 – 2013)

Maizatul

Team Media Abu Nawas

PENDAFTAR PERTUBUHAN SAHKAN DAP ADALAH BERASAL DARI PARTI KOMUNIS MALAYA


Benarkah UMNO mengatakan bahawa DAP adalah parti komunis. Untuk menjawab persolan ini apa yang patut anda tahu ialah sejarah penubuhan DAP itu sendiri.

DAP adalah sebuah parti yang di wujudkanpada tahun 1966 adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu.

Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai.

Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.

Dan apa yang perlu anda tahu bahawa Lim Kuan Yew adalah seorang yang paling anti komunis. (Sila baca MEMOIR Lim Kuan Yew). Jika kita membaca memoir Zaid Zahari kita akan dapati Lim Kuan Yew adalah seorang yang ditaktor dan akan menahan dan menghukum sesipa saja yang tidak sehaluan dengannya.

Kebanyakan tahanan akan di kaitkan dengan komunis untuk menjayakan hasratnya menahan mereka dengan akta ISA.

Oleh itu di mana faktanya mengatakan DAP ada sebuah parti komunis? Sudah tentu faktanya tiada kerana umno tidak pernah berhujah dengan fakta kerana umno itu sendiri adalah parti auta.

Ini Kalilah kasi UBAH


PAS KOTA DAMANSARA BEKERJASAMA DENGAN UMNO MENANGKAN CALON BN

Calon Pas yang juga di kenali sebagai Din Ayam pngerak utama kerajaan perpaduan Pas dan Umno di Selangor bersama calon tajaan tajaan umno dari Berjasa.
Kemelut pertindihan atau lawan sesama sendiri antara parti dalam Pakatan Rakyat sebenarnya masih belum selesai. walaupun pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah membuat keputusan kesemua kerusi tersebut namun di perinkat Pas negeri mereka terus engkar pada arahan tersebut.

Malah dalam satu kejadian yang terkini Pas telah menghantar samseng untuk membuat kacau di bilik gerakan Dr Nasir iaitu calon PKR di situ sehinggakan pihak polis terpaksa di panggil untuk mengelakan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

Ini adalah di sebabkan Calon Pas di Kota Damansara Selangor dan di Dun Sungai Acheh Pulau Pinang adalah dari kumpulan UG(Kerajaan Perpaduan Pas/Umno), walaupun Pas Pusat telah mengarahkan mereka menarik diri dari bertanding di kerusi tersebut namun sehingga kini mereka masih meneruskan kempen malah mempergiatkan lagi kempen.

Tindakan mereka melanggar arahan pimpinnan tertinggi parti ini telah mengesahkan lagi kerja jahat mereka selama ini untuk bekerjasama dengan umno setelah usaha yang mereka lakukan selepas PRU yang lalu untuk bersama sama umno telah gagal kerana Tok Guru Nik aziz yang juga mursyidul am Pas membantah sekeras kerasnya kerja jahat kumpulan ini.

Kini mereka giat berkempen di Sungai Acheh dan Kota damansara untuk membantu Umno menang di kerusi tersebut dengan cara menghasut ahli Pas agar terus memangkah Pas. Ini adalah bertujuan untuk memecah undi calon Pakatan Rakyat di sini iaitu Dr Nasir Hashim dan che'GuBard Samm agar Umno iaitu rakan sulit mereka menang di kerusi tersebut...

Menurut UstazWan Ji dalam blognya di bawah :-


Setelah mengambil maklumat dari kedua-dua pihak, didapati makluman yang mereka berikan adalah seperti berikut;

JAWAPAN PIMPINAN PAS SELANGOR

Sms saya kpd beberapa ahli dewan harian pimpinan PAS negeri selangor;

'apakah dlm pengetahuan pas negeri atau disengajakan pas negeri dengan hantar wakil pas di Dun Kota Damansara? Atau ini tindakan 'tangan2 hantu' yang diketahui?

Dibalas sms dari ahli dewan harian seperti berikut;

'ada 'tangan2 hantu'... Negeri dan setiausaha agung tak tahu menahu tentang pas bertanding di Kota Damansara....'

JAWAPAN PIMPINAN PAS KAWASAN SUBANG

"di Dun Kota Damansara, PAS kawasan subang dah putus kul 9 malam 19 april 2013 yg pas tak bertanding dan sokong calon PKR.. tiba2 Pemuda PAS Kawasan dan calon dia masuk bertanding kerana dapat watikah guna cable jugak...dah macam UMNO jugak kita ni.. kena ada cable.. akhirnya ayat wala la jadi mangsa"

Berikut pula kenyataan Media dari gabungan persatuan di Kota Damansara..


KENYATAAN MEDIA

TARIKH: 30HB.APRIL,2013.

HORMATI ASPIRASI RAKYAT , CALON PAS DIMINTA BERUNDUR

Kami dari Persatuan dan Organisasi Masyarakat yang bertandatangan di bawah ini menegaskan aspirasi majority rakyat Kota Damansara yang inginkan pertandingan terus diantara calon Pakatan Rakyat dan calon Barisan Nasional. Kami berterima kasih dengan keputusan kepimpinan PAS, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali yang menyerahkan kerusi Kota Damansara untuk terus ditandingi oleh calon PKR Dr.Mohd.Nasir bin Hashim dari PSM.

Beliau juga dalam kenyataanya mengatakan bahawa arahan telah dikeluarkan kepada calon PAS, Ustad Ridzuan untuk menarik diri dan jenteranya ditumpukan untuk menyokong dan memenangkan PKR di Kota Damansara.

Tetapi malangnya, sejak 27hb.April,2013 yang lalu jentera PAS Subang semakin agresif berkempen untuk calon PAS. Kenyataan YDP PAS Subang Hj Mesni pada 29hb.April,2013 bahawa PAS Subang akan terus berkempen untuk calon PAS amat mengecewakan. Mereka juga mengelirukan rakyat dipelbagai kawasan dengan menyatakan bahawa Dr.Nasir dan Sdr Sivarasa bukan calon Pakatan Rakyat yang sah, Kami dapati Calon PAS berkempen di semua kawasan sebaik sahaja Dr.Nasir Hashim selesai berkempen . Mereka mengedarkan risalah dan mengelirukan rakyat ,bahawa mereka lah calon PR yang sah .

Kami juga mengetahui bahawa pada 28hb.April, 2013 yang lalu dalam sebuah ceramah di Paya jaras  Dato’Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan sekali lagi bahawa Dr.Nasir Hashim adalah calon rasmi Pakatan Rakyat di N39 Kota Damansara .

Maka kami persatuan penduduk/organisasi Kota Damansara yang bertandatangan dibawah menegaskan bahawa ;

1.    KAMI MENYOKONG PENUH DR.MOHD.NASIR BIN HASHIM SEBAGAI CALON RASMI PAKATAN RAKYAT DI KOTA DAMANSARA.

2.    PAS SUBANG HARUS MENGHENTIKAN BERKEMPEN UNTUK CALON PAS UST RIDZUAN SELARAS DENGAN ARAHAN PAS PUSAT.

3.    PAS SUBANG HARUS KINI BERKERJASAMA SEBAGAI RAKAN IKHLAS PAKATAN RAKYAT MENUMBANGKAN BARISAN NASIONAL DI KOTA DAMANSARA

4.    UST RIDZUAN DAN PAS SUBANG JUGA HARUS DENGAN SEGERA MENGELAKKAN DIRI DARI TERUS MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI CALON RASMI PAKATAN RAKYAT .

5.    PAS SUBANG HARUS BERUNDUR SEGERA DARI BERKEMPEN UNTUK UST RIDZUAN.

DITANDATANGANI OLEH 

1. JAWATANKUASA KEBAJIKAN KAMPUNG BARU SUBANG 

2. WAKIL PENDUDUK U3, SUBANG 

3. JAWATANKUASA PASAR MALAM U3 

4. PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG MELAYU SUBANG TAMBAHAN

5. PERSATUAN SANDHO SELANGOR 

6. GERAKAN MENUNTUT PENIDIDIKAN PERCUMA (GMPP)

7. GERAKAN PEGUAM SUKARELAWAN DUN KOTA DAMANSARA

8. KUIL SRI MAHA MARIAMMAN , LADANG SUBANG 

9. JAWATANKUASA KEBAJIKAN KAMPUNG KG BARU SG BULOH 

10. MALAYSIAN INDIAN VOICE CAWANGAN SUBANG 

11. FRIENDS OF KOTA DAMANSARA 

12. PERSATUAN KEBAJIKAN ATHILINGESWARAR

13. KUMPULAN SOLIDARITI WANITA KD ( KELAS MENJAHIT)

Ikiti posting akan datang kisah konspirasi Kumpulan UG ini bersama calon BN Permatang Pauh untuk jatuhkan CheguBard di Dun Sungai Aceh

Risalah pecah undi terus di jalankan di Sg Acheh

KENALI CALON PAKATAN RAKYAT DUN SUNGAI ACHEH



Kenali Calon Pilihan Anda :

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'GuBard adalah seorang aktivis rakyat dan seorang pemimpin muda yang berpengalaman luas dan lantang dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat. Anak jati Negeri Sembilan ini mendapat pendidikan tinggi di Maktab perguruan.Beliau kemudiannya mengajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan.

Semangat perjuangan dalam diri beliau mula disuntik apabila beliau melihat sendiri bagaimana negara sedang dihancurkan oleh kelompok orang politik berkuasa yang tamak meragut harta negara. Atas dasar cinta akan negara, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjayanya sebagai guru lalu memilih untuk aktif bersama Parti Keadilan Nasional. Keputusan meninggalkan kerjaya guru juga dipengaruhi oleh tekanan yang dihadapi selepas polis datang dan menahan beliau ketika sedang mengajar atas kesalahan memberi ceramah tanpa permit yang diadakan dua minggu sebelum itu. Selain menyertai parti beliau juga aktif dalam aktivisme gerakan reformasi. Beliau terlibat dalam melahirkan beberapa laman web seperti black14.net dan banyak lagi. Pelibatan tidak terbatas termasuk menganjurkan demonstrasi, ceramah sehinggalah kepada aksi isu-isu pembelaan rakyat.

Pada tahun 2006, beliau telah terpilih antara 20 aktivis muda Asia untuk menyertai latihan hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Yayasan Memperingati Tragedi 18 Mei di Gwangju, Korea Selatan. Oleh kerana keaktifannya dalam bidang kemasyarakatan dan ketekunannya, beliau telah terpilih sebagai pelajar terbaik yang justeru melayakkan beliau untuk mendapat biasiswa penuh tajaan Kerajaan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana di Universiti Sungkonghae, Seoul, Korea Selatan.

Beliau sering mendapat undangan sebagai panel dalam banyak forum antara bangsa. Beliau juga merupakan setiausaha jawatankuasa penaja ASEAN Activist Forum yang dipengerusikan oleh NurKholis seorang aktivis muda Indonesia yang juga Timbalan Pengerusi Komisi Hak Asasi Indonesia.Selain politik, Beliau juga mahir dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Beliau adalah Pengurus Pemasaran dalam beberapa syarikat swasta semenjak tahun 2003. Badrul pernah terlibat dalam Gerakan Belia dan Kebudayaan Di peringkat kebangsaan dan Negeri.

Penglibatan Che'GuBard sebagai aktivis sosial berada di tahap kemuncak apabila beliau bersama-sama dengan beberapa orang teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Namun apabila GERAK mampu bergerak aktif Badrul meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Ko ordinator, agar memastikan GERAK benar bebas dari pengaruh politik

Beliau membawa manifesto yang bertemakan politik nilai , beliau berhasrat untuk menjadikan Sg.Acheh sebagai hub pertanian,membina jambatan yang selamat dan selesa dari Kg.Tanjung Berembang ke Pekan Nibong tebal yang dianggarkan bernila RM20 Juta, mengadakan pusat tuisyen dan pusat latihan vokasional secara percuma,Mengadakan Job fair dengan ratusan peluang pekerjaan sebagai langkah mengatasi masalah pengangguran,mengadakan program pemerkasaan untuk wanita tempatan,memastikan pembangunan infra ke arah sg.acheh membangun seiring pembangunan negeri, dan membina sebuah pusat khidmat bergerak ke seluruh DUN sebagai salah satu langkah untuk beliau memastikan seluruh masyarakat dibawah seliaan beliau hidup didalam keselesaan dan keharmonian. Beliau juga berhasrat untuk mewujukan IPT untuk masyarakat setempat, dan yang terakhir beliau berjanji untuk membangunkan dan merancakkan aktiviti kearah Sg. Acheh sebagai pusat pelancongan.

Pada pendapat saya, Che’GuBard adalah calon yang sangat berwawasan tinggi dan beliau mempunyai satu sifat yang jarang dimiliki oleh pemimpin lain, iaitu berjiwa rakyat, secara peribadinya, saya pernah bekerja dibawah pimpinan beliau dan apa yang dapat saya katakan, beliau sangat menjaga hati pengikut beliau disamping itu juga saya tidak nafikan pengorbanan beliau semasa BERSIH3.0, walaupun dipukul dan di layan seperti hamba oleh pihak yang tidak bertanggungjawab namun beliau tetap dengan pendirian dan tidak pernah merasa gentar untuk terus memperjuangkan keadilan dan hak asasi rakyat Malaysia. che'GuBard

Melati, 
Unit Media Abu Nawas Team...

PANAS DI PINANG TUNGGAL CALON BN SERANG RUMAH PENYELARAS DUN

Berikut adalah sms yang di terima oleh penyelaras DUN Pinang Tunggal Kepala Batas yang telah di hantar oleh calon BN Pinang Tunggal kepadanya.




 


Kain rentang yang menhalau Ustaz Hadi Keluar dari Pinang Tunggal
Laporan Polis atas serangan ke rumah Ustaz Hadi

Fitri

Unit Media Abu Nawas

TERKINI: RUSUHAN DI PULAU DI PULAU PINANG

Ketika ini di anggarkan hampi 50 ribu rakyat Pulau Pinang berkumpul di Padang Sekolah Han Chiang sambil melaungkan UBAH UBAH UBAH....

10.40 - Calon Berapit sedang berucap















































Blackend Is The End

Dyers Eve