Blackend Is The End

Selasa, 30 April 2013

Calon Anda Untuk DUN N03 Pinang Tunggal


"... Dalam peristiwa Isra' Mi'raj, Allah beri buroq kepada Rasulullah sebagai kenderaan untuk naik ke langit. Tapi dalam peristiwa Hijrah, Allah tidak berikan buroq sebagai kenderaan untuk Rasulullah bergerak ke Yathrib. Kenapa? Isra' Mi'raj adalah suatu perkara atau arahan yang khusus untuk Rasulullah s.a.w, yang mana ianya bukan untuk kita lakukan. Sebab itu, Allah berikan buroq sebagai kenderaan untuk Rasulullah dalam peristiwa tersebut. Tetapi, "Hijrah" adalah suatu perkara atau arahan yang kita juga perlu buat. Ianya berupakan sebuah perlambangan bahawa, untuk lebih maju ke hadapan, kita perlu berhijrah atau berubah dari satu keadaan atau tempat, ke satu keadaan atau tempat yang lebih baik. Sebab itu perjalanan hijrah Rasulullah mesti mengikut format kehidupan manusia. Ya'ni,Rasulullah dan Abu Bakr perlu merancang dan berjalan sendiri ke Yathrib..."

Petikan ucapan Ir. Ahmad Zakiyuddin ketika merasmikan program sambutan Maulidur Rasul peringkat KADUN Pinang Tunggal pada 24 Januari 2013. 


Siapakah Calon Anda? 

Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin merupakan seorang Jurutera yang berpengalaman luas dalam bidang pembinaan. Sungguhpun begitu, beliau masih tetap aktif dalam komuniti masyarakat sekeliling, dengan bergiat akti dalam pelbagai lapangan sosial masyarakat. Di bawah adalah sedikit sebanyak maklumat diri beliau yang wajar kita kongsi bersama, yang dinukilkan secara yang seringkas mungkin.



Pendidikan

Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah tinggi, beliau telah menyambung pelajarannya di Hastings College of Further Education, United Kingdom (1978-1979), sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda (dalam Kejuruteraan Awam) di University of Salford, United Kingdon (1979-1982). Kemudian,  beliau telah mengambil inisiatif dengan menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana Pengurusan Perniagaan secara sambilan di Universiti Utara Malaysia (1999).

Resume

1982 – 1992: Jurutera Awam dengan Jabatan Kerja Raya Malaysia
- Rekabentuk jalan dan jambatan di Ibu Pejabat JKR Kedah
- Jurutera Bangunan di JKR Kuala Muda, Sik and Sungai Petani
- Jurutera projek pembinaan hospital di Jitra, Kedah

1993 – 1995: Pengurus Projek untuk Bertam Properties Sdn Bhd, Kepala Batas, Pulau Pinang - Berpengalaman menguruskan perancangan dan pembinaan dalam projek pemajuan perumahan, pusat bandar dan padang golf di Pembangunan Bandar Bertam, Kepala Batas.

1996 – 1997: Pengarah untuk HLA Associates Sdn Bhd, Setiawangsa, Kuala Lumpur
- Mengetahui pasukan rekabentuk kejuruteraan awam dan struktur di dalam perkhidmatan perundingan untuk pembinaan projek-projek pembangunan termasuk Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan.

1998 – sekarang: Pengarah Urusan untuk Ilham Jurutera Sdn Bhd
- mengetuai sebuah organisasi kejuruteraan di dalam memberi perkhidmatan perundingan kejuruteraan awam dan struktur.
- Terlibat dengan berbagai-bagai projek pembangunan seperti pembangunan perumahan, pembinaan jalan dan jambatan, bangunan-bangunan institusi, bekalan air, kejuruteraan sungai dan laut, pembentungan & rawatan sisa dan banyak lagi.

Keahlian Ikhtisas

Selain daripada pengalaman kerja di atas, beliau juga merupakan ahli kepada beberapa pertubuhan seperti Institut Jurutera Malaysia (MIEM), International Proessional Engineer (Int PE), APEC Engineer dan Jurutera Proesional (PE) Lembaga Jurutera Malaysia.


Pengalaman dalam persatuan

1. Pengerusi Qaryah Masjid Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang (2006 – sekarang)
2. Ahli Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat Pulau Pinang (2010-2013)
3. Ahli Majlis Syura Kerajaan Negeri Pulau Pinang (2011 – sekarang)
4. Pengerusi Institut Jurutera Malaysia cawangan Kedah & Perlis (2006 – 2008)
5. Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Politeknik Sultan Abdul Halim (2007 – 2008)
6. AJK Penyelidikan Institut Perubatan dan Pergigian termaju (IPPT) USM (2009 – sekarang)
7. Ahli Panel Penasihat Industri Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar, Universiti Malaysia Perlis (2011 – 2012)
8. Ahli panel Industri Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Seberang Perai (2011 – 2013)

Maizatul

Team Media Abu Nawas

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve