Blackend Is The End

Selasa, 30 April 2013

CALON PSM TARIK DIRI BERI KEMENANGAN PERCUMA KEPADA CALON PRO UMNO DIN AYAM DI KOTA DAMANSARA

Arul Calon Semenyih, Dr Nasir Calon Kota damansara, saras Calon Jelapang dan Dr Kumar calon Sungai Siput
Perjuangan golongan kiri adalah bukan perkara baru bagi pentas politik Malaysia Perlu di ingatkan bahawa parti politik pertama yang di tubuhkan di Tanah Melayu ialah Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu sebelum wujudnya parti2 politik yang pro rakyat dan yang pro penjajah seperti UMNO dan MCA. Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diketuai oleh Ibrahim Hj Yaakop telah ditubuhkan 1937 kemudiannya melahirkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) adalah parti kebangsaan berhaluan kiri yang wujud 9 tahun sebelum kelahiran parti pro penjajah UMNO.

Ini menunjukan bahawa golongan kiri adalah pencetus kepada gerakan rakyat dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Perasaan iri hati dan tidak senang dengan gerakan golongan kiri ini membuat anak didik British UMNO, menjalankan propaganda halusnya kepada orang2 melayu bahawa parti2 berhaluan kiri ini adalah anti Islam dan anti Melayu. PKM yang awal2 lagi telah di haramkan oleh pihak British telah meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan mengangkat senjata di hutan.

Walaupun ramai di kalangan pemimpin parti kiri di tahan dan parti2 seperti PKMM telah di haramkan oleh pihak British atas nasihat daripada UMNO namun pada tahun 1955 Ahmad Boestaman telah berjaya meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat dengan menubuhkan Parti Rakyat yang kemudiannya bergabung dengan Parti Buruh dan membentuk Malayan People Socialist Front pada tahun 1957.

CLICK DI SINI UNTUK BLOG CALON PENANTI

Socialis Front merupakan parti pembangkang yang utama sebelum Parti Islam Semalaysia(PAS) dan Parti Tindakan Demokratik(DAP) sehinggalah tahun 1967. Pada 1972 di bawah kepimpinan Kassim Ahmad Parti Rakyat telah menukar nama partinya kepada idiologi yang makin jelas iaitu Parti Sosialis Rakyat Malaysia(PSRM).

Walaupun begitu kebangkitan parti2 seperti PAS dan DAP telah menyepikan PSRM yang mewakili golongan marhaen di persada politik tanahair yang kemudiannya pada tahun 1990 di bawah kepimpinan Dr Syed Husin Ali PSRM telah mengugurkan perkataan “sosialis: daripada parti itu dengan menjadikan Parti Rakyat Malaysia(PRM). Ini telah menyebabkan beberapa orang seperti YB. Dr. Nasir iaitu pengerusi PSM sekarang telah menarik diri dari PRM dan membawa haluan sendiri.

Sosialis bersama Marhaenisme

Penarikan diri YB. Dr. Nasir daripada PRM bukan bererti berakhirnya perjuangan beliau di dalam membela golongan tertindas dan menentang kerakusan golongan pemodal di Malaysia ini. Beliau bersama beberapa rakan telah menubuhkan SWP sebagai sebuah tapak untuk menubuhkan satu parti politik sosialis pada masa hadapan. SWP telah bersama golongan setingan dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Istilah sentingan akhirnya telah di tukar kepada peneroka Bandar sehingga pada hari ini.

Pada masa yang sama sebuah NGO yang telah lama bergerak yang terdiri daripada bekas-bekas pelajar Universiti Malaya(UM) telah menubuhkan sebuah kumpulan yang di beri nama Alaigal. Antara yang terlibat di dalam Alaigal ini ialah YB Dr. Jayakumar iaitu Ahli Parlimen Sungai Siput sekarang ini. Mereka bergerak dengan memberi kesedaran kepada golongan tertindas terutamanya masyarakat ladang.

Sebuah lagi kumpulan yang terdiri dari pelajar-pelajar UKM telah menubuhkan Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) telah menjadi sebuah kumpulan yang perihatin terhadap isu-isu marhaen. Antara yang terlibat dengan CDC ialah saudara Arul iaitu setiausaha Agung PSM sekarang ini.

Ketiga-tiga kumpulan ini akhirnya telah bersatu dan bertekad untuk menubuhkan sebuah parti politik yang berhaluan kiri di atas nama sosialisme. Ini adalah kerana penyelesaian masalah rakyat hanyaklah boleh di buat melalui kaedah politik.

Kegagalan parti-parti politik pembangkang seperti DAP dan PAS dalam penyelesaian isu rakyat juga adalah sebab sebuah parti politik yang benar-benar bersama didalam kesusahan rakyat perlu di wujudkan. Maka secara ringkasnya ilham untuk menubuhkan sebuah parti sosialis telah di realisasikan pada sehari sebelum hari buruh tahun 1998 dengan nama Parti Sosialis Malaysia ringkasnya PSM.

Satu dekad menunggu kelulusan pendaftaran PSM

Tidak seperti UMNO yang pernah di haramkan pada satu ketika iaitu semasa pergolakan antara Team Mahathir dan team Tengku Razaligh. Pejabat pendaftaran ROS hanya mengambil masa beberapa jam untuk meluluskan penubuhan sebuah parti yang beridiologikan pekauman. Proses memberi kelulusan untuk PSM bergerak secara sah mengambil masa selama 10 tahun. Dari tahun 1998 sehinggalah tahun 2008. Ini bukan saja memakan masa selama sedekad malah ianya juga melangkau kepada pertukaran kurun. Daftar kurun ke 20 lulus pula kurun ke 21.

Kegagalan PSM mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP) tidak pernah mengajar erti putus asa kepada aktivis parti ini. Telah tercipta sejarah apabila PSM telah membawa Menteri Dalam Negeri ke makamah kerana keenganan beliau untuk membenarkan kelulusan PSM.

Setelah bebagai usaha di lakukan dengan mendapat sokongan dari beberapa NGO dalam membuat tuntutan agar PSM di beri kelulusan untuk bergerak sebagai parti politik yang sah maka pada 4 jun 2008 Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Abdul Hamid bin Albar telah memberi lampu hijau dalam satu emailnya kepada PSM.

Pihak KDN telah meminta beberapa pindaan di dalam pelembagaan PSM dan akhirnya pada 19-8-08 sahlah PSM sebagai sebuah parti politik beridiologikan sosialisme tertegak di bumi Malaysia ini. Susur jalur perjuangan rakyat marhaen yang bermula di Tanah Melayu bermula dengan Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah di sambung perjuangannya pada era milinium ini oleh PSM dengan idiologi sosialisnya yang jelas.

Suara sosialis bergema di Parlimen dan DUN.

Setelah gagal di dalam pilihanraya ke 10 dan ke 11 di atas nama parti DAP, PSM telah memasuki pilihan raya ke 12 di atas tiket parti keADILan rakyat(PKR) di sebabkan pada ketika pilihan raya berlangsung PSM masih belum mendapat kelulusan untuk parti ini bertanding di atas lambang gengaman tangan kiri. Tsunami perubahan rakyat pada pilihanraya ke 12 telah membawa kemenangan kepada calon PSM di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Pada pilihnraya ke 12 lalu PSM telah meletakan 4 calon di parlimen da Dun iaitu Dr. Jeyakumar di parlimen Sungai Siput, Saudara Arul di Dun Semenyih, Dr Nasir Hasyim di Kota Damansara Saras di Dun Jelapang. Kesemuanya bertanding di atas tiket PKR kecuali Saras yang bertanding di atas tiket bebas.

Kesepakatan parti-parti pembangkang utama (PAS,PKR,DAP) untuk menentang Barisan Nasional (BN) telah bersetuju untuk memberi 3 kerusi kepada PSM. Kegagalan di dalam rundingan untuk mendapatkan kerusi Jelapang telah membuat pertandingan 3 penjuru di situ yang akhirnya dimenangi oleh parti DAP. Walaupun begitu PSM tidak pernah menjadikan partinya sebagai sebuah parti pilihanraya tetapi tetap meneruskan aktiviti membela rakyat di kawasan itu.

Antara nama-nama besar yang telah di hukum rakyat di dalam pilihan raya umum ke 12 ialah Dato Seri Samy Velu yang tumpas kepada calon PSM iaitu YB Dr M. Jeyakumar di Parlimen Sg Siput. Akal tidak mungkin menerima bahawa Presiden Malaysian India Congres (MIC) ini akan di malukan begeitu rupa oleh penduduk di Sg Siput iaiti kawasan yang sinonim dengan beliau.

Mungkin kekuatan sebenar PSM tidak boleh di jadikan kayu pengukur dengan kemenangan PSM di sini. Ini adalah kerana Tsunami politik pada pilihanraya ke 12 tidak mengenal siapa calon tetapi yang mereka undi ialah parti yang menentang BN. Namun begitu kemenangan PSM di kerusi parlimen ini setidak-tidaknya akan memberi satu publisiti kepada PSM dalam arena politik tanahair.

Satu lagi kerusi yang di menangi oleh PSM ialah di DUN Kota Damansara Selangor oleh pengerusinya YB Dr Nasir Hashim. Ini menjadikan suara sosialis bukan sahaja bergema di Dewan Rakyat malah di Dewan Negeri juga. Rakyat Selangor bukan sahaja bertuah kerana berjaya menumbangkan BN malah mereka sepatutnya merasa amat bertuah kerana suara orang yang benar-benar bersama rakyat kini bergema di Dewan Undangan Selangor. Kini suara sosialis membela rakyat marhaen kedengaran lagi setelah sepinya perjuangan kiri di persada politik Malaysia sejak tahun 1964.

PSM dan Pakatan Rakyat.

PSM telah membuat keputusan untuk tidak turut serta di dalam gabungan parti-parti Pakatan Rakyat namun begitu PSM akan memberi kerjasama di dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan kepentingan rakyat tetapi akan menentang apa jua dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat yang menindas rakyat. PSM juga sebenarnya tidak pernah di jemput oleh Pakatan Rakyat untuk bersama-sama mereka. Mungkin bagi Pakatan Rakyat PSM tidak begitu penting di dalam Pakatan Rakyat.

Sewaktu peristiwa rampasan kuasa kerajaan negeri Perak yang lalu ramai di kalangan pemimpin PSM yang hadir ke rumah MB tetapi tidak ada seorang pun yang di jemput untuk memberi ucapan pada malam itu, sedangkan di negeri Perak PSM mempunyai satu kerusi Parlimen di Sungai Siput.

PSM bukan parti pilihanraya.

Timbalan Pengerusi PSM saudari M Saraswati adalah calon Bebas bagi kerusi Jelapang iaitu kerusi bekas timbalan speker DUN Perak yang menjadi punca kelam kabut politik di Negeri Perak sekarang ini. Oleh kerana keenganan DAP untuk berunding di dalam percaturan satu lawan satu di kerusi tersebut maka PSM telah mengambil keputusan untuk meletakan calonnnya di kerusi tersebut. Oleh kerana PSM masih belum di beri pengesahan untuk bertanding di atas nama parti maka Saudari Saras telah bertanding mengunakan symbol kunci.

Keputusan untuk bertanding di kerusi jelapang walaupun terpaksa menghadapi 2 parti lain di lakukan kerana PSM telah banyak melakukan kerja-kerja membela hak rakyat di situ. Penduduk di situ terutama di Meru Tin lebih memahami siapakah yang sebenarnya membela hak-hak mereka tetapi oleh kerana PSM yang bertanding di atas tiket bebas dan lawannya ialah parti yang sudah sekian lama di kenali symbol roketnya maka PSM gagal untuk merampas kerusi itu walaupun rakyat di Jelapang yang majoritinya kaum cina lebih 70% menolak BN.

Namun begitu undi yang di perolehi oleh M.Sarasvati sebanyak 1,500 menunjukan undi yang di beri itu bukanlah undi protes kepada BN seperti yang di terima oleh parti-parti lain tetapi pemberi undi itu sememangnya mengenali dan mengetahui calon PSM di situ adalah seorang yang bekerja untuk rakyat tanpa mengira musim pilihanraya.

Pejabat PSM di Jelapang sentiasa di buka untuk rakyat bertemu dan mengadu hal-hal yang melibatkan kesusahan mereka walaupun calon PSM gagal untuk menjadi wakil rakyat di situ. PSM terus memberi sumbangan kepada rakyat tanpa mengira apa jua situasi yang di hadapi oleh kerajaan negeri Perak.

Jika pilihanraya kecil di adakan di kerusi Jelapang kerana melompatnya wakil rakyat dari DAP di kerusi itu,DAP seharusnya memberi peluang untuk PSM bertanding di kerusi tersebut. DAP jangan terlalu tamak dengan kerusi yang mereka sudah sekian ada. Namun, jika terpaksa bertanding 3 penjuru sekali pun aku yakin PSM akan di beri kepercayaan oleh rakyat Jelapang untuk mewakili mereka dan PSM tidak akan mengkhianati mereka seperti di lakukan oleh wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Perjuangan PSM yang berprinsip sepatutnya menjadi factor kepada pengundi untuk mereka memberi undi kepada calon PSM.

Masa depan PSM

Perjuangan parti kiri yang musnah dengan pergabungan PRM dengan keADILan dan menghasilkan Parti keADILan rakyat (PKR) telah di ambil alih oleh PSM. Sehingga kini seperti PAS yang satu-satunya parti politik yang meletakan Islam sebagai dasar perjuangannya PSM juga merupakan satu-satunya parti yang meletakkan Sosialime sebagai dasar perjuangan parti.

10 tahun yang telah berlalu adalah perjuangan penuh ranjau pejuang-pejuang sosialisme di Malaysia dan mereka di anugerahkan dengan 2 kerusi hasil perjuangan itu. PSM memerlukan 10 tahun lagi untuk berada di puncak persada politik tanahair.

Sekiranya PSM masih terus dengan prinsip perjuangan yang mereka pegang hari ini dan tidak terikut dengan hipokrasi parti-parti politik lain temasuk di dalam pakatan rakyat yang banyak berpolitik untuk mendapatkan undi tetapi setelah di beri undi sebahagian daripada mereka mulai merapatkan diri dengan taukeh-taukeh.

Pada PRU kali ini PSM masih meneruskan bertanding di kerusi tradisinya tapi amat malang sekali PKR dan PAS telah mengkhianati perjanjian dengan turut sama meletakan calon di kerusi Kota Damansara dan Semenyih walaupun PSM bertanding atas logo PKR.

walaupun di Kota Damansara Pas Pusat telah mengarahkan calonnya menarik diri mereka masih terus engkar dan sanggup bersekongkol dengan umno untuk mengalahkan calon Pakatn Rakyat Dr Nasir.

Ini Kalilah Kasi UBAH

ABU NAWAS....


CLICK SINI  UNTUK CERITA LANJUT

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve