PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

IKLAN 3

IKLAN 3
Kembara Seniman Jalanan Jelajah Bumi Siam Bersama Pyanhabib

Ahad, 28 April 2013

KENALI CALON DUN BERTAM KEPALA BATAS PULAU PINANG

SYED MIKAEL RIZAL AIDIL 

"Ke arah Bertam Madani... berilmu, bersih & berkat..."

Sebuah gagasan ke arah membentuk masyarakat di Bertam khususnya, yang bertamadun (madani) berlandaskan prinsip-prinsip al-Quran sebagaimana yang termaktub dalam surah at Taubah ayat 71... 

Surah at Taubah : 71 
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh untuk berbuat baik, mencegah daripada kejahatan, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberikan rahmat oleh Allah. Sungguh Allah itu maha Perkasa lagi maha Bijaksana.”

Untuk menerangkan gagasan yang ingin dibawakan oleh Calon DUN Bertam ini, mari kita kaji ‘model masyarakat’ yang dimaksudkan dalam ayat al Quran di atas: 

1. “… Lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain… “ 

Beliau ingin membawakan kepada penduduk Bertam suatu sistem supaya masyarakat Bertam mempunyai peranan yang dominan dalam hala tuju kemajuan setempat. Bagi yang pernah mengikuti siri-siri pertemuan beliau dengan masyarakat setempat, tentu maklum dengan cara beliau yang memulakan setiap pertemuan dengan memberi peluang kepada masyarakat untuk mengemukakan soalan terlebih dahulu. Jadi maksud “sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain” adalah bahawa masyarakat diberikan ruang yang sebaik mungkin untuk menyoal pemimpin atas sebarang isu kepimpinan atau pentadbiran yang masyarakat rasakan wajar dijawab. 

2. “… menyuruh untuk berbuat baik…” 

Beliau ingin mengasaskan sebuah masyarakat setempat yang saling berpesan-pesan dengan kebaikan, tapi dalam masa yang sama, ianya mesti dalam suasana yang harmoni. Selain itu, beliau juga akan mengimarahkan konsep usrah dalam pelbagai peringkat masyarakat dan di samping itu juga, beliau akan mencuba untuk mendapatkan peruntukan yang lebih bagi membantu aktiviti dakwah setempat. 

3. “… mencegah daripada kejahatan…” 

Beliau ingin membentuk semua masyarakat yang selamat dan hidup harmoni, dengan pelbagai program ke arah menurunkan kadar jenayah, samada di peringkat domestik (keluarga) mahupun di peringkat masyarakat keseluruhannya. Gagasan ini bermatlamat untuk mengurangkan kes penderaan, pencabulan, penganiayaan dan lain-lain perbuatan ‘munkar’ di sekeliling masyarakat. 

4. “… mendirikan solat…” 

Solat adalah asas penting dalam Islam. Dengan menjaga solat juga, masyarakat yang perkasa fizikal dan mentalnya akan dapat dilahirkan. Solat berjemaah pula dapat mengeratkan tali hubungan antara masyarakat. Oleh itu, beliau berhasrat untuk mengembangkan syiar solat, mendirikan lebih banyak lagi masjid dan surau, memperbaiki sistem perlantikan imam dan banyak lagi. 

5. “… Menunaikan zakat…” 

Beliau berazam untuk memperbaiki sistem pungutan dan juga agihan zakat supaya dapat melahirkan masyarakat yang tidak egois, pemurah dan tidak materialistik. Dengan itu, akan terbentuk sebuah masyarakat yang mempunyai ‘kepedulian sosial’. Setiap ahli masyarakat wajar untuk mengetahui sekiranya ada ahli masyarakatnya yang sedang kelaparan dan sangat memerlukan bantuan. Pemimpin, di samping mengambil contoh teladan dari Saidina Umar al Khattab yang meninjau sendiri susah payah rakyatnya, juga memerlukan kerjasama dari masyarakat agar dapat memaklumkan tentang keberadaan golongan yang memerlukan bantuan ini agar bantuan dapat diperluaskan. 

6. “… Mentaati Allah dan Rasul-Nya…”

Beliau ingin membentuk suatu masyarakat yang mentaati setiap suruhan dan larangan Allah dan Pesuruhnya, dan mengambil al Quran dan Sunnah sebagai ‘perlembagaan’ dan segala masalah yang timbul diputuskan dengan menimbang nas-nas yang terdapat di dalam al Quran dan as Sunnah, sebelum melihat pada penyelesaiannya menerusi Qiyas, Ijma’, Istihsan dan seterusnya. 

7. “… Mereka akan diberikan rahmat oleh Allah…” 

Dengan melaksanakan keenam-enam perkara di atas, diharapkan agar Allah memberikan rahmat-Nya kepada masyarakat Bertam khususnya dan rakyat Malaysia amnya.