PENYOKONG

RAONG (RADIO ORANG PENANG)

PELAWAT DARI SELURUH DUNIA

free counters

JUMLAH PELAWAT BLOG INI

IKLAN - 1

Isnin, 29 April 2013

KENALI CALON PKR DUN PENANTI PERMATANG PAUH


Dr.norlela ariffin atau nama penuhnya Norlela Binti Hj. Ariffin calon anda untuk DUN Penanti merupakan anak kelahiran Kubang Semang, dan membesar di Bukit Mertajam.

Beliau mendapat pendidikan tinggi di University Of Sussex, Brighton, England dalam bidang doktor falsafah ( PhD) - “The Internationalization Of Innovative Capability: Malaysian Electronics.” Beliau telah mengukir nama didalam sektor kerajaan dan swasta selama 11 tahun dan berada didalam bidang pendidikan selama 8 tahun. Kemahiran beliau dalam bidang pendidikan telah diiktiraf sehingga keluar negara apabila beliau dilantik sebagai pensyarah di University of North Texas, Texas ,USA.

Beliau telah mewarisi semangat dan sifat kepimpinan ayahnya bekas ahli parlimen Permatang Pauh (1978-1982). Seiring dengan arus pembangunan yang semakin pesat, beliau membawa manifesto membantu peniaga dengan pinjaman tanpa faedah, Kemudahan micro-credit, bantuan untuk masyarakat yang berpendapatan RM750 kebawah, Permit pusat asuhan kepada suri rumah yang berkelayakan dan pengurusan sampah yang lebih baik termasuk e-waste. Akhir kata, pada pendapat saya beliau seorang yang sangat berpandangan jauh.

Jika dahulu, Dr Mahathir pernah digelar sebagai “bapa pembangunan”, saya berpendapat tidak mustahil untuk Dr.Norlela Menandingi pemikiran Dr.Mahathir malah saya yakin beliau mampu membangunkan Malaysia dan DUN jagaan beliau (DUN Penanti) menjadi lebih maju dan pesat tanpa rasuah dan penyelewengan wang