To Live Is to Die

free counters

Selasa, 30 April 2013

KENALI CALON PAKATAN RAKYAT DUN SUNGAI ACHEH



Kenali Calon Pilihan Anda :

Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'GuBard adalah seorang aktivis rakyat dan seorang pemimpin muda yang berpengalaman luas dan lantang dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat. Anak jati Negeri Sembilan ini mendapat pendidikan tinggi di Maktab perguruan.Beliau kemudiannya mengajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan.

Semangat perjuangan dalam diri beliau mula disuntik apabila beliau melihat sendiri bagaimana negara sedang dihancurkan oleh kelompok orang politik berkuasa yang tamak meragut harta negara. Atas dasar cinta akan negara, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kerjayanya sebagai guru lalu memilih untuk aktif bersama Parti Keadilan Nasional. Keputusan meninggalkan kerjaya guru juga dipengaruhi oleh tekanan yang dihadapi selepas polis datang dan menahan beliau ketika sedang mengajar atas kesalahan memberi ceramah tanpa permit yang diadakan dua minggu sebelum itu. Selain menyertai parti beliau juga aktif dalam aktivisme gerakan reformasi. Beliau terlibat dalam melahirkan beberapa laman web seperti black14.net dan banyak lagi. Pelibatan tidak terbatas termasuk menganjurkan demonstrasi, ceramah sehinggalah kepada aksi isu-isu pembelaan rakyat.

Pada tahun 2006, beliau telah terpilih antara 20 aktivis muda Asia untuk menyertai latihan hak asasi manusia yang dianjurkan oleh Yayasan Memperingati Tragedi 18 Mei di Gwangju, Korea Selatan. Oleh kerana keaktifannya dalam bidang kemasyarakatan dan ketekunannya, beliau telah terpilih sebagai pelajar terbaik yang justeru melayakkan beliau untuk mendapat biasiswa penuh tajaan Kerajaan Korea Selatan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana di Universiti Sungkonghae, Seoul, Korea Selatan.

Beliau sering mendapat undangan sebagai panel dalam banyak forum antara bangsa. Beliau juga merupakan setiausaha jawatankuasa penaja ASEAN Activist Forum yang dipengerusikan oleh NurKholis seorang aktivis muda Indonesia yang juga Timbalan Pengerusi Komisi Hak Asasi Indonesia.Selain politik, Beliau juga mahir dalam bidang pemasaran dan perhubungan awam. Beliau adalah Pengurus Pemasaran dalam beberapa syarikat swasta semenjak tahun 2003. Badrul pernah terlibat dalam Gerakan Belia dan Kebudayaan Di peringkat kebangsaan dan Negeri.

Penglibatan Che'GuBard sebagai aktivis sosial berada di tahap kemuncak apabila beliau bersama-sama dengan beberapa orang teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti- Korupsi (GERAK) yang dipimpin oleh Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri. Namun apabila GERAK mampu bergerak aktif Badrul meletakkan jawatan sebagai Eksekutif Ko ordinator, agar memastikan GERAK benar bebas dari pengaruh politik

Beliau membawa manifesto yang bertemakan politik nilai , beliau berhasrat untuk menjadikan Sg.Acheh sebagai hub pertanian,membina jambatan yang selamat dan selesa dari Kg.Tanjung Berembang ke Pekan Nibong tebal yang dianggarkan bernila RM20 Juta, mengadakan pusat tuisyen dan pusat latihan vokasional secara percuma,Mengadakan Job fair dengan ratusan peluang pekerjaan sebagai langkah mengatasi masalah pengangguran,mengadakan program pemerkasaan untuk wanita tempatan,memastikan pembangunan infra ke arah sg.acheh membangun seiring pembangunan negeri, dan membina sebuah pusat khidmat bergerak ke seluruh DUN sebagai salah satu langkah untuk beliau memastikan seluruh masyarakat dibawah seliaan beliau hidup didalam keselesaan dan keharmonian. Beliau juga berhasrat untuk mewujukan IPT untuk masyarakat setempat, dan yang terakhir beliau berjanji untuk membangunkan dan merancakkan aktiviti kearah Sg. Acheh sebagai pusat pelancongan.

Pada pendapat saya, Che’GuBard adalah calon yang sangat berwawasan tinggi dan beliau mempunyai satu sifat yang jarang dimiliki oleh pemimpin lain, iaitu berjiwa rakyat, secara peribadinya, saya pernah bekerja dibawah pimpinan beliau dan apa yang dapat saya katakan, beliau sangat menjaga hati pengikut beliau disamping itu juga saya tidak nafikan pengorbanan beliau semasa BERSIH3.0, walaupun dipukul dan di layan seperti hamba oleh pihak yang tidak bertanggungjawab namun beliau tetap dengan pendirian dan tidak pernah merasa gentar untuk terus memperjuangkan keadilan dan hak asasi rakyat Malaysia. che'GuBard

Melati, 
Unit Media Abu Nawas Team...

Blackend Is The End

Dyers Eve