Blackend Is The End

Isnin, 29 April 2013

PENDEDAHAN SKANDAL CALON PKR SEBERANG JAYA



Calon PKR bagi DUN N10 SEBERANG JAYA

Dr. Afif Bahardin, MBBS (UiTM)

“... Saya percaya bahawa politik nilai dan dasar adalah kata kunci untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. Pengalaman saya sebagai doktor sangat berguna kerana kami dilatih untuk bertanggungjawab atas amanah kami, bekerja dengan penuh etika dan paling penting berlaku jujur dalam tugasan kami kerana kami berurusan dengan soal hidup dan mati pesakit...”



Biodata

Dr. Afif merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, seorang doktor muda berusia 28 tahun, memperolehi MBBS (Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan) daripada UiTM pada 2009. Beliau kini mempunyai seorang anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan Dr. Mardhiah Bt. Zakaria.

Resume

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Pulau Pinang pada 2009 dan selanjutnya dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, pembedahan kepala dan leher, Hospital Sungai Buloh sejak 2011 sebelum meletakkan jawatan apabila dicalonkan untuk DUN Seberang Jaya.

Suatu fakta menarik yang wajar dikongsi bersama, beliau pernah mewakili negara di World Civic Youth Forum di Korea Selatan pada 2009 untuk membentangkan kertas kerja, mewakili Malaysia.

Politik

Perjalanan politik doktor muda ini bermula sejak masih dalam pengajian lagi, ketika masih menuntut di UiTM. Sejurus tamat pengajian dan memperolehi ijazah Sarjana Muda (Perubatan dan pembedahan) pada sekitar 2009, beliau terus menyertai Parti Keadilan Rakyat. Beliau sangat berdedikasi dalam tugasnya, menyebabkan beliau cepat naik dalam hierarchy kepimpinan PKR di Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai Ketua Biro Profesional AMK Pulau Pinang pada 2009, sebelum dilantik sebagai Setiausaha AMK Pulau Pinang pada 2010 dan selanjutnya menjadi Naib Ketua AMK bagi seluruh Pulau Pinang mulai 2011 hingga ke hari ini.

Aktiviti-Aktiviti Lain

Beliau dikenali ramai kerana beberapa aktiviti kemasyarakan yang pernah disertainya, termasuk ketika menyertai Global Peace Mission, Biro Kesihatan ABIM, Medical Relief Agency dan di samping itu, beliau pernah bersama beberapa orang rakan baik beliau, menubuhkan sebuah NGO yang dikenali sebagai SKUAD PRIHATIN.

Di samping aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan dengan bidang perubatan, beliau juga mempunyai kecenderungan dalam bidang sastera apabila menjadi salah seorang daripada pengasas Akademik Pak Sako. Selain dari itu, beliau juga merupakan salah seorang daripada graduan Asian Renaissance 40 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar dan terlibat secara langsung dengan modul sekolah politik, melatih ahli-ahli politik muda.



Kualiti-Kualiti Sebagai Calon Dewan Undangan Negeri

Beliau mempunyai sikap seperti berdedikasi bila digalaskan amanah, berikiran terbuka, karismatik bila bertugas dan oleh kerana keterlibatan dalam gerakan Islam seperti ABIM, beliau terdedah dengan suasana tadbiran yang Islamik. Beliau juga seorang anak muda yang amat merendah diri bila berhadapan dengan masyarakat, tetapi seorang doktor yang cekal dan tabah bila berhadapan dengan tugas yang berat.

Cadangan Untuk Kawasan Seberang Jaya

Beliau berikrar untuk bekerjasama dengan baik dengan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan tahap kebersihan serta memperindahkan lagi bandar Seberang Jaya untuk menjadikan Seberang Jaya sebuah bandar yang mesra alam untuk didiami, sekaligus menarik lebih penempatan di situ bagi menjana kekuatan ekonomi dalam pelbagai industri.

Beliau juga mempunyai beberapa idea untuk menaiktarafkan beberapa kemudahan awam di Seberang Jaya seperti Pasar, Medan Selera, perpustakaan, taman-taman rekreasi dan banyak lagi. Di samping itu, beliau juga berazam untuk memperbaiki sistem perumahan di Seberang Jaya, sesuai dengan matlamat menambahkan lagi penempatan komuniti di Seberang Jaya.

Cadangan-cadangan di Peringkat DUN/Parlimen

Beliau berazam untuk membawakan gagasannya ke Parlimen, bagi menjadikan Seberang Jaya sebagai sebuah ‘Bandar Pendidikan’ dengan mendirikan sebuah universiti awam, selain berusaha untuk menjadikan Seberang Jaya sebagai sebuah ‘Hub Kesihatan’ dengan menyediakan prasarana kesihatan yang bertaraf profesional bagi zon utara. Beliau juga ingin menjadikan Seberang Jaya sebagai sebuah pusat perlancongan alternatif di zon utara. Selanjutnya, bersesuaian dengan harapan beliau untuk menjadikan Sebarang Jaya sebagai tempay yang kondusif untuk didiami, beliau turut berazam untuk membawa ke Parlimen, usul untuk membangunkan sebuah perumahan yang berkonsepkan ‘Perumahan Lestari’.

Dari sudut kesihatan pula, beliau akan membawakan usul kepada parlimen, untuk mendapatkan biaya yang secukupnya untuk menaiktaraf infrastruktur dan perkhidmatan di Hospital Seberang Jaya bagi merealisasikan impian untuk menjadikan Seberang Jaya sebagai sebuah “Hub Kesihatan” yang terbaik di zon utara.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve