To Live Is to Die

free counters

Ahad, 28 April 2013

SYED MIKAEL RIZAL AIDID CALON PAKATAN RAKYAT DUN BERTAM


 Syed Mikael Rizal Aidid adalah calon bagi DUN Bertam (N02) mendapat pendidikan tinggi di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Diploma Seni Bina , beliau pernah mendapat beberapa Anugerah antaranya ialah Anugerah pelajar terbaik dan Anugerah reka cipta terbaik mewakili Sarawak pada tahun 1997.

Beliau mampunyai pengalaman bekerja dalam bidang kemasyarakatan selama 6 Tahun,dan diberi kepercayaan untuk mengendalikan beberapa wacana dan program. Antaranya ialah program "wacana tokoh ulung pemikir Islam , sheikh Tariq Ramadan", "program Ummah Pulau Pinang (BANGKIT 08)" dan banyak lagi.

Beliau berhasrat menjadikan tempat dibawah seliaan beliau sebagai sebuah kawasan yang berkonsepkan "BERTAMADANI", masyarakat Madani bermaksud masyarakat yang beradab, menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan, serta masyarakat yang maju dalam penguasaan ilmu pengetahuan, dan teknologi.

Secara peribadinya, beliau mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang sangat tinggi, ketegasan dan sifat beliau yang mesra rakyat sangat disenangi oleh masyarakat setempat.
Akhir kata, berbekalkan ilmu dan pengalaman beliau. Saya yakin beliau mampu menjadi seorang pemimpin yang baik.

Blackend Is The End

Dyers Eve