Blackend Is The End

Isnin, 29 April 2013

DR MANSOR OSMAN CALON PAKATAN RAKYAT NIBONG TEBAL


Calon PKR bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal (P47)

Dato’ Dr. Mansor Bin Othman, Ph.D (Yale)
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang

“...Pembangunan Ummah merupakan satu agenda penting kepada Kerajaan Negeri. Bagi merealisasikan agenda besar ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa perkara asas terutamanya dalam bidang pembangunan modal insan kerana sejarah telah membuktikan tiada tamadun yang boleh dicapai tanpa didahului oleh usaha-usaha meningkatkan ilmu pengetahuan kepada ummah itu sendiri...”

Sedutan ucapan di Majlis Pelancaran Yayasan Islam Pulau Pinang pada 18 Disember 2011.

Biodata

Dato’ Mansor merupakan seorang tokoh pentadbiran negeri dan pensyarah yang kini berusia 59 tahun ini, mempunyai 3 orang cahaya mati, hasil perkongsian hidup dengan Aishah Binti Zainul. Memperolehi Sarjana dalam bidang pentadbiran daripada Universiti Sains Malaysia sebelum berjaya memperolehi Ph.D daripada University of Yale.

Portolio Pentadbiran

Beliau memulakan kariernya sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dari 1993 – 1998, Ahli Jawatankuasa PEMADAM Pulau Pinang (1994 – 1996), Setiausaha Konvensyen Pembanguan Usahawan Pulau Pinang (1994 – 1996). Selanjutnya beliau juga pernah menjadi penyelaras untuk Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang, Ahli Jawatakuasa Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang dan juga Ahli Jawatankuasa Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional di Kementerian Belia dan Sukan (1996).

Selain dari portfolio berbentuk pembangunan sosial, beliau juga pernah berkhidmat selama 16 tahun sejak 1980, sebagai Pensyarah (dalam Politik dan Pentadbiran) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Biro Tata Negara, di samping mengendalikan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan untuk pelbagai badan kerajaan dan separa kerajaan.

Selanjutnya, pengalaman luas beliau turut meliputi pengalaman ketika terlibat dalam kajian dan penyelidikan membabitkan program memperkasakan ekonomi golongan miskin dengan menjadi ketua pasukan membangunkan sebuah projek yang dikenali sebagai TEKUN NASIONAL yang bertujuan untuk meningkatkan upaya keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit.

Perlu diketahui juga bahawa beliau juga turut terbabit dalam kajian tentang program pembiayaan yang dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta membantu Pulau Pinang untuk menambahbaik sistem pengurusan tanah di Pulau Pinang.

Politik

Beliau pernah menjawat tugas selaku Setiausaha Politik kepada Dato Seri Anwar Bin Ibrahim ketika Dato Seri Anwar Bin Ibrahim masih berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu, pengalaman politik beliau juga melibatkan pertandingan untuk mendapatkan kerusi DUN Seberang Jaya (Pilihanraya 2004) dan Pulau Betong (Pilihanraya 2008), namun tewas dalam kedua-dua pilihanraya tersebut. Namun begitu, beliau telah bangkit dalam Pilihanraya Kecil untuk DUN Penanti pada 2009 dan berjaya memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti besar 5,558 undi.


Kualiti-Kualiti Sebagai Calon Ahli Parlimen

Beliau adalah merupakan seorang ahli tadbiran yang berpengalaman luas, dengan memegang beberapa portolio yang merangkumi ehwal pembangunan masyarakat, ekonomi bumiputera, kepimpinan belia dan juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah. Pengalaman-pengalaman sebegini seharusnya menjadikan beliau sebagai seorang calon Ahli Parlimen yang berketrampilan dan berkarisma.

Di samping itu, beliau juga terlibat dengan pelbagai kajian dan penyelidikan dasar ketika berkhidmat dengan INTAN, menjadikan beliau seorang calon ahli Parlimen yang seharusnya berpengalaman dalam membuat dasar untuk kebaikan rakyat. Ini termasuklah pengalaman beliau ketika bertugas di Kementerian Belia dan Sukan dan juga sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri. Kesemua faktor ini adalah penting untuk seseorang ahli Parlimen dalam membahaskan isu dan dasar negara.


Cadangan-cadangan di Peringkat Parlimen

Beliau berazam untuk menjadikan Manifesto Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjadi kenyatan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manifesto tersebut merangkumi rancangan-rancangan seperti berikut: -

1. Mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dari sudut tadbiran dan ketelusan.

2. Menjana pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang yang mapan dan sihat.

3. Membangun-pesatkan sektor pelancongan Pulau Pinang untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara sebagai salah satu cabang dapatan ekonomi negeri.

4. Memacu usaha ke arah mengembangkan sains dan pendidikan ke arah membangunkan masyarakat yang progresif dan dinamik.

5. Menyediakan, menambah dan membaik pulih infrastruktur awam (kemudahan asas awam) meliputi Sekolah, Dewan, Medan Selera, Pasar dan yang seumpamanya bagi menyediakan kehidupan yang selesa untuk penduduk Pulau Pinang.

6. Menyediakan perumahan untuk semua, yang mana bermaksud, menyediakan skim perumahan yang mencakupi pelbagai lapisan masyarakat dengan keutamaan kepada yang berpendapatan rendah dan sederhana.

7. Memartabatkan syiar Islam, merangkumi soal kependidikan Islam, amalan Islam, kebajikan kepada asnab-asnab, membaikpulih sistem pungutan dan agihan zakat, mengemaskini pentadbiran Islam negeri dan yang seumpamanya.

8. Mewujudkan sebuah “Negeri Berkebajikan” dengan mencontohi amalan di negara-negara Nordic seperti Iceland, Poland, Switzerland dan lain-lain, yang mana di negara-negara ini, dapatan dan lebihan ekonomi negeri/negara, diagihkan kepada rakyat dengan saksama dan adil. Dengan ini juga, kerajaan negeri berikrar untuk mengekalkan ketelusan dalam menguruskan dana bantuan ini.

9. Meneruskan usaha ke arah pembangunan wanita dan anak muda, dengan menyediakan pelbagai program-program pembangunan, kajian, pusat-pusat aduan untuk wanita dan banyak lagi. Ini termasuklah, memperbaiki sistem Mahkamah Syariah dalam soal penceraian yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan, akan diperbaiki dan diperkemaskan. Di samping itu, menerusi pelbagai program lain juga, kerajaan negeri berikrar untuk menyelesaikan masalah anak-anak muda yang keciciran dalam pelajaran dengan membangunkan banyak program dan institusi yang bakal menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan dalam bidang teknikal, elektronik dan sebagainya.

10. Mempertahankan, memelihara dan memartabatkan kesenian, kebudayaan dan warisan negeri agar ketulenan, kelangsungannya dan keutuhannya dipelihara untuk tatapan masyarakat akan datang, di samping dengannya juga, sektor perindustrian akan terus berkembang sebagai salah sebuah dapatan ekonomi negeri.

11. Mewujudkan Pulau Pinang yang bersih, hijau dan selamat.

12. Mewujudkan desentralisasi dalam urusan pentadbiran supaya urusan awam lebih lancar dan pantas. Ini merangkumi cadangan untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan untuk memartabatkan demokrasi dalam pentadbiran membabitkan rakyat, memperbaiki sistem pengangkutan awam termasuk bas percuma pada waktu puncak di seluruh negeri, menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berbasikal, mengembalikan Pelabuhan Pulau Pinang dan perkhidmatan feri kepada kuasa kerajaan negeri supaya lebih tersusun dan bersih dari penyelewengan dan banyak lagi.

Sila klik link di sini untuk melihat Manifesto Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan untuk lebih mengenali Dato Mansor Othman

Maizaul

Unit Media Abu Nawas

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve