Blackend Is The End

Selasa, 23 April 2013

WARKAH MISTERI UNTUK HUSSAM MUSA



Oleh : Isz D'Barney

Assalamualaikum Dato’ Hj Husam Musa,

Saya Ismail, penduduk di Putrajaya sejak 2004-kini, lulusan Ijazah Sains Politik (UKM) dan kini sedang mengikuti Sarjana Pengajian Etnik (Political Sociology). Apa yang saya ingin luahkan disini bukanlah untuk meraih apa-apa simpati mahupun berpolemik disini. Tujuannya hanalah satu, sebagai luahan rasa dan mungkin untuk perhatian YB sebagai calon Ahli Parlimen P.125 Putrajaya. Saya mengikuti Hari Pernamaan Calon pada tanggal 20 April 2013 (Sabtu) dan keadaan pada hari pernamaan begitu meriah sekali bagi kedua-dua parti samada bagi PAS mahupun BN sendiri. Justeru, saya juga melihat kebanyakkan daripada penyokong PAS yang hadir secara anggarannya mungkin mencecah 1500 hingga 2000 orang namun, inilah yang dinamakan sebagai “menang sorak” apabila pada hemat saya, penyokong yang hadir bukanlah majoritinya penduduk Putrajaya. YB perlu sedar bahawasanya, “menang sorak” bukanlah satu jaminan kepada menangnya YB di dalam perlawanan nanti..Cuma mungkin sebagai satu batu lonjakkan kepada penduduk di Putrajaya untuk lebih sedar (political conscious) akan hak mereka sebagai pengundi, hak mereka sebagai penjawat awam untuk memilih dan tidak di tekan sehingga membawa kepada budaya Politik Takut (political fear) seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato Saifuddin Abdullah berkenaan dengan hal ini.

Seharusnya, YB perlu memikirkan kaedah atau pendekatan yang mampu menarik perhatian sekaligus memecahkan tembok “takut” penjawat awam untuk mengundi calon pilihan masing-masing tanpa suatu tekanan politik yang mampu memberikan kesan terhadap periuk nasi mereka. YB, sebagai permulaan mukaddimah saya, izinkan saya mengemukakan beberapa sisi pandang melalui kaca mata saya yang bergelar lepasan Sains Politik UKM dan juga sebagai penduduk di Putrajaya. Hal ini hanyalah pandangan dan terpulang kepada YB untuk membacanya apatah lagi bersetuju dengan saya setelah saya membaca Manifesto YB tempoh hari yang hanya berbicara soal “perumahan penjawat awam”. Berikut merupakan beberapa idea yang telah dipecahkan kepada beberapa tema awal dalam pemahaman saya sebagai target khalayak YB sebagai Calon P.125 Putrajaya:

1) Sosioekonomi
- Perniagaan (menjaja), dilarang menjual di rumah, di tepi jalan, seperti yg ada di kawasan perumahan lain selain di Putrajaya.
- Kos sewaan kedai terlalu mahal, mendorong kepada peniaga untuk menaikkan harga barangan harian, dan mengurangkan kuantiti dan kualiti barangan.

2) Perumahan
- kekurangan rumah mampu milik, yang boleh dibeli oleh penduduk untuk pelan masa hadapan.
- 90 % perumahan adalah di bawah selian JKR (Bahagian Pengurusan Hartanah,JPM)
- kebanyakkan penduduk tinggal di kawasan flat/pangsapuri dan kepadatan penduduk tertumpu di kawasan kejiranan di Presint 9.
- boleh rujuk kawasan flat/pangsapuri di Presint 9 seperti di Blok 3, 4, 2, 5, dan di Fasa-fasa lain.
- majoriti penduduk disini adalah terdiri daripada Kelantan dan diikuti Kedah dan Sarawak/Sabah.
- Peraturan dan Undang-undang bagi penjawat awam yang menetap di perumahan penjawat awam yang dilihat sangat tidak relevan dan “merantai” kebebasan penjawat awam itu sendiri. Cth: tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti perniagaan di dalam perumahan penjawat awam, salahlaku atau kes-kes jenayah yang melibatkan penyewa di perumahan penjawat awam (notis 24 jam dikeluarkan kepada mereka yang disabitkan kesalahan perlu memulangkan kunci dan keluar daripada rumah mereka), hanya ahli keluarga yang boleh menetap bersama di dalam rumah dan beberapa peraturan lain yang dilihat sangat tidak relevan dan signifikan kepada penduduk.

3) Infrastruktur dan Prasarana
- Kekurangan kemudahan Bank di Kompleks Kejiranan (hanya ada RHB Bank di P8) dan yg lain jauh daripada kawasan perumahan, ATM hanya di Petronas di beberapa kawasan.
- Masalah Parking: masalah parking di kawasan kejiranan terutamanya di Flat (sila rujuk parking di Flat Presint 16, Presint 9, Presint 8)
- Pengangkutan, kesesakan, tak berapa efisien, tidak cekap jika nak dibandingkan dengan kemegahan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Boleh rujuk setiap pagi ketika penjawat awam hendak keluar bekerja, sila rujuk kemudahan parking di kompleks pentadbiran di parcel C, D, E dan lain-lain kecuali di Jabatan Perdana Menteri.

4) Sosial
- Disebabkan majoriti penduduk adalah penjawat awam, (isnin hingga jumaat dari jam 8am-5pm) mereka bekerja, hanya berjumpa dengan jiran jika ke surau, shopping mall, manakala hari minggu masing-masing dengan keluarga masing-masing. (tiada perpaduan yg kukuh untuk menyemai nilai kekitaan dan kejiranan yang unggul diantara penduduk). Perpaduan sedikit terbina hanya bagi penduduk di kawasan flat/pangsapuri yang lebih akrab dan bersolidariti (cth: ketika mengadakan majlis perkahwinan, kenduri-kendara, dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan)

5) Kesihatan dan Keselamatan
- Dalam hal ini, penduduk menikmati kemudahan kesihatan dan keselamatan yang baik, dan tiada sebarang masalah serius yang berlaku, dan tahap kecekapan anggota keselamatan menjaga keamanan dan kesejahteraan adalah di peringkat tertinggi, dari segi kecurian, ragut dan pecah rumah juga ditahap yang rendah, manakala dari segi masalah kesihatan adalah pada tahap yang baik.

YB.Dato’ Hj Husam Musa,

Sedikit sebanyak berkenaan dengan hal dan permasalah yang ada di Putrajaya. Percayalah, Dato’ bukan sahaja semata-mata memperjuangkan masalah perumahan dalam manifesto dato’ dan Dato perlu juga prihatin akan hal-hal remeh-temeh lain yang mungkin bagi pihak kempen manager Dato terlepas pandang akan hal ini untuk memperolehi undi penduduk seterusnya dalam membawa agenda perubahan yang dicanang dato yang bertajuk “Warga Putra, Saya datang untuk bersahabat…”. Justeru Dato, itulah sedikit sebanyak perkongsian dan luahan yang dapat dikongsikan bersama warga jentera dan Dato sendiri berkenaan dengan hal penduduk di Putrajaya ini. Saya harap, dengan luahan ini dapat membantu Dato dan jentera untuk concern akan hal dan permasalahan penduduk disini… Inikalilah! >_<

Nota: Tulisan ini ditulis pada tanggal 22 April jam 9.59pm dan pada tanggal ini, genap 3 tahun kes UKM4 kami yang mana kami telah ditangkap dan dituduh berkempen untuk Parti Keadilan Rakyat di Hulu Selangor. Tulisan ini juga adalah sebagai penghargaan buat sahabat seperjuangan Hilman Idham, Woon King Chai dan Azlin Shafina. Selamat Ulang Tahun ke 3 UKM4!!! =)


 click disini untuk cerita panas

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve