To Live Is to Die

free counters

Khamis, 25 April 2013

WARKAH WARIS KARL MARX UNTUK PRESIDEN PAS

Saya masih tidak dapat tidur lena selepas melihat dakwaan Tuan Haji Hadi Awang terhadap beberapa calon Pakatan Rakyat. Dari isu pil kuda sehingga komunis. Saya tertanya diri sendiri, adakah dakwaan Tuan Haji ini benar atau hanya dakwaan sahaja? Di sini saya ingin mengulas beberapa perkara yang saya tidak puas hati.

          Semua rakyat malaysia telah mendapat satu tamparan hebat pada 20.4.13, apabila terdapat pertindihan pada 7 kerusi antara PKR dan PAS. Aspirasi Rakyat untuk PRU13 ini adalah untuk kuburkan BN dan Putrajaya ditawan oleh PR. Tetapi apabila berlaku pertindihan, ramai kecewa dengan tindakan parti komponen PR iaitu PAS dan PKR.

          Seperti diketahui semua, 6 kerusi yang bertindih telah diselesaikan semalam. Namun isu DUN Kota Damansara, Selangor tidak diselesaikan. Sehari sebelum isu ini diselesaikan, Tuan Haji telah memberi penjelasan kenapa berlaku pertindihan dan video tersebut telah dimuatnaik di Youtube. Sehingga kini video ini telah mempunyai 74 ribu penonton. Saya hairan kenapa isu Kota Damansara tidak dapat diselesaikan seperti 6 kawasan lain. Akhirnya saya ketahui jawapannya tertera di dalam video ucapan Tuan Haji.

          Tuan Haji, pada hari penamaan calon saya terkejut dengan beberapa tindakan dari rakan PAS. Pertama sekali bila ada wakil dari PAS bertanding di Kota Damansara. Saya terkejut kerana mengikut pengetahuan saya, parti komponen PR tidak boleh bersaing antara satu sama lain. Di Kota Damansara, Dr Nasir bertanding atas tiket PKR walaupun beliau merupakan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia. Perbincangan logo telah dilakukan antara pihak PKR dan PSM serta telah mendapat watikah dari PKR. Perselisihan ini yang tidak dapat saya fahami sehingga kini.
          
          Insiden kedua yang menghairankan saya pada hari pencalonan ialah doa oleh orang-orang PAS. Setahu saya, musuh saya ialah Barisan Nasional dan musuh PR juga Barisan Nasional. tetapi saya tidak tahu musuh PAS ialah Dr Nasir. Mengapa saya berkata sedemikian kerana doa yang dilakukan ialah 'HANCUR NAJIB, HANCUR NASIR'. Memang saya terperanjat dengan doa sebegini dilakukan oleh penyokong PAS. Setahu saya, Nabi Muhammad pun tidak pernah membenci golongan Nasrani mahupun Yahudi. Saya masih tidak fahami kenapa PAS membencikan Dr Nasir.

         Sejak saya pergi ke Kota Damansara, banyak dakwaan telah dilemparkan terhadap Dr Nasir. Semuanya berlandaskan agama Islam. Ada yang mengatakan Dr Nasir tidak sembahyang. Ada orang mengatakan Dr Nasir tidak memberikan peruntukan untuk masjid dan surau di Kota Damansara. Saya memang terkejut dengan tuduhan sebegini ke atas Dr Nasir. Setahu saya Dr Nasir bukan seperti yang dikatakan.

         Saya masih ingat, Dr Nasir telah pergi ke Umrah. Setahu saya jika seseorang tidak sembahyang dan murtad ataupun bukan Islam tidak boleh pergi ke tanah suci. Jika pergi juga, perkara buruk akan berlaku kepadanya. Jika Dr Nasir tidak sembahyang dan sebagainya, bagaimana beliau boleh sampai ke tanah suci dan balik dengan selamat? Ini yang menghairankan saya.

         Tuduhan Komunis oleh Tuan Haji, memeranjatkan saya lagi. Lebih-lebih lagi tohmahan ini pernah digunakan oleh Barisan Nasional terhadap 30 aktivis PSM pada Bersih2.0 di mana 6 telah ditahan dibawah Emergency Ordinance pada 2011. Saya hanya ada satu soalan sahaja. Bila masa Dr Nasir pernah mengambil senjata? Dalam buku teks Sejarah, Komunis dilabelkan sebagai pengganas. Itu yang saya nak tahu, sejak bila Dr Nasir menjadi pengganas? Setahu saya, beliau hanya turun ke jalanraya untuk demonstrasi. kalau tidak beliau akan berada di barisan hadapan menahan jentolak merobohkan rumah orang miskin iaitu peneroka bandar. Jika Dr Nasir seorang komunis atau pengganas, saya pasti ramai pemandu jentolak telah dibunuhnya. Tetapi semua ini tidak berlaku. 

         Dari asas apa Tuan Haji mengatakan Dr Nasir seorang komunis? Kerana ada gambar Karl Marx, Lenin, Stalin? Kalau saya simpan gambar Tok Guru Nik Aziz adalah ini bermakna saya penyokong PAS atau saya seorang Islam? Tuan Haji perlu faham, sosialisme adalah satu sistem ekonomi yang mengatakan pengagihan harta secara sama rata. Di mana orang kaya tidak merampas hak orang miskin dan menjadikan mereka papa kedana. Sistem ekonomi tidak bercanggah dengan agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya. 

        Saya boleh buktikan tuduhan yang dilemparkan ke atas Dr Nasir adalah tidak berasas. Tetapi bolehkah pihak yang membenci Dr Nasir buktikan juga dakwaan mereka? Tetapi apa yang telah dilemparkan tidak boleh dipadam. Bagi saya senjata yang paling tajam adalah lidah kita sendiri. Jangan kita lupa. PRU ini untuk kuburkan BN dan bukan mengkuburkan kawan kita. Kita perlu teruskan dengan #ABU dan menawan Putrajaya untuk kesejahteraan rakyat. Saya yakin kita boleh lakukan jika kita BERSATU untuk RAKYAT MALAYSIA.

Blackend Is The End

Dyers Eve