To Live Is to Die

free counters

Rabu, 1 Mei 2013

DARI DAKWAT KE LIWAT - AKHIRNYA MELANCAP


1 Mac 2013 yang lalu Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim secara rasmi menyerahkan borang menyertai PKR, serta mempertahankan kenyataannya “konspirasi politik jahat” melibatkan anaknya dalam kes liwat kedua.

Dalam satu sidang media pada hari itu, Azlan Mohd Lazim, 60, menyatakan keputusan yang dibuatnya tidak didorong oleh mana-mana pihak sebaliknya menegaskan sekali lagi anaknya terperangkap dalam rancangan oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Hari ini, secara rasminya saya menyerahkan borang untuk menyertai PKR,” kata Azlan yang mengaku telah menyokong perjuangan Anwar sejak tahun 1998.

LAWATI BLOG BERAHI DI SINI

“Saya sebagai rakyat Malaysia, berhak membuat keputusan sendiri... Ini masa yang tepat untuk saya sertai PKR bagi membuat perubahan.”

Azlan juga berharap anaknya Saiful supaya menghormati keputusan yang dibuatnya hari ini dan menegaskan segala yang terjadi tidak akan menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.

“Saya ingin minta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku ini,” ujar beliau.


Dalam kenyataannya juga sebelum ini, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau sendiri dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan peguam Zamri Idrus.

Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

Hari ini ,genap 2 bulan bapa Saiful Bukhari menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR),namun sekali lagi rakyat Malaysia digemparkan dengan dengan kes bapak Saiful Bukhari, kali ini lain pulak ceritanya  :


1 Mei 2013-Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI (Anwar)," katanya.

Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.

 Azlan dilapor menjelaskan, tindakannya sebelum ini dibuat akibat terpengaruh dengan beberapa pihak dan tidak timbul soal ganjaran.

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.

Beliau juga menegaskan, tindakannya mengadakan sidang akhbar pada hari ini atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh, dipengaruhi mahupun dipujuk oleh sesiapa.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
* sumber : Mkini

Macam-macam hal lah UMNO ni, admin tak tahu lah bila depa ni nak insaf. Apa pun rakyat Malaysia, jangan cepat melatah. Isu picisan macam ni kita tolak tepi. TUKAR TETAP TUKAR ! INIKALILAHHH!!!

Melati Cutex
Unit Media BicaraAbu Nawas
http://melaticutex.blogspot.com/

Blackend Is The End

Dyers Eve