Blackend Is The End

Khamis, 9 Mei 2013

GAMBAR BUKTI CINA DAP AJAR ANAK MELAYU MASUK KRISTIAN


Ini anak aku…kawan kawan anak aku semuanya cina dan india… … anak aku tak dak masalah nak pakai tudung bersama sama cina dan india. Anak aku tak dak masalah nak menumpang solat di rumah kawan kawan cinanya.. ...

Kawan dengan anak cina bagus tak macam kawan dengan anak melayu. Cina ajar anak aku macam mana nak setia kepada kawan. Cina ajar nak aku macam mana nak bersaing dalam pelajaran. Cina ajar anak aku macam mana hidup. Cina ajar anak aka berani berkata benar walaupun dengan guru sendiri.

Cina tak pernah ajar anak aku makan babi. Cina tak pernah ajar anak aku minum arak. Cina tak pernah ajar anak aku main judi, Cina tak pernah ajar anak aku hisap dadah, cina tak pernah ajar anak aku hasad dengki sesama sendiri. Cina tak pernah ajak anak aku masuk kristian, budha atau agama mereka. Cina tak pernah suruh anak aku jadi cina.

Ada masalah apa dengan cina? Kenapa aku perlu benci cina? Adakah kerana cina lebih kaya dari aku maka aku maka aku perlu benci cina? Atau cina lebih putih dari aku maka aku perlu iri hati dengan anugerah Tuhan itu.

Bersama kawan kawas cina dan India merentas utara ke Parlimen
Kalau aku benci cina maka aku juga perlu benci Tuhan kerana Tuhan mencipta manusia yang bernama cina. Mengapa perlu Tuhan mencipta makluk yang bernama cina kalau makluk yang bernama cina ini perlu di benci.

Ohh Tidak..aku masih yakin bahawasanya Tuhan itu maha adil. tuhan mencipta cina melayu, arab, india, bangla, siam, inggeris dan berbagai bangsa di dunia ini dengan seadil adilnya. Tidak ada bangsa yang di cipta untuk di benci kerana warna kulit dan bahasa mereka.

Habis tu apa yang tak kena dengan cina sehingga umno mengajak kita membenci cina.

AH BU NAWAS
Cina Islam Kulit Hitam



To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve