To Live Is to Die

free counters

Rabu, 1 Mei 2013

Najib Bertatu Kalimah Allah dibelakang badan






Kita pernah digemparkan tentang Isu kalimah Allah yang disebut dan ditentang oleh beberapa pihak. Pada tarikh 23 Febuari, sebuah demonstrasi besar-besaran telah diadakan oleh Badan bukan kerajaan yang berpihak kepada kerajaan, PEKIDA di Kedah.

Acara pemberontakan itu telah diadakan dengan menaiki motor secara beramai-ramai mengikut laporan media seramai 5000 orang ahli Pekida telah turn menyertai demonstrasi tersebut. Namun , apa yang menjadi pertanyaan tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang hadir pada himpunan tersebut memekai pakaian yang mengikut syariat Islam atau bahasa mudah tidak ada seorang pun mempunyai ciri-ciri seorang muslim yang baik.

*gelengkepala.








Semakin hampir Pilihanraya Umum semakin bnyak isu-isu lama dimainkan semula, antaranya ialah isu Kalimah Allah. Sekali lagi kita digemparkan dengan perangai manusia yang tidak bertanggung jawab yang telah menggantung Banner yang tertulis “” Kalimah Allah menjadi tiket hebat untuk UMNO BN memecah belahkan undi orang yang berada diatas pagar. Tetapi harus diingatkan bahawa sejarah kepada Isu ini sendiri telah menjadi buah mulut apabila Bible di Sabah dan Sarawak mengandungi kalimah Allah.

Maka siapakah yang seharusnya dipersalahkan? Atau sebenarnya tiada siapa yang bersalah? Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan nama Allah disebut sebanyak 37kali didalam kitab suci sikh. Manakala Kristian di Timur Tengah menggunakan frasa nama Allah ini sejak beribu tahun lagi. Untuk carian cepat melalui Wikipedia , perkataan Allah digunakan oleh Sikhs, Bahais,Mizrahi,Yahudi dan sebelum islam sendiri,-Pagan Arabs. Renung-renungkan dan selamat mengundi !

Melati

Team Media Abu Nawas

Blackend Is The End

Dyers Eve