Blackend Is The End

Isnin, 20 Mei 2013

SENJATA DI JUMPAI DI RUMAH ADAM ADLI


KENYATAAN AKHBAR PEMUDA SOSIALIS – 19/5/2013

BEBASKAN SEGEARA AKTIVIS MAHASISWA ADAM ADLI!
TAHAN SEORANG ADAM AKAN BANGKIT LAGI 1000 ADAM!!

Pemuda Sosialis, PSM membidas penahanan aktivis mahasiswa Adam Adli merupakan satu tindakan yang tidak adil dan menyalahi undang-undang. Adam Adli merupakan orang pertama yang ditahan dibawah Akta Hasutan selepas beberapa hari sahaja perlantikan Ketua Polis baru Tan Sri Khalid Abu Bakar. Semalam 18/5/2013 Adam Adli telah ditahan atas dakwaan Akta Hasutan dan bermalaman di lokap Balai Polis Jinjang. Hari ini Makamah Majistret telah mengeluarkan reman selama 5 hari dengan tuduhan dibawah Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Difahamakan kenyataan Adam bersama beberapa NGO lain dalam satu Forum anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei 2013 yang meminta rakyat malaysia turun ke di jalanraya untuk menunjukkan ketidakpuasan rakyat yang ditipu dalam pilihanraya ke13 telah disifatkan berunsur hasutan. Ini merupakan satu intimidasi terhadap warga mahasiswa yang berani bersuara dan menuntut keadilan. Pemuda Sosialis menggecam tindakan pihak polis yang sentiasa berat sebelah dalam penahanan aktivis rakyat mahupun mahasiswa dengan tidak munasabah.

Sebelum ini pemimpin UMNO Zulkifli Noordin dalam ucapannya yang menghina agama lain yang berbau perkauman merupakan satu hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Malaysia berbilang kaum dibiarkan begitu sahaja walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat. Beberapa hari lepas Menteri KDN baru Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menghina rakyat Malaysia dengan kenyataan mengarahkan rakyat meninggalkan negara jika tidak bersetuju dengan sistem pilihanraya negara. Ini merupakan satu kenyataan angkuh dan penghinaan terhadap rakyat Malaysia yang boleh mengundang hasutan, tetapi pihak polis biarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

Ini jelas menunjukkan undang-undang dan pihak polis tidak adil dan bersikap bias. Pemuda Sosialis menggecam tindakan ini dan memberi amaran kepada PDRM untuk bebaskan segera aktivis mahasisawa Adam Adli. Rakyat sudah bersedia untuk turun ke jalan jika pemerintah terus menzalimi rakyat. Jangan bermain dengan kuasa rakyat dan mahasiswa, tahan seorang Adam akan bangkit lagi seribu Adam.

HENTIKAN PENINDASAN, BEBASKAN SEGERA ADAM ADLI!!!



Oleh,
Bawani. Ks
Penyelaras Pemuda Sosialis, PSM

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve