To Live Is to Die

free counters

Selasa, 7 Mei 2013

TAIB AZAMUDIN PUNCA UTAMA PAS KEHILANGAN KEDAH


Pas memang layak kalah di Baling kerana sepanjang 5 tahun di beri amanah sebagai ahli parlimen di Baling apa yang telah Taib Azamudin buat untuk rakyat Baling selain daripada mencari kekayaan untuk dirinya dan keluarga.

Ya memang betul beliau tidak mengunakan wang rakyat untuk mencari kekayaan tapi apa penyelesaian untuk orang miskin Baling di ketika beliau mencari kesenangan untuk diri dan keluarganya.

Dengan beralasan parlimen Baling terlalu luas untuk dia lawati namun dalam masa yang sama dirinya lebih banyak berada di Kuala Lumpur dan luar negeri. Berapa masjid di Baling yang telah beliau mafaatkan untuk berdakwah atau setidak tidaknya bertemu orang kampung berbanding dengan masjid masjid di Kuala Lumpur dan Selangor yang beliau hadiri sepanjang bulan?

Apakah kerana masjid masjid di Selangor memberi upah yang berlipat kali ganda berbanding dengan masjid masjid di Baling sehingga sanggup beliau meninggalkan kawasannya sendiri.

Jadi tidaklah releven bila mengatakan tidak sempat melawat kawasan kerana Parlimen Baling terlalu besar kerana sudah terbukti beliau lebih banyak berada di luar Kedah untuk mencari rezeki di masjid masjid.

Oleh itu apa salahnya jika rakyat Baling tidak lagi memilih Pas untuk kali ini kerana amanah yang telah mereka beri kepada wakil Pas iaitu Taib azzamudin telah di khianati.

Walaupun calon Pas yang baru bukannya Taib Azzamudin lagi tetapi trauma orang Baling dengan bekas wakil Rakyat Pas ini telah menjadi satu mimpi ngeri kepada orang Baling untuk memilih Pas lagi sebagai wakil mereka.

Mudah mudahan Pas Kedah ambil iktibar dan kembali bekerja kuat dan bersemangat untuk merampas kembali Kedah di masa hadapan.

Blackend Is The End

Dyers Eve