Blackend Is The End

Rabu, 5 Jun 2013

SIAPA DI SEBALIK KEMELUT ISU KOTA DAMANSARA DAN SUNGAI ACHEH BAHAGIAN 1



Dalam PRU yang baru berlansung ini terdapat 6 kerusi bertindih (Tidak termasuk Kota Damansara) antara Pas dan PKR. 3 di Terangganu, 1 di Pulau Pinang, 1 di Labuan dan 1 di Johor.

Pertindihan 6 kerusi ini telah berjaya di selesaikan dengan baik apabila kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah membuat keputusan dan bersetuju untuk menyerahkan 3 kerusi di Terangganu kepada Pas dan 3 kerusi
Yusni Mat Piah sewaktu hari penamaan calon duduk bersebelahan dengan calon Umno tidak bersama sama dengan calon Pakatan Rakyat yang lain. Kenapa?
 lain kepada PKR.

Kecuali di Sungai Acheh, kesemua 5 kerusi yang lain telah di terima baik oleh calon2 pas dan PKR. Di Sungai Acheh calon Pas yang cukup di kenali sebagai pengerak utama kerajaan perpaduan Pas/umno di Pulau Pinang engan menarik diri dengan alasan Ketua Pemuda Pas Pusat yang menyuruh dia bertanding juga agar dapat membantu calon Umno memenangi kerusi tersebut.

Klimak kepada isu calon Pas yang sedaya upaya membantu umno untuk mengalahkan calon pakatan Rakyat Chegubard sampai ke tahap satu ugutan keras telah di lakukan kepada Persuruhjaya Pas Pulau Pinang yang mahu membuat sidang akhbar di sana untuk menyatakan sokonga Pas Pulau Pinang kepada calon PKR di situ.

Ugutan ancaman itu sehinggalah kepada keluarga Pesuruhjaya telah membuat beliau terpaksa membatalkan hasrat untuk membuat sidang akhbar di situ kerana bimbang keselamatan keluarganya dan satu laporan polis telah di buat terhadap ugutan yang di terimannya itu.

Akhirnya Yusni Mat Piah telah berjaya menbantu calon Umno untuk memenangi kerusi dun Sungai Acheh dengan hanya mendapat 690undi sebagai pecahan undi untuk calon Umno.
Mungkin jumlah undi ini bersamaanlah dengan wang yang di terimanya daripada calon BN Permatang Pauh sebagai upah untuk beliau mengagalkan penamabahan kerusi melayu Islam pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan sebelum PRU lalu kerusi melayu Islam di Pulau Pinang hanya ada 4 iaitu, DrMansor, ustaz Maktar, dan Malik Kassim dari PKR serta 1 kerusi dari Pas iaitu Salleh Man.

Umno tahu bahawa mustahil mereka dapat mengalahkan DAP di Pulau Pinanag tapi mereka yakin sekiranya Dap menang di Pulau Pinang tanpa kerusi melayu Dap sudah pasti akan gagal mentadbir kerana akan bermain dengan persepsi dan tuduhan berbagai dari Umno.

Namun dalam PRU ini pakatan rakyat bukan saja Pakatan Rakyat Pulau Pinang berjaya mempertahankan 4 kerusi malah telah menambah lagi 2 kerusi melayu Islam di Seberang jaya dan pantai Jerjak.

Sepatutnya jika tidak ada pengkhianat dari calon Pas yang menjadi Proksi Umno di Kepala batas, Pulau Pinang kini sudah mempunyai 7 kerusi melayu Islam di dalam dewan.

Pengkhianat calon Pas Yusni Mat Piah ini juga telah meninggalkan kesan kepada undi kerusi kerusi melayu Pas yang lain seperti di Penaga dan Bayan Lepas kerana telah terjadi seumpama membalas dendam kerana kemarahan penyokong PKR terhadap isu Sungai Acheh.

sayang seribu kali sayang angkara tamak haloba dan mempunyai sifat berdendam terhadap calon PKR chegubard telah membuat Yusni Mat Piah hilang pedoman sehingga sanggup bersekongkol dengan umno.

Natijahnya ialah merugikan parti sendiri yang terus menerus kelak dengan 1 kerusi tradisi di Permatang Pasir walau sepatutnya Pas masih boleh menambahkan kerusi tempat2 lain.

Kini bergelak dan bertepuk tanganlah kumpulan perpaduan pas umno yang di terajui oleh Hafiz Nordin di Pulau Pinang. Walaupun hajat mereka untuk memastikan semua calon melayu PKR di Pulau Pinang telah gagal tapi mereka telah berjaya membantu sekutu mereka umno untuk menghilangkan 1 suara anak muda di Dun Pulau Pinang.

Bersambung dengan kisah di sebalik isu Kota Damansara bahagian ke 2

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve