Blackend Is The End

Khamis, 31 Oktober 2013

GOLONGAN FASIK DI SEKELILING PRESIDEN PAS

Dua hari ini heboh dengan isu Presiden Pas menabur benih padi di sawah yang banyak air. Perlakuan tersebut kini menjadi bahan jenaka bukan saja di pihak Barisan Nasional malah kepada pihak penyokong Pas itu sendiri.

Di media media sosial seperti Facebook dan blog isu ini menjadi topik utama yang di perbincangkan sejak kemarin. Ramai yang meluahkan perasaan kecewa terhadap ahli politik sama ada

dari Umno dan Pas yang datang berlakon di ketika pilihanraya kecil sedang berlansung..

Namun begitu adakah Presiden dan beberapa orang pemimpin Pas yang terlibat ini patut di persalahnya. Raong melihat dari satu sudut yang berbeza kerana bagi Raong sebenarnya Presiden Pas titak bersalah dalam hal ini kerana yang salah ialah orang yang susun program ni.

Presiden Pas orang laut bukan orang bendang... sudah penganjur menyuruh dia tabur benih diapun turutlah kerana beliau tidak mempunyai ilmu tentang sawah padi maka oleh kerana percayakan yang penganjur adalah orang yang arif tentang swah padi maka tidak salah beliau menurut saja

Dia tidak tahu untuk menabur benih air kena sedikit sebab yang suruh dia tabur itu orang Sungai Limau yang arif tentang penanaman padi... Yang salah bukan Presiden Pas tapi orang Pas Sungai Limau yang menganjur program tersebut.

Begitulah juga dengan isu tuduhan beliau terhadapap pengerusi PSM Dr Nasir bernabikan Karl Marx ... Presiden Pas cuma dapat cerita dari menantunya Ustaz Zaharudin atau lebijh di kenali dengan nama Din Ayam yang Dr Nasir itu tu bernabikan Karl marx dah menantu dia pun orang agama tanpa2 ragu ragu dia pun cerita secara terbuka kepada media bahawa Dr Nasir tu bernabikan Karl Marx.. Yang salah bukan Presiden Pas tapi menantuya Din Ayam...

Inilah yang terjadi apabila Presiden Pas tidak menyelidiki dahulu berita yang di sampaikan kepadanya. Beliau menaruh kepercayaan penuh terhadap penyampai tanpa terlebih dahulu merujuk kepada orang ketiga dan akibatnya maka terjadilah cerita menabur benih padi itu satu bahan jenaka oleh orang ramai.

Selepas ini Presiden Pas lebih perlu berhati hati dengan orang di sekeliling yang di lihat cuba meyampaikan perkara yang tidak betul kepadanya. Beliau juga mungkin harus berwaspada dengan orang orang fasik yang mahu merosakkan nama baiknya.

Mungkin juga mereka mereka yang mahu merosakkan nama Presiden Pas itu adalah dari kalangan orang fasik termasuk menantunya sendiri yang telah terbukti menyampaikan berita tidak benar kepadannya. Sebab itulah Allah berpesan dalam al quran :-

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat49:6)

....................................................................................................................................

Program RAONG hari ini

Malam ini RAONg sekali lagi akan keudara dengan satu segmen diskusi bedah buku yang di ambil dari karya Ahmad wahid...



Bedah Buku Live dari Shah Alam ke RAONG Jam 8.30malam ini

Tajuk Buku; Pergolakan Pemikiran Islam
Penulis : Ahmad Wahid
Pengulas : Ustaz Wanji
Moderator : Melati Rahim

Layari di http://wasiatpejuang.blogspot.com/ atau penguna talifon pintar sila layari http://myradiostream.com/radioorangpenang

Bagi pemanggil yang hendak turut serta boleh add Skype abu.nawas44

Sebarkan..





PERGOLAKAN PEMIKIRAN ISLAM



Bedah Buku Live dari Shah Alam ke RAONG Jam 8.30malam ini

Tajuk Buku; Pergolakan Pemikiran Islam
Penulis : Ahmad Wahid
Pengulas : Ustaz Wanji
Moderator : Melati Rahim

Layari di http://wasiatpejuang.blogspot.com/ atau penguna talifon pintar sila layari http://myradiostream.com/radioorangpenang

Bagi pemanggil yang hendak turut serta boleh add Skype abu.nawas44

Sebarkan..

Rabu, 30 Oktober 2013

MAT SABU TARIK DIRI JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN PAS?


Pagi tadi RAONG telah mengadakan satu temuramah bersama Timbalan Presiden Pas Haji Mohammad Sabu yang kebetulan berada di Pulau Pinang.

Rakaman ini akan di siarkan pada 12.15 tengahhari nanti dan ulangannya pada pukul 3.00ptg dan 8.00 malam ini...

Beliau juga telah menjawab beberrapa persoalan yang telah di kemukan termasuklah soalan adakah beliau akan terus mempertahankan jawatan timbalan presiden Pas dalam muktamar Pas yang akan datang ini.

Ikuti rakaman tersebut di http://wasiatpejuang.blogspot.com/ atau bagi penguna talifon pintar atau gagal untuk mendengarnya di sini bolehlah terus ke tapak utama radio ini dengan click http://myradiostream.com/radioorangpenang

Hanya di RAONG..Informasi bersuara rakyat.

BERITA DALAM NEGERI

Exco Pertanian PP, Selangor kerjasama strategik hadapi bernama

BAYAN LEPAS - Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin pagi tadi menerima kunjungan hormat rakan sejawatnya dari Selangor, Dr. Hj. Yaakob Sapari di Komtar.

Sukarelawan PenangInsight memberitahu, dua pegawai lain dari Kerajaan Negeri Selangor turut menyertai Yaakob, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan itu.

Difahamkan, kedua-dua pihak antara lain berbincang mengenai impak berantai yang negatif ke atas sektor padi negari jika Trans-Pacific Partnership Agreement (TTPA) dimeterai Kerajaan Pusat nanti.

Selain itu, kedua-dua belah pihak saling berkongsi pengalaman mengenai teknologi pertanian moden bagi menghadapi kemungkinan bencana alam, seperti banjir.

= PENANG INSIGHT
__________
[Kapsyen gambar] AFIF Bahardin (dua dari kiri) menyantuni Yaakob Sapari serta dua pegawai Kerajaan Negeri Selangor di Komtar, George Town pada pagi tadi.

Selasa, 29 Oktober 2013

PENGUMUMAN :DISKUSI DI TUNDA


Diskusi Bedah buku yang di jadualkan pada malam esok (rabu) telah di tundaka ke hari khamis jam 8.30malam.
Click tapak utama RAONG di http://myradiostream.com/radioorangpenang atau
http://wasiatpejuang.blogspot.com/

Harap maklum

Isnin, 28 Oktober 2013

USTAZ WAN JI JALANI PEMBEDAHAN


Diskusi Bedah Buku oleh Ustaz Wan Ji pada 31 oktober 2013 jam 8.30 malam hanya di RAONG
Click di http://myradiostream.com/radioorangpenang

Selasa, 22 Oktober 2013

DISKUSI ONLINE ISU AHMAD ABDUL JALIL MALAM INI


Kepada sesiapa yang hendak turut serta dalam diskusi online malam ini sila add SKYPE abu.nawas44. Diskusi malam ini akan berkisarkan isu hukuman denda RM20,000.00 terhadap Ahmad Abdul Jalil. Penel yang akan bersama sama kita ialah Peguam Kamal Hisham Jaafar, (Bekas peguam almarhum sultan Johor), Aduka Taruna (aktivis R dan pernah berhadapan dengan kes menghina sultan Johor) serta tertuduh Ahmad abdul Jalil sendiri.

Diskusi ini akan bermula pada jam 8.00malam dan boleh di ikuti di blog ini atau untuk lebih lancar sila ke tapak utama radio ini dengan click http://myradiostream.com/radioorangpenang

PEGAWAI MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI RASUAH?

Bila tengok orang melayu berniaga pakai meja 4 segi dan payung  mmg rasa cukup panas...panas bukan kerana tengok mereka berniaga tapi panas sebab tengok warga asing berniaga di permis permis tapi orang malaysia cuma mampu berniaga di tepi jalan...

Semakin hari semakin ramai perniaga warga asing memiliki permis permis perniagaan tanpa ada sebarang tindakan dari majlis tempatan.

Pegawai2 majlis tempatan yang kebanyakannya adalah dari lantikan politik mungkin merasakan isu warga asing ini tidak merugikan parti mereka....mungkin apabila nak tiba hari mengundi barulah mereka kalut sebab takut warga asing ini mengundi BN.

MPSP contohnya mempunyai skuad pemantau tapi cuma memantau dan mengambil gambar peniaga peniaga yang kononnya peniaga haram di tepi tepi jalan tapi kedai kedai warga asing tidak pula
pernah tengok dalam page ini.

Kedai kedai makan tom yam pula di sapu bersih oleh warga Thailand bermula dari Perlis hinggalah ke Johor Baharu. Mereka mereka ini mengunakan segala kemudahan dan subsidi rakyat malaysia untuk mengaut keuntungan yang sepatutnya di perolehi oleh rakyat malaysia.

Warga Myamar pula sewenang wenang menyalahgunakan kad pelarian UNCHR untuk bergerak bebas tanpa halangan dari pihak berkuasa sedangkan UNCHR hanya meberi kad tersebut kepada bangsa Roghinya sahaja bukan kepada semua warga Myanmar.

Warga Myamar bukan saja menguasai kerja kerja buruh tapi merek juga kini telah menguasai perniagaan makanan.

Di mana maruah rakyat Malaysia ..... apakah orang orang politik di MPSP makan rasuah atau mereka tak buat kerja atau memang mereka tak kisah

................................................................................................................................................
Diskusi Online Isu hukuman denda RM20,000.00 ke atas Ahmad Abdul Jalil kerana tuduhan menghina Sultan Johor jam 8.00 malam ini di RAONG.

Panel 1 : Ahmad Abdul Jalil (tertuduh)
Panel 2 : Aduka Taruna (Aktivis Rakyat dan pernah berhadapan dengan isu yang sama dengan sultan Johor)
Panel 3 : Peguam Kamal Hisham Jaafar (bekas peguam almarhum Sultan Johor)
Moderator : Melati Rahim (aktivis mahasiswa)

Diskusi ini boleh di ikuti di Radio Orang Penang (RAONG) dengan click http://myradiostream.com/radioorangpenang atau ke blog http://wasiatpejuang.blogspot.com/

RAONG juga kini boleh di ikuti melalui talifon pintar anda


Isnin, 21 Oktober 2013

LIM GUAN ENG BERSAMA PENDUDUK TOK SUBOH BANTAH PENGUSIRAN PAKSA

Pmtg.Tok Subuh: RAGAS sokong Guan Eng

BAGAN - Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) menyambut baik pendirian terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang dilaporkan menyebut bahawa Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan pelan perancangan pembangunan sekiranya penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh tidak untung.

Pengerusi badan bertindak itu, Zolkifly Md. Lazim pagi tadi berkata, pendirian itu seharusnya memangkin pihak berwajib untuk terus berunding dengan tuan tanah serta pemaju.

INTISARI RAONG UNTUK HARI INI :

3.00 ptg - Bersama Wakil Rakyat Anda
4.00 ptg - Lagu2 permintaan di FB
5.00 ptg - Khabar dari Dubai

iKUTI RAONG DI TAPAK UTAMA RADIO INI http://myradiostream.com/radioorangpenang

"Kami (RAGAS) sokong pendirian Ketua Menteri.

"Rundingan dengan tuan tanah (Distinct Class Sdn. Bhd.) perlu diteruskan supaya semua pihak untung.

"Jika penduduk untung (tuntutan mereka diterima), tuan tanah dan pemaju juga akan untung (diluluskan pelan perancangan pembangunan).

"Negeri pun akan untung apabila semua pihak berwajib untung," ujar Zolkifly Md.Lazim pagi tadi semasa ditemui di Mahkamah Majistrit & Seksyen Butterworth, di sini.

Semalam, Guan Eng melawat beberapa kawasan banjir, termasuk Kampung Permatang Tok Subuh.

Setiausaha Agung DAP itu semasa berinteraksi berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan perancangan pembangunan di Kampung Permatang Tok Subuh jika penduduk asal di desa tersebut rugi.

Justeru, beliau menasihat semua penduduk berwajib supaya saling bekerjasama dengan dua Yang Berhormat (YB) berwajib, iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok) demi menguntungkan semua pihak.

"Penduduk jangan risau, biar dua YB ini yang risau (selesaikan isu Kampung Permatang Tok Subuh," seloroh Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

- Penang Insight






Khamis, 17 Oktober 2013

ADUN PKR PENANTI LETAK JAWATAN? POLITIK PULAU PINANG BAKAL BERGOLAK LAGI

Politik Pulau Pinang di khabarkan akan bergolak lagi seperti mana selepas PRU 2008 apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Adun Penanti melepaskan jawatannya akibat konspirasi dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Terkini tersebar riuh di facebook bahawa Adun Penanti kini iaitu Dr Norlela Ariffin di khabarkan akan melepaskan jawatan akibat menerima tekanan politik dari pihak pihak tertentu di dalam PKR.....

Di maklumkan beliau amat tertekan dengan sikap anwar yang cuba mempengaruhi setiap gerak kerja yang di lakukan oleh Adun ini dari isu negeri hinggalah ke perlantikan JKKK. dan yang terbaru telah di khabarkan Dr Norlela telah di marahi Anwar di khalayak ramai termasuk beberapa orang pemimpin DAP.

Menurut satu sumber Pengerusi PKR negeri turut terlibat dalam konspirasi ini kerana menurut sumber tersebut Dr Mansor tidak berpuas hati apabila Dr Norlela di sebut sebut sebagai seorang wakil rakyat yang kuat bekerja dan sejak menjadi Adun di kawasan tersebut telah berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah masalah tertunggak yang telah di tinggalkan oleh Dr Mansor sedangkan ketika beliau menjadi Adun sebelum PRU yang lalu beliau di lihat oleh penduduk setempat tidak mesra rakyat dan gagal untuk menyelesaikan masalah masalah yang di hadapi oleh penduduk Penanti terutamannya masalah banjir.

Tapi Dr Norlela pula walaupun baru sahaja memegang jawatan Adun tersebut telah berjaya menyelesaikan masalah yang seian lama di hadapi oleh penduduk. Perkara ini menurut sumber tersebut telah membuat Dr Mansor terasa seolah olah beliau lansung tidak punya harga bagi rakyat penanti...

Apakah konspirasi terhadapa Fairuz bakal berulang lagi.... kita tunggu sahaja kerana kononnya Timbalan Ketua Menteri sekarang iaitu dato Rashid juga tidak selamat kerana menurut sumber tersebut Dr Mansor juga tidak puas hati kerana gerak kerja TKM sekarang lebih laju berbanding dengan Dr Mansor ketika beliau menjadi TKM dulu...

Kita nantikan kisah seterusnya.... Semuanya hanya di Radio Orang Penang RAONG.... radio raongan suara rakyat Pulau pinang...ikuti radio ini di blog ini atau click di http://myradiostream.com/radioorangpenang

Nota : RAON akan bersama Peguam Kamal Hisham dalam segmen "Khabar dari Dubai pada jam 4.30 ptg nanti..


To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve