To Live Is to Die

free counters

Isnin, 21 Oktober 2013

LIM GUAN ENG BERSAMA PENDUDUK TOK SUBOH BANTAH PENGUSIRAN PAKSA

Pmtg.Tok Subuh: RAGAS sokong Guan Eng

BAGAN - Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS) menyambut baik pendirian terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang dilaporkan menyebut bahawa Kerajaan Negeri tidak akan meluluskan pelan perancangan pembangunan sekiranya penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh tidak untung.

Pengerusi badan bertindak itu, Zolkifly Md. Lazim pagi tadi berkata, pendirian itu seharusnya memangkin pihak berwajib untuk terus berunding dengan tuan tanah serta pemaju.

INTISARI RAONG UNTUK HARI INI :

3.00 ptg - Bersama Wakil Rakyat Anda
4.00 ptg - Lagu2 permintaan di FB
5.00 ptg - Khabar dari Dubai

iKUTI RAONG DI TAPAK UTAMA RADIO INI http://myradiostream.com/radioorangpenang

"Kami (RAGAS) sokong pendirian Ketua Menteri.

"Rundingan dengan tuan tanah (Distinct Class Sdn. Bhd.) perlu diteruskan supaya semua pihak untung.

"Jika penduduk untung (tuntutan mereka diterima), tuan tanah dan pemaju juga akan untung (diluluskan pelan perancangan pembangunan).

"Negeri pun akan untung apabila semua pihak berwajib untung," ujar Zolkifly Md.Lazim pagi tadi semasa ditemui di Mahkamah Majistrit & Seksyen Butterworth, di sini.

Semalam, Guan Eng melawat beberapa kawasan banjir, termasuk Kampung Permatang Tok Subuh.

Setiausaha Agung DAP itu semasa berinteraksi berkata, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan perancangan pembangunan di Kampung Permatang Tok Subuh jika penduduk asal di desa tersebut rugi.

Justeru, beliau menasihat semua penduduk berwajib supaya saling bekerjasama dengan dua Yang Berhormat (YB) berwajib, iaitu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Lee Khai Loon (Ahli Dewan Undangan Negeri Machang Bubok) demi menguntungkan semua pihak.

"Penduduk jangan risau, biar dua YB ini yang risau (selesaikan isu Kampung Permatang Tok Subuh," seloroh Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

- Penang Insight






Blackend Is The End

Dyers Eve