To Live Is to Die

free counters

Khamis, 21 November 2013

JANGKA HAYAT PAS BERSAMA PAKATAN RAKYAT BERAKHIR?

PAS UNTUK SEMUA ATAU PAS UNTUK PAS - bahagian 1

Pas bukan saja eset penting Pakatan Rakyat malah Pas juga adalah talian hayat umno. Sama ada kita suka atau tidak suka kepada Pas, parti ini tetap penting dalam membentuk politik negara ini.

Apa saja keputusan dalam pucuk pemilihan Pas kali ini adalah penentu hala tuju Pas sama ada akan terus bersama sama dengan rakyat atau parti ini akan membawa diri sendiri atau lebih malang lagi akan bersama sama dengan umno.

Keputusan perwakilan Pas sama ada untuk Pas terus bersama sama dengan pakatan Rakyat atau tidak adalah perlu di hormati kerana ianya di jalankan secara mesyuarah dan mengikut perlembagaan parti itu. Itu hak ahli Pas..

Pas sedang berhadapan dengan tahap maksima kematangan dalam politik parti mereka. Bak kata peribahasa melayu carik carik bulu ayam pasti akan bercantum semula. Mereka sedang berhadapan dengan perang saudara yang kata orang tua tua adik beradik bergaduh jangan masuk campur nanti mereka berbaik kita pula yang kena.

Namun itu sekiranya Pas memilih untuk menjadikan parti mereka hanya untuk Pas sahaja tapi kalau Pas masih sayangkan cogankata keramat mereka "Pas Untuk Semua" maka Pas perlu mendengar pandangan orang luar dari Pas.

Mendengar bukan bererti menerima tapi kalau tidak mendengar bagaimana hendak menerima atau menolak pandangan orang luar. Tidak salah mendengar dan tidak salah pulak untuk mereka menolak atau menerima.

Sabtu, 2 November 2013

Kenapa DAP menang dan PAS kalah? - Bahagian 1

Sebelum PRU13, DAP bekerja kuat seperti mereka akan kalah sedangkan hakikat yang sebenar dalam situasi politik ketika itu DAP sepatutnya berasa selesa dengan sokongan padu orang2 cina kerana DAP hanya bertanding di kawasan kawasan orang cina.

Pas pula seperti cukup selesa apabila di beri amanah dalam PRU 12 mentadbir di 2 negeri di samping berkonsi kuasa di Pulau Pinang dan selangor lalu mereka bekerja seperti orang yang akan menang selama lamanya.

Akhirnya DAP menang bergaya di Pulau Pinang dan Pas bukan saja kalah di Kedah malah Pas hanya tinggal satu kerusi Parlimen di Kedah berbanding PKR mendapat 4 kerusi di sana.

Persoalannya mengapa Pas jauh ketinggalan di dalam pakatan rakyat berbanding dengan PKR dan DAP?

Teorinya amat mudah... Lihat kembali ketika Pas, DAP dan keAdilan serta PRM bersama sama dalam barisan Alternatif dalam PRU 10. Mengapa Pas berjaya menjadi dominan kepada lain lain parti dalam BA tapi gagal dalam PR.

Bersambung...

SENTIMEN POLITIK PAS DAN UMNO

Politik melayu adalah politik mudah... ianya hanya berkisar kepada sentimen kepartian dan kebangsaan. Politik melayu hanya berkisar antara dua parti politik iaitu Umno dan Pas. Walaupun Pas mendakwa mereka parti Islam tapi ia tetap tidak boleh lari dari sentimen bangsa dalam politik parti itu.

Sebelum kemasukan Dr Burhanudin di dalam Pas politik Pas lebih berkisar kepada ultra melayu. Pas sebelum Dr Burhanudin pernah berselogan dengan slogan Malaya untuk melayu.. Cina balik China, India balik India.

Politik sentimen ini terus terbawa bawa sehingga ke hari ini sehingga menyebabkan Umno dan Pas adalah parti yang terbelakang jika di bandingkan dengan DAP dan PKR kerana Politik Pas dan Umno tidak perlu polisi kepada rakyat. Ianya cukup sekadar bermain sentimen kerana kedua dua parti ini hanya merebut undi orang melayu.

Lihat sajalah cara Pas dan Umno berkempen di Sungai Limau. Sekiranya pilihnraya ini berlaku di kawasan kawasan majoriti pengundi cina kempen sebegini pasti tidak akan berlaku kerana perbezaan pemikiran politik cina dan melayu terlalu jauh.

Mampukah cara berkempen sebegitu akan menambah undi orang cina sekiranya pilihanraya ini berlaku di kawasan orang cina. Kejar itik dalam sawah, tabur benih padi, banner bapa BN doa kepada calon Pas, anak Pas doa kepada calon BN?

Tapi ianya meninggalkan kesan yang amat besar sekiranya berlaku di kawasan orang melayu kerana politik melayu adalah politik sentimen. Politik orang melayu tak akan maju selagi ada pemimpin politik melayu terus menerus memandang rendah pemikiran orang melayu.

Politik orang melayu akan terbuka luas dan berdaya saing serta maju kedepan apabila mereka menghindar diri dari tempurung Pas dan Umno.

Blackend Is The End

Dyers Eve