To Live Is to Die

free counters

Khamis, 21 Mac 2013

AL FATIHAH BUAT IBU SURIANI - PERGINYA SEORANG PATRIOT RAKYAT

Tiadalah yang lebih menyedihkan selepas pemergian Ustaz Fadzil Noor melainkan pada pagi ini apabila mendapat panggilan membawa berita perginya Ibuku Srikandi Suriani Abdullah untuk selama lamanya dari alam yang bernyawa ini.

Ahhh.... menanggis hati ini ... pilu hati ini mengenangkan diri ibuku Suriani yang seluruh hidupnya di habiskan demi rakyat. Dia ibu ku dan dia juga idola ku. Perjuangannya menjadi inspirasi pada diri ku dan kawan kawan yang lain.

Siapa aku.... siapa aku yang tidak malu mengaku anaknya... Jiwa ku kecil jiwanya besar... mana mungkin dapat aku mewarisi sifat keberanian yg ada pada dirinya.
Di zaman persekolahannya dialah pelajar paling cemerlang di sekolahnya.. Di zaman fasis Jepun menawan malaya dialah berada di barisan hadapan mengangkat senjata..

Di usia remaja dia diburu.... di tangkap... di penjara...di pukul... di siksa .... Ahhh apalah sangat dengan fitnah yang di lemparkan kepada Anwar Ibrahim berbanding apa yang pernah di hadapi oleh ibu Surianiku dan rakan rakannya.

Itulah Srikandi Suriani ibu ku yang telah pergi buat selama lamanya. Pergi dengan membawa seribu kenangan dan catatan sejarah yang di lenyapkan oleh pemerintah dan tuannya British. Namun begitu... percayalah wahai ibuku.... tenanglah kamu di sana kerana kami di sini sentiasa akan meneruskan perjuangan mu.....

SRIKANDI SURIANI ABDULLAH (ENG MING CHING)

 lahir di Sitiawan, Perak, pada bulan Januari 1924. Bapa seorang kerani di sebuah pertubuhan Cina, ibu seorang suri rumah tangga. Keluarga ada sedikit kebun getah. anak keempat daripada lima beradik – empat lelaki dan dia satu-satunya anak perempuan.

Sekolah rendah ketika berusia lima tahun, kemudian belajar di peringkat menengah di Nan Hwa High School, Sitiawan. Dari sekolah rendah hingga lulus sekolah menengah, biasanya memakan masa sembilan tahun. Tetapi, kerana kemajuan belajar yang baik, dia lompat darjah dua kali dan lulus dalam masa tujuh tahun. Sekolah Nan Hwa mungkin tercatat dalam sejarah kerana di situ juga Chin Peng belajar.

Pada tahun 1937, masuk Kelas Normal untuk jadi guru, kemudian menyambung pelajaran di sekolah Inggeris dan lulus Kelas Tujuh. Waktu di sekolah Inggeris, dia mengajar bahasa Cina kepada pelajar-pelajar Cina sebelah petang.

Mula terpengaruh dengan perjuangan apabila membaca sebuah buku bertajuk Red Star Over China, diterbitkan pada tahun 1937. Buku tulisan pengarang Amerika itu memberi kesan yang mendalam kepadanya dan pelajar-pelajar lain.

Masyarakat pada masa itu memang tidak bersetuju anak-anak gadis mencampuri gerakan politik. Dalam keluarganya, sebanyak tiga generasi tak ada anak perempuan. Jadi, sebagai satu-satunya anak perempuan, Ibu Suriani sangat disayangi oleh orang tua. Kita boleh bayangkan sikap mereka terhadapnya.

Pada tahun 1940, di Ipoh, Ibu Suriani diterima menjadi seorang anggota PKM. Ketika itu, berusia 16 tahun. Untuk melampas diri dan bersebati dengan massa rakyat, ibu Suriani dihantar bekerja di kalangan kaum buruh, mula-mula di Taiping, kemudian di Kampar. Pada awal 1941, memimpin mogok buruh wanita syarikat rokok di Kampar.

Kerana selalu diekori oleh polis, ibu Suriani pun beralih ke kawasan Pusing dan Teronoh. Di sana, seorang kader wanita kena tangkap. Ibu Suriani pun diatur mengambil alih tugas beliau memimpin kerja wanita dan meneruskan penerbitan majalah Wanita. Pada bulan Disember 1941, kerana sudah “merah”, PKM mengatur ibu Suriani berpindah ke Singapura.

Pada tahun 1942, menjadi Setiausaha Jawatankuasa Parti Bandar Ipoh, tetapi kerana ada pengkhianat, tak lama kemudian, dia pun masuk pasukan.

Kerana keperluan kerja, Ibu Suriani ditukar daripada tentera untuk memimpin Jawatankuasa Daerah, mula-mula di Chemor dan Sungai Siput, kemudian di Tanjung Tualang, dan Batu Gajah dan lain-lain.
Suatu hari, kerana kerja berat, ibu Suriani jatuh sakit dan tak dapat balik ke pangkalan di tepi hutan. Mereka bermalam di sebuah rumah di tepi kampung. Rupanya, askar Jepun datang menggeledah dari rumah ke rumah dan melakukan penangkapan.

Peristiwa itu berlaku pada 28 Januari tahun 1945. Anasir cergas yang berjaga sewaktu mereka tidur tidak sedar ketika askar fasis Jepun mengepung rumah. mereka terjaga mendengar tembakan pengawal yang bertempur dengan musuh. Malangnya, dia terkorban dalam peristiwa itu. Ibu Suriani mencabut pistol menembak dua kali, tetapi sayangnya, kedua-duanya tak meletup.

Dia pun ditangkap oleh askar Jepun dan dibawa ke pejabat Kempeitai (polis tentera Jepun) di Ipoh. Dalam tahanan, apabila ada kesempatan, Ibu Suriani berucap kepada tahanan lain dan mengajak mereka bernyanyi. Apabila disoal siasat, dia berbahas dengan algojo-algojo (fasis Jepun) itu, yang mengenakan bermacam-macam seksaan terhadapnya.

Pegawai Jepun yang marah dan menyeksa dengan teruknya. Mereka membakar badan ibu Suriani dengan puntung rokok dan lain-lain. Selalu dipukul dan dipijak dengan kasut bot sehingga muntah bercampur darah.

Kekejaman fasis Jepun sudah diketahui umum. Oleh itu apabila ditangkap, ibu Suriani telah bersedia untuk berkorban pada bila-bila masa. Di dalam penjara yang sunyi sepi, dia selalu teringat kepada kawan-kawan pimpinan khasnya Ai Ke dan Chen Ping; teringat kepada kawan-kawan yang telah korban dan kawan-kawan seperjuangan yang sedang bertempur bermandi darah melawan fasis Jepun. Bila teringat mereka, dia menggenggam tangan kuat-kuat dan melafaz keazaman dalam hati: "Kawan-kawan, teruskan perjuangan hingga akhir, aku akan teguh tak berganjak biar mati sekalipun".

Ibu Suriani dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat sejak tahun 1975. Berada dalam Badan Pimpinan Rejimen ke-10 yang diketuai oleh Bapak Abdullah C.D.. Dalam badan pimpinan ini, terdapat juga Bapak Rashid Maidin dan pemimpin lain. Mereka melakukan bermacam-macam pekerjaan seperti pendidikan, pembesaran dan pengukuhan pasukan, mengarahkan pertempuran, memimpin kerja bawah tanah, kerja massa dan barisan bersatu.
 Yang amat mengharukan ialah semangat kepatuhan dan semangat kepahlawanan para komander dan perajurit Rejimen ke-10. Kawan-kawan, baik lelaki mahupun wanita, tak tunduk pada kesukaran, bahaya dan pengorbanan. Mereka telah membuat sumbangan yang amat berharga kepada usaha kemerdekaan tanah air dan kebahagiaan rakyat. Mereka layak digelar sebagai “kesuma bangsa”.

Berkenalan denganBapak Abdullah CD pada tahun 1945 di Ipoh. Mendirikan rumah tangga pada awal tahun 1955. Selama puluhan tahun ini, mereka berjuang bersama, bertempur bersama, sama suka sama duka, siang malam memerah otak untuk mendewasakan Rejimen ke-10 serta mengembangkan perjuangan yang mulia ini. Mereka berazam berjuang bersama-sama sampai ke akhir hayat.

Dikurniakan seorang cahaya mata, seorang anak perempuan yang turut sama di dalam perjuangan sehingga Kerajaan malaysia menyerah kalah dengan bersetuju untuk berdamai dengan PKM pada tahun 1989.

Hari ini pada jam 5 pagi waktu Thailand Ibu ku Suriani telah menghembuskan nafas terakhirnya di sisi suaminya tercinta dalam usia 89 tahun setelah seluruh hidupnya di pertaruhkan untuk kehidupan kita hari ini dan esok.

Al fatihah.. dan tabik hormat dari kami anak dan cucu mu di tanahair...

Abu Nawas....

 

Blackend Is The End

Dyers Eve