To Live Is to Die

free counters

Isnin, 29 April 2013

DR MANSOR OSMAN CALON PAKATAN RAKYAT NIBONG TEBAL

Calon PKR bagi kerusi Parlimen Nibong Tebal (P47)

Dato’ Dr. Mansor Bin Othman, Ph.D (Yale)
Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang

“...Pembangunan Ummah merupakan satu agenda penting kepada Kerajaan Negeri. Bagi merealisasikan agenda besar ini, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa perkara asas terutamanya dalam bidang pembangunan modal insan kerana sejarah telah membuktikan tiada tamadun yang boleh dicapai tanpa didahului oleh usaha-usaha meningkatkan ilmu pengetahuan kepada ummah itu sendiri...”

Sedutan ucapan di Majlis Pelancaran Yayasan Islam Pulau Pinang pada 18 Disember 2011.

Biodata

Dato’ Mansor merupakan seorang tokoh pentadbiran negeri dan pensyarah yang kini berusia 59 tahun ini, mempunyai 3 orang cahaya mati, hasil perkongsian hidup dengan Aishah Binti Zainul. Memperolehi Sarjana dalam bidang pentadbiran daripada Universiti Sains Malaysia sebelum berjaya memperolehi Ph.D daripada University of Yale.

Portolio Pentadbiran

Beliau memulakan kariernya sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat di Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dari 1993 – 1998, Ahli Jawatankuasa PEMADAM Pulau Pinang (1994 – 1996), Setiausaha Konvensyen Pembanguan Usahawan Pulau Pinang (1994 – 1996). Selanjutnya beliau juga pernah menjadi penyelaras untuk Program Pembangunan dan Kepimpinan Belia Pulau Pinang, Ahli Jawatakuasa Konvensyen Bumiputera Pulau Pinang dan juga Ahli Jawatankuasa Majlis Pembentukan Program Khidmat Sosial Nasional di Kementerian Belia dan Sukan (1996).

Selain dari portfolio berbentuk pembangunan sosial, beliau juga pernah berkhidmat selama 16 tahun sejak 1980, sebagai Pensyarah (dalam Politik dan Pentadbiran) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Biro Tata Negara, di samping mengendalikan kursus-kursus motivasi dan kepimpinan untuk pelbagai badan kerajaan dan separa kerajaan.

Selanjutnya, pengalaman luas beliau turut meliputi pengalaman ketika terlibat dalam kajian dan penyelidikan membabitkan program memperkasakan ekonomi golongan miskin dengan menjadi ketua pasukan membangunkan sebuah projek yang dikenali sebagai TEKUN NASIONAL yang bertujuan untuk meningkatkan upaya keusahawanan dan membentuk jaringan antara peniaga kecil menerusi pinjaman mikrokredit.

Perlu diketahui juga bahawa beliau juga turut terbabit dalam kajian tentang program pembiayaan yang dilaksanakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) serta membantu Pulau Pinang untuk menambahbaik sistem pengurusan tanah di Pulau Pinang.

Politik

Beliau pernah menjawat tugas selaku Setiausaha Politik kepada Dato Seri Anwar Bin Ibrahim ketika Dato Seri Anwar Bin Ibrahim masih berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Selain itu, pengalaman politik beliau juga melibatkan pertandingan untuk mendapatkan kerusi DUN Seberang Jaya (Pilihanraya 2004) dan Pulau Betong (Pilihanraya 2008), namun tewas dalam kedua-dua pilihanraya tersebut. Namun begitu, beliau telah bangkit dalam Pilihanraya Kecil untuk DUN Penanti pada 2009 dan berjaya memenangi kerusi DUN tersebut dengan majoriti besar 5,558 undi.

Kualiti-Kualiti Sebagai Calon Ahli Parlimen

Beliau adalah merupakan seorang ahli tadbiran yang berpengalaman luas, dengan memegang beberapa portolio yang merangkumi ehwal pembangunan masyarakat, ekonomi bumiputera, kepimpinan belia dan juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah. Pengalaman-pengalaman sebegini seharusnya menjadikan beliau sebagai seorang calon Ahli Parlimen yang berketrampilan dan berkarisma.

Di samping itu, beliau juga terlibat dengan pelbagai kajian dan penyelidikan dasar ketika berkhidmat dengan INTAN, menjadikan beliau seorang calon ahli Parlimen yang seharusnya berpengalaman dalam membuat dasar untuk kebaikan rakyat. Ini termasuklah pengalaman beliau ketika bertugas di Kementerian Belia dan Sukan dan juga sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri. Kesemua faktor ini adalah penting untuk seseorang ahli Parlimen dalam membahaskan isu dan dasar negara.

Cadangan-cadangan di Peringkat Parlimen

Beliau berazam untuk menjadikan Manifesto Pakatan Rakyat Pulau Pinang menjadi kenyatan dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Manifesto tersebut merangkumi rancangan-rancangan seperti berikut: -

1. Mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dari sudut tadbiran dan ketelusan.

2. Menjana pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang yang mapan dan sihat.

3. Membangun-pesatkan sektor pelancongan Pulau Pinang untuk menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara sebagai salah satu cabang dapatan ekonomi negeri.

4. Memacu usaha ke arah mengembangkan sains dan pendidikan ke arah membangunkan masyarakat yang progresif dan dinamik.

5. Menyediakan, menambah dan membaik pulih infrastruktur awam (kemudahan asas awam) meliputi Sekolah, Dewan, Medan Selera, Pasar dan yang seumpamanya bagi menyediakan kehidupan yang selesa untuk penduduk Pulau Pinang.

6. Menyediakan perumahan untuk semua, yang mana bermaksud, menyediakan skim perumahan yang mencakupi pelbagai lapisan masyarakat dengan keutamaan kepada yang berpendapatan rendah dan sederhana.

7. Memartabatkan syiar Islam, merangkumi soal kependidikan Islam, amalan Islam, kebajikan kepada asnab-asnab, membaikpulih sistem pungutan dan agihan zakat, mengemaskini pentadbiran Islam negeri dan yang seumpamanya.

8. Mewujudkan sebuah “Negeri Berkebajikan” dengan mencontohi amalan di negara-negara Nordic seperti Iceland, Poland, Switzerland dan lain-lain, yang mana di negara-negara ini, dapatan dan lebihan ekonomi negeri/negara, diagihkan kepada rakyat dengan saksama dan adil. Dengan ini juga, kerajaan negeri berikrar untuk mengekalkan ketelusan dalam menguruskan dana bantuan ini.

9. Meneruskan usaha ke arah pembangunan wanita dan anak muda, dengan menyediakan pelbagai program-program pembangunan, kajian, pusat-pusat aduan untuk wanita dan banyak lagi. Ini termasuklah, memperbaiki sistem Mahkamah Syariah dalam soal penceraian yang kadang-kala memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan, akan diperbaiki dan diperkemaskan. Di samping itu, menerusi pelbagai program lain juga, kerajaan negeri berikrar untuk menyelesaikan masalah anak-anak muda yang keciciran dalam pelajaran dengan membangunkan banyak program dan institusi yang bakal menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan dalam bidang teknikal, elektronik dan sebagainya.

10. Mempertahankan, memelihara dan memartabatkan kesenian, kebudayaan dan warisan negeri agar ketulenan, kelangsungannya dan keutuhannya dipelihara untuk tatapan masyarakat akan datang, di samping dengannya juga, sektor perindustrian akan terus berkembang sebagai salah sebuah dapatan ekonomi negeri.

11. Mewujudkan Pulau Pinang yang bersih, hijau dan selamat.

12. Mewujudkan desentralisasi dalam urusan pentadbiran supaya urusan awam lebih lancar dan pantas. Ini merangkumi cadangan untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan untuk memartabatkan demokrasi dalam pentadbiran membabitkan rakyat, memperbaiki sistem pengangkutan awam termasuk bas percuma pada waktu puncak di seluruh negeri, menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri berbasikal, mengembalikan Pelabuhan Pulau Pinang dan perkhidmatan feri kepada kuasa kerajaan negeri supaya lebih tersusun dan bersih dari penyelewengan dan banyak lagi.

Sila klik link di sini untuk melihat Manifesto Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan untuk lebih mengenali Dato Mansor Othman

Maizaul

Unit Media Abu Nawas

PENDEDAHAN SKANDAL CALON PKR SEBERANG JAYA

Calon PKR bagi DUN N10 SEBERANG JAYA

Dr. Afif Bahardin, MBBS (UiTM)

“... Saya percaya bahawa politik nilai dan dasar adalah kata kunci untuk membawa Malaysia maju ke hadapan. Pengalaman saya sebagai doktor sangat berguna kerana kami dilatih untuk bertanggungjawab atas amanah kami, bekerja dengan penuh etika dan paling penting berlaku jujur dalam tugasan kami kerana kami berurusan dengan soal hidup dan mati pesakit...”

Biodata

Dr. Afif merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, seorang doktor muda berusia 28 tahun, memperolehi MBBS (Sarjana Muda Perubatan & Pembedahan) daripada UiTM pada 2009. Beliau kini mempunyai seorang anak perempuan hasil perkongsian hidup dengan Dr. Mardhiah Bt. Zakaria.

Resume

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Pulau Pinang pada 2009 dan selanjutnya dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Jabatan Otorinolaringologi, pembedahan kepala dan leher, Hospital Sungai Buloh sejak 2011 sebelum meletakkan jawatan apabila dicalonkan untuk DUN Seberang Jaya.

Suatu fakta menarik yang wajar dikongsi bersama, beliau pernah mewakili negara di World Civic Youth Forum di Korea Selatan pada 2009 untuk membentangkan kertas kerja, mewakili Malaysia.

Politik

Perjalanan politik doktor muda ini bermula sejak masih dalam pengajian lagi, ketika masih menuntut di UiTM. Sejurus tamat pengajian dan memperolehi ijazah Sarjana Muda (Perubatan dan pembedahan) pada sekitar 2009, beliau terus menyertai Parti Keadilan Rakyat. Beliau sangat berdedikasi dalam tugasnya, menyebabkan beliau cepat naik dalam hierarchy kepimpinan PKR di Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai Ketua Biro Profesional AMK Pulau Pinang pada 2009, sebelum dilantik sebagai Setiausaha AMK Pulau Pinang pada 2010 dan selanjutnya menjadi Naib Ketua AMK bagi seluruh Pulau Pinang mulai 2011 hingga ke hari ini.

Aktiviti-Aktiviti Lain

Beliau dikenali ramai kerana beberapa aktiviti kemasyarakan yang pernah disertainya, termasuk ketika menyertai Global Peace Mission, Biro Kesihatan ABIM, Medical Relief Agency dan di samping itu, beliau pernah bersama beberapa orang rakan baik beliau, menubuhkan sebuah NGO yang dikenali sebagai SKUAD PRIHATIN.

Di samping aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan dengan bidang perubatan, beliau juga mempunyai kecenderungan dalam bidang sastera apabila menjadi salah seorang daripada pengasas Akademik Pak Sako. Selain dari itu, beliau juga merupakan salah seorang daripada graduan Asian Renaissance 40 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar dan terlibat secara langsung dengan modul sekolah politik, melatih ahli-ahli politik muda.

Kualiti-Kualiti Sebagai Calon Dewan Undangan Negeri

Beliau mempunyai sikap seperti berdedikasi bila digalaskan amanah, berikiran terbuka, karismatik bila bertugas dan oleh kerana keterlibatan dalam gerakan Islam seperti ABIM, beliau terdedah dengan suasana tadbiran yang Islamik. Beliau juga seorang anak muda yang amat merendah diri bila berhadapan dengan masyarakat, tetapi seorang doktor yang cekal dan tabah bila berhadapan dengan tugas yang berat.

Cadangan Untuk Kawasan Seberang Jaya

Beliau berikrar untuk bekerjasama dengan baik dengan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan tahap kebersihan serta memperindahkan lagi bandar Seberang Jaya untuk menjadikan Seberang Jaya sebuah bandar yang mesra alam untuk didiami, sekaligus menarik lebih penempatan di situ bagi menjana kekuatan ekonomi dalam pelbagai industri.

Beliau juga mempunyai beberapa idea untuk menaiktarafkan beberapa kemudahan awam di Seberang Jaya seperti Pasar, Medan Selera, perpustakaan, taman-taman rekreasi dan banyak lagi. Di samping itu, beliau juga berazam untuk memperbaiki sistem perumahan di Seberang Jaya, sesuai dengan matlamat menambahkan lagi penempatan komuniti di Seberang Jaya.

Cadangan-cadangan di Peringkat DUN/Parlimen

Beliau berazam untuk membawakan gagasannya ke Parlimen, bagi menjadikan Seberang Jaya sebagai sebuah ‘Bandar Pendidikan’ dengan mendirikan sebuah universiti awam, selain berusaha untuk menjadikan Seberang Jaya sebagai sebuah ‘Hub Kesihatan’ dengan menyediakan prasarana kesihatan yang bertaraf profesional bagi zon utara. Beliau juga ingin menjadikan Seberang Jaya sebagai sebuah pusat perlancongan alternatif di zon utara. Selanjutnya, bersesuaian dengan harapan beliau untuk menjadikan Sebarang Jaya sebagai tempay yang kondusif untuk didiami, beliau turut berazam untuk membawa ke Parlimen, usul untuk membangunkan sebuah perumahan yang berkonsepkan ‘Perumahan Lestari’.

Dari sudut kesihatan pula, beliau akan membawakan usul kepada parlimen, untuk mendapatkan biaya yang secukupnya untuk menaiktaraf infrastruktur dan perkhidmatan di Hospital Seberang Jaya bagi merealisasikan impian untuk menjadikan Seberang Jaya sebagai sebuah “Hub Kesihatan” yang terbaik di zon utara.

Kenali Calon PKR untuk DUN N10 Seberang Jaya

Klick sini untuk ke block Calon PKR Bertam

UMNO HINA KALIMAH ALLAH,) GANTUNG DALAM LONGKANG)

Adalah satu perkara yang amat luar biasa apabila UMMO begitu perihatin dengan isu Islam. Bila ianya menjadi satu perkara yang luar biasa maka sudah pastilah ada sesuatu yang tidak kena dengan isu ini.

Jika anda pernah melalui pilihanraya di sekirar sebelum tahun 2004 anda akan berjumpa dengan papan-papan tanda yang menghina hukum hudud yang di lukis dengan berbagai cara oleh parti MCA dan Gerakan. Ini adalah kerana untuk menakutkan pengundi bukan Islam agar tidak memberi undi kepada DAP yang kononya pada ketika itu DAP telah bersekongkol dengan PAS. Mesej mereka ialah mengundi DAP bererti mengundi Pas dan mengunidi Pas bermakna Hukum hudud akan di kenakan keatas orang ukan Islam.

Dengan kartun yang cukup menghina Islam di letakan di tepi-tepi jalan tidak langsung mendatangkan kemarahan kepada Umno. Sedangkan menghina hukum Hudud bererti menghina Allah Tuhan yang Umno pertahankan sekarang ini.

Hari ini tiba-tiba Umno melenting bila makamah membenarkan Nama Allah di gunakan oleh penganut kristian. Kononnya ianya satu penghinaan kepada Islam. Menghina hukum Islam tidak pula di katakan satu penghinaan terhadap Islam.

Sebenarnya perkara ini harus di lihat dari satu sudut yang tidak terlintas oleh kepala otak pemimpin yang satu haram tak reti apa tu. Perlu di ingatkan bahawa semua isu yang berlaku sejak dari kekalahan parti British Malaya sejak PRU yang lalu sentiasa berkaitan dengan bukan melayu dan bukan Islam.

Umno melalui team propaganda mereka telah cuba untuk membangkit kembali isu perkauman yang telah di runtukan pada PRU yang lalu. Walaupun yang di lihat menjadi mangsanya adalah orang bukan Islam dan bukan melayu namun sasaranya ialah untuk orang melayu.

Contohnya isu Teoh Beng Hock. Jika di lihat dari satu segi ianya di gunakan untuk membangkitkan kemarahan orang cina tetapi hakikatnya ialah untuk menimbulkan kemarahan orang melayu. Team propaganda ini mengharapkan apabila Isu Teoh ini di bangkitkan oleh orang cina ianya kan mendatangkan kemarahan pula kepada orang melayu terhadap orang cina.

Tujuan utamanya ialah agar akan berlaku satu permusuhan anatara orang melayu dengan bukan melayu. Namun begitu tidak semua orang melayu yang berfikiran seperti pemimpin umno yang tak cerdik atau lebih tepat lagi bahasanya BAHALOL.

Maka Umno perlu mencari satu isu yang bagi mereka melepasi sempadan melayu iaitu Islam. Isu pengunaan nama Allah ini sebenarnya satu perancangan yang cukup teliti yang telah di lakukan dengan melibatkan semua pihak sama ada mereka sedar atau tidak sedar. Di dalam dunia penghakiman yang cukup menyangsikan pada hari ini segala keputusan makamah boleh di andaikan dengan berbagai anggapan. Apakah anda yakin bahawa tidak ada campurtangan orang atas di dalam keputusan yang telah di buat oleh hakim yang bukan beragama Islam itu?

Keputusan membenarkan pengunaan nama Allah kepada orang kristian ini sengaja di lakukan untuk membangkitkan perasan benci serta perkauman di kalangan rakyat. Harapannya adalah orang Islam di luar Umno akan bangkit membantah keputusan makamah ini.

Yang paling utama sasaran mereka adalah Pas yang sebelum bersama DAP dan PKR sentiasa tegas didalam isu yang melibatkan Islam. Sekurang-kurangnya akan ada perbezaan pendapat antara sesama pimpinan Pas terhadap isu ini.

Sasaran kedua pula ialah orang melayu yang beragama Islam. Umno amat berharap agar dengan isu ini orang melayu akan melihat Pas sebah parti yang sudah tidak lagi berani menyuarakan hak Islam apabila bersama DAP dan PKR. Tuduhan Pas menajadi barua DAP akan di tiup mengunakan kipas angina berkuasa kuda.

Akhirnya harapan mereka orang-orang seperti Zulkifli Nordin dan Nasarusin Mat Isa akan bersama-sama UMNO di dalam perhimpunan haram membantah keputusan makamah ini. Apabila berlaku perkara begini ajen-ajen propaganda UMNo akan memainkan peranannya di dalam menghasut ahli Pas agar menentang orang cina atau bukan Islam yang selama ini telah pun berjalan namun secara senyap-senyap.

Agen-agen propaganda ini yang berada dari pimpinan Pas Pusat sehinggalah ke peringkat kawasan akan berusaha agar Pas bepecah kepada yang pro UMNO dan yang pro PR.

Peristiwa 13 may telah membuktikan betapa licik dan terancangnya usaha UMNo untuk mengembalikan kekuasaan kepada parti hasil didikan British ini. Melayu mana tidak termakan dengan isu perkauman sehingga terjadinya peristiwa 13 May. Hasilnya akibat darah perkauman Umno yang mengalir di dalam darah Pas pada ketika itu maka Pas menyertai BN yang sebelum itu mereka fatwakan sebagai kapir.

Maka percayalah keputusan makamah di dalam isu ini adalah juga hasil perancangan rapi oleh team propaganda umno yang akan lakukan apa saja demi survival umno untuk terus berkuasa.

Abu Nawas.

WASIAT PENTING TUAN GURU KEPADA PENGUNDI WARGA MISKIN

Bercerita tentang orang kaya di Malaysia tiba-tiba keluar pula cerita tentang gaji dan alaun para Menteri yang menerima puluhan ribu ringgit sebulan. Itu baru gaji dan alaun belum lagi yang di terima dari hasil sembang-sembang di kedai kopi ala orang kaya-kaya. Bila masuk kampong berpura-puralah pula para menteri ini akan kesedihan kepada penduduk kampong. Di hulurnya sekeping dua wang kertas sebagai simpati. Pulang saja ke pejabat di tuntut semula wang yang di beri tadi dengan berlipat kali ganda.

Mana mungkin seorang artis seperti Zeeze Izatee mahu menjadikan Bung Moktar sebagai suaminya jika Bung Moktar hanyalah seorang pekerja kilang yang paling banyak pendapatannya RM3,000.00 sebulan. Sehensem mana pun Bung Moktar, sealim mana pun Bung Moktar, sebaik budi pekerti macam mana pun Bung Moktar ianya tidak akan mampu untuk memikat ZeZee Izatee.

Itu cerita orang kaya raya, bagaimana pula cerita orang miskin yang hina dina. Pak pak Ustaz selalu berkata kepada kita agar jangan tengok orang di atas kita tapi tengoklah orang di bawah kita. Kalau kita naik motor jangan tengok orang nak kereta tapi tengoklah orang naik basikal. Kalau nak basikal pula kena tengok orang jalan kaki dan yang jalan kaki pula kena tengok orang tak boleh jalan.

Inilah yang di namakan kapitalisme. Kapitalisme berprinsipkan penindasan. Yang di bawah harus di tindas, Yang miskin harus di jadikan barua. Untuk menghalalkan perbuatan ini mereka gunakan orang agama untuk melemahkan golongan tertindas untuk bangkit melawan. Orang agama akan di bayar untuk mencari dalil2 agar si tertindas jangan melawan jika di tindas. Orang miskin dan tertindas akan di minta bersyukur dengan apa yang ada. Biarlah orang kaya naik kapal terbang kerana kita perlu bersyukur masih boleh naik bas tambang.

Bila ada yang bangun melawan arus dengan membawa satu system ekonomi yang di beri nama komunis dan sosialis maka sekali lagi orang agama akan di bayar upah untuk mengeluarkan fatwa yang system ini bertentangan dengan Islam. Belum cukup dengan itu orang agama dengan sukarela menjadi penyambung lidah kaum penindas dengan berkata komunis itu anti agama dan tidak percayakan Tuhan.

Pemerintah yang ada pada hari ini adalah pemerintah yang menindas rakyat. Tidak cukup dengan itu mereka bersekongkol dengan kaum penindas. Siapakah kaum penindas ini? Itulah 40 nama yang telah di anugerahkan dengan manusia paling kaya di Negara ini. Bukan saja anak tokey judi di Genting sahaja penindas tapi yang banyak memberi sumbangan melalui Yayasan Bulkhari juga adalah penindas.

40 orang terkaya di Malaysia ini di bantu oleh para menteri dan penguasa untuk menjadi penindas. Bagaimana para menteri membantu mereka untuk menjadi penindas? Sudah pasti dengan cara pengauatkuasa undang-undang yang tidak pernah menyebelahi rakyat. Bila kaum tertindas memohon gaji minima RM1,000.00 sebulan, para menteri akan bertanya terlebih dahulu kepada orang terkaya ini. Bila rakyat tertindas berhimpun menuntut hak mereka penguasa akan mengunakan polis untuk memukul dan memenjarakan rakyat.

Malangnya yang menentang perjuangan kaum tertindas adalah mereka yang juga setiap saat di tindas. Orang kampong yang memasang bendera UMNo adalah kaum tertindas, Polis yang memukul orang ramai juga adalah kaum tertindas, Tukang sapu sampah juga kaum tertindas. Namun begitu golongan ini pula menjadi penyokong dan sanggup menjadi benteng kepada pemguasa untuk terus menindas mereka.

Mereka tidak percaya majikan mampu membayar mereka gaji minima kepada kerja yang mereka lakukan. Jika ada yang bangun menuntut gaji dan kemudahan kepada kaum pekerja mereka yang setiap pagi menyuci longkang taik akan berkata kita patut bersyukur dengan gaji sebagai pencuci sampah sebanyak RM500.00. Kita perlu lihat orang yang lebih miskin dari kita.

Akhirnya golongan penindas semakin hari menambah kekayaan mereka hasil dari keringat orang miskin. Para menteri juga sibuk menghimpun kekayaan hasil dari kebodohan orang miskin itu sendiri Maka lahirlah manusia terkaya di Malaysia. Para menteri bergaji puluhan ribu ringgit dengan segala kemudahan yang di beri percuma atas keringat rakyat.

Namun begitu kaum tertindas akan tetap dihalang oleh golongan agama untuk bangkit menentang penindasan ini. Para agamawan akan berusaha mencari dalil dan nas bahawa menentang pemerintah hukumnya haram. Tanpa kita sedar para ustaz inilah penindas yang paling kejam yang menjadi dalang kepada kebangkitan rakyat.

Ini Kalilah Kita Ubah
Ubah Pemerintah dan Ubah pemikiran...

Undilah Asal Bukan Umno.

Tuan Guru Haji Abu Nawas bin Mawas

KENALI CALON PKR DUN PENANTI PERMATANG PAUH

Dr.norlela ariffin atau nama penuhnya Norlela Binti Hj. Ariffin calon anda untuk DUN Penanti merupakan anak kelahiran Kubang Semang, dan membesar di Bukit Mertajam.

Beliau mendapat pendidikan tinggi di University Of Sussex, Brighton, England dalam bidang doktor falsafah ( PhD) - “The Internationalization Of Innovative Capability: Malaysian Electronics.” Beliau telah mengukir nama didalam sektor kerajaan dan swasta selama 11 tahun dan berada didalam bidang pendidikan selama 8 tahun. Kemahiran beliau dalam bidang pendidikan telah diiktiraf sehingga keluar negara apabila beliau dilantik sebagai pensyarah di University of North Texas, Texas ,USA.

Beliau telah mewarisi semangat dan sifat kepimpinan ayahnya bekas ahli parlimen Permatang Pauh (1978-1982). Seiring dengan arus pembangunan yang semakin pesat, beliau membawa manifesto membantu peniaga dengan pinjaman tanpa faedah, Kemudahan micro-credit, bantuan untuk masyarakat yang berpendapatan RM750 kebawah, Permit pusat asuhan kepada suri rumah yang berkelayakan dan pengurusan sampah yang lebih baik termasuk e-waste. Akhir kata, pada pendapat saya beliau seorang yang sangat berpandangan jauh.

Jika dahulu, Dr Mahathir pernah digelar sebagai “bapa pembangunan”, saya berpendapat tidak mustahil untuk Dr.Norlela Menandingi pemikiran Dr.Mahathir malah saya yakin beliau mampu membangunkan Malaysia dan DUN jagaan beliau (DUN Penanti) menjadi lebih maju dan pesat tanpa rasuah dan penyelewengan wang

Blackend Is The End

Dyers Eve