Blackend Is The End

Rabu, 1 Mei 2013

Muhyiddin Khianati UMNO Kelantan


Rakyat Johor pasti kenal dengan anak kelahiran Muar ini, Muhyiddin Yassin bekas Menteri Besar Johor yang kini memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Admin bukan lah seorang yang suka sangat mentonton TV , lagi2 TV3 yang diperkaya dengan fitnah lagi berkrim. Entah apa angin harini, TV 3 jadi santapan admin dan rakan-rakan.

Bukak sahaja  buletinTv3  fitnah pun muncul, dan si pengacara yang comel berkata "Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin menyeru rakyat kelantan untuk berjihad melawan pembangkang ."


Rakyat malaysia yang bijak lagi pandai lagi bergaya harus sentiasa cakna dengan kebongokkan Pemimpin seperti beliau yang lupa sesungguhnya kerajaan bagi kelantan adalah PAKATAN RAKYAT(PAS) dan pembangkang adalah UMNO-BN. BENDA TU PON TAK BOLE PIKIAQ KA ???Lagi best apabila dah pembubaran PARLIMEN dia masih nak mengaku kerajaan Malaysia dia punya lettew~

Melati Cutex
Unit Media Bicara Abu Nawas..

CLICK DI SINI UNTUK PENDEDAHAN LANJUT

DARI DAKWAT KE LIWAT - AKHIRNYA MELANCAP


1 Mac 2013 yang lalu Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim secara rasmi menyerahkan borang menyertai PKR, serta mempertahankan kenyataannya “konspirasi politik jahat” melibatkan anaknya dalam kes liwat kedua.

Dalam satu sidang media pada hari itu, Azlan Mohd Lazim, 60, menyatakan keputusan yang dibuatnya tidak didorong oleh mana-mana pihak sebaliknya menegaskan sekali lagi anaknya terperangkap dalam rancangan oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Hari ini, secara rasminya saya menyerahkan borang untuk menyertai PKR,” kata Azlan yang mengaku telah menyokong perjuangan Anwar sejak tahun 1998.

LAWATI BLOG BERAHI DI SINI

“Saya sebagai rakyat Malaysia, berhak membuat keputusan sendiri... Ini masa yang tepat untuk saya sertai PKR bagi membuat perubahan.”

Azlan juga berharap anaknya Saiful supaya menghormati keputusan yang dibuatnya hari ini dan menegaskan segala yang terjadi tidak akan menjejaskan hubungan mereka sekeluarga.

“Saya ingin minta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku ini,” ujar beliau.


Dalam kenyataannya juga sebelum ini, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau sendiri dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan peguam Zamri Idrus.

Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

Hari ini ,genap 2 bulan bapa Saiful Bukhari menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR),namun sekali lagi rakyat Malaysia digemparkan dengan dengan kes bapak Saiful Bukhari, kali ini lain pulak ceritanya  :


1 Mei 2013-Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 benar-benar berlaku.

Azlan mengaku kejadian ke atas anaknya itu bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.

"Kejadian liwat yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI (Anwar)," katanya.

Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.

 Azlan dilapor menjelaskan, tindakannya sebelum ini dibuat akibat terpengaruh dengan beberapa pihak dan tidak timbul soal ganjaran.

"Kebetulan nak pilihan raya saya tampil buat keterangan. Saya ada buat solat istikharah mohon petunjuk dan pedoman. Bersedia hadapi tohmahan orang sekeliling," katanya yang mengaku sudah insaf.

Beliau juga menegaskan, tindakannya mengadakan sidang akhbar pada hari ini atas kesedaran sendiri, keinsafan dan bukan disuruh, dipengaruhi mahupun dipujuk oleh sesiapa.

Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
* sumber : Mkini

Macam-macam hal lah UMNO ni, admin tak tahu lah bila depa ni nak insaf. Apa pun rakyat Malaysia, jangan cepat melatah. Isu picisan macam ni kita tolak tepi. TUKAR TETAP TUKAR ! INIKALILAHHH!!!

Melati Cutex
Unit Media BicaraAbu Nawas
http://melaticutex.blogspot.com/

BAS MEMBAWA PENGUNDI TELAH TIBA DI TERANGGANU


RAGAM PILAHNRAYA UMUM: ZOMBIE menyerang TERENGGANU !!!!!


Sebelum ini kita hanya melihat Zombie di Televisyen dan cerita di panggung wayang. Tapi kali ini anda boleh melihat sendiri ZOMBIE secara live !!!

Pagi ini admin digemparkan dengan sebuah berita mengenai Pengundi Hantu zombie yang telah pun tiba di Terengganu PAGI tadi sekitar Jam 6.30 pagi di sebuah hotel terkemuka di Terengganu.

Saksi cuba untuk masuk ke dalam hotel untuk bertanyakan kepada penumpang bas mengenai tujuan mereka datang ke Terengganu, namun gagal kerana mereka dikawal ketat oleh pihak polis. Yang lebih mencurigakan semua yang hadir itu adalah orang tua2. UMNO sudah makin pandai bermain helah dengan rakyat.

*akan diberitahu kelak apabila mendapat maklumat lanjut

Melati Cutex
Unit Media Bicara Abu Nawas
BLOGSEPOT SEXY LAGI SENSASI

sumber dari:
http://tranungkite.net/v12/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9683#top


AWAS UMNO! KAMU TIPU PRU 13 , RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU !

GAMBAR SKANDAL PETUGAS PILIHANRAYA BN DI SEBAR



Malaysia pernah digemparkan dengan kisah Seorang pelajar Malaysia yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of Singapore (NUS)  berhadapan dengan masalah besar ekoran blog seks yang menampilkan gambar-gambarnya bersama teman wanitanya sedang melakukan hubungan seks, terdedah.

Penuntut jurusan Undang-Undang yang dinamakan oleh media Singapura sebagai Alvin Tan Jye Yee, 24, mendakwa dia dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23, sering menceritakan tentang hubungan seks mereka di laman Tumblr ‘untuk dinikmati oleh orang lain’.

Pasangan tersebut dikenali sebagai ‘Alvin and Vivian’ di dalam blog mereka dan mendakwa mereka hanya memuatnaikkan gambar-gambar mereka sendiri dan mempelawa pasangan-pasangan menarik lain di Malaysia dan Singapura untuk menyertai mereka.

Malaysia pernah digemparkan dengan kisah Seorang pelajar Malaysia yang menerima Biasiswa ASEAN di National University of Singapore (NUS)  berhadapan dengan masalah besar ekoran blog seks yang menampilkan gambar-gambarnya bersama teman wanitanya sedang melakukan hubungan seks, terdedah
Penuntut jurusan Undang-Undang yang dinamakan oleh media Singapura sebagai Alvin Tan Jye Yee, 24, mendakwa dia dan teman wanitanya, Vivian Lee, 23, sering menceritakan tentang hubungan seks mereka di laman Tumblr ‘untuk dinikmati oleh orang lain’.
Pasangan tersebut dikenali sebagai ‘Alvin and Vivian’ di dalam blog mereka dan mendakwa mereka hanya memuatnaikkan gambar-gambar mereka sendiri dan mempelawa pasangan-pasangan menarik lain di Malaysia dan Singapura untuk menyertai mereka.


Ketika ditanya oleh salah seorang pembaca blog mengapa mereka bertindak sedemikian rupa, Alvin dan Vivian berkata, mereka yang berfikiran terbuka tidak boleh menganggap sex merupakan satu perbuatan jenayah

Sekali lagi rakyat Malaysia gemparkan dengan Isu bogel panas dari mereka, Vivian dengan berani dan tanpa segan silu telah menyiarkan gambarnya berbogel sambil memegang Bendera UMNO. Ini adalah bukti yang kukuh menandakan Politik UMNO sebenarnya bertemakan Bogel dan sex.

Caption yang mengiringi gambar tersebut berbunyi : "Remember to vote for BN! 记得投国阵哦! Ingat, undilah BN!"

Alvin Tan pada sekitar Oktober 2012  secara terbuka mengakui presiden parti komponen Barisan Nasional, MCA Chua Soi Lek sebagai idolanya.

"I used to look up to Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sexually. Funny how things turned out"
 "Saya memandang tinggi kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, dari segi seksual. Kelakar bila semua perkara ini timbul".


Pada 2008 Rakyat Johor pernah digemparkan dengan pengedaran dvd hubungan seks yang telah diedarkan dinegeri tersebut yang melibatkan  Presiden MCA yang juga anggota kabinet dan bekas Menteri Kesihatan(2008)., Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengaku bahawa beliau adalah lelaki dalam pita video rakaman aksi hubungan seks bersama seorang wanita. Di mana wanita itu adalah kawan baiknya sendiri. Walaupun isu dan kontroversi ini memalukan dirinya, Dr Chua tidak sekali-kali melepaskan jawatan dalam kerajaan dan parti.Namun beliau akhirnya dipaksa meletakkan semua jawatan beliau didalam kerajaan.
Apa yang mampu dikatakan, Politik UMNO, Barisan Nasional telah terbukti dan sahih bertemakan politik SEKS .

SELAMAT MENGUNDI !

Melati Cutex
Unit Media Bicara Abu Nawas
Lawati blog Melati Cutex di SINI

TOKONG HINDU DI DALAM MASJID


MENJAWAB ISU PLURALISME AGAMA YANG BN DAKWA DICAMBAHKAN OLEH PAKATAN RAKYAT

Isu ini muncul rentetan ucapan Nurul Izzah tentang kebebasan beragama, yang kemudiannya disokong dengan teguh oleh kepimpinan ulama’ dalam PAS dan sekelompok kecil agamawan yang tidak berpaksi pada mana-mana fahaman politik negara. Namun, saya percaya masih ramai kelompok rakyat yang masih belum memahami isu ini dan ketidakfahaman ini menyumbang kepada sebilangan undi rosak dalam mana-mana pilihanraya.

Saya pecahkan kepada 6 bahagian:

(1) Seorang muslim wajib beriktikad bahawa hanya Islam yang diterima di sisi Allah. Islam itu agama Nabi Muhammad s.a.w dan seluruh para nabi sebelum baginda. Firman Allah (maksudnya):
“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).

Maka, muslim tidak percaya semua agama sama di sisi Allah di sudut kebenaran dan wahyu. Ini soal akidah. Namun bukanlah bererti Islam membezakan manusia di sudut keadilan dan hak kemanusiaan.

(2) Pun begitu, Islam mengiktiraf kewujudan agama lain dan hak mereka untuk berpegang dengan apa yang mereka yakin. Maka Islam menegaskan: (maksudnya)
“Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)” (Surah al-Baqarah ayat 256).

Ayat ini diturunkan kepada golongan Ansar di mana dalam kalangan mereka mempunyai anak-anak yang telah diyahudi atau dikristiankan. Apabila Islam datang, mereka ingin memaksa anak-anak mereka menganut Islam, maka Allah melarang mereka berbuat demikian sehingga mereka sendiri membuat pilihan. Lalu diturunkan firmanNya tadi. Kata Ibn ‘Abbas:

“Ada seorang wanita yang tidak dapat mengandung. Dia bernazar jika dia dapat anak, dia akan jadikannya beragama yahudi. Apabila Yahudi Bani Nadir dihalau keluar dari Madinah, ada dalam kalangan mereka anak-anak golongan Ansar. Kata ibubapa mereka: “Kami tidak akan biarkan anak-anak kami mengikut mereka, maka Allah turunkan ayat: “ (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Demikianlah ajaran Islam. Jika ibubapa pun tidak boleh memaksa agama anak sendiri, inikan pula orang lain.

(3) Islam tidak memusuhi pengikut agama lain hanya kerana perbezaan agama. Bahkan muslim disuruh berbuat baik kepada mereka yang tidak menzahirkan permusuhan kepada Islam. Firman Allah (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).

(4) Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada agama lain dan pengikutnya seperti mengiktiraf halalnya sembelihan Yahudi dan Kristian dan keizinan berkahwin dengan wanita mereka. Ini disebut dalam Surah al-Maidah ayat 5. Demikian Islam mengiktiraf kebaikan yang ada pada golongan paderi Kristian. Firman Allah:
“..demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang paling dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini orang-orang Nasrani” yang demikian itu, disebabkan antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak sombong” (Surah al-Maidah: 82)

(5) Islam melarang penganutnya menzalimi penganut agama lain. Perbezaan tidak boleh membawa kepada penindasan dan kezaliman. Firman Allah (maksudnya) :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8).

(6) Islam menggalakkan dialog dalam suasana yang harmoni dan baik. Firman Allah (maksudnya).
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizatul hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125)

Maka isu pluralisme hendaklah ditangani dengan ilmu, bukan fanatik atau kepentingan politik, tetapi hendaklah realitis dengan asas Islam dan kehidupan manusia, terutama dalam konteks negara Malaysia.

Maizatul Amirah Pestilence

UNIT MEDIA ABU NAWAS

CLICK DISINI  UNTUK MAKLUMAN LANJUT

Najib Bertatu Kalimah Allah dibelakang badan






Kita pernah digemparkan tentang Isu kalimah Allah yang disebut dan ditentang oleh beberapa pihak. Pada tarikh 23 Febuari, sebuah demonstrasi besar-besaran telah diadakan oleh Badan bukan kerajaan yang berpihak kepada kerajaan, PEKIDA di Kedah.

Acara pemberontakan itu telah diadakan dengan menaiki motor secara beramai-ramai mengikut laporan media seramai 5000 orang ahli Pekida telah turn menyertai demonstrasi tersebut. Namun , apa yang menjadi pertanyaan tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang hadir pada himpunan tersebut memekai pakaian yang mengikut syariat Islam atau bahasa mudah tidak ada seorang pun mempunyai ciri-ciri seorang muslim yang baik.

*gelengkepala.








Semakin hampir Pilihanraya Umum semakin bnyak isu-isu lama dimainkan semula, antaranya ialah isu Kalimah Allah. Sekali lagi kita digemparkan dengan perangai manusia yang tidak bertanggung jawab yang telah menggantung Banner yang tertulis “” Kalimah Allah menjadi tiket hebat untuk UMNO BN memecah belahkan undi orang yang berada diatas pagar. Tetapi harus diingatkan bahawa sejarah kepada Isu ini sendiri telah menjadi buah mulut apabila Bible di Sabah dan Sarawak mengandungi kalimah Allah.

Maka siapakah yang seharusnya dipersalahkan? Atau sebenarnya tiada siapa yang bersalah? Karpal Singh pernah mengeluarkan kenyataan nama Allah disebut sebanyak 37kali didalam kitab suci sikh. Manakala Kristian di Timur Tengah menggunakan frasa nama Allah ini sejak beribu tahun lagi. Untuk carian cepat melalui Wikipedia , perkataan Allah digunakan oleh Sikhs, Bahais,Mizrahi,Yahudi dan sebelum islam sendiri,-Pagan Arabs. Renung-renungkan dan selamat mengundi !

Melati

Team Media Abu Nawas

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve