To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 4 Mei 2013

PENJELASAN FITNAH UMNO TERHADAP ZAIRIL KHIR JOHARI CALON PAKATAN RAKYAT BUKIT BENDERA


Selagi UMNO memerintah Malaysia, selagi itu tak akan habis fitnah peribadi dibuat oleh mereka. Terbaru di kawasan penduduk melayu di Parlimen Bukit Bendera mereka mengedarkan risalah memfitnah  calon P048, Zairil Khir Johari. 


risalah yang diedarkan kepada penduduk.

Antara persoalan yang dilontarkan oleh UMNO ialah mengenai kepercayaan yang perlu diberikan kepada saudara Zairil, status beliau sebagai anak kandung Khir Johari, status beliau sebagai seorang melayu dan juga persoalan bahawa beliau dipergunakan oleh DAP untuk memancing undi Melayu.

Saudara Zairil adalah anak tempatan Pulau Pinang yang lahir di Bukit Bendera, dan kemudian membesar di Pulau tikus, kemudian beliau menamatkan pelajaran di sebuah universiti di luar negara dan sehingga sebelum menjadi calon dalam PRU ke-13, beliau berkhidmat sebagai pegawai khas ketua menteri  Pulau Pinang.


gambar zairil dan ayahanda beliau.


gambar zairil dan ayahanda beliau.
Jika melayu yang menjadi persoalan kepada UMNO pulau pinang untuk menyerang saudara Zairil, maka bagaimana pula dengan wajah-wajah ini?



Seterusnya adalah mengenai kepercayaan terhadap saudara Zairil dan juga apabila ada yang mengatakan beliau dipergunakan oleh DAP untuk menarik undi Melayu. Antara fakta yang perlu diketahui oleh orang ramai ialah,pengundi melayu mempunyai peratusan sebanyak 20% di kawasan tersebut. 

Bagaimana pula dengan pengundi hantu dari Bangladesh ini?




Pada tahun 2004, DAP pernah meletakkan calon melayu di P048, Zulkifli Mohd Noor tetapi kalah. Seterusnya pada tahun 2008, DAP telah meletakkan calon cina di kawasan tersebut, dan memenangi kerusi pada tahun 2008. Jadi, DAP tidak mempunyai masalah untuk meletakkan calon melayu atau bukan melayu untuk menarik undi, tetapi faktanya DAP tidak mengamalkan ‘racist’ dalam parti. Cukup-cukup lah bermain dengan isu perkauman, rakyat susah bijak menilai antara kaca dan permata.

Deqman Zainal Isa
Unit Media Bicara Abu Nawas.




SEORANG LAGI BUAT SUMPAH LAKNAT MENGAKU DI LIWAT ANWAR IBRAHIM

Video sumpah lahanat seorang lagi mangsa Liwat Anwar...

PENCERAHAN: KENAPA PSM TIDAK BERSAMA PAKATAN RAKYAT


DR.NASIR HASHIM MENJAWAB SURAT TERBUKA KEPADA BELIAU OLEH BEBERAPA ORANG WARGA KOTA DAMANSARA MENJELANG PRU13 INI .

Dr,Nasir menjawab surat terbuka seperti berikut dibawah . Adalah diharapkan ianya disiarkan dalam bentuk asalnya tanpa edit.

Assallamualaikum Sdr,



Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas persoalan-persoalan yang di timbulkan. Saya percaya soalan-soalan yang tajam seperti itu tidak pernah ditujukan kepada wakil rakyat sebelum ini. Ini menunjukkan kematangan sdr dan kawan-kawan sdr. Ada yang berunsur ugutan dan ada juga soalan yang harus dijawab oleh ahli-ahli majlis (5 ahli) perbandaran dan pejabat daerah dan kelembapan Agensi-agensi yang dikuasai kerajaan pusat seolah-olah untuk sabotaj kami. Saya pernah mengalami betapa sukarnya menembusi pentadbiran agensi-agensi yang sekian lama mewarisi budaya rasuah, gila kuasa dan birokrasi yang menebal. Mengubah minda memakan masa asalkan ada usaha mengatasinya. Ini tidaklah bermakna kita tidak dapat mengatasi masalah. Kerjasama tidak tercapai kalau asyik mengutuk agensi-agensi ini. Walaupun begitu saya menerimanya dengan hati terbuka dan menganggapkan sdr ingin tahu. Ada soalan-soalan tentang infrastruktur; jalan; lubang; lampu trafik; kesesakan jalan raya; pembangunan yang tidak mampan; judi; urut sudah di jawab semasa berdialog dengan calon-calon ADN /MP dan saudara juga hadir pada masa itu. Kita perlu kerjasama daripada semua pihak bagi mengatasi masalah ini. Jika ada masa, saya cadangkan sdr merujuk pandangan saya yang tersiar dalam akhbar-akhbar dan u-tube termasuklah penulisan saya tentang perjuangan kelas dalam Islam (tersiar sepenuhnya dalam Free Malaysia Today) dan tentang berpuasa.

Ada beberapa persoalan yang timbul tentang sembahyang yang memberi gambaran bahawa saya harus diikuti cara UMNO di mana J/K Masjid / Surau di beritahu lebih awal lagi tempat mana ADN hendak pergi sembahyang supaya semua ahli J/K beratur menunggu ketibaannya. Ada sampai cium tangan. Walhal tidak ada perbezaan darjat atau keturunan bila kita hendak sembahyang dan menemui Allah SWT. Selepas itu orang politik ini bersalaman lagi sebelum balik kerana ingin memberi tahu betapa waraknya pemimpin ini maka undilah mereka. Pendek kata sembahyang itu hak peribadi dan tidak boleh dipolitikkan dan diperjudikan seperti dalam AlQuran Baqara 2:41‘ ...menjual agama dengan harga yang murah’. Namun penyelewengan dan salah guna kuasa tetap dilakukan oleh orang yang sama. Sebenarnya apabila kita sembahyang, kita ingin sangat menemui Pencipta kita (walaupun tak nampak, akan tetapi Allah tetap nampak), memohon maaf dan meminta petunjuk. Usaha seperti ini tidak perlu dihebah dan dihebohkan. Selama ini saya tidak pernah mengisytiharkan mana masjid yang saya hendak pergi dan selalu datang awal untuk mencari tempat yang selesa sedikit. Lepas itu balik kerana saya cuma pemangkin dan rakyat lebih besar daripada saya. Kita berkhidmat secara ikhlas tanpa mengharap pujian atau balasan dari mana-mana pihak. Namun mengutuk tanpa alasan dan tanpa bukti adalah fitnah dan Al Quran menyebut, Baqara 2: 191,214“..fitnah lebih kejam dari pembunuhan”. Kerana soalan berunsur tuduhan amat berbahaya, mendedahkan ketidakikhlasan dan memakan diri sendiri. Saya menerima jawatan ADN dengan harapan dapat membantu masyarakat yang terpinggir. Tidak ketagih jawatan dan imbuhan kerana saya pernah menyandang jawatan-jawatan tinggi.



Ini tidak bermakna kami ini sempurna kerana banyak lagi kerja dan mutu yang boleh dipertingkatkan. Mengkritik tanpa memberi cadangan yang bernas dan tidak melibatkan diri dalam pembangunan kawasan tidak menguntungkan semua pihak.



Kami telah sediakan senarai Masjid dan Surau yang kami bantu pada setiap tahun 2008 - 2013 mengikut nama; jenis bantuan dan jumlah kewangan yang diberi. Sumbangan ini terpaksa disenaraikan kerana sudah ada tuduhan yang melulu. Kami pula tidak menagih publisiti. Selain itu kita bantu Kafa, sekolah Agama, menyerah lembu korban sepanjang lima tahun, program dan alat riadah dan sebagainya asalkan permintaan itu adalah munasabah. Silalah datang ke ofis kami dan lihat senarai kami sejauh mana kami membantu masyarakat termasuk PPR. Siapa yang turap jalan dalam Dedap dan PPR sek 8. Siapa yang membaiki seluruh lif pada 12 blok PPR. Siapa pasang pagar, futsal , dewan, kelas tuisyen percuma, kelas menjahit dan berbagai-bagai program yang melibat anak dilahirkan, ibu, belia, skim kredit, masalah kesihatan, jom shopping dan khairat kematian. Kami telah membantu dua kampung untuk mendapat geran tanah dan tengah berusaha untuk satu lagi kampung.

1) MANIFESTO PRU 13 PARTI SOSIALIS MALAYSIA (PSM)

JAWAPAN DR NASIR DALAM MERAH



a. Mengapakah PSM perlu mengadakan manifesto berasingan daripada Pakatan Rakyat (PR)?

Dalam PR Sendiri , ada juga parti komponen mengadakan manifesto untuk negeri dan kawasan . Sebagai contohnya PAS juga ada manifestonya untuk Kedah. Kita menerima manifesto PR serta mendalami aspirasi tersebut. PSM belum lagi menyertai PR tetapi membentuk gabungan pilihanraya dengan PR.

b. Bagaimana PSM yg mungkin hanya menguasai 2 atau 3 kerusi DUN/Parlimen jika menang PRU 13 dpt melaksanakan manifestonya.

Walaupun tidak membentuk Kerajaan, manifesto merupakan agenda perjuangan kami yg membantu kami menganalisi, menimbul, menegur dan mempertikaikan isu-isu yang tidak jelas dan yang tidak memihak kepada rakyat yang terpinggir khususnya dalam Dewan Undangan dan Parlimen dan sidang media

c. Manifesto PSM ini merupakan kenyataan-kenyataan yang bersifat terlalu umum. Bagaimana mungkin manifesto ini boleh dinilai sedangkan ianya tiada penanda-aras tentang target pencapaian yang diharapkan?

Ia dihasilkan berasaskan fakta, perangkaan sahih dan pola kejadian yang tersedia ada dalam lapuran-laporan kerajaan, seperti kadar kemiskinan; jurang antara kaya dan miskin (gini coefficient); kadar kematian bayi dan ibu mengandung; penyakit berjangkit; pendapatan per kapita; kadar pengangguran dan sebagai. Kita terbitkan inti sarinya dalam bentuk mudah dibaca dan difahami.

d. Apakah yang dimaksudkan dengan Perkara 1 manifesto PSM? Bagaimana PSM akan melaksanakan perkara ini? Kami minta penjelasan daripada YB. YB pernah berkata di dalam sidang DUN “Maka itu adun Kota Damansara, sebagai seorang Sosialis, makin tidak selesa apabila Menteri Besar sendiri mengatakan sistem kapitalisma Pakatan Rakyat sungguh berbeza dengan sistem kapitalisma Barisan Nasional.” (rujukan:http://partisosialis.org/node/970)

Sifat Kapitalisme adalah jelas iaitu berkiblat kepada penindasan dan mempertuhankan kepada keuntungan, yang menghancurkan manusia , kemanusiaan dan alam sekitarnya. Kalau adapun perbezaan, lebih berbentuk kadar atau keterukan / kecanggihan jenis penindasan. Kita pula tidak mempertikaikan acuan yang mempunyai mekanisme yang menindas ini. Maka sosialis mempertikaikan sistem ekonomi kapitalis yang mengakibatkan yang kaya menjadi kaya raya dan miskin papa kedana. Pentadbiran terhadap ekonomi haruslah diubah di mana segala aktiviti berkisar atau berputar kepada kehendak rakyat (people oriented) dan bukan kepada kerakusan mengejar keuntungan (profit oriented) dan harta.



e. Adakah sebarang bentuk pemilikan modal perniagaan (baca: kapitalis) perlu ditentang?

Al Quran tidak mengharamkan perniagaan tetapi melarang riba yang berganda-ganda dan kekayaan dibolot oleh segelintir manusia dalam bentuk monopoli. Tidak benarkan tipu sukatan dacing; kena bersikap adil; menceritakan kebaikan dan keburukan bahan yang diperniagakan dan tidak membenarkan penindasan terhadap manusia lain. Unsur-unsur penindasan dan penipuan wujud dalam transaksi kerana inginkan keuntungan yang banyak. Kita mengharapkan amalan adil dan kesederhanaan (wasatiyyah) dan tidak berlaku sekira tidak ada penguatkuasaan, iman dan iltizam ke arah itu. Keadaan ini berlainan sekira rakyat memiliki perniagaan ibarat koperatif.



f. Bagaimana pihak PSM mengimbangi keperluan pemilik modal atas keuntungan berbanding keperluan pekerja?

Hubungan majikan (pemilik modal / kapitalis) dengan pekerja adalah melalui pemilikan teknologi dan pemberian gaji. Sesiapa memiliki teknologi dan wang ringgit maka dia menguasai hubungan ini. Kapitalis menindas pekerja untuk mendapatkan keuntungan dan pekerja perlukan secebis keuntungan ini (sebagai gaji) demi kelangsungan hidup sekeluarga. Memandangkan tidak ada undang-undang menyekat pembolotan keuntungan (sama erti dengan peningkatan kadar penindasan) dan kapitalis menguasai pihak atasan, maka pekerja tetap dimangsakan. Kerajaan diwujudkan untuk mengimbangi keadaan yang berat sebelah ini (antara Labour dengan Capital) namun tidak berjaya. Maka itulah undang-undang yang diluluskan dalam parlimen menghalalkan penindasan dan memangsakan golongan pekerja. Maka itulah kesatuan sekerja terpaksa diwujudkan untuk membela nasib golongan pekerja dan secara naluri, kerajaan dan majikan / kapitalis tidak senang dengan kewujudan kesatuan.



g. Bagaimana sekiranya gaji minima dinaikkan akan menjadikan kos menjalankan perniagaan akan meningkat?

Pada dasarnya, berpuluh tahun kebelakangan ini, majikan / kapitalis meraih keuntungan yang besar menjadi ahli jutawan dan ahli bilion. Kalaulah pekerjanya diberi gaji minimum, mereka akan bekerja lebih kuat dan produktif (menambahkan keuntungan) lagi kerana merasakan syarikat peka kepada kebajikan mereka. Justeru majikan tetap tidak rugi, kadar keuntungan menurun sedikit dan akan kembali kepada asal. Malangnya mereka menganggapkan pekerja sebagai robot dan dibuang dan diterima (hire and fire) kerja mengikut keperluan pasaran. Sifat kapitalis adalah membolot keuntungan yang maksimum dan tidak ada undang-undang mengawal amalan ini. Pejabat buruh tak boleh pakai lembap dan lebih memihak kepada kapitalis / majikan. Namun gaji minimum yang disarankan tidak mencukupi untuk menampung keluarga.



h. Merujuk kepada laman web PSM http://partisosialis.org/node/2003 diinyatakan “PSM berpendirian hak kepercayaan beragama atau tidak adalah hak individu dan mesti dihormati. Ia adalah hubungan peribadi antara manusia dan kepercayaan mereka. Ia tidak boleh dipaksakan melalui undang-undang. “

Hujah-hujah ini berkaitan rapat dengan Surah Kafirun 109 dan Baqara 2:256, bermaksud “...tidak ada paksaan dalam agama”. Persembahan mengikut cara sendiri dan tuhan masing-masing



i. Justeru, kami sebagai pengundi Islam ingin mendapatkan pandangan YB berkenaan pendirian YB dalam isu kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Adakah YB dan PSM menjunjung prinsip Rukun Negara “Kepercayaan kepada Tuhan” kerana tidak dinyatakan di dalam laman web PSM?

PSM langsung tidak pertikaikan Perlembagaan Negara atau Rukun Negara.



j. Bagaimana dengan pelaksanaan Enakmen Undang-undang Agama Islam Negeri Selangor; adakah mendapat sokongan dan dokongan daripada YB?

Kami dalam Dewan Negeri menyokong pelaksanaannya



k. Keadilan sosial yang lebih bertepatan dengan fitrah manusia ada dalam Islam. Mengapa orang Islam perlu menganut fahaman sosialis ciptaan manusia bukan berbangsa Malaysia, sedangkan Islam adalah agama yang bersifat menyeluruh dan serba sempurna merangkumi segala aspek

Sdr harus merujuk sidang Akbar kami yang mempertikaikan hujah Ustaz Hadi Awang dalam akhbar tempatan (sila datang ke pejabat untuk mendapatkan nya.) Sosialis mempertikaikan sistem ekonomi yang menindas rakyat seperti terdapat dalam kapitalisme. Sila rujuk Al Quran surah Qasas 28:5 “ Dan Kami hendak memberikan kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi dan hendak menjadikan mereka pemimpin, serta jadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi)”

Inilah inti sari sosialisme dan inilah perjuangan kami. Konsep dan segala sifat-sifat sosialisme dan konsep dialektika sudah ada dalam Al Quran. Apabila Al Quran menyebut penindasan maka wujud dua kelas iaitu Kapitalis (Mustakbirun) yang menindas dan Pekerja (Mustadafin) yang ditindas. Ramai tidak tahu dan ramai tidak peduli kerana terperangkap dalam budaya ikutan (taklik) dan enggan membuka minda dan mencari ilmu seperti yang dituntut oleh Allah SWT. Maka itulah Al Quran menyebut tentang mencedok pengetahuan dan mengupas maklumat secara kritis (856 kali) bila dibandingkan dengan jihad (41 kali). Sosialis mencedok ilmu Al Quran untuk mengupas dan mendedahkan sistem ekonomi kapitalis yang pincang maka itulah kapitalis bersama tali barut politik dan pemimpin yang berkepentingan gerun dengan analisis sosialis kerana mencabar kedudukan mereka. Sosialis ingin melengkapkan ilmu supaya rakyat sedar tanggungjawab mereka, berjuang dan menyelesaikannya agar dengan sedar kembali kepada yang satu (Tauhid). Sedarlah konsep sosialisme mempunyai sejarah yang lama dan tidak bermula daripada Karl Marx. Maka itulah konsep sosialis ini digunakan oleh Muhyidin Al Arabi (Syeikh al Akbar dan pengasas sufisme/tasawuf); Azu Dzarr Al Ghifari (sahabat Nabi); Ali Shariati (pejuang Islam sosialis di Timur Tengah); Burhanudin Al Hilmi (sosialis dan pengasas Parti PAS).

Blackend Is The End

Dyers Eve