To Live Is to Die

free counters

Rabu, 12 Jun 2013

KERAJAAN PERPADUAN PAS UMNO BAKAL MENJADI KENYATAAN

Dalam penggal ini BN sangat sangat memerlukan 2/3 majoriti dalam parlimen kerana untuk melulusakan persempadanan semula BN memerlukan sokongan 2/3 ahli. Persempadanan semula kawasan pilihanraya ini amat penting demi survival politk BN dalam PRU akan datang.

Di lihat kembali dari segi sepanjang sejarah PRU, BN akan menang besar setiap kali ada persempadanan semula dan akan kembali merosot pada PRU yang berikutnya. BN menang besar dalam PRU 2004 kerana persempadanan semula yang meyempitkan kawasan kawasan pengundi melayu dan menambah luaskan kawasan kawasan yang mempunyai ramai pengundi bukan melayu kerana pada ketika itu sokongan pengundi bukan melayu majoritinya ada kepada BN.

Namun dalam PRU 2008 tektik ini telah memakan diri mereka apabila pengundi bukan melayu beralih arah dengan mengundi pembangkang yang ketika itu masih belum wujud Pakatan Rakyat. Kesepakatan parti2 pembangkang pada ketika itu hanyalah dalam bentuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

Sepatutnya dalam PRU 2013 BN sudah bisa kembali mengulangi pencapaian setiap kali berselang PRU iaitu selepas 2008 namun akibat kegagalan SPR untuk mengemukakan kawasan persempadanan baru di perlimen kerana tahu mustahil akan di persetujui oleh 2/3 ahli maka natijahnya BN terus mengalami kemerosotan dalam keputusan pilihanraya.

Mahu tidak mahu untuk mengembalikan kuasa 2/3 di dewan rakyat maka sebelum SPR membentangkan persempadanan semula di parlimen maka usaha kea rah itu wajib di lakukan. BN perlu mendapat mandate baru dalam masa yang terdekat dengan mengadakan pilihanraya. Lebih lebih lagilah sekiranya pilihanraya terpaksa di adakan kerana desakan rakyat yang berterusan dari masa ke semasa.

Maka untuk mendapat mandate baru dalam PRU yang akan dating kerja utama yang perlu di lakukan oleh BN ialah mendapat kelulusan 2/3 dari ahli dewan dan kerja yang paling utama untuk itu ialah memastika seberapa ramai ahli parlimen pembangkang menyokong usul ini dan tanpa di sedari usaha kea rah itu sedang di jalankan oleh ajen ajen BN dengan idea KERAJAAN PERPADUAN PAS DAN UMNO.

Dalam usha ini ahli parlimen Pas tidak perlu masuk BN tapi cukup mencukupkan undi 2/3 undian apabila usul ini di cadangakan untuk di luluskan dan setelah persempadanan semula Berjaya di laksanakan maka BN akan terus memenangi PRU yang akan dating dengan lebih bergaya.

Oleh itu katakana tidak kepada ahli parlimen Pas yang pro Kerajaan Perpaduan Pas dan Umno.

Blackend Is The End

Dyers Eve