Blackend Is The End

Selasa, 18 Jun 2013

MARI BERFIKIR CARA DAP - bahagian 1

Mari berfikir cara DAP Bahagian 1

Sebelum PRU 1999 parti parti pembangkang telah berjaya membentuk satu pakatan yang di beri nama Barisan Artenatif. Kesepakatan ini adalah hasil ledakan reformasi setelah Anwar di pecat dari jawatan Timbalan Perdana menteri dengan cara yang amat mengaibkan.

Hasil dari kesepakatan ini maka pembangkang atas nama Barisan Artenatif telah berjaya meraih 41 kerusi di mana Pas telah mengepalai kedudukan tertinggi kerusi parti pembangkang dengan mendapat 27 kerusi berbanding 10 DAP dan hanya 5 PKR.

Sekali gus Pas telah berjaya merampas kembali kerusi ketua pembangkang yang telah di pegang oleh DAP sejak tahun 1975. PKR yang pertama kali menyertai piliharaya hanya mampu mendapat 5 kerusi dan Dap telah Berjaya menambah 1 kerusi berbanding 9 dalam PRU 1995.

Namun kesepakatan parti pembangkang dalam Barisan Artenatif tidak lama setelah DAP mengambil keputusan untuk menarik diri kerana DAP sedar akan kemerosotan undi dari orang cina hasil dari pergabungan DAP dalam barisan Artenatif ini.

Ini adalah kerana DAP melihat penyertaaannya dalam BA telah menyebabkan pihak BN terutamanya MCA dan Gerakan telah mengambil kesempatan ini untuk menyerang DAP kononnya DAP telah bersekongkol dengan Pas untuk menegakkan Negara Islam.

Akhirnya dalam PRU 2004 Dap tidak lagi bersama sama dengan BA namun masih bersepakat dalam pertandingan satu lawan satu menentang BN. Hasilnya Dap telah Berjaya menambah 2 kerusi parlimen berbanding dengan Pas dan PKR yang merosot teruk pada pilihanraya tersebut.

Sehinggalah pada PRU 2008 Dap masih berpendirian untuk terus bersendirian dan tidak bersama sama dengan Pas dan Pkr tapi masih mengekalkan persefahaman bertanding satu lawan satu dengan BN.

Thunami Politik orang orang cina dan India telah memberi impak yang besar kepada DAP sehinggakan telah Berjaya memenangi 28 kerusi pada PRU ini lantas menjadikan parti kedua tertinggi dalam kerusi pembangkang di belakang PKR yang mendapat 31 kerusi.

Bersambung

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve