To Live Is to Die

free counters

Ahad, 23 Februari 2014

BERITA TERKINI HOSPITAL SEBERANG JAYA TERBAKAR. JURURAWAT LARI LINTANG PUKANG

HOSPITAL SESAK SALAH SIAPA

Nak cerita sikit pengalaman dah 5 hari lepak di hospital.

Macam biasa hospital kerajaan penuh sesak dengan pesakit... dari Jabatan pesakit luar hinggalah ke ke sakit kronik yang menanti Izrail datang memanggil.

Semua orang paham keadaan ini dan bagi orang miskin dan pendapatan sederhana mahu tak mahu inilah perkhimatan kesihatan yang telah di sediakan oleh kerajaan kepada mereka malah bagi orang yang berkemampuan pun masih juga menambahkan sesak hospital hospital kerajaan ini kerana sememangnya perkhimatan kesihatan percuma adalah untuk semua rakyat tak mengira siapa.

Malangnya....

Bila ada ada orang atasan seperti Menteri dan exco kerajaan negeri datang melawat lain pula jadinya. Dari kesesakan wad wad dengan pesakit telah menjadi lengang. Katil di dalam wad yang sebelum ini di sumbat dengan 10 katil telah menjadi 6 katil.

Semua staf jadi kelam kabut hanya kerana ada lawatan seorang yang bergelar menteri atau exco kerajaan negeri.

Mengapa Jadi Begitu?

Sepatutnya pihak hospital biarkan saja keaadaan hospital seperti sediakala iaitu dengan kesesakkan pesakit yang tidak terkawal agar pihak yang berwajib tengok sendiri keaadaan sebenar hospital setiap hari bukannya menjadi hipokrik hanya kerana mahu nama hospital yang mereka kerja nampak cantik dan teratur.

Inilah yang terjadi pagi tadi bila exco kesihatan kerajaan P.Pinang datang melawat anak aku di hospital pagi tadi. Semuanya jadi kelam kabut bila di beritahu Dr Afif nak datang hospital. Itu baru exco saja nak melawat sorang pesakit di satu wad saja... bagaimana pula kalau ada lawatan rasmi dari Perdana Menteri atau menteri menteri melawat hospital?

Jika beginilah sikap kakitangan hospital yang lebih pentingkan nama baik hospital di mata pemimpin dari menunjukkan keaadaan sebenar kepada pemimpin maka tak perlulah nak salahkan kerajaan jika keaadaan hospital tidak di upgradekan.

Selasa, 18 Februari 2014

WANITA MELAYU LAHIRKAN ANAK BERWAJAH BABI



Hari ni nak cerita lagi pasai isu buang daging babi dalam masjid. Bukan nak cerita siapa yang punya angkara sebab bagi orang yang mahu berfikir dari awal sudah dapat meneka siapa dalang dalam isu ini tapi nak cerita betapa bosannya propaganda lapuk ini masih terus di gunakan dalam zaman yang penuh dengan maklumat dari berbagi sudut.

Seperti juga cerita gantung replika kaki Ustaz Azizan masa PRK Sungai Limau dulu adalah satu yang sangat memualkan yang mahu memperbodohkan orang kampung untuk mendapat simpati undi. Mungkin bisa mendatangkan keuntungan undi kepada si pembuat tapi dalam masa yang sama mereka tidak sedar mereka sedang memperbodohkanorang orang kampung hanya kerana satu kertas undi.

Perang saraf yang menghalalkan cara tanpa mengira kesan baik dan buruk kepada rakyat ini terus menerus di lakukan kerana mereka merasakan pemikiran rakyat negara ini masih boleh termakan dengan propaganda propaganda seperti ini.

Berbalik kepada isu buang babi dalam masjid sudah pasti cara yang sama di gunakan oleh musuh musuh politik bagi mencetuskan perasaan tidak puas hati antara kaum terutamannya di Pulau Pinang. Logik akan mengatakan adalah amat mustahil kerajaan Pulau Pinang akan beralih dengan mengunakan cara demokrasi. Oleh itu mahu tak mahu cara yang kotor perlu di lakukan untuk mendapatkan Pulau Pinang.

Sejarah bagaimana Kelantan di rampas dari Pas telah membuktikan bahawa jalan pilihanraya bukanlah satu jalan yang mampu untuk merampas Kelantan dari Pas. Mahu tak mahu usaha menimbulkan ketidaktenteraman terhadap rakyat Kelantan telah di atur rapi untuk tujuan itu.

Begitulah di Pulau Pinang dan Selangor, setelah bertungkus lumus sejak 2008 dengan berbagai cara dan wang di habiskan namun rakyat 2 negeri ini bukan saja tidak termakan malah pakatan Rakyat telah berjaya meraih lebih banyak kerusi dari sebelumnya dalam PRU 2013 (Kalau ikut lebih banyak kalau Din Ayam dan Yusni Mat Piah tak jadi pengkhianat bersekongkol dengan umno untuk pecah undi Pakatan Rakyat)

Untuk tujuan itu jugalah kerja kerja jahat seperti buang daging babi dalam masjid ini di lakukan agar rakyat terutamannya orang orang melayu termakan dengan cara ini dengan harapan mereka bangun dan melawan orang orang cina yang mereka sangka melakukan kerja2 ini.

Bila berlakunya pergaduhan kaum maka amat besarlah alasan kumpulan ini untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat dengan berbagai undang2 yang sudah mereka siap sediakan.

Tapi ianya akan berjaya sekiranya mereka berjaya meyakinkan orang melayu bahawa yang buat kerja kerja ini adalah orang cina namun sekiranya orang melayu cerdik dan mahu berfikir dengan lebih jauh segala usaha jahat ini akan terbantut dan usaha mereka untuk merampas kerajaan dengan cara jahat ini akan menjadi mimpi.

Orang Melayu bangkitlah.... bukan bangkit melawan cina tapi bangkitlah melawan pemikiran orang cina yang telah jauh meninggalkan pemikiran orang melayu.

Isnin, 17 Februari 2014

TUKANG GANTUNG REPLIKA KAKI USTAZ AZIZAN RAZAK DALAM PRK SG LIMAU DI TEMUI

Propaganda.

Antara propaganda bodoh yang di lakukan oleh parti politik di negara ini
Dalam setiap perperangan, antara tugas yang paling penting ialah kerja kerja propaganda. Pasukan propaganda adalah pasukan belakang tabir yang lansung tidak glamer seperti pasukan tempur ataupun glamer seperti komandar komandar perang.

Walaupun petugas di bahagian propaganda tidak glamer kerana mereka bergerak secara underground namun kebijaksanaan atau kebodohan pasukan ini adalah antara penentu kepada kalah atau menang perperangan.

Di zaman perang demokrasi antara parti parti politik ini fungsi pasukan propaganda tetap penting seperti mana perperangan mengunakan senjata.

Namun begitu kebelakangan ini kita dapat lihat propaganda propaganda berbentuk reverse psychology yang di lakukan oleh parti2 politik di lihat terlalu ketinggalan dan amat bodoh.

Buang babi dalam masjid, buat banner perkauman gantung di hentian bas dan gantung kaki atas pokok dengan harapan ada rakyat yang percaya ianya di lakukan oleh musuh politik mereka adalah suatu yang sangat bodoh dan terlalu jauh ketinggalan.

Adalah tidak pasti kenapa idea ini yang telah di gunakan lebih 50 tahun dulu masih lagi digunakan sehingga hari ini. Adakah parti parti politik ini tidak punya pasukan propaganda yang up to date atau mereka masih lagi memikirkan bahawa rakyat di negara ini masih boleh di tipu seperti mereka menipu 50 tahun yang lalu.

Bagi aku pasukan propaganda yang terbaik dalam parti parti politik utama dalam negara ini ialah Pas namun Pas lebih berminat mengunakan perang psychology ini sesama mereka daripada menyerang musuh sebenar mereka Umno.

DAP pula mempunyai pasukan propaganda dalam bentuk penerangan yang paling berkesan dan berjaya namun parti ini lansung tidak mengunakan tektik reverse psychology dalam propaganda mereka. Mereka lebih kepada membuat penjelasan isu isu semasa secara baik melalui youtube, FB dan blog walaupun di tuduh mempunyai pasukan yang di namakan Red Bean Army.

PKR pula mempunyai kedua duanya sekali iaitu reverse psychology dan penerangan dalam propaganda mereka. Ini mungkin kerana parti ini lebih bersifat terbuka dalam menerima idea idea orang ramai berbanding dengan Pas.

Tapi sayang parti utama dalam negara ini iaitu umno gagal sama sekali dalam kerja kerja propaganda. Seperti kata Penarik Beca Umno hanya menumpukan kerja kerja propaganda mereka terhadap satu golongan sahaja iaitu rakyat yang sentisa mahu diri mereka di tipu. Umno hanya mengharapkan mereka mereka ini terus menyokong umno tanpa menghiraukan strategi mereka itu lansung tidak mendapat tempat di minda minda orang selain dari kelompok itu
Dulu ramai orang melayu marahkan komunis kerana kononnya komunis ini zalim dan kejam dengan berbagai kesusahan telah di timbulkan kepada rakyat. British bakar kampong-kampung kemudian kata komunis yang bakar. British bunuh orang melayu lepas tu kata komunis yang bunuh. Komunis penjarakan orang melayu mereka kata komunis yang tangkap dan kurung orang melayu. Jika sewaktu itu pun bukan semua orang percaya dengan propaganda pihak British, apakah pihak yang sedang memperbodohkan rakyat sekarang ini yakin bahawa propaganda yang sedang mereka lakonkan, rakyat akan percaya?

Di zaman maklumat hanya mengunakan ibu jari pada hari ini apakah mereka masih merasakan tahap pemikiran generasi hari ini sama seperti generasi zaman Knight Rider atau Airwolf.Mungkin pada ketika itu manusia akan kagum dengan kereta yang boleh bercakap dan pandu sendiri seperti Knight Rider dan Helikopter yang boleh memusing 360darjah seperti Airwolf. Silalah tayang kembali gambar2 yang mereka rasa hebat pada ketika itu kepada anak-anak 5 atau 6 tahun pada zaman sekarang ini. Ianya hanyalah sama taraf dengan rancangan raja lawak bagi mereka.

Maka dengan itu kepada golongan yang merasakan perang saraf mereka untuk mencetuskan pergaduhan kaum dan agama dengan membuang kepala babi di masjid, bolehlah kita samakan dengan mereka ini peminat rancangan TV pada tahun 80an. Zaman ketika TV di Malaysia baru menerima gambar berwarna.

Maka adalah menjadi satu kesedihan kepada mereka ini juga apabila lawak mereka tidak pernah menjadi. Mereka sepatutnya tahu generasi hari ini bukannya seperti penyiasat si Jefri Zain lakonan Jins Shamsudin tu tetapi generasi hari lebih yakin dengan cara penyiasatan penyiasat pesendirian Detektif Conan…..

CINA DAP BUANG DAGING BABI DALAM MASJID TOK KUN DI TANGKAP



Kemarin heboh pasai ada daging babi dalam masjid tok kun. Tektik lama ni tak payah nak belajaq pandai pandai pun boleh tau siapa punya kerja. Apa pun aku nak hangpa baca cerita 70 tahun dulu di mana tektik buang babi dalam masjid ni dah di lakukan oleh British untuk mengapi apikan permusuhan kaun antara orang melayu dan orang cina.

catatan di bawah ini adalah di tulis oleh Abdullah Cd dalam bukunya Memoir Abdullah CD tentang propaganda British terhahap orang melayu.

.........................................................................................................

Satu peristiwa pembunuhan yang bersifat perkauman telah berlaku di Batu Kikir, Negeri Sembilan pada bulan Jun 1945. Peristiwa itu berlaku ketika saya bertugas di bahagian propaganda parti Negeri Perak di Ipoh. Peristiwa itu dimaklumkan secara rasmi oleh organisasi PKM kepada saya dan kawan-kawan lain. (gambar: Abdullah C.D., Komisaris Politik Rejimen Ke-10 dan Pengerusi PKM)

Kemudian pada tahun 1946, ketika saya diberi tugas sebagai wakil PKM bahagian Melayu untuk kawasan Selatan dan juga memimpin organisasi JKM kawasan itu, saya secara khusus pergi ke Negeri Sembilan termasuk ke Batu Kikir.


Satu soal penting yang saya titik beratkan dan ingin mencari jawapannya ialah mengapakah timbulnya peristiwa pembunuhan di Batu Kikir yang seolah-olah merupakan satu gerakan orang Melayu menentang PKM dan TAJRM, sedangkan mereka aktif menyokong Perang Anti-Jepun bahkan menjadi sandaran penting Perang Anti-Jepun. Untuk mendapatkan jawapan yang pasti berkenaan masalah ini, saya pergi mencari organisasi PKM dan menemui orang ramai di kawasan berkenaan. Zahid dan beberapa orang kader Melayu di situ memberi bantuan besar dalam usaha ini. Zahid sendiri pernah ambil bahagian dalam gerakan mendamaikan hubungan antara orang Melayu dan orang Tionghua di situ dan memulihkan perasaan muhibah mereka.

Ketika peristiwa pembunuhan itu berlaku, penanggungjawab bahagian stet PKM Negeri Sembilan ialah seorang kawan seperjuangan saya, Ah Chen namanya atau di kalangan kawan-kawan Rejimen Ke-10 dikenali dengan nama Kawan Jasa. Kemudiannya saya bersama-sama beliau bertugas dalam JKP PKM. Selain daripada Zahid, Jasa juga banyak menceritakan berkenaan peristiwa pembunuhan kaum tersebut. Beliau pernah menulis kenang-kenangannya dalam buku Siri Perjuangan Anti-Jepun dan diterbitkan oleh Pejabat Suara Demokrasi pada 1 Februari 1982.

Daripada penyiasatan itu, saya membuat kesimpulan bahawa peristiwa itu berlaku kerana hasutan penjajah British yang mahu bertapak semula di Malaya dan mahu melemahkan kekuatan progresif yang diwakili PKM; manakala peristiwa itu pula dilakukan oleh segelintir orang Melayu yang terpedaya oleh hasutan penjajah. Menghasut sentimen permusuhan antara kaum adalah strategi penting dan senjata paling berkesan penjajah British untuk melemahkan kekuatan rakyat.

Kerana perkembangan perjuangan anti-Jepun yang menggelora baik di hutan, di kampung-kampung dan di bandar-bandar yang telah disebutkan di atas, kaum penjajah iaitu Jepun dan British amat tidak senang hati. Mengikut maklumat yang diberikan orang ramai, pada bulan Mac 1942 fasis Jepun telah mencetuskan tragedi Jeludung. Dalam tragedi tersebut, Jepun membuat dalih meminta orang ramai pergi mengambil kad pendaftaran di Titi kemudian askar Jepun telah mengatur kepungan dari empat jurusan. Mereka membunuh sesiapa sahaja yang mereka jumpai. Kira-kira seribu orang massa rakyat telah dibunuh dan seratus orang lebih cedera. Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa fasis Jepun cuba menundukkan orang ramai daripada menyokong gerakan anti-Jepun dengan cara pembunuhan beramai-ramai. Akan tetapi, di sebalik tindakannya itu orang ramai lebih teguh lagi menyokong gerakan anti-Jepun.

Sehingga penghujung tahun 1945, gerakan anti-Jepun berkembang di Negeri Sembilan. Ketika itu penjajah British pula yang ingin berkuasa semula di Malaya telah menimbulkan pembunuhan kaum di Batu Kikir. Kawasan Batu Kikir adalah basis anti-Jepun yang kukuh. Rakyat berbagai-bagai kaum di situ saling bekerja sama menyokong Perang Anti-Jepun. Di kampung-kampung di kawasan tersebut didirikan berbagai-bagai organisasi anti-Jepun seperti Liga Anti-Jepun, lasykar rakyat dan lain-lain.

Mengikut maklumat dari organisasi anti-Jepun dan orang ramai, pada akhir bulan Jun 1945, pegawai-pegawai penghubung tentera berikat iaitu Pasukan Gerila 136 British telah menggugurkan sejumlah senjata kepada pasukan-pasukan TAJRM. Seorang pegawai penghubung British untuk kawasan Negeri Sembilan bernama Lt. Kol. C.H. Fenner telah dihantar ke dalam pasukan TAJRM untuk bekerjasama menentang fasis Jepun.

Akan tetapi, penjajah British mempunyai niat yang terselindung. Selain cuba mengontrol pasukan gerila TAJRM, C.H. Fenner didapati selalu pergi ke Jempul, Tanjung Ipoh dan lain-lain. Tujuannya adalah untuk menemui anasir-anasir yang boleh dipengaruhinya untuk menjalankan propaganda anti-komunis dan mengapi-apikan sentimen perkauman di kalangan rakyat berbagai-bagai kaum khasnya antara Melayu dengan Tionghua.

Apabila Jepun menyerah kalah, pasukan-pasukan TAJRM segera beredar ke pekan-pekan dan bandar-bandar untuk mengawal keselamatan orang ramai. Pada masa ini jugalah penjajah British menghantar pegawai-pegawai perisik dan tenteranya serta satu pasukan India Muslim dari India ke Negeri Sembilan. Mereka masuk ke kampung-kampung Melayu untuk menjalankan hasutan anti-komunis dan anti-Tionghua.

Untuk meruncingkan lagi keadaan, pihak British secara sembunyi mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir. Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Ketika kejadian tersebut berlaku, di situ hanya terdapat enam orang perajurit TAJRM mengawal keselamatan orang ramai. Melihat keadaan itu, mereka cuba menasihati dan menghalang anggota parang panjang supaya berhenti melakukan pembunuhan. Akan tetapi dua di antara enam orang perajurit tadi telah tercedera ditetak oleh anggota parang panjang. Kerana keadaan yang amat kemelut ini, mereka terpaksa melepaskan tembakan dan mengundurkan kumpulan parang panjang tersebut.

Peristiwa itu tidak selesai setakat itu sahaja, penjajah British masih berusaha memanjangkan peristiwa tersebut. Pegawai tentera British pura-pura bersimpati dengan perajurit-perajurit dan massa yang cedera dengan menghantar kereta konon untuk membantu membawa mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Setiba kereta tersebut di pekan Batu Kikir, pihak British sengaja memberhentikan kereta di hadapan sekumpulan anggota parang panjang dan membiarkan kumpulan itu mengheret orang-orang yang tercedera di dalam kereta itu keluar dan di cincang di situ juga.

Setelah peristiwa itu, berbagai-bagai organisasi politik seperti pejabat PKM Wilayah Negeri Sembilan, kesatuan buruh, kesatuan tani, liga pemuda, persatuan wanita dan lain-lain pertubuhan kebudayaan telah mengadakan sidang tergempar bersama mengutuk komplot penjajah British yang sengaja melaga-lagakan antara kaum itu dan membiarkan dua orang perajurit TAJRM dan orang ramai yang tercedera itu di cincang hidup-hidup.

Pak Sutan Djenain dan Zahid segera datang ke pejabat PKM menemui penanggungjawab Jawatankuasa Parti Wilayah Negeri Sembilan menuntut pihak PKM supaya segera membuat bantahan ke atas tindakan British itu. Kemudian berbagai-bagai pertubuhan yang disebut di atas mengadakan sidang secara berasingan, mengadakan perhimpunan massa mendedahkan tipu muslihat British dan menyeru orang ramai berbilang kaum supaya jangan termakan tipu helah penjajah dan mesti terus mempereratkan perpaduan antara kaum.

Dalam satu rapat umum di Kuala Pilah, veteran revolusi Indonesia Pak Sutan Djenain telah membuat ucapan berapi-api dan mendedahkan komplot keji penjajah British tersebut. Beliau menyeru orang ramai bersatu padu melawan polisi pemecah-belahan kaum oleh penjajah British. Selain daripada itu, wakil Melayu dari Liga Anti-Jepun juga membuat ucapan menyeru orang ramai bersatu dan sekali-kali jangan termakan hasutan penjajah. Pidato para wakil itu mendapat sambutan hangat daripada rakyat pelbagai kaum khasnya orang Melayu dan Tionghua.

Selain daripada itu, pihak TAJRM juga menyatakan sikapnya yang tegas kepada penjajah British bahawa kalau peristiwa sedemikian berlaku lagi, maka pihak British haruslah memikul segala akibat dan tanggungjawabnya.

Terdorong oleh suasana muhibah sama-sama menentang komplot melaga-lagakan antara kaum itu, banyak kampung Tionghua dan Melayu yang berjiran menandatangani perjanjian kerukunan bersama. Komplotan jahat penjajah British itu berjaya dihentikan berkat usaha bersama pertubuhan dan rakyat pelbagai kaum.

---
dipetik dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005

Ahad, 16 Februari 2014

BONGKAR : LIM KIT SIANG ADALAH ADIK KANDUNG CHIN PENG

BELAJAR SEJARAH ADALAH JALAN KELUAR DARI JADI BODOH.

DAP Komunis, ini yang umno kata terhadap parti yang majoriti ahlinya dari kalangan kaum cina. Kenapa umno kata DAP komunis, mungkin juga kerana ahli DAP adalah majoritinya orang cina dan bagi umno malah majoriti orang melayu termasuk Pas bila di tanya apa itu komunis mereka akan menjawab komunis itu cina.

Kepercayaan khurafat komunis itu cina sudah sekian lama di tanam oleh penjajah british dan sekutunya Umno ke dalam otak orang melayu sejak sebelum merdeka lagi. Budaya pembodohan ini di teruskan lagi dari masa ke semasa sehingga ke hari ini dengan menjadikan musuh politik mereka DAP sebagai kambing hitam propaganda bodoh ini.

Namun bagi yang belajar sejarah politik Malaysia (tak perlu belajar idiologi komunis pun) kenyataan yang mengatakan DAP itu komunis adalah jenaka bodoh yang membuat mereka tersenyum. Lebih lebih lagi bila umno kaitkan DAP dengan PAP di Singapura sedangkan PAP di bawah Lee Kuan Yew adalah sebuah parti yang sangat antikan komunis.

Lim Kuan Yew adalah seorang yang ditaktor dan akan menahan dan menghukum sesiapa saja yang tidak sehaluan dengannya. Kebanyakan tahanan akan di kaitkan dengan komunis.

Bila kita belajar sejarah kita juga akan bertemu siapakah MCA sebenarnya kerana ramai orang tidak tahu bahawa anggota Parti Kuomintang yang telah di halau dari tanah besar China ke tanah melayu adalah MCA yang ada sekarang. Ahli Parti Koumintang adalah sangat jahat dan kejam. Mereka merompak, merogol anak dara melayu dan membunuh orang melayu pada ketika itu.

Aku mencadangkan orang ramai membaca buku Memoir Abdullah CD untuk mengetahui cerita sebenar siapakah Parti Kuomintang dan apa hubungan parti ini dengan MCA yang menganggotai Barisan Nasional sekarang.

Lihat logo Parti Kuomintang ini dan bandingkan dengan logo MCA.adalah mempunyai kesamaan yang sangat jelas yang hanya membezakan dari segi warna sahaja.


Oleh itu adalah di sarankan agar kita lebih banyak belajar sejarah sebenar politik Malaysia agar segala kenyataan dan tindakan kita di lihat bodoh. Kalau selama ini dari raut wajah orang ingat kita cerdik tapi bila kita kata DAP itu komunis maka satu Malaysia tersedar yang kita sebenarnya bodoh.... bodoh sebab tak mau belajar

Sabtu, 15 Februari 2014

USTAZAH SEXY

Aku tertarik dengan status Mantraxian Kvaforth Hellica II kemarin iaitu
Ada 3 jenis orang je yang tak sambut Valentine.

1. Dia Islamic
2. Dia tak ada gf/bf
3. Dia pura pura Islamic sebab tak ada gf/bf .

Tertarik yang nombor 3 kerana ada orang sebab tak mau kalah dengan orang lain pada hal dia tak ada macam orang lain lalu di cover dengan mengunakan ugama.

Orang macam ni ramai di sekeliling kita, mereka mengunakan agama untuk beselindung sikap sebenar mereka. Mereka mengunakan pakaian agama untuk berselindung perbuatan jahat mereka di khalayak.

Di dinding facebook penuh dengan kata kata islamik tapi di private messages dengan bini orang pun dia ajak bersembang lucah. Oleh kerana mereka ini bertopengkan agama maka segala perbuatan kejinya dapat di selindung di sebalik jubah dan serban.

Sebenarnya mereka ini adalah orang orang yang gagal dalam hidup. Mereka teringin hidup seperti orang lain tapi tak yakin pada diri sendiri lalu mereka hidup dengan diri orang lain. Untuk meluahkan perasaan kecewa dengan diri sendiri lalu mereka hukum orang lain dengan berbagai fatwa fatwi agar mereka di nampak hebat pada pandangan khalayak pada hal mereka inilah The Gagalis yang sebenar dan di cari oleh Tukar Tiub.

Jumaat, 14 Februari 2014

PESTA SEXS TERBUKA SEMPERNA SAMBUTAN VALENTINE DAY MALAM INI

VELENTINE LAMBANG PERJUANGAN MENENTANG SULTAN YANG ZALIM

Bagi sesetengah orang Islam valentine day di lihat satu perkara besar yang lebih besar dari segala mala petaka yang sedang menimpa rakyat hari ini. Valentine day lebih bahaya dari seorang raja yang membunuh rakyatnya, Valentine day lebih bahaya dari berbagai undang2 dan pertaturan zalim yang di kenakan terhadap rakyat.

Ini adalah kerana valentine day hanya di lihat dari satu sudut, valentine day p
erlu di lihat dari berbagai versi. Umat islam hari ini hanya melihat dari satu versi lalu terus menjatuhkan hukuman sesat haram dan kafir.

Tidak di nafikan sekiranya valentine day di lihat dari sudut versi yang mengatakan valentine day adalah hari berkasih sayang tanpa sempadan antara lelaki dan wanita ianya sudah pasti satu perkara yang negetif dan tidak sepatutnya berlaku, namun adalah tidak adil mengambil satu pandangan sahaja kerana cerita velentine day sebenarnya mempunyai berbagai versi.

Sebenarnya valentine adalah lambang perjuangan golongan tertindas terhadap sultan sultan yang zalim. Valentine adalah lambang keberanian seorang ulamak kristian yang berani menyatakan tidak kepada sultan. Pendapat kontra ini sering merujuk pada sejarah awal mengapa tanggal 14 Februari dinobatkan sebagai Hari Kasih Sayang.Menurut salah satu versi, pada abad ke-3 M, di Romawi dilakukan festival Lupercalia untuk menghormati dewa cinta kuno Juno Februata.

Ketika Romawi mengalami peperangan, Raja Claudius II mewajibkan semua pemuda utk turun ke medan perang dan meninggalkan keluarganya, termasuk memutuskan pertunangannya. Valentine, selaku Pastor, termasuk orang yang menentang kebijakan tersebut dan tetap menikahkan pasangan, walaupun secara sembunyi-sembunyi. Raja Claudius II pun memerintahkan untuk menangkap dan memenggal kepala Valentine pada tanggal 14 Februari 270 M.

Namun begitu anak muda kristian hari ini menyambut hari valentine sebagai hari berkasih sayang dalam keadaan mereka pun tidak tahu apa apa mengapa dan mengapa. dan bagi orang melayu islam yang menyambutnya pula lebih lebihlah tak tahu apa.

Walaupun begitu menyambut hari valentine adalah satu perbuatan yang sia sia apabila ianya di jadikan alat oleh kaum kapitalis meraih keuntungan hasil dari pembodohan yang di sumbat ke dalam minda anak muda.


Khamis, 13 Februari 2014

UALAMA JAHAT PENGHALANG KEBANGKITA RAKYAT DENGAN FAHAMAN TUA

Dalam lagu Internationale versi Indonesia antara bait bait senikatanya ialah “lenyapkan segala fahaman tua, kita rakyat sedar sedar. Dunia telah berganti rupa untuk kemenangan kita”

Bila di fikirkan antara sebab rakyat masih gagal untuk bangkit melawan segala penindasan adalah di sebabkan dengan adanya fahaman atau kepercayaan yang mengarut seperti raja ada daulat, tak ada umno melayu hancur, jangan lawan pemimpin nanti tak masuk syurga..bla bla bla..

Hari ini bangsa yang paling kuat berpegang dengan fahaman tua ini ialah bangsa melayu. Sebab itu dalam politik melayu orang melayu sentisa merelakan diri mereka di tipu tanpa ada sebarang perasaan marah walaupun mereka terang terang di tipu oleh pemimpin mereka daru raja raja sultan perdana menteri sehinggalah ke pengerusi JKKK.

Orang melayu percaya dengan fahaman tua yang sekian lama turun temurun bahawa melawan ketua adalah melanggar adad yang bagi mereka biarlah anak mereka yang mati asalkan adad melayu fahaman tua seperti percaya sultan ada daulat akan terus menjadi kepercayaan generasi demi generasi. Maka sebab itu orang melayu yang bepegang dengan fahaman tua ini sanggup membunuh anak yang berani bersuara menongkah arus kepercayaan karut ini.

Adat kepercayaan fahaman tua ini sebenarnya bukan saja ada pada bangsa melayu malah ianya ada pada semua bangsa namun kita dapat lihat bangsa bangsa yang mula membuang kepercayaan fahaman adat tua ini bangsa itu akan menjadi bangsa yang Berjaya dalam pemikiran politik di antara bangsa bangsa lain.

Sebenarnya yang menjadi dalang kepada orang melayu untuk terus percaya kepada fahaman karut ini ialah para ulamak ulamak jahat. Umpamanya Mufti Perak berkata “Raja adalah bayanga allah di muka bumi”. Bila otak rakyat di sumbat dengan kepercayaan mengarut ini maka bila ada sultan minum arak pun rakyat tak akan berani melawan kerana bagi mereka yang minum arak itu adalah tuhan dan sultan itu pula hanya dari bayangan tuhan yang sedang minum arak.

Maka untuk menghapuskan fahaman tua yang karut marut ini perkara yang perlu kita rakyat yang sedar dengan pembohongan ini lakukan ialah lawan habis habisan ulamak ulamak jahat ini di samping menghasut rakyat agar keluar dari pembohongan adat resam yang mengarut ini.

MELAYU MISKIN BUDAYA


Sebelum melayu kenal islam orang orang cina di negara China telah terlebih dulu mengenal Islam... namun oleh kerana melayu tak punya satu identiti bangsa yang jelas maka masjid masjid di tanah melayu kebanyakkannya bercirikan arab sedangkan masjid masjid di China pula terus mengekalkan budaya dan identiti bangsa mereka sendiri.

Masjid Bejing di Rantau Panjang adalah salah satu contoh reka bentuk masjid di negara China yang melambangkan identiti bangsa cina sebagai penganut agama islam yang terus kekal dengan budaya bangsa.

Model masjid : Fadzil Noor Amzar

Jurugambaq : Melati Rahim

Rabu, 12 Februari 2014

BERSUMPAH DEPAN AL QURAN ADALAH SUNNAH NABI - ULAMA

Kenapa ada orang sanggup bersumpah guna al quran? Sebab ada ulamak jahat yang ajar dia sumpah guna quran. Contohnya Saiful Bukhari... walaupun dia tau yang dia berbohing di depan quran tapi mengapa dia berani bersumpah depan quran walaupun dia tahu dia sedang buat fitnah.

Ini adalah kerana ada ulama yang bagitau dia bahawa walaupun dia menipu dan bersumpah mengunakan quran tapi dia tidak berdosa berbuat begitu. Ini kerana ulama ulama ini akan mencari dalil dalil dan nas nas untuk dia berbuat begitu.

Ulama ulama ini akan meyakinkan Saiful Bukhari bahawa perbuatanya itu bukan saja tidak berdosa dan akan mendatangkan musibah terhadapnya malah perbuatanya bersumpah di hadapan qura itu akan mendatangkan pahala yang besar.

Ini kerana ulama ulama tersebut berkata saiful boleh berbohong di depan al quran untuk menyelamatkan umat islam dan bangsa melayu. Anwar sangat bahaya kepada islam sekiranya terus bergerak bebas di luar penjara maka untuk menyelamatkan islam dan melayu ulama ini berkata kita boleh buat apa saja termasuk memfitnah di depan al quran.

Sebagai orang jahil dan orang yang hanya yakin tak ada umno tak ada islam maka saiful sanggup berbuat perkara yang orang lain tak berani buat. Baginya takkan ulama nak menipunya, siap dengan dalil dan nas lagi...

Itu teori sumpah laknat saiful la..sumpah pemain bola akutak tau la depa pakai plan apa...

Selasa, 11 Februari 2014

GAMBAR AHLI MAJLIS MPPP PAS TIDUR DALAM MESYUARAT MPPP

Sewaktu majlis penyampaian watikah perlantikan Ahli Majlis Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng telah meluahkan rasa kecewanya terhadap ahli Majlis yang tidur ketika sidang sedag berlansung.

Namun tidak di ketahui siapakah ahli majlis yang di nyatakan beliau kerana dalam laporan tidak menyebut lansung nama
ahli majlis yang beliau maksudkan.

Abu Nawas ada menerima gambar gambar dari kalangan ahli majlis MPPP sendiri seorang ahli majlis dalam keaadaan yang sedang tidur namun tidak pula di ketahui bila gambaq ini di ambil dan adakah ini individu yang di maksudkan oleh Lim Guan Eng iaitu ahli majlis yang suka tidur.

Ahli Majlis tersebut merupakan ahli majlis lantikan dari Pas yang juga Bendahari Pas negeri Pulau Pinang di katakan sering saja tidur sewaktu mesyuarat.

Beliau juga adalah antara ajk perhubungan Pas Pulau Pinang yang terlibat dalam sidang akhbar menuntut lebih banyak jawatan politik daripada kerajaan Pulau Pinang untuk di berikan kepada Pas walaupun parti itu hanya mempunyai 1 kerusi sahaja dari 30 kerusi yang di menangi oleh Pakatan Rakyat.

Iszuree bin Ibrahim 016-4433205 bersama sama ajk Pas negeri yang lain ketika itu menuntut Lim Guan Eng memberi atau menambahkan lagi kerusi ahli Majlis dari Pas yang ketika itu Pas sudah pun
di berikan 4 kerusi ahli Majlis MPPP dan MPSP. Mereka juga mengugut Ketua Menteri akan meletakan semua jawatan politik dalam kerajaan Pulau Pinang sekiranya tuntutan mereka tidak di penuhi.

Namun setelah perlantikan semula jawatan ahli majlis MPPP dan MPSP Pas terus kekal di beri 4 kerusi dalam erti kata lain Guan Eng tidak melayan tuntutan tidak munasabah parti 1 kerusi di Pulau Pinang itu. Yang peliknya tidak ada seorang pun yang meletakkan jawatan dalam jawatan politik kerajaan termasuk ahli majlis yang tidur ini.


Sebagai menjawab kepada persoalan siapakah yang sebenarnya Majlis yg di maksudkan Lim Guan Eng, Ahli Majlis tersebut telah menjawab dalam FBnya bahawa beliau bukan orang yg di maksudkan oleh Ketua Menteri tersebut kerana menurutnya beliau tidur dalam mesyuarat ahli majlis MPPP sesi 2010/2012 bukan tidur dalam mesyuarat sesi ini.

Kenyataan beliau turut di sokong oleh bekas rakan sejawatnya bahawa beliau memang kaki tidur dalam mesyuarat MPPP


Maka betullah kata ahli majlis tersebut bahawa bukan beliau yang tidur dalam mesyuarat yang di maksudkan oleh Lim Guan Eng kerana menurutnya beliau hanya tidur dalam mesyuarat mesyuarat sesi 2010 dan 2012 sahaja malah menurut Ramlah RS iaitu juga seorang ahli majlis MPPP ketika itu ahli majlis dari Pas ini bukan saja tidur biasa biasa malah sampai berdengkur..

Inilah pemimpin melayu Pulau Pinang... Tak ada jawatan mereka minta bila dah di beri jawatan mereka tidur kemudian mereka salahkan orang cina menindas mereka..

Isnin, 10 Februari 2014

PRK KAJANG : PENGAKUAN BUDAK BAWAH UMUR DI ROGOL ANWAR

Kalau orang kata kita tak baligh lagi kira boleh terima lagi la tapi kalau orang kata kita ni tak mumayis lagi kira teruk sangat la pemuda Pas yang di ketuai oleh Din Ayam ni... Lebih lebih lagi yang kata kat Din Ayam tu orang Pas sendiri.

Berpuluh tahun Pas lawan Umno tiba tiba mai kat Din Ayam dan gang dia boleh nak bergabung dengan umno atas nama melayu....

Orang tanya aku patutkah kita kempen boikot PRK kajang. Aku cuma kata kalau kita tak mau mengaji jangan halang orang lain nak pi mengaji.

Jangan ikut perangai iblis...

Iblis bila di halau dari syurga dia tak puas hati lalu menghasut Adam dan Hawa agar terkeluar jugak dari syurga.

Perangai Iblis inilah yang Din Ayam dan pengikutnya sedang contohi,

KISAH KOMUNIS MEROGOL WANITA MELAYU

Kembara membongkar sejarah pejuang sebenar tanahair bersama Muslimat Pas Pusat.

Kembara kali ke 4 ini adalah satu perjalanan aku yang paling cemerlang setakat ini apabila menjadi mutawif kepada wakil Dewan Muslimat Pas Pusat untuk meneroka satu perjalanan jauh bekas bekas perajurit rejimen ke 10 Parti Komunis Malaya yang selama ini di momokkan dengan berbagai tuduhan seperti tak ada agama, tak percaya tuhan, kejam, penganas dan berbagai tuduhan tanpa memberi sedikit peluang pun kepada mereka untuk menjawab kembali.

Ketibaan kami di Rantau Panjang di sambut mesra oleh Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga MP Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof walaupun beliau tidak dapat bersama sama dengan kami dalam long march ke perkampungan ini. Tahniah muslimat Pas yang lebih kedepan dalam berfikir berbanding dengan pemikiran kolot Din Ayam dan rakan2nya yang hanya tahu keluarkan fatwa sesat haram kafir tanpa menilai sendiri dengan kebenaran.

Sejarah di tulis oleh orang yang menang.... tapi sampai bila sejarah yang sebenar hendak di sembunyikan.....

Di bawah adalah sebuah monolog yang di tulis oleh Aiman Athirah iaitu ketua penerangan Dewan Musliamat Pas Pusat yang yg turut sama dalam kembara ini..

ITU KAMPUNG....(Monolog I)

Tercari cari suasana pagi yg nyaman di Sukhirin...DESA PERDAMAIAN
Coffea yang dihidang dgn senyuman yg jujur dpd kak Karimah..

Setiap hari berpagi pagian dengan kisah pertempuran demi ptempuran...
Kisahnya yang kala itu ini...
dari wajah qudus seorang patriot pembebasan
Yg sesekali akan senyum sambil katanya...minum minum minum.. menunjuk k arah coffea yg dihidangkan oleh zuriatnya tersayang

Ibu Suriani mungkin kita tidak sempat ketemu
Tetapi dpd riak wajah...lembut tutur kata kak Karimah...
Aku percaya Ibu Suriani itu seorang yg sgt mulia..

Jika di sana..aku bisa berpagi pagian bicara tentang perjuangan bersama mereka...
di sini aku hanya mampu 
berpagi pagian dengan monolog tentang pembebasan yg tak sudah sudah

Gerila mereka itu di dalam belantara..hutan dara
Sedang gerila kita di kota batu yg sibuknya entah sampai bila..

Akhirnya..
Air mata ku juga yg tumpah

Sungguh...sepanjang usia 
mereka harus berkorban
Daripada sekecil kecilnya pengorbanan itu
Sehinggalah yg sebesar besar mahalnya jiwa seorang manusia
Yg takkan mungkin mampu direkayasa oleh makhluk2 yg bergelar hamba
Kepada Tuhannya
Dan kini.... 
dlm sisa2 usia yg masih tinggal...
Pengorbanan mereka masih terus kita tagih dan tagih....
Berkorban lah rasa dan segala perasaan
Yang terpahat rapat 
dalam dada dada para patriot...
menyimpan lama segala suram dan seram...
Di sepanjang laluan pembebasan ibu pertiwi yg kini jauuuhhh........
Bahkan seakan mahu melupakan mereka...
Seolah menafikan sumbangan hatta pengorbanan para warga 
Yang juga berjuang menghalau para penjajah...

Betapalah durjananya kisah kisah
Yg dilakar oleh tangan2 para pendusta
Yg akal budi mereka...hatta lebih kejam dpd penjajah! 

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
10 Feb 2014

Blackend Is The End

Dyers Eve