To Live Is to Die

free counters

Isnin, 17 Februari 2014

Dulu ramai orang melayu marahkan komunis kerana kononnya komunis ini zalim dan kejam dengan berbagai kesusahan telah di timbulkan kepada rakyat. British bakar kampong-kampung kemudian kata komunis yang bakar. British bunuh orang melayu lepas tu kata komunis yang bunuh. Komunis penjarakan orang melayu mereka kata komunis yang tangkap dan kurung orang melayu. Jika sewaktu itu pun bukan semua orang percaya dengan propaganda pihak British, apakah pihak yang sedang memperbodohkan rakyat sekarang ini yakin bahawa propaganda yang sedang mereka lakonkan, rakyat akan percaya?

Di zaman maklumat hanya mengunakan ibu jari pada hari ini apakah mereka masih merasakan tahap pemikiran generasi hari ini sama seperti generasi zaman Knight Rider atau Airwolf.Mungkin pada ketika itu manusia akan kagum dengan kereta yang boleh bercakap dan pandu sendiri seperti Knight Rider dan Helikopter yang boleh memusing 360darjah seperti Airwolf. Silalah tayang kembali gambar2 yang mereka rasa hebat pada ketika itu kepada anak-anak 5 atau 6 tahun pada zaman sekarang ini. Ianya hanyalah sama taraf dengan rancangan raja lawak bagi mereka.

Maka dengan itu kepada golongan yang merasakan perang saraf mereka untuk mencetuskan pergaduhan kaum dan agama dengan membuang kepala babi di masjid, bolehlah kita samakan dengan mereka ini peminat rancangan TV pada tahun 80an. Zaman ketika TV di Malaysia baru menerima gambar berwarna.

Maka adalah menjadi satu kesedihan kepada mereka ini juga apabila lawak mereka tidak pernah menjadi. Mereka sepatutnya tahu generasi hari ini bukannya seperti penyiasat si Jefri Zain lakonan Jins Shamsudin tu tetapi generasi hari lebih yakin dengan cara penyiasatan penyiasat pesendirian Detektif Conan…..

Blackend Is The End

Dyers Eve