Blackend Is The End

Ahad, 23 Februari 2014

BERITA TERKINI HOSPITAL SEBERANG JAYA TERBAKAR. JURURAWAT LARI LINTANG PUKANG

HOSPITAL SESAK SALAH SIAPA

Nak cerita sikit pengalaman dah 5 hari lepak di hospital.

Macam biasa hospital kerajaan penuh sesak dengan pesakit... dari Jabatan pesakit luar hinggalah ke ke sakit kronik yang menanti Izrail datang memanggil.

Semua orang paham keadaan ini dan bagi orang miskin dan pendapatan sederhana mahu tak mahu inilah perkhimatan kesihatan yang telah di sediakan oleh kerajaan kepada mereka malah bagi orang yang berkemampuan pun masih juga menambahkan sesak hospital hospital kerajaan ini kerana sememangnya perkhimatan kesihatan percuma adalah untuk semua rakyat tak mengira siapa.

Malangnya....

Bila ada ada orang atasan seperti Menteri dan exco kerajaan negeri datang melawat lain pula jadinya. Dari kesesakan wad wad dengan pesakit telah menjadi lengang. Katil di dalam wad yang sebelum ini di sumbat dengan 10 katil telah menjadi 6 katil.

Semua staf jadi kelam kabut hanya kerana ada lawatan seorang yang bergelar menteri atau exco kerajaan negeri.

Mengapa Jadi Begitu?

Sepatutnya pihak hospital biarkan saja keaadaan hospital seperti sediakala iaitu dengan kesesakkan pesakit yang tidak terkawal agar pihak yang berwajib tengok sendiri keaadaan sebenar hospital setiap hari bukannya menjadi hipokrik hanya kerana mahu nama hospital yang mereka kerja nampak cantik dan teratur.

Inilah yang terjadi pagi tadi bila exco kesihatan kerajaan P.Pinang datang melawat anak aku di hospital pagi tadi. Semuanya jadi kelam kabut bila di beritahu Dr Afif nak datang hospital. Itu baru exco saja nak melawat sorang pesakit di satu wad saja... bagaimana pula kalau ada lawatan rasmi dari Perdana Menteri atau menteri menteri melawat hospital?

Jika beginilah sikap kakitangan hospital yang lebih pentingkan nama baik hospital di mata pemimpin dari menunjukkan keaadaan sebenar kepada pemimpin maka tak perlulah nak salahkan kerajaan jika keaadaan hospital tidak di upgradekan.

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve