To Live Is to Die

free counters

Sabtu, 15 Februari 2014

USTAZAH SEXY

Aku tertarik dengan status Mantraxian Kvaforth Hellica II kemarin iaitu
Ada 3 jenis orang je yang tak sambut Valentine.

1. Dia Islamic
2. Dia tak ada gf/bf
3. Dia pura pura Islamic sebab tak ada gf/bf .

Tertarik yang nombor 3 kerana ada orang sebab tak mau kalah dengan orang lain pada hal dia tak ada macam orang lain lalu di cover dengan mengunakan ugama.

Orang macam ni ramai di sekeliling kita, mereka mengunakan agama untuk beselindung sikap sebenar mereka. Mereka mengunakan pakaian agama untuk berselindung perbuatan jahat mereka di khalayak.

Di dinding facebook penuh dengan kata kata islamik tapi di private messages dengan bini orang pun dia ajak bersembang lucah. Oleh kerana mereka ini bertopengkan agama maka segala perbuatan kejinya dapat di selindung di sebalik jubah dan serban.

Sebenarnya mereka ini adalah orang orang yang gagal dalam hidup. Mereka teringin hidup seperti orang lain tapi tak yakin pada diri sendiri lalu mereka hidup dengan diri orang lain. Untuk meluahkan perasaan kecewa dengan diri sendiri lalu mereka hukum orang lain dengan berbagai fatwa fatwi agar mereka di nampak hebat pada pandangan khalayak pada hal mereka inilah The Gagalis yang sebenar dan di cari oleh Tukar Tiub.

Blackend Is The End

Dyers Eve