Blackend Is The End

Ahad, 30 Mac 2014

LIM GUAN ENG KELUAR PERKELILING ARAH LARANG MASJID NEGERI IPOH LAUNG AZAN


Di Pulau Pinang kononnya masjid dah tak boleh azan sejak cina Dap ambil alih Pulau Pinang. Itu cerita cerita telah sampai dan menjadi bahan perbincangan orang orang melayu di kedai kedai kopi, surau dan masjid di cerok cerok kampung negeri negeri luar dari Pulau Pinang.

Lagi cerok orang melayu itu tinggal lagi popularlah dan lagi reallah kepercayaan mereka yang di Pulau Pinang sudah tidak boleh azan lagi kerana cina dah letak parang di leher orang melayu jangan azan di masjid dan surau.

Dalam masa yang sama melayu yang kata cina larang azan di Pulau Pinang tu pun sedar yang surau dan masjid di kampungnya pun kadang kadang bunyi azan kadang kadang tak bunyi lansung walaupun sekoq cina pun tak ada dalam kampungnya dan dia sendiri yang beriman dengan sebenar benar iman bahawa di Pulau Pinang tak boleh azan pun masjid dan surau setahun dua kali saja jejak.

Inilah melayu berniaga tak laku di salahkan kedai sebelah kononnya pakai bomoh buat kedainya tak laku. Malas pi masjid malas pi surau di katanya cina yang larang. Bila masjid dan surau tak bunyi azan di tuduhnya cina yang tak bagi azan.

Kalaulah masjid negeri yang Imamnya di bayar gaji, Muazinnya di bayar gaji, Siaknya di bayar gaji pun tidak bunyi azan, bagaimana pula dengan masjid da surau di kampong kampong.

Takkan nak salahkan cina DAP jugak kot….

To Live Is to Die

free counters

Eye of the Beholder

Dyers Eve