To Live Is to Die

free counters

Rabu, 30 April 2014

DAP LETAK CALON MELAYU DI BUKIT GELUGOR

Pernamaan calon pilihanraya kecil Bukit Gelugor hanya tinggal lagi 12 hari tetapi nama nama calon masih lagi menjadi tanda tanya sama ada di pihak Dap dan Barisan Nasional. Ura ura meletakan anak Karpal Singh iaitu Ramkarpal Singh atau Sangeet Kaur sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor  juga masih menjadi persoalan kerana terdengar suara suara dari penyokong DAP yang tidak setuju deligasi keluarga di teruskan.

Aktivis Pulau Pinang dalam satu kaji selidik mereka telah membuat beberapa analisa terhadap isu ini. Kaji selidik yang mereka lakukan terus kepada penduduk setempat serta melalui blog dan FB telah mendapat respon yang positif terhadap isu ini.

Berikut adalah keputusan kaji selidik yang telah aktivis Pulau Pinang lakukan.

Kaji selidik terus ke penduduk setempat. (Kaji selidik ini telah di jalankan secara rambang di sekitar Parlimen Bukit Gelugor yang melibatkan 30 orang responden melayu, 150 responden cina dan 20 orang responden india)

Peringkat Umur
21-31 – (50 responden)
32–42 – (50 responden)
43–55 – (50 responden)
56 atas - (50 responden)

1. Di manakah tuan mengundi pada pilihanraya umum yang lalu.
a. Bukit Gelugor – ( 176 responden)
b. Lain lain tempat  ( 24 responden)

2. Pada pandangan tuan puan sejauh mana DAP akan mempertahankan kerusi Bukit Gelugor
a. Menang mudah ( 163 responden)
b. Akan ada persaingan sengit ( tiada)
c. Tidak tahu. ( 37 responden)

3. Pada pandangan tuan adakah tuan/puan bersetuju sekiranya Dap meletakan calonnya di kalangan orang melayu untuk menjadi calon di Bukit Gelugor
a. Setuju – ( 158 responden)
b. Tidak setuju – ( 22 responden)
c. Tidak tahu – (20 responden)

4. Pada pandangan tuan/puan lagi, sekiranya Dap meletakan calon melayu dalam piihanraya ini adakah ianya akan mendapat sokongan orang ramai.
a. Ya – ( 198 responden)
b. Tidak ( 2 responden)
c. Tidak tahu (0 responden)


5. Adakah tuan/puan setuju jika calon tersebut adalah bukan daripada kalangan pemimpin DAP tetapi calon dari lain lain parti dalam Pakatan Rakyat seperti Pas atau PKR.
a. Setuju – ( 107 responden)
b. Tidak setuju – ( 58 responden)
c. Tidak kisah – ( 35 responden)

6. Jika tuan puan bersetuju calon tersebut dari kalangan bukan pemimpin Dap, pemimpin parti manakah yang tuan puan rasa paling layak untuk menjadi calon tersebut.
a. Pas – ( 168 reponden)
b. PKR – ( 32 responden)
c. Tidak kisah

Dari respon yang di ambil dari blog setelah 24jam di terbitkan  keputusan yang telah di keluarkan seperti berikut….





Analisa yang dari keputusan ini akan di keluarkan esok

Selasa, 29 April 2014

MAT SABU TOLAK TAWARAN DAP UNTUK MENJADI CALON BUKIT GELUGOR


Kami adalah dari aktivis rakyat Pulau Pinang sedang membuat satu kaji selidik bagi mendapat pandangan orang ramai di sekitar Bukit Gelugor terhadap isu pilihnraya kecil Bukit Gelugor.

Anda boleh membuat undian tersebut di bahagian pool sebelah kiri blog ini.

Kerjasama tuan puan adalah sangat di harapkan bagi mebantu kami membuat kajian ini dan kami ucapkan ribuan terima kasih

 — at Bukit Gelugor.

Isnin, 28 April 2014

MAT SABU BERTANDING DI BUKIT GELUGOR

MAT SABU 4 BUKIT GELUGOR.

Bahagian ketiga.

Maka calon yang paling sesuai memikul tanggungjawab ini ialah orang yang paling rapat dengan DAP iaitu Mohammad Sabu kerana beberapa faktor. ..

Mohamed Sabu bukan saja pemimpin Pas yang mempunyai hubungan baik dengan semua parti dalam pakatan rakyat malah beliau juga di lihat sebagai jambatan utama perantara di antara Pas dan Dap.

Selain itu Mat Sabu juga adalah anak Pulau Pinang dan merupakan pesuruh jaya pas pulau pinang. .

Suara Mat Sabu yang sudah 2 penggal hilang di dalam parlimen perlu di kembalikan agar nada nada yang mengatakan tiada lagi wakil rakyat pas yang lantang seperti zaman ustaz fadzil noor dulu. .

23 ahli parlimen pas di dalam parlimen di lihat hilang sengat dan tenggelam dengan kelantangan ahli ahli parlimen dari Dap dan Pkr..

Namun adalah agak mustahil Dap akan berikan kerusi Bukit gelugur kepada Pas tapi agak mustahil bukan bererti mustahil. .. maka marilah kita sama sama lonjakkan desakan ini dari rakyat...

Bersambung dalam episod yang lain...

Ahad, 27 April 2014

DAP TAWAR KERUSI BUKIT GELUGOR PADA MAT SABU

MAT SABU 4 BUKIT GELUGOR. ..

Bahagian kedua. .

Maka atas nama setiakawan DAP sepatutnya meminjamkan kerusi ini kepada Pas untuk tempoh baki penggal sebelum PRU ke 14 sebagai satu tanda kepercayaan kepada Pas yang selama ini di momokkan oleh Barisan Nasional sebagai parti tunggangan Dap. ..

Kekurangan satu kerusi DAP di Parlimen tidak sedikit pun menjejaskan majoriti kerusi Parlimen Dap dalam Pakatan rakyat di dalam dewan rakyat dan kelebihan satu kerusi Pas juga tidak menjadikan kerusi Pas di dalam parlimen sebagai majoriti dalam pakatan rakyat. ..

Malah Dap akan lebih di hormati oleh rakyat khususnya penyokong pakatan rakyat bilamana Dap lebih utamakan setiakawan daripada kerusi ahli parlimen miliknya.

Ini secara tidak langsung menafikan tuduhan umno selama ini bahawa Dap adalah sebuah parti ultra cina dan anti orang melayu.

Maka dengan itu calon yang paling sesuai untuk memikul tanggungjawab ini ialah orang yang paling rapat dengan Dap iaitu timbalan presiden Pas Mohammad Sabu kerana. ....

Bersambung. ..

DAP TAWAR KERUSI PADA MAT SABU DI BUKIT GELUGOR

MAT SABU 4 BUKIT GELUGOR. - Bahagian pertama

Pertamanya ucapan salam takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh yang baru saja meninggal kan kita pada awal pagi ini...

Karpal Singh seorang tokoh politik yang di segani oleh lawan dan kawan. Seorang ahli undang undang yang meletakkan namanya di ranking paling tinggi dalam bidang guaman di Malaysia meninggalkan kita dengan seribu kenangan. ...

Sudah pasti satu pilihan raya kecil akan di adakan selepas ini bagi mengisi kekosongan kerusi parlimen yang mendiang tinggalkan. .

Seperti sedia maklum Karpal sebelum ini lantang dalam menentang cita cita sekutu parti nya dalam Pakatan Rakyat iaitu Pas untuk mendirikan negara islam.

Sedikit sebanyak kesan dari sikap mendiang Karpal terhadap cita cita Pas ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati kepada ahli dan penyokong pas malah ianya juga telah menyebabkan sedikit pergeseran di dalam pakatan rakyat di antara Pas dan Dap...

Isu ini di gunakan sepenuhnya oleh Barisan Nasional dan media bagi melaga lagakan pemimpin antara kedua parti ini agar tidak bersama sama lagi dalam pakatan rakyat. ..

Persahabatan antara Pas dan Dap dalah satu igauan yang tidak pernah terpikir sebelum wujudnya pakatan rakyat atau sebelum itu Barisan Alternatif. .

Strategi pecah dan perintah antara kaum sejak dari awal kemerdekaan hinggalah ke hari ini adalah senjata paling angkuh yang di gunakan oleh kerajaan barisan nasional. Pas yang kebetulan di anggotai oleh majoriti orang melayu dan begitu juha Dap yang di anggotai oleh majoriti orang cina sebenarnya adalah satu keuntungan politik kepada kelangsungan politik barisan nasional. .

Adalah mustahil Pas akan menjadi pemerintah tanpa ada sokongan dari berbagai kaum. Walaupun Pas bukannya sebuah parti perkauman tapi ianya hanya mendapat sokongan dari orang orang melayu sebelum ini dan begitu juga sebaliknya bagi Dap. ..

Kelangsungan kedua dua parti ini dalam pakatan rakyat adalah amat penting dalam usaha melangkaui strategi politik pecah dan perintah barisan nasional yang menyebabkan parti ini terus unggul menguasai kerajaan sehingga ke hari ini...

Maka....

Bersambung

Sabtu, 5 April 2014

LAPORAN POLIS PROF IZZI HOT FM CABUL MAHASISWI UITM





WASIAT HABIB KEPADA NAJIB

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 3

Dalam bahagian kedua tajuk ini telah di huraikan bagaimana Umno kini hanya memerlukan undi melayu untuk terus memenangi pilihanraya. . Kita abaikan dulu kerusi kerusi parti kompenan Barisan Nasional yang menang dan kita ambil dari 88 kerusi umno yang sedia ada sahaja, umno hanya memerlukan lagi 24 kerusi untuk menang majority mudah hanya dengan kerusi parti itu sahaja.

Kerusi yang umno perlukan tersebut sudah pasti kini ada di tangan Pas dan sddikit dari PKR di mana kita tahu Pas hanya bertanding di kerusi kerusi yang majority pengundi adalah melayu. Umno Cuma perlu bekerja keras di 21 kerusi yang Pa s menang dan sebahagian dari kerusi melayu yang PKR menang.

Maka umno perlu tahu dan salami hati orang melayu serta wajib tahu apa yang orang melayu mahu untuk terus mempertahankan 88 kerusi yang sedia ada dan merampas bakinya di tangan Pas dan Pkr.

Maka hari ini umno telah melakukannya kerana umno faham apa yang melayu mahu. Umno sedar saingan politik tradisinya ialah Pas. Ahli Pas sejak sekian lama di tanam dalam hati mereka bahawa mereka lawan umno kerana umno tak mahu Islam, umno ambil islam separuh separuh dan umno menolak hokum islam.

Umno sedar tentang ini dan umno belajar apa yang menyebabkan penyokong Pas menolak umno selama ini walau apa pun yang umno beri kepada mereka. Jawapannya ialah Pas lebih Islam dari Umno . Untuk itu Umno perlu buktikan bahawa Umno lebih Islam dari Pas atau setidak tidaknya sama Islam sama Pas.

Jangan rasa perkara ini mustahil bagi umno untuk melakukannya kerana merasakan ahli Pas tak akan termakan dengan Islamnya Umno. Kalau Nasarudin Mat Isa, Hassan Ali Hafiz Nordin yang kuat menentang umno dulu kerana mengatakan Umno ini tidak Islam boleh bersama sama umno sekarang adalah tidak mustahil bagi penyokong Pas hujung hujung pagar untuk beralih arah.

Banyak factor lagi yang akan menyebabkan umno akan Berjaya menambat hati orang orang melayu yang menyokong Pas selama ini untuk menyokong umno dan antaranya ialah ajen ajen umno seperti Din Ayam yang memainkan peranannya di dalam Pas.

Bersambung…

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 3

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 3

Dalam bahagian kedua tajuk ini telah di huraikan bagaimana Umno kini hanya memerlukan undi melayu untuk terus memenangi pilihanraya. . Kita abaikan  dulu kerusi kerusi parti kompenan Barisan Nasional yang menang dan kita ambil dari 88 kerusi umno yang sedia ada sahaja, umno hanya memerlukan lagi 24 kerusi untuk menang majority mudah hanya dengan kerusi parti itu sahaja.
Kerusi yang umno perlukan tersebut sudah pasti kini ada di tangan Pas dan sddikit dari PKR di mana kita tahu Pas hanya bertanding di kerusi kerusi yang majority pengundi adalah melayu. Umno Cuma perlu bekerja keras di 21 kerusi yang Pas menang dan sebahagian dari kerusi melayu yang PKR menang.
Maka umno perlu tahu dan salami hati orang melayu serta wajib tahu apa yang orang melayu mahu untuk terus mempertahankan 88 kerusi yang sedia ada dan merampas bakinya di tangan Pas dan Pkr.
Maka hari ini umno telah melakukannya kerana umno faham apa yang melayu mahu. Umno sedar saingan politik tradisinya ialah Pas. Ahli Pas sejak sekian lama di tanam dalam hati mereka bahawa mereka lawan umno kerana umno tak mahu Islam, umno ambil islam separuh separuh dan umno menolak hokum islam. 
Umno sedar tentang ini dan umno belajar apa yang menyebabkan penyokong Pas menolak umno selama ini walau apa pun yang umno beri kepada mereka. Jawapannya ialah Pas lebih Islam dari Umno . Untuk itu Umno perlu buktikan bahawa Umno lebih Islam dari Pas atau setidak tidaknya sama Islam sama Pas.
Jangan rasa perkara ini mustahil bagi umno untuk melakukannya kerana merasakan ahli Pas tak akan termakan dengan Islamnya Umno. Kalau Nasarudin Mat Isa, Hassan Ali Hafiz Nordin yang kuat menentang umno dulu kerana mengatakan Umno ini tidak Islam boleh bersama sama umno sekarang adalah tidak mustahil bagi penyokong Pas hujung hujung pagar untuk beralih arah.
Banyak factor lagi yang akan menyebabkan umno akan Berjaya menambat hati orang orang melayu yang menyokong Pas selama ini untuk menyokong umno dan antaranya ialah ajen ajen umno seperti Din Ayam yang memainkan peranannya di dalam Pas.

Bersambung…

Jumaat, 4 April 2014

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 2

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN KE 2

Umno sedar dan yakin yang parti ini akan terus memerintah Malaysia sekurang kurang sekali lagi pilihanraya. Maknanya PRU14 akan datang ini Barisan Nasional melalui umno akan terus menang dan Pakatan Rakyat pun tahu tidak akan menang dan Anwar Ibrahim tak akan menjadi Perdana Menteri melalui Pakatan Rakyat tapi tidak mustahil akan menjadi Perdana Menteri melalui Barisan Nasional.

PRU13 membuktikan bahawa umno adalah parti yang paling kuat dengan memenangi paling banyak kerusi berbanding parti parti yang lain dalam Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Umno menguasai 88 kerusi di ikuti dengan DAP 38, PKR 30 dan Pas 21. Lain lain parti dalam Barisan Nasional pula hanya memenangi tidak lebih dari 7 kerusi.

Umno menang di semua kerusi yang pengundinya majority melayu dan DAP pula menang di semua kerusi yang majoritinya cina. Ini bermakna saingan umno dalam merebut undi orang melayu Pas terlalu jauh ketinggalan dengan umno dan DAP pula menyapu bersih kesemua kerusi yang di tandingi oleh saingannya MCA dan Gerakan. MCA hanya memenangi 7 kerusi dan Gerakan pula hanya tinggal 1 kerusi , itu pun di kawasan yang ramai pengundi melayu yang umno anugerahkan kepada MCA dan Gerakan.

Kesimpulan dari apa yang di huraikan di atas ialah factor kaum adalah penentu kepada kemenangan parti parti yang bertanding dan umno sedar tentang itu. Umno tak perlukan undi cina untuk terus menang dan DAP pula tak perlukan undi melayu untuk menang.

Tapi mustahil bagi DAP untuk memerintah Negara hanya dengan undi cina tapi tidak mustahil bagi umno untuk terus memerintah hanya dengan undi melayu. Paling kuat DAP akan terus kekal menjadi peneraju Pulau Pinang dan menjadi kerajaan menunggu di negeri Melaka serta terus mendominasi negeri Perak, Melaka dan Negeri Sembilan.

Untuk itu umno perlu terus kekal menjadi harapan orang melayu. Umno perlu faham dan tunaikan kehendak orang melayu agar orang melayu terus kekal menjadi aset penting kepada undi Barisan Nasional.

Apa yang melayu mahu ?

Bersambung….

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN 1

UMNO SUDAH ISLAM, APA LAGI YANG ORANG ISLAM MAHU? BAHAGIAN 1

Minggu lepas di khabarkan hampir setengah juta umat Islam berkumpul di Putrajaya untuk menikmati lagu lagu hit masa kini yang di dendangkan oleh Habib habib yang di bawa khas ke sini untuk menghiburkan umat Islam di Malaysia.

Minggu sebelum itu pula di gemparkan dengan kematian beberapa orang pengujung konsert buih kerana di percayai mengambil dadah berlebihan.

Minggu ini pula rakyat Baling sekali lagi akan di bawa Habib habib kepada mereka untuk sama sama mereka berhibur sebagaimana orang di kotaraya berhibur pada minggu yang lepas di Putrajaya.

Kesemua ini adalah anjuran kerajaan Umno yang mengunakan duit hasil mahsul di apa saja pembendaharaan yang boleh di gunakan. Duit bukan masalah bagi umno asalkan duit ini bisa menghasilkan duit kepada si penganjur dan bisa memenuhi kehendak penonton yang hadir.

Umno yang kini bukan lagi umno yang dulu, umno kini sudah faham akan kehendak rakyat terutamanya oramg Islam. Orang Islam hari ini yang miskin dan yang kaya, tua atau muda sudah cenderung kea rah agama maka umno faham kehendak mereka maka umno penuhi kehendak mereka.

Kalau kamu hendak hiburan kami akan sediakan hiburan dan kalau kamu hendak agama kami akan sediakan agama untuk kamu. Kamu nak konsert bogel kami boleh sediakan tempat kamu nak konsert Ya hanana pun kami boleh sediakan tempat.

Kamu nak belajar kami sediakan sekolah kamu nak sembahyang kami sediakan masjid kamu nak menari kami sediakan disco kamu nak pelacur kami sediakan rumah rumah pelacuran bertaraf 5 bintang.

Cuma kamu jangan belajar luar dari apa yang kami ajar kamu jangan membaca buku buku yang kami larang kamu jangan sokong apa yang kami tak suka lain dari itu apa kamu nak kami boleh bagi.

Ini yang umno pelajari dari pembesar pembesar quraish ketika zaman rasulullah saw dulu. Pembesar quraish jumpa nabi Tanya apa yang nabi nak, Nabi nak perempuan paling cantik mereka boleh bagi, nabi nak harta mereka boleh bagi malah kalau nabi nak mereka masuk Islam pun mereka boleh ikut asalkan jangan kacau mereka nak memerintah Mekah. Tahun ini mereka tawarkan mereka sembah Allah dan tahun sekali lagi mereka pula tawarkan Nabi sembah Tuhan mereka.

Bak kata Ahmad Nisfu pada Kassim Selamat “tukaq nama pun tukaq namalah, asal cek mau ikut saja”. Maka orang Islam hari ini nak apa lagi, dulu kata umno tak mau pada islam tapi hari ini umno sudah bawa Habib untuk orang Islam, Najib pun sudah pakai jubbah dan kopiah putih tanda dia juga ikut islam.

Bersambung…

Khamis, 3 April 2014

PENGAKUAN AHLI RED BEAN ARMY

BAHAYA RED BEAN ARMY

Apa itu Red Bean Army atau RBA? Menurut yang telah di beritakan RBA adalah askar askar upahan DAP yang di tugaskan untuk membuat propaganda politik dalam Negara. Menurut berita tersebut lagi RBA mempunyai 800 orang ahli dan mereka di bayar RM3000.00 setiap seorang oleh DAP.

Kenapa Red Bean Army?

Bila tanya kenapa di beri nama Red Bean Army jawapan yang perlu di jawab ialah persoalan siapakah yang memberi nama Red Bean Army tersebut? Adakah memang benar RBA ini di wujudkan dengan nama tersebut atau nama RBA ini di beri oleh orang yang membuat tuduhan.

Dulu juga pernah wujud satu kumpulan yang di beri nama Kumpulan Mujahidin Malaysia lepas tu di tukar kepada Kumpulan Militan Malaysia. Lebih kurang dengan RBA jugalah nama di beri oleh orang yang membuat tuduhan. Tidakkah jenaka bila ada kumpulan islamik yang menamakan kumpulan mereka dengan militan.

Kenapa sebelum itu mujahidin dan kemudiannya bertukar menjadi militan? Sebab si pemberi nama sudah rasa macam tak kena bila di beri nama mujahidin, Nampak macam kumpulan baik baik sedangkan niat menamakannya mujahidin adalah nak bagitau orang ramai yang kumpulan ini jahat lalu di tukar kepada Militan sebab nampak macam ganas…

Begitu jugalah dengan RBA, si penuduh mengharapkan yang orang ramai akan membayangkan RBA ini macam Japanese Red Army walaupun kalau tanya budak umno Japanese Red Army tu apa dia sendiri pun tak tau nak jawab tapi nama Japanese Red Army sudah cukup mengambarkan kumpulam ini ganas baginya.

Oleh itu nama RBA sebenarnya bertujuan untuk mengambarkan kepada orang ramai bahawa DAP kini mempunyai satu kumpulan yang bahaya yang mempunyai rangkaian ala ala Japanese Red Army.

Adakah orang ramai percaya wujudnya RBA?

Percaya atau tidak bukan persoalan bagi mereka yang merancang isu ini tapi yang paling utama bagi mereka ialah orang yang selama ini percaya apa yang mereka percaya mesti di kekalkan kepercayaannya. Umpamanya jika hanya tinggal 30% saja dari seluruh rakyat Malaysia ini percaya 100% apa yang umno cakap maka kumpulan ini mesti di kekalkan kepercayaannya.

Jangan sesekali terlepas mereka ini kerana ini adalah eset yang paling penting yang sesekali tidak akan hilangkan undi kepada Barisan Nasional. Di samping itu juga serangan demi serangan ke atas pembangkang mengunakan berbagai isu juga dapat di harapkan menarik sedikit dari 70% yang tak percaya tapi samar samar percaya.

Sebenarnya Red Bean Army ini adalah orang yang membuat tuduhan itu sendiri yang ampunya. Mereka di bayar gaji untuk membuat kerja kerja menyerang parti parti pembangkang namun sebenarnya mereka gagal walaupun sudah berapa banyak duit di habiskan lalu mereka kecewa dan iri hati dengan kerja kerja tanpa bayaran yang di buat oleh cyber cybertropper pro pakatan rakyat yang telah menguasai semua bidang cyber.

Blackend Is The End

Dyers Eve